Isnin, 13 Februari 2017

Mengaku Bersalah Campak Wanita Indonesia Ke Dalam Sungai Klang

SHARE
Shah Alam: Dua sahabat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Shah di sini hari ini, terhadap pertuduhan cuba membunuh seorang wanita Indonesia dengan mencampaknya ke dalam Sungai Klang pada 6 Februari lalu.

Mohamad Aidilfitri Mohd Powet dan Muhammad Afiq Jamli, kedua-duanya berusia 21 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Slamat Yahya selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Bagaimanapun, hukuman terhadap mereka ditangguhkan sementara menunggu laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa memukul Misnah Sri Wahyunengsih, 37, dan memasukkan mangsa ke dalam guni, mengikat kaki serta mencampakkan wanita itu ke dalam Sungai Klang dengan niat mahu membunuh.

Perbuatan itu dilakukan di Jambatan Sungai Klang, Lebuhraya Kota Kemuning Shah Alam (LKSA), Seksyen 24 di sini, kira-kira jam 11 pagi, 6 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naliatul Huzaimi Ab Rasip.

Sebutan semula kes untuk jatuh hukum ditetapkan pada 15 Mac depan.-myMetro
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers