Selasa, 14 Februari 2017

NAUTICAL ALIYA SELAMAT BERLABUH DI CHITTAGONG

SHARE
CHITTAGONG: Kapal Nautical Aliya dengan muatan lebih 2,000 tan bantuan kemanusiaan selamat tiba di Pelabuhan Chittagong jam 10.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).

Kapal kemanusiaan itu diiringi kapal peronda pengawal pantai Bangladesh sebaik memasuki Sungai Karnaphuli jam 9.15 pagi waktu tempatan.

Nautical Aliya belayar dari Pelabuhan Klang sejak 3 Februari lalu untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Rakhine, Myanmar dan Teknaf, Bangladesh.

Ia sebelum ini berlabuh di Yangon, Myanmar, pada Khamis lalu untuk menurunkan 500 tan bantuan kepada kelompok terjejas di Rakhine.Berita Harian Online
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers