Rabu, 15 Februari 2017

Wanita Myanmar Dipercayai Ada Hubungkait Kematian Kim Jong Nam

SHARE
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang wanita Myanmar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) bagi membantu siasatan berhubung kematian abang pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Nam.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata wanita terbabit ditahan sepasukan polis kira-kira jam 10 pagi tadi.

“Saya mengesahkan seorang wanita Myanmar ditahan jam 10 pagi tadi dan kita percaya dia mempunyai hubung kait dengan kematian lelaki Korea Utara di klia2 pada Isnin lalu.

“Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan selepas menerima laporan itu, kita akan menentukan kes ini disiasat mengikut seksyen apa, ” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

(BHONLINE)
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers