Rabu, 15 Februari 2017

Pengarah KEMAS Selangor Disambung Reman

SHARE
SHAH ALAM – Tempoh reman ke atas Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Negeri Selangor, Mohd. Adnan Md. Daud, 54, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dan rasuah melibatkan kontrak agensi itu.

Perintah lanjutan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Syajaratudur Abd. Rahman pukul 11 pagi tadi.

Selain Mohd Adnan, Syajaratudur turut melanjutkan tahanan reman tujuh hari ke atas seorang kontraktor berusia 41 tahun yang sebelum ini ditahan dan direman di Alor Setar, Kedah.

Terdahulu, Mohd. Adnan yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di Mahkamah Majistret Shah Alam kira-kira pukul 10.20 pagi menaiki sebuah kenderaan diiringi oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini Kosmo! melaporkan SPRM menahan seorang pengarah berusia 54 tahun serta tiga individu lain termasuk isterinya ditahan masing-masing di Sepang dan Sungai Petani, Kedah pada 8 Februari lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda suapan, mengikut mana-lebih tinggi, jika sabit kesalahan. – K! ONLINE
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers