Friday, 17 February 2017

Pembunuhan Kim Jong-nam Wanita Dakwa Berlakon

SHARE
KUALA LUMPUR - Dua wanita masing-masing warga Indonesia dan Vietnam yang direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan pemimpin buangan Korea Utara,Kim Jong-nam mendakwa mereka diupah oleh empat lelaki lain untuk menyembur sejenis cecair sebelum muka mangsa diserkup dengan kain.

Bagaimanapun, Doan Thi Huong, 29, wanita Vietnam dan Siti Aishah,25, wanita Indonesia itu mendakwa mereka tidak tahu perbuatan tersebut membunuh Jong-nam, 47.

Satu sumber memberitahu, Siti Aishah dan Thi Huong saling mengenali dan mereka mendakwa rancangan menyembur sejenis cecair dan menyerkup mangsa itu sudah dirancang lebih awal oleh sekurang-kurangnya empat lelaki yang juga dipercayai warga Korea Utara.

"Pada hari dijanjikan iaitu Isnin, Thi Huong dipercayai menyembur sejenis cecair ke muka Jong-nam manakala Siti ALshah bertindak menyerkup kepala mangsa.

"Perbuatan itu didakwa oleh kedua-dua wanita itu sebagai gurauan untuk menjayakan sebuah program realiti televisyen dan mereka diberi upah untukaksi tersebut," jelas sumber itu lagi.

Mengulas lanjut sumber itu berkata, polis sedang menyiasat hubungan Thi Huong dan Jong nam yang didakwa memasuki negaraini dari Macau dan dikesan menginap bersama disebuah hotel lima bintang di ibu negara.

Pada hari kejadian, Thi Huong dan Jong-nam dilaporkan menaiki kenderaan Toyota Vellfire dari hotel di ibu negara ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sebelum mereka dijadualmemasuki Singapura.

Bagaimanapun, hajat Thi Huong dan Jong-nam terbantut selepas pemimpin buangan itu maut dalarp perjalanan ke Hospital Putrajaya kerana dipercayai diracun.

Mengenai Siti Aishah pula, sumber sama memberitahu, siasatan mendapati wanita itu bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) di ibu negara.

Siti Aishah didakwa sudah beberapa kali dikesan memasuki negara ini.
Gadis ini juga mempunyai seorang kekasih warga tempatan namun lelaki itu buat masa ini dipercayai tidak terlibat dengan pembunuhan Jong-nam.
Tambah sumber itu, polis kini mencari keempatempat lelaki yang dikatakan mengupah Siti Aishah dan Thi Huong untuk menjayakan sebuah program televisyen.

"Komplot pembunuhan Jong-nam agak rumit dan polis perlu mencari empat lelaki yang didakwa Siti Aishah dan Thi Huong kerana merancang menyembur cecair ke arah Jong-nam," kata sumber itu.

Sementara itu, bedah siasat ke atas mayat Jong-nam di Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur sudah selesai namun polis masih menunggu keputusan analisis bedah siasat.

Tinjauan di Kedutaan Korea Utara di Jalan Batai di sini mendapati ia dikunjungi dua pegawai polis pada pukul 12.50 tengah hari sebelum mereka meninggalkan bangunan itu 15 minit kemudian.

Bagaimanapun, pegawai polis berkenaan enggan memberi maklumat tujuan lawatan tersebut.-
Kosmo
-Hot Kelate
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers