Tuesday, 14 February 2017

Subsidi Beli Rumah Golongan Muda dan Penjawat Awam di Terenggu

SHARE
KUALA TERENGGANU – Generasi muda dan penjawat awam di negeri Terengganu kini boleh membeli rumah masing-masing di bawah program Terengganuku dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) dengan harga subsidi sehingga RM50,000.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, kerajaan negeri memutuskan untuk memberi subsidi kepada perumahan di bawah kedua-dua skim itu bagi memudahkan golongan sasar terbabit memiliki rumah sendiri.

“Subsidi RM40,000 diberikan kepada pembeli projek perumahan Pangsapuri Ladang Tok Pelam di sini dan Pangsapuri Bandar Baharu Kerteh, Kemaman yang masing-masing sebelum ini berharga RM225,000 dan RM197,00 seunit.

“Individu berumur 40 tahun ke bawah dan berkeluarga layak menerima subsidi bagi membeli dua projek perumahan di bawah program Terengganuku tersebut,” katanya selepas menyampaikan amanat kepada kakitangan kerajaan negeri pada majlis Ucap Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini. – K! ONLINE
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers