Monday, 13 February 2017

TMJ VS Annuar Musa Bertanding Presiden FAM

SHARE
PETALING JAYA – Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mendedahkan hanya Tan Sri Annuar Musa dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengesahkan untuk bertanding dalam jawatan presiden pada Kongres ke-53 FAM yang dijadualkan berlangsung pada 25 Mac depan.

Jelas Hamidin, dua lagi tokoh yang dicalonkan iaitu Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat telah mengambil keputusan untuk menarik diri.

“Selepas pintu pengesahan ditutup pukul 5 petang tadi, saya boleh sahkan hanya ada dua calon yang menghantar borang pengesahan iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tan Sri Annuar Musa. Kedua-dua calon telah menghantar borang secara peribadi dengan saya minggu lepas.

“Sementara itu, Tan Sri Aseh telah bertemu dengan saya semalam untuk mengesahkan beliau menarik diri daripada menjadi calon presiden. Begitu juga dengan Khairy Jamaluddin yang telah menghubungi saya hari ini untuk memaklumkan perkara yang sama,” kata Hamidin ketika ditemui pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya sebentar tadi. – K! ONLINE
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers