Tuesday, 14 February 2017

Sarawak Belasah MISC-MIFA 6-3

SHARE
KUCHING – Pasukan Sarawak membelasah MISC-MIFA 6-3 dalam aksi pertama Piala FA 2017 di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini malam ini.

Kemenangan bergaya anak-anak buah David Usop itu membolehkan skuad Bujang Senang mara ke pusingan kedua kejohanan tersebut.

Penyerang import, Mark Andrew Hartmann muncul wira skuad Bujang Senang apabila menjaringkan hatrik dalam perlawanan yang penuh aksi itu.

Pemain kelahiran Filipina itu meledakkan jaringan pada minit ke-11, ke-59 dan ke-80.

Rakan penyerang import, Mateo Roskam turut membuktikan sentuhannya di hadapan pintu gol lawan apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-24 dan ke-27.

Kapten pasukan, Ronny Harun juga tidak ketinggalan menceriakan penyokong Ngap Sayot menerusi jaringannya pada minit ke-33.

Gol-gol pasukan lawan pula dijaringkan oleh Ooi Shee Keong pada minit ke-56 dan dua jaringan penalti Michael Chukwubunna Ijezie masing-masing pada minit ke-69 dan ke-77. – K! ONLINE
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers