Khamis, 16 Februari 2017

Kawalan Pintu Masuk Negara Diperketat

SHARE
KUALA LUMPUR – Kawalan keselamatan pintu keluar-masuk di seluruh negara kini diperketat susulan kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, pada Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat berkata, langkah ini termasuk memperketat pemantauan dan kawalan keluar-masuk penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2)

“Ini bagi mengelakkan kemungkinan terdapat suspek lain yang terlibat dengan pembunuhan kes ini daripada lari meninggalkan negara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya pihak berkuasa sedang melihat kes ini daripada pelbagai sudut termasuk memberi tumpuan untuk mengesan sebarang suspek lain yang terlibat.

“Selain itu, kami sedang menunggu respons daripada Kedutaan Korea Utara di Malaysia berkaitan maklumat yang kami minta untuk membantu siasatan kes ini,” katanya. – Bernama

(Kosmo)
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers