Thursday, 16 February 2017

Pengurus Besar Agensi Kerajaan Ditahan

SHARE

PUTRAJAYA 16 Feb.- Seorang pengurus besar sebuah agensi kerajaan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa.

Perintah reman terhadap pengurus besar yang berumur 62 tahun itu dikeluarkan oleh Majisterit Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman, terdahulu suspek tiba di Mahkamah Majisterit di sini pada pukul 9.40 pagi.

Suspek akan disiasat dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Semalam SPRM menerusi Op Nafas menahan pengurus besar itu di pejabatnya di Gombak, Selangor kira-kira pukul 11 pagi, manakala isterinya pula ditahan di kediaman mereka di Kuala Lumpur.


Bagaimanapun, isterinya yang berumur 38 tahun itu dibebaskan selepas diambil keterangan oleh SPRM semalam.

Difahamkan, suspek telah menyalahgunakan kedudukannya ketika memegang jawatan sebagai timbalan pengurus besar pada 2014 hingga 2016 sebelum dilantik sebagai pengurus besar pada September tahun lalu.

Menurut sumber, pengurus besar tersebut telah menyerahkan lebih 50 projek agensi kerajaan itu yang bernilai RM1 juta kepada dua syarikat milik isterinya yang ditubuhkan pada 2010 dan 2015

Suspek juga dipercayai terlibat secara langsung dalam proses perolehan pembekalan sebut harga berdasarkan tatacara perolehan yang ditetapkan oleh agensi tersebut serta pegawai yang bertanggungjawab meluluskan pembayaran kepada syarikat milik isterinya.-UTUSAN ONLINE
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers