Monday, 13 February 2017

Seludup Jongkong Emas Dalam Dubur

SHARE
Seorang lelaki berusia 36 tahun telah ditangkap cuba menyeludup 12 jongkong emas oleh Kastam India dengan menyembunyikannya dalam duburnya, lapor media tempatan.

Lelaki itu, berasal dari Tamil Nadu, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad Rajiv Gandhi dengan penerbangan Tigerair dari Singapura awal pagi Ahad (Feb 12).

Penerbangan TR2624, menurut laman web pengesanan penerbangan FlightAware, berlepas dari Lapangan Terbang Changi sekitar 10.40 malam pada Sabtu dan tiba di Hyderabad menjelang 1 pagi Ahad.

Menurut Times Of India, bagasi penumpang berkenaan mengandungi beberapa lampu LED yang mendorong kakitangan kastam menjalankan pemeriksaan lebih rapi.

Lapan jongkong emas, masing-masing seberat kira-kira 100g, ditemui tersembunyi di belakang penutup lampu.

Walaupun lelaki menafikan dia membawa lebih emas, dia diperiksa menggunakan mesen diarah menjalani telah melalui pengesan logam. Sebanyak 12 jongkong emas dengan jumlah berat 1.2kg di kesan dalam duburnya.

Secara keseluruhan, 20 jongkong emas seberat kira-kira 2kg miliknya ditemui.
Unit Risikan Penerbangan membertahu New India Express bahawa emas itu bernilai sekitar 59.1 juta rupee ($1.26 juta).

Lelaki itu ditahan oleh pegawai lapangan terbang bagi siasatan lanjut.

Menyembunyikan jongkong emas dalam tubuh dikatakan merupakan antara cara yang dilakukan oleh penyeludup dari India, pengguna emas terbesar di dunia.

Mereka biasanya membeli logam berharga itu di bandar-bandar seperti Dubai dan Singapura, yang dikatakan lebih murah dan terdapat kurang sekatan perdagangan.
-Berita Harian Singapura
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers