Friday, 17 February 2017

Maut Kereta Rempoh Pokok

SHARE
Sungai Petani: Seorang anggota tentera berusia 34 tahun terbunuh apabila kereta Perodua Kancil dipandunya merempuh pokok dan terbabas ke longkang di Jalan Lencong Timur-Kuala Ketil, di sini, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Azizol Seman dan beralamat di Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia Kementerian Pertahanan Malaysia (Kementah), Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, siasatan polis mendapati ketika kejadian mangsa menghala ke Jalan Kuala Ketil.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kereta Perodua dipandu mangsa hilang kawalan lalu melanggar pokok dan terbabas ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa yang cedera parah di kepala dan dada meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Md Zukir berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

(myMetro)
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers