Sabtu, 11 Februari 2017

Walaupun Terkeluar Dalam Carta Anak Mahathir Tidak Akan Papa Kedana

SHARE
Apa sudah jadi?

Adakah ini strategi Mahathir supaya nama anaknya ‘dinampakkan’ tidak semua kaya?

Atau ini sudah menunjukkan betapa kekayaan yang dibina selama ini bukan dari usaha yang ‘halal’ – terpalit dengan unsur kedudukan ayahnya sebagai perdana menteri?

Atau satu perkara yang nampak jelas adalah kedudukan Mokhzani yang merudum telah menunjukkan samada urusniaga beliau sudah menunjukkan tanda-tanda gagal tadbir atau mula kehilangan pegangan saham di dalam beberapa syarikat utama beliau?

Atau adakah ini berkaitan dengan skandal yang melanda bapanya berhubung isu kehilangan wang rakyat yang begitu besar jumlahnya di dalam ‘perjudian’ FOREX Bank Negara – sehingga kini belum mendapat sesen pun wang yang hilang itu. Atau strategi ‘mengalihkan’ kekayaan ke tempat lain supaya perlahan-lahan nama anak-anak Mahathir tiada lagi di dalam senarai terkaya di Malaysia itu.

Lagi lambat Suruhanjaya Siasatan di Raja ditubuhkan, adakah berkemungkinan lagi banyak ‘harta’ anak pinak Mahathir ‘lenyap’?

Matematik tidak menipu, berapa juta Mahathir mampu berikan modal kepada anak-anaknya termasuk anak angkat beliau walaupun Mahathir tidak menggunakan sesen pun gajinya sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun. RM20 juta?-MYKMU
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers