Sabtu, 11 Februari 2017

Jin Lawan Jin Iblis Jadi Hakim

SHARE
'Jin lawan jin iblis jadi hakim'apa maksudnya,kebarangkalian membawa maksud tersirat yang boleh dihurai supaya tersurat.
Mungkin juga orang yang mengungkapkan kata-kata itu cuba membayangkan kepada dua kumpulan perompak bergaduh yang sukar didamaikan tanpa pihak ketiga.

Bagi mendamaikan pertikaian antara kedua perompak itu ,kumpulan perompak lain menawarkan diri untuk jadi pendamai.
Namun gagal walaupun macam-macam draf perjanjian telah disediakan tetapi satu dari kumpulan prompak yang bergaduh tidak mahu menandatangani surat aku janji perdamaian.

Kumpulan perompak yang cuba jadi pendamai rasa hairan sedangkan mereka telah bercakap kepada pemberita tentang berita gembira kumpulan perompak yang bergaduh itu akan bersatu.

Rupanya perompak yang cuba jadi pendamai merupakan kumpulan perompak yang dibenci kumpulan perompak lain kerana merompak apa sahaja tanpa ada kesian belas kepada orang lain.

Setelah rahsia itu terbongkar satu dari kumpulan perompak yang bertengkar tadi mulai sedar ungkapan'jin lawan jin iblis jadi hakim' sebenarnya ada kena mengena dengan usaha damai yang diusahakan oleh kumpulan perompak yang berlagak mahu jadi hakim.

Akhirnya satu dari dua kumpulan perompak yang bertelagah itu kembali kejalan yang benar dan mengambil keputusan bersendirian tanpa menyertai kumpulan lain dan berhasrat meluaskan kuasanya dengan cara sendiri.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers