Jumaat, 17 Februari 2017

'Tuduhan Hindraf Melampau'

SHARE
TINDAKAN melampau Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) yang menuduh Dr Zakir Naik sebagi pengganas perlu ditangani kerajaan dengan segera sebelum kekacauan berlaku.

Dr Zakir hanya pendakwah Islam yang berjuang menegakkan agama Allah yang mengajak manusia berada pada jalan benar.

Sabda Nabi Muhammad SAW seperti yang diriwayatkan daripada Abu Musa al- Asy'ari''Siapa berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi,maka ia berada dijalan Allah''.
Allah dan para Rasul tidak memerintahkan hamba dan umat dahulu dan kini menjadi seorang pengganas untuk menegak syiar Islam dimuka bumi ini.

Dr Zakir hanya menjalankan tugas-tugas dakwah fillah kerana setiap langkah kaki,ucapan,perbuatan semuanya dihitung maha mempunyai kebesaran dan kemulian.

Menuduh dan menggesa kerajaan AS mengambil tindakan terhadap penceramah terkenal ,Dr Zakir merupakan kelakuan melampau dan wajib diambil tindakan mengikut undang-undang dengan segera.

Tindakan itu juga memberi gambaran kepada dunia negara ini bersengkokol dengan pengganas sedangkan Malaysia antara negara paling berjaya membatasi tindakan melampau kumpulan pengganas.

Hindraf pernah membawa dakwaan ke United Kingdom, kononnya Malaysia mengamalkan penghapusan etnik penganut Hindu di Malaysia. Kini ekstremis Hindu ini kembali mengganas dalam sikap mereka-Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

“Betapa melampau puak Hindraf ini. Mereka tuduh beliau sebagai pengganas dan gesa tindakan AS ke atas beliau. Bahkan, meminta campur tangan AS ke atas Malaysia dalam kes ini agar Dr Zakir dibawa ke AS untuk didakwa,”.-Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Rakyat negara ini perlu menghayati keamanan sebenar yang dikecapi selama ini dan tidak cuba mencetus provokasi agama kerana akibat terlalu parah.-Hot Kelate
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers