Khamis, 16 Februari 2017

Diserang sebelum lepasi kaunter imigresen

SHARE
PUTRAJAYA 15 Feb. - Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali mengesahkan kejadian serangan terhadap Kim Jong-Nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un berlaku sebelum mangsa melepasi kaunter imigresen di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), kelmarin.

Berhubung pertanyaan pemberita, sama ada Jong-Nam menggunakan pasport palsu atau sah untuk memasuki Malaysia, Mustafar enggan mengulas, sebaliknya memberitahu hasil siasatan pihaknya telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Saya tidak mahu nyatakan yang lain, pihak polis telah menjalankan siasatan dan di pihak imigresen, kita bantu juga pihak polis untuk tindakan selanjutnya berhubung perkara itu,” katanya kepada pemberita semasa melawat ruang pendaftaran kad sementara Enforcement Card atau e-Kad untuk pendatang asing tanpa izin (PATI) di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan Jong-Nam dipercayai diracun oleh seorang wanita dengan kain dibasahi cecair beracun semasa menunggu di aras pelepasan KLIA2, pagi kelmarin. - UTUSAN ONLINE
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers