Sabtu, 11 Februari 2017

Menara Eiffel Akan Dlengkapi Dinding Kalis Peluru

SHARE
Sejarah-Menara Eiffel (bahasa Perancis: La Tour Eiffel, /tuʀ ɛfɛl/) ialah menara besi yang dibina di atas Champ de Mars bersebelahan Sungai Seine di Paris, Perancis.

Menara Eiffel adalah bangunan yang tertinggi dan paling menonjol di kota Paris dan dikenali di dunia sebagai simbol negara Perancis [1]. Dinamakan bersempena nama perancangnya, Gustave Eiffel, menara ini merupakan monumen yang paling kerap dilawati di dunia; 6,428,441 orang melawatnya pada 2005 [2] dan lebih 200 juta orang sejak ia dibina [3].

Menara ini memiliki ketinggian 300 meter dan di atasnya terdapat antena televisyen setinggi 24 m.

Kini menara Eiffel akan dipasang cermin kalis peluru disekitarnya berikutan susulan ancaman keganasasan tinggi dibandaraya Paris.


Timbalan Datuk Bandar, Jean-Francois Martins berkata, Majlis Perbandaran Paris akan memulakan pembinaan itu pada ikon ibu negara Perancis.

"Ancaman ganas kekal tinggi di ibu negara dan binaan yang menjadi mercu tanda perlu diberi perlindungan keselamatan khas," katanya.

Binaan dinding kaca di kawasan sekeliling menara tersebut bertujuan menghalang mana-mana individu atau kenderaan yang cuba melancarkan serangan dikawasan tumpuan pelacong dalam dan luar negara itu.

Dinding kaca yang akan dibina itu setinggi 2.5 meter dan menelan belanja 20 juta euro bersamaan tukaran mata wang Malaysia sekarang RM95 juta.

Pembinaan dinding kaca kalis peluru itu juga sebagai pengganti kepada pagar besi yang sedia ada,pembinaan dinding kaca kalis peluru Menara Eiffel dijangka bermula pada musim luruh tahun ini.

Dunia umumnya tahu sejak dua tahun lalu Perancis menjadi sasaran serangan ganas yang didalangi kumpulan militan Daesh.

Serangan yang dilakukan memaksa kerajaan negara itu terus menguatkuasakan perintah darurat sehingga kini.
















"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers