Selasa, 14 Februari 2017

PAS Akan Tumbang Jika Bersendirian

SHARE
 PAS tidak boleh menang pilihan raya jika mereka bertanding sendirian justeru, parti itu perlu membuat keputusan cepat sama ada ingin menyertai pakatan pembangkang atau tidak.

Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, PPBM dan pakatan pembangkang sudah memberi masa kepada PAS untuk membuat keputusan.

Beliau akui banyak kerja perlu diselesaikan malah amat sukar untuk merancang masa depan pakatan pembangkang sekiranya tiada keputusan dibuat oleh PAS.

“PAS kena ingat bahawa mereka tidak pernah menjadi kerajaan di peringkat pusat. Malah, kerjasama dengan DAP pada pilihan raya lalu juga gagal membentuk kerajaan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan watikah pelantikan kepada Ketua-Ketua Bahagian PPBM di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam.

Hadir sama Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ditanya apa akan berlaku sekiranya PAS tetap berdegil untuk menjalinkan kerjasama dengan pakatan pembangkang, Dr Mahathir berkata, terpulang kepada parti itu dan beliau tidak boleh meramal apa yang PAS boleh buat selepas ini.

Menurutnya, Muhyiddin sudah cuba untuk berjumpa dengan pemimpin utama parti itu bagi berbincang mengenai kerjasama berkenaan namun, gagal.

“Jika mereka ingin menyertai kami mereka kena terima kami seadanya,” katanya.

Katanya, beliau tidak boleh bersimpati jika ada pertembungan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang jika PAS tiada dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata, jika ada pertembungan tiga penjuru, dibimbangi PAS akan menolong UMNO untuk menang kerusi berkenaan.

Terdahulu, seramai 120 Ketua-Ketua Bahagian PPBM negeri menerima watikah perlantikan masing-masing.

Antaranya termasuk Dr Mahathir sebagai Ketua Bahagian PPBM Langkawi; Muhyiddin (Pagoh); Naib Presiden PPBM Datuk Hamidah Osman (Gopeng) dan bekas Ahli Parlimen Machang Datuk Sazmi Miah (Machang).
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers