Jumaat, 10 Februari 2017

Jumpa Anda di Mahkamah

SHARE

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat(AS), Donald Trump akan mengheret Mahkamah Persekutuan ke muka pengadilan.

Trump menerusi laman twitternya berkata; “Jumpa anda di mahkamah, keselamatan negara kita dalam risiko.”

Beliau memuat naik status tersebut berikutan tindakan Mahkamah Persekutuan yang kekal menggantung sementara arahannya yang melarang rakyat dari tujuh negara Islam memasuki AS.

Trump terus memuat naik status dengan menggunakan huruf besar seolah-olah protes.

Memetik laporan Daily Mail, Mahkamah Persekutuan mengeluarkan kenyataan yang berbunyi, arahan Trump tidak akan diguna pakai.

Pesaing Trump, Hillary Clinton juga memuat naik status yang menggambarkan Trump kalah pada keputusannya.

“3-0” yang terpapar di Twitter Clinton dilihat sebagai simbolik tiga keputusan peguam negara itu menolak Trump.

Perintah eksekutif Trump pada 27 Januari lalu, menghalang perjalanan rakyat Iraq, Iran, Somalia, Sudan, Libya, Yaman dan Syria selama 90 hari dan pelarian lain selama 120 hari, kecuali pelarian dari Syria, yang dihalang selama-lamanya.
-Sinar Harian
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers