Sunday, 12 February 2017

Hubungan PAS Dengan PKR Dikaji Semula

SHARE
PAS wajib elak bermain wayang dengan pelbagai tarian opera kerana rakyat Malaysia tidak lagi gemar menonton,mendegar cerita-cerita hipokrit jika mahu dihormati.

Alasan besar untuk tidak menyertai Pakatan Harapan kerana DAP dan PAN tetapi masih bekerjasama dengan PKR yang terang-terang ada hubung kait dengan parti DAP dan PAN menjadikan pemimpin PAS seperti orang hilang akal.

Hari ini Utusan Online melaporkan PAS akan mengkaji semula hubungan atau kerjasama dengan PKR sama ada meneruskan atau tidak pada muktamar tahunan dijangka berlangsung pada April ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyuarakan hasrat untuk mengkaji hubungan dengan PKR dengan sebab parti itu dilihat mempunyai hubungan dengan dua parti yang memusuhi PAS iaitu DAP dan PAN.

Prodak keluaran wayang tinggi PAS sejak akhir-akhir ini sukar dihadam pemerhati politik berikutan pemimpin parti Islam itu kelihatan bercelaru dalam membuat kata putus.

Walaupun Haji Hadi turut menzahirkan nada serupa terhadap hubungan dengan parti cap bunga PPBM yang lahir dari otak bekas pemimpin UMNO yang telah rosak tidak mestinya muktamad.

PAS layak digelar sebuah parti cacamerba selagi tidak memutuskan hubungan politik dengan PKR.Tidak suka DAP tapi berhubung baik dengan parti ikut telunjuk musuh PAS.-Hot Kelate
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers