Sunday, 30 April 2017

Azmin Ali Cari Balah Dengan JAKIM

Azmin Ali Cari Balah Dengan JAKIM

BUTTERWORTH: Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan adalah tidak adil beliau dikritik kerana konsert penyanyi Amerika Syarikat, Selena Gomez tahun lalu.
"Kerajaan (Selangor) tidak apa-apa kaitan dengan konsert itu kerana ia diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," kata Azmin yang juga Menteri Besar Selangor dalam ucapannya pada hari terakhir konvensyen PKR Pulau Pinang di Seberang Jaya.

Azmin merujuk kepada kenyataan perwakilan Pemuda PAS Shah Alam, Aubidullah Fahim Ibrahim, yang berkata PKR tidak melakukan apa-apa untuk menghalang konsert tersebut yang dijadualkan pada 25 Julai tahun lalu di Shah Alam, kawasan yang didiami majoriti umat Islam.

Semasa muktamar Pemuda PAS di Alor Setar pada Jumaat, Aubidullah mendedahkan penganjuran itu sebagai salah satu punca sayap parti tersebut memutuskan hubungan dengan PKR.
PAS telah membantah konsert itu daripada diadakan dengan mendakwa pakaian Selena terlalu seksi.
"Saya tidak tahu siapa Selena Gomez sehingga saya membuat carian di Internet.

"Saya juga merujuk seseorang sebagai 'Tok Lebai' kerana ia panggilan yang baik untuk digunakan kepada individu yang berilmu," katanya selepas dikritik kerana menggelar Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai 'Tok Lebai' dalam Twitternya.

Kenyataan Azmin itu sebagai respons balas kepada dakwaan Abdul Hadi bahawa PAS akan merampas Selangor pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Tanpa menamakan PAS, Azmin berkata isu remeh itu tidak akan membantu pembangkang memenangi Putrajaya PRU akan datang.

"Kita perlu memberi tumpuan untuk menjatuhkan lawan iaitu Umno dan Barisan Nasional dan bukannya bergaduh sesama sendiri," kata Azmin.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/04/30/selena-azmin/#guh4vox544kVzuDW.99

Saturday, 29 April 2017

PAS Mungkin Hilang Majoriti 50 Peratus Sebelum PRU Di Dun Taman Templer

PAS Mungkin Hilang Majoriti 50 Peratus Sebelum PRU Di Dun Taman Templer

PAS sepertinya bermegah-megah dengan kedudukan yang dikatakan berani bersendirian walaupun beberapa kerusi yang dimenanginya di Selangor pada PRU 13 lalu dengan bantuan PKR dan DAP bertambah goyang.

1-N15 - TAMAN TEMPLER
PAS MENANG MAJORITI 7,467
Zaidy Bin Abdul Talib

Dengan majoriti 7,467 undi kedudukan parti Islam itu tidak selamat dengan dengan pertandingan 3 penjuru.

Mengikut data yang diperolehi kira-kira 7 bulan sebelum PRU 13-Taman Templer dimonopoli pengundi Melayu seramai 24,697 orang (55.56%) diikuti Cina, 15,812 (32.37% ) dan India 5,649.
Mengikut data yang diperolehi seperti diatas jumlah pengundi keseluruhan 46,158 bertambah 3,210 beberapa bulan sebelum PRU 13 diadakan,namun peratusan pengundi Melayu masih mendahului kaum lain.

Dengan bertambahnya 3,210 jumlah pengundi berdaftar dikawasan itu,jumlah terakhir yang sah adalah 49,368.Zaidy Bin Abdul Talib yang mewakili PAS pada PRU 13 telah mengalahkan calon BN dan Bebas dengan memperolehi majoriti 7,467 daripada undi yang diterima 24,667.

Calon Bebas,ROSLAN BIN BASARUDDIN hanya memperolehi 495 undi dan beliau hilang wang pertaruhan.
Manakala Calon BN ,SUBAHAN BIN KAMAL memperolehi undi 17,200.

Pada PRU 13 pertandingan tiga penjuru berlaku di Taman Templer,namun Bebas bukanlah cabaran sebenar sama ada kepada PAS mahupun BN.

Walaupun jumlah kertas undi ditolak 666 dicampur dengan tidak dikembalikan 114 ia tidak memberi kesan kepada calon PAS.

Apa yang PAS perlu lihat dan ambil tahu,majoriti besar yang diperolehi PAS pada PRU 13 di Taman Templer dianggarkan 50 peratus bukan dari pengundi Melayu,kerana Tsunami Cina kekal menolak BN pada PRU 13.

Berdasar jumlah pengundi Cina 15,812 yang diperolehi 7 bulan sebelum berlaku PRU,pastinya majoriti besar yang diperolehi PAS dibantu pengundi Cina(DAP) berikutan Pakatan Rakyat adalah bekas berkumpulnya PAS,DAP,PKR.
PRU 14 pastinya berlaku pertandingan 3 penjuru(tidak termasuk bebas)dimana-mana kawasan pilihan raya.

Di Taman Templer dengan jumlah pengundi Cina lebih 32 peratus mungkin PAS tidak mampu mempertahankan kemenangan yang diperolehi sebelum ini.

Menurut logik,sekarang 50 peratus majoriti PAS di kerusi Taman Templer sudah hilang berikutan tidak bersama Pakatan Harapan.

Dengan pertandingan 3 penjuru pada PRU 14 mustahil PAS boleh mengembalikan majoriti 50 peratus yang hilang atau yang ada pada pengundi Cina dan India dari DAP,PKR.

Daripada 49,368 hanya 43,142 yang keluar termasuk yang tidak mengembalikan 114 kertas undi .Dari 43,142 yang keluar ke pusat membuang undi hanya 43,028 sahaja yang menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi termasuk 666 yang di tolak(undi rosak)

Hanya 42,362 sahaja undi yang dikira sah(tidak rosak)setelah ditolak dari jumlah 666 undi yang rusak itu.

Mari kita lihat jumlah keseluruhan yang terjawab,adakah benar undi sah(tidak rosak) setelah ditolak undi rosak adalah 42,362.

PAS-24,667
BN-17,200
BEBAS-495
=42,362-Total

Jumlah tidak keluar mengundi di Dun Taman Templer
Jumlah pengundi 49,368
Jumlah kertas undi yang dikeluarkan 43,142
=6,226-Tidak Keluar mengundi

http://postselangor.blogspot.my/2017/04/50-peratus-majoriti-pas-kerusi-dun.html#.WQSKytp97IU


Reports: US troops deploy along Syria-Turkish border

Reports: US troops deploy along Syria-Turkish border

BEIRUT: A Syrian war monitor and Kurdish activists say US armored vehicles have deployed in areas in northern Syria along the border with Turkey, a few days after a Turkish airstrike that killed 20 US-backed Kurdish fighters.
Footage posted by Syrian activists online shows a convoy of US armored vehicles driving on a rural road in the village of Darbasiyah, a few hundred meters from the Turkish border. Clashes in the area were reported between Turkish and Kurdish forces Wednesday a day after the Turkish airstrike.
Rami Abdurrahman, director of the Britain-based Syrian Observatory for Human Rights, said the deployment seems limited.
A Kurdish activist, Mustafa Bali, confirmed the deployment.
Col. John Dorrian, a US spokesman for the international coalition against Daesh, declined to comment, saying troop movement is “ongoing.”
Algeria defends Ahmadiyah sect arrests

Algeria defends Ahmadiyah sect arrests

ALGIERS: Algeria’s government has rejected accusations from rights groups that it persecuted the Ahmadiyah religious sect during a recent spate of arrests, saying those detained were targeted for breaking the law not for their beliefs.
International rights groups have expressed concern in Algeria about crackdowns and religious persecution of the Ahmadiyah, a sect also found in Pakistan and Indonesia as well as in communities in Europe but who some Sunnis accuse of apostasy.
Algeria’s Minister of Religious Affairs Mohammed Aissa told diplomats and reporters this week that any arrests in Algeria’s Ahmadiyah community were for individual crimes and not a crackdown on their religious community.
His comments came after some Algerian political leaders had said there was no place for the Ahmadiyah in Algeria, where most people are Sunni Muslims. In the past, officials have suggested the community was involved in illegal proselytizing.
“All those Ahmadiyah individuals’ activities in our country were illegal, we are not targeting the Ahmadiyah, but rather individuals,” Aissa said at a conference this week.
Those arrested have been investigated for offenses including unauthorized fundraising and the illicit use of private homes to conduct unauthorized secret meetings.
Dozens wounded at protests for Palestinians jailed in Israel

Dozens wounded at protests for Palestinians jailed in Israel

RAMALLAH: Dozens of protesters were wounded at West Bank demonstrations in support of hunger-striking prisoners held by Israel, Palestinian health officials said Friday.

Spokesman Anas Diek said three people were hospitalized, including one who was shot in the head by a rubber bullet and another who was hit in the knee by a tear gas canister. He said others were treated on the scene, including for inhaling tear gas, but he had no further details.

Ahmad Bitawi, director of Ramallah Hospital, said more than 20 people were injured. He said most were leg injuries and not life-threatening.
In Bethlehem, protesters waved flags with photos of Marwan Barghouti, the jailed leader who called for the hunger strike.

Some 6,500 Palestinians are currently in Israeli lockups. Israel calls them security prisoners — held for offenses ranging from stone-throwing to carrying out attacks that killed or wounded Israeli civilians and soldiers.

Palestinians say between 1,300 and 1,500 prisoners have been on a hunger strike for 12 days demanding better conditions. Israel puts the number at about 1,100.
The Israeli military said about 2,000 Palestinians “participated in violent riots” at several places in the West Bank on Friday. It said soldiers responded with riot control procedures but did not elaborate.

Barghouti, a leader of the 2000 Palestinian uprising, is serving five life terms after being convicted by an Israeli court of directing two shooting attacks and a bombing that killed five people. Barghouti, who disputed the court’s jurisdiction and did not mount a defense, has been in prison since 2002.
Polls suggest that the 58-year-old Barghouti is the most popular choice among Palestinians to succeed the 82-year-old Palestinian President Mahmoud Abbas.

Israeli plan for 15,000 more settlement homes in Jerusalem condemned

Israeli plan for 15,000 more settlement homes in Jerusalem condemned

JERUSALEM: Israel intends to build 15,000 new settlement homes in East Jerusalem, the Housing Ministry said on Friday despite US President Donald Trump’s request to “hold back” on settlements as part of a possible new push for Israeli-Palestinian peace.

A formal announcement of the settlement plan, quickly condemned by the chief Palestinian negotiator, could come around the time Trump is scheduled to visit Israel next month.
Israel views all of Jerusalem as its “eternal and indivisible capital,” but the Palestinians also want a capital there. Most of the world considers Jerusalem’s status an issue that must be decided through negotiations. The last peace talks between Israel and the Palestinians collapsed in 2014.

Housing Minister Yoav Galant told Israel Radio that his ministry and the Jerusalem Municipality had been working on the plan for two years, with proposals for 25,000 units, 15,000 of which would be in East Jerusalem, which Israel captured in the 1967 Middle East war and later annexed.
“We will build 10,000 units in Jerusalem and some 15,000 within the (extended) municipal boundaries of Jerusalem. It will happen,” he said.

Chief Palestinian negotiator Saeb Erekat said Israel’s move was a systematic violation of international law and a “deliberate sabotage” of efforts to resume talks.
“All settlements in occupied Palestine are illegal under international law,” he said in a statement. “Palestine will continue to resort to international bodies to hold Israel, the occupation power, accountable for its grave violations of international law throughout occupied Palestine.”

Channel 2 news said an announcement on building could be made on Jerusalem Day which this year, according to the Hebrew calendar, falls on May 24, when Israel celebrates its capture of the eastern part of the city.

This year marks the 50th anniversary, with a large number of celebrations planned. Trump’s visit is expected to take place on or shortly after May 22.
Palestinians want East Jerusalem as the capital of a state they hope to establish in the occupied West Bank and the Hamas-ruled Gaza Strip.
Trump told Reuters in an interview at the White House on Thursday that he wanted to see a peace deal.

“I want to see peace with Israel and the Palestinians,” he said. “There is no reason there’s not peace between Israel and the Palestinians — none whatsoever.”
The US leader met Israeli Prime Minister Benjamin Netanyahu in Washington in February and is to see Palestinian President Mahmoud Abbas at the White House on May 3.-ARAB NEWS
Exco PAS Tidak Peduli Desakan Disuruh Undur

Exco PAS Tidak Peduli Desakan Disuruh Undur

Ketua Dewan Pemuda PAS yang baharu, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Exco PAS Selangor hendaklah meneruskan tugas seperti biasa dalam pentadbiran kerajaan Selangor, demi berkhidmat untuk rakyat.

Katanya tiada sebab tiga Exco dalam pentadbiran Selangor daripada parti itu diminta berundur hanya kerana ada desakan politik berikutan timbulnya isu tahaluf siyasi atau kerjasama politik PAS dan PKR ketika ini.

“Secara faktanya kerusi PKR itu lagi sedikit daripada kerusi PAS di Selangor. Exco PAS di Selangor tidak dilantik PKR dan DAP oleh itu mereka mesti meneruskan tugas mereka untuk rakyat bukan untuk parti tertentu semata-mata,” katanya mengulas gesaan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail supaya anggota Exco PAS berundur daripada pentadbiran kerajaan Selangor jika parti itu mahu memutuskan kerjasama politik dengan PKR.

Bercakap kepada pemberita selepas muktamar tahunan Dewan Pemuda PAS berakhir di sini hari ini, Muhammad Khalil berkata Majlis Syura Ulama PAS perlu segera membuat keputusan ekoran hasrat perwakilan yang mahu parti itu memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR.

“Dalam perbahasan, jelas kedengaran perwakilan mahukan Majlis Syura Ulama memikirkan hubungan PAS dengan PKR, kerana kita juga telah ada satu pakatan baharu iaitu Gagasan Sejahtera untuk diperkasakan,” katanya.



Muhammad Khalil berkata satu pengumuman berhubung penyertaan parti-parti lain dalam pakatan blok ketiga politik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan dilakukan dalam masa terdekat ini.

Gagasan Sejahtera, yang membawa budaya politik matang dan sejahtera, adalah satu gabungan politik tidak rasmi yang dibentuk oleh PAS bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sejak tahun lepas.

Mengenai pemilihan Dewan Pemuda, beliau berkata pemilihan tiga daripada 12 anggota Jawatankuasa Kerja Pemuda PAS Pusat dari Kelantan memberi isyarat bahawa pemerintahan PAS di Kelantan mesti dikekalkan.

” Dalam konteks politik di Kelantan kita mempunyai unsur-unsur yang menguatkan kita untuk mengekalkan kerajaan PAS Kelantan. Antaranya ialah Kelantan antara negeri majoriti pengundi Melayu dan fokus utama kita adalah agenda Islam itu sendiri dan perkasakan hak hak yang berkait dengan rakyat secara umum,” katanya.–Bernama
Tun Abdul Rahman Dilantik Semula YDP Pulau Pinang

Tun Abdul Rahman Dilantik Semula YDP Pulau Pinang

KUALA LUMPUR: Tun Abdul Rahman Abbas pada Jumaat dilantik semula sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang untuk penggal ketujuh.
Abdul Rahman, 79, menerima Surat Cara Pelantikan bagi tempoh empat tahun daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam istiadat di Istana Negara di sini.
Ia dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Seri S. A. Vigneswaran dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Dilahirkan pada 15 April 1938 di Kampung Permatang Rambai, Kepala Batas, Pulau Pinang, Abdul Rahman mula dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang pada 2001.
Beliau dilantik semula ke jawatan sama pada 2005, 2009, 2011, 2013 dan 2015.
Beliau yang mempunyai ijazah kepujian dalam bidang Kesusasteraan daripada Universiti Malaya (UM) pada 1972, pernah menjadi pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang selama tiga tahun bermula pada 1982. - BERNAMA

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/04/28/ydp-pulau-pinang/#Y3heuRDOGxM8XK3w.99
Hujan Lebat, Angin Kencang Landa Ipoh

Hujan Lebat, Angin Kencang Landa Ipoh

IPOH: Hujan lebat serta angin kencang yang melanda Bandaraya Ipoh menyebabkan beberapa insiden pokok tumbang, namun setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Antara yang tumbang adalah Pokok ''Ipoh'' yang ditanam sejak 37 tahun lalu di hadapan Stesen Keretapi Ipoh di sini.
Ia ditanam pada 18 Januari 1980 oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Mohamed Wan Teh bersempena ulang tahun ke-50 Kelab Rotary Ipoh.
Selain itu, pokok setinggi bangunan lima tingkat turut tumbang berhampiran lampu isyarat di First Garden di sini.
Penolong Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Kamaruzaman Subari berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 4.06 petang Jumaat.
"Pokok itu telah menutup jalan ke arah pusat bandar dan Silibin," katanya ketika dihubungi di sini Jumaat.
Seramai 12 anggota termasuk seorang pegawai serta dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja pengalihan pokok yang turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, katanya.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Mohd Syahrizal Azmi berkata seramai 15 pekerja bersama lima lori terlibat dalam kerja membersih pokok Ipoh berkenaan.
"Proses membersih masih dijalankan. Bagaimanapun keputusan untuk menanam semula atau tidak pokok itu akan diputuskan nanti," katanya.
Orang ramai yang ditemui Bernama berkata rakyat negeri seperti kehilangan satu daripada mercu tanda bandar raya Ipoh selepas pokok itu tumbang.
Pesara kerajaan, Musthpar Abd Aziz, 56, berkata pokok berkenaan menjadi lambang bandar raya ini.
"Kini tinggal kenangan sebab dulu-dulu dekat sini (hadapan stesen kereta api) ada gerai-gerai makan, selalu bawa anak-anak saya.
"Teringat mereka selalu tanya saya pasal pokok ini, tetapi sekarang dah tumbang. Harap pihak berkaitan akan tanam semula pokok itu," katanya yang berasal dari Manjung.
Sementara itu, pelajar kolej swasta, Idayu Othman, 21, terkejut selepas melihat keadaan pokok Ipoh ketika baru tiba dari Kuala Lumpur menaiki perkhidmatan tren elektrik (ETS).
"Saya rasa terkejut macam mana pokok sebesar itu boleh tumbang. Rasa macam kehilangan sebuah pemandangan yang indah bila pokok itu tiada lagi," katanya.- BERNAMA

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/04/28/angin-kencang-ipoh/#7WkquIkHeT6kBruE.99
Banjir Kuala Selangor, Sabak Bernam Terburuk Sejak 1971

Banjir Kuala Selangor, Sabak Bernam Terburuk Sejak 1971

KUALA SELANGOR: Fenomena air pasang besar yang melanda sekitar daerah ini dan Sabak Bernam hingga mengakibatkan beberapa rumah rosak teruk disifatkan antara yang terburuk dalam tempoh 46 tahun.

Berdasarkan pengalamannya berdepan situasi sama pada 1971, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim itu segera turun padang bagi memastikan kebajikan penduduk yang terjejas terpelihara.

Beliau yang bergegas ke lokasi banjir sebaik mendapat maklumat kejadian pada Khamis malam itu turut membantu dengan menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir.
"Kali terakhir fenomena air pasang besar berlaku adalah 1971 lalu sehingga ia sekali lagi melanda Kampung Kuantan untuk kali kedua.

"Semua pihak berwajib berusaha memindahkan mangsa bermula pukul 11.50 malam Khamis, ketika itu air sudah mulai naik setinggi 0.5 meter," kataya kepada mStar Online.

Antara kawasan yang terjejas kali ini ialah Kampung Nelayan Bagan Nakhoda Omar dan Sungai Lang di Sabak Bernam, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Siam di sini.

Dalam insiden banjir kali ini seramai 66 mangsa daripada 21 keluarga, yang kebanyakannya nelayan dan petani dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasangan, Kampung Kuantan.

Tambah Irmohizam lagi, anggota Jabatan Kebajikan Masyarakat, pihak Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan.
"Selain anggota berkaitan, bekalan makanan serta beberapa peralatan bantuan kecemasan lain turut diagihkan ke pusat pemindahan bagi membantu meringankan beban mereka", kata Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) itu.

Beliau juga bersyukur kerana tiada nyawa yang terkorban dan jumlah anggaran kerugian akibat banjir masih dilakukan pihak berwajib.

Irmohizam juga meningatkan penduduk di kawasan berkenaan supaya mematuhi arahan pihak berwajib bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


Pelabur Forex Bakal Gulung Tikar

Pelabur Forex Bakal Gulung Tikar

PETALING JAYA: Hanya beberapa hari selepas pendedahan mengenai JJPTR dibuat, lebih banyak skim pelaburan forex dilihat bakal 'gulung tikar' dengan pelabur mengalami kerugian berbilion ringgit.

Tiga skim itu - Change Your Life (CYL), Richway Global Venture dan BTC I-system dikatakan bakal menerima nasib sama selepas ahlinya gagal menerima 'keuntungan' mereka pada masa yang dijanjikan.

Ahli-ahli Richway Global Venture, skim 'pelaburan' pertanian merangkap pelaburan forex yang bermula pada Mei 2016 mengadu bahawa mereka tidak dibayar bulan ini.
Mereka mula menuduh pengasas skim 'menipu' mereka dengan nilai mencecah RM1.2 bilion.
Pengasas berkenaan telah merayu kepada ahli-ahlinya untuk berhenti menuntut bayaran faedah yang dijanjikan, meyakinkan mereka bahawa dia tidak akan membawa lari wang ahli-ahlinya.

"Jika anda begitu bimbang, mengapa dulu anda melabur? Ia soal menang atau kalah. Tolong beri saya sedikit masa untuk menyelesaikan masalah ini dan ini bukan masanya untuk saya melarikan diri dengan wang anda," tulis pengasas itu dalam bahasa Cina.

Salah seorang pelabur yang meminjam wang daripada beberapa rakan dan bank untuk 'melabur' dalam skim ini adalah ibu tunggal, lapor China Press.

"Saya fikir dapat bertahan selama setahun, sekurang-kurangnya sehingga anak saya sudah tidak menyusu dan saya dapat keluar bekerja. Saya tak tahu ia akan jadi seperti ini. Ini adalah skim 'gelap'," katanya di Facebook.

BTC I-system, satu skim yang mendakwa membuat pelaburan dalam mata wang digital Bitcoin, juga mungkin berada dalam masalah apabila pelabur tidak lagi mendapat bayaran mereka.
BTC I-system menawarkan pulangan yang lebih baik berbanding JJPTR yang telah pun menemui jalan kegagalan.

Ia menjanjikan pulangan 30 peratus setiap 15 hari, kecuali hari Ahad, berdasarkan nilai Bitcoin pada hari pembayaran.
Ini bermakna ahli-ahli boleh mendapatkan semula pelaburan mereka dalam tempoh kira-kira dua bulan jika nilai Bitcoin kekal seperti ketika mereka melabur.

Walau bagaimanapun, skim ini kelihatan bermasalah hanya tujuh bulan selepas ia mula beroperasi pada September tahun lepas.

Seorang pelabur yang bekerja sendiri, Tommy Tang, berkata awal bulan ini beliau telah berhenti menerima pembayaran untuk pelaburan RM3,000 yang dibuatnya.
Tang, yang telah mendapat pulangan modal dan membuat keuntungan kerana telah melabur sejak September berkata beliau dapat merasakan sesuatu yang tidak kena apabila pembayaran mula lewat dibuat, sejak Februari.

"Apabila beberapa ahli bertanya tentang pembayaran yang lewat dalam kumpulan WeChat, mereka disuruh bersabar.
"Mereka yang baru sahaja melabur diberi jaminan bahawa mereka akan mendapat kembali modal pelaburan.

"Awal bulan ini, kami semua disingkirkan dari kumpulan WeChat. Selepas itu kami tidak mendapat sebarang khabar mereka," kata Tang yang berusia 30-an.

Beliau berkata syarikat itu, yang mendakwa didaftarkan di Vietnam telah menganjurkan beberapa seminar di pejabatnya di sini untuk menjual pelan dan mendapat lebih ramai ahli.

"Segalanya nampak begitu 'jelas' apabila pentadbir WeChat menunjukkan carta harian nilai pasaran Bitcoin dalam ringgit.
"Ia adalah wang mudah," katanya.

Seorang suri rumah berusia 43 tahun yang melabur sebanyak AS$500 (RM2,170.50) dalam CYL berkata kakitangan syarikat itu tidak memberi jawapan apabila ditanya tentang wangnya.
"Saya melabur menggunakan wang yang saya simpan sikit-sikit. Saya menyertai kerana mahu membantu keluarga, tetapi sekarang, semua wang saya lesap," katanya.

Seorang lagi pelabur CYL, yang hanya mahu dikenali sebagai Yeoh, berkata beliau kecewa kerana syarikat itu telah gagal membayar pulangan yang dijanjikan sejak beberapa minggu lalu.

"Saya rasa ramai pelabur lain pun sama. Ada juga yang merancang untuk buat laporan polis kerana syarikat itu tidak dapat memberikan kami hala tuju yang jelas.

"Saya rasa syarikat itu akan 'bungkus' tidak lama lagi dan saya akan rugi," kata Yeoh.
CYL, yang bermula pada November tahun lepas, menawarkan pakej pelaburan sebanyak AS$500 (RM2,170.50), AS$1,000 (RM4,341), AS$3,000 (RM13,023), AS$6,000 (RM26,046) dan AS$ 10,000 (RM43,410).

Pelabur telah dijanjikan 7.5 peratus pulangan setiap minggu, bersamaan dengan 30 peratus sebulan.
Sebuah video 10 saat, yang tersebar di media sosial, menunjukkan pelabur berkerumun di pejabat CYL, yang dipercayai di Pulau Pinang, berikutan cakap-cakap bahawa syarikat itu akan ditutup.
Pemain 'permainan wang' Leon Hong mendakwa ramai yang melabur dalam skim ini tahu bahawa ia adalah satu 'penipuan' sejak awal.
"Tetapi kami telah sentiasa diberitahu bahawa kami adalah antara yang 'perintis' dan syarikat tidak akan muflis begitu awal," katanya.


Perlumbaan Motosikal, Konsert Artis Tarikan Karnival KL Xtravaganzam.

Perlumbaan Motosikal, Konsert Artis Tarikan Karnival KL Xtravaganzam.

KUALA LUMPUR: Kejayaan karnival KL Xtravaganza yang diadakan di Wangsa Walk, dekat sini pada 11 Mac lalu membuka ruang untuk Persatuan Karyawan Malaysia mengendalikan acara serupa pada Mei depan.
Presidennya Datuk Freddie Fernandez berkata, kali ini pihaknya bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan karnival itu di Taman Tasik Permaisuri, Cheras selama dua hari iaitu 6 dan 7 Mei depan.

“Sebelum ini kami mencuba nasib mengadakannya selama sehari dan nampaknya ia mendapat sambutan baik, maka penganjurannya ditambah kepada dua hari bagi acara Mei ini,” katanya kepada mStar Online.

Hadir sama Pengarah Kebudayaan, Seni, Pelancongan dan Sukan, DBKL, Anwar Mohd Zain.
Tambah Freddie, lebih menarik acara ini akan diisi dengan aktiviti perlumbaan motosikal Supermoto Championship anjuran Asia Supersports Group pada kedua-dua hari itu.

Katanya lagi, karnival berkenaan dijangka meriah apabila peminat sukan dan hibruan bergabung bagi menjayakan aktiviti berkenaan. 

Bagi persembahan pentas katanya, ia akan diadakan pada 6 Mei bermula pukul 8.30 malam membariskan artis-artis antaranya Amelina, Saleem (Iklim), Siti Sarah, Irfan Harris, Aweera dan Fina (Mentor). 

Manakala pelakon Amyza Aznan dan Joey akan mengendalikan pentas sebagai pengacara. 
“Selain persembahan artis, pihak kami juga menyediakan khemah perniagaan untuk artis yang mahu menjual barangan masing-masing selain aktiviti sukaneka melibatkan selebriti dan penduduk setempat,” katanya. 

Antara artis yang akan membuka gerai jualan ialah Fazli Zainal, Encik Mimpi, Adam Corrie, Raja Azmi, Yazid (Search), Aznah Hamid, Iesya Toh, Hasnol dan Zul Yahya. 

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Asia Supersports Group, Satheswaran Mayachandran berkata, pihaknya juga akan menyediakan hadiah istimewa berupa sebuah motosikal kepada pengunjug bertuah.
-mStar
Klaut Gubah 'Kemenangan Untukmu' Kenang Umat Islam Negara Bergolak

Klaut Gubah 'Kemenangan Untukmu' Kenang Umat Islam Negara Bergolak

PETALING JAYA: Terkesan menyaksikan masyarakat Islam semakin dipinggirkan akibat peperangan yang tidak berkesudahan telah mendorong kumpulan duo KLAUT menggubah lagu Kemenangan Untukmu.

Dianggotai oleh Fikri Rafezin dan Zal Azman, mereka memberitahu lagu itu sebagai 'suara' mereka terhadap penindasan yang berlaku terhadap umat Islam di seluruh dunia terutamanya di Syria dan Palestin.

"Sebagai rakyat biasa kami tiada kuasa untuk membantu umat Islam yang ditindas di serata dunia termasuk Syria, etnik Rohingya terutama di Palestin kecuali dengan 'bersuara' melalui lagu.

"Saya mahu umat manusia sedar yang peta Palestin makin lenyap dari peta dunia, begitu juga dengan rakyatnya dan ebagai umat Islam kita tidak boleh membiarkan hal itu terjadi kerana Palestin adalah tempat suci umat Islam.

"Lebih-lebih lagi di situ tempat berlaku peristiwa penting umat Islam iaitu peristiwa Isra’ Mikraj," kata Zal Azman menggubah lagu itu bersama-sama penulis lirik Zara Alhaj.

Mengangkat konsep duo akustik dengan membawakan lagu-lagu berunsur kemanusian dan ketuhanan, Zal Azman berkata, dia berharap mesej disampaikan dapat diterima baik oleh pendengar.

Berpengalaman enam tahun dalam bidang penciptaan lagu, Zal Azman bagaimanapun memberitahu mereka mula bergiat aktif dalam pasaran mainstream sejak tiga tahun lalu.

"Sebelum merakamkan lagu single pertama ini, KLAUT selalu membuat persembahan di dalam majlis-majlis peribadi, membawakan lagu-lagu berunsur ketuhanan, kemanusiaan dan juga lagu-lagu balada cinta semasa.

“Kemenangan Untukmu juga merupakan lagu cinta, tapi cinta dari sudut yang berbeza, lebih kepada cinta sesama umat manusia," katanya.


Randy Pangalila Kongsi Rahsia Badan Berotot Tanpa Ke Gim

Randy Pangalila Kongsi Rahsia Badan Berotot Tanpa Ke Gim

KUALA LUMPUR: Pelakon Indonesia, Randy Pangalila menghasilkan buku berkaitan senaman dan diet selepas mendapat banyak pertanyaan daripada peminat di Instagram yang ingin mendapatkan tubuh badan berotot sepertinya.

Randy berkata, buku berjudul The Secret by Randy Pangalila itu dihasilkan berdasarkan soalan daripada peminat selain pengalaman dan amalan sehariannya dalam menjaga kesihatan.
"Jujurnya saya tidak pernah ke pusat kecergasan kerana jadual kerja yang sangat padat namun saya mempunyai cara tersendiri dalam menjaga pemakanan dan senaman bagi mendapatkan tubuh badan menarik sejak enam tahun lalu.

"Setiap kali saya memuat naik gambar di Instagram peminat akan bertanya apa rahsia saya mendapat bentuk tubuh berotot dan apabila saya jawab akan ada soalan lain berkaitan.
"Dari situ timbul idea untuk menghasilkan buku ini bagi berkongsi rahsia hasil daripada pertanyaan diajukan kepada saya," katanya kepada mStar Online.

Randy ditemui pada majlis pelancaran buku itu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Randy berkata, menerusi buku itu juga dia berharap dapat memberi inspirasi kepada pembaca dalam mengamalkan gaya hidup sihat selain melakukan teknik yang betul untuk mengurangkan berat badan.

Bagi menarik pembaca, Randy berkata dia turut menyelitkan kisah hidup selain beberapa 'rahsia' tentang dirinya yang tidak diketahui peminat.

"Bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat bukan sukar malah mudah jika dilakukan dengan betul dan itu yang saya tekankan dalam buku ini.

"Ia bukan sahaja buku tentang senaman dan diet yang boleh dilakukan di rumah tetapi lebih kepada perkongsian tentang kehidupan seharian saya.

"Banyak lagi kisah-kisah menarik yang saya selitkan dalam buku ini termasuk gambar-gambar eksklusif saya," katanya.

Sebagai menghargai peminat, Randy berkata dia menghadiahkan album terbaharunya secara percuma dengan setiap pembelian buku tersebut.

"Ini istimewanya tentang buku ini kerana saya turut menghasilkan sebuah album penuh dengan judul sama khas buat peminat.

"Lebih menarik turut diselitkan semua lirik lagu daripada album berserta kod gitar bagi yang ingin mempelajari lagu-lagu saya," katanya yang mengambil masa setahun menyiapkan buku dan album berkenaan.

The Secret by Randy Pangalila dijual pada harga RM45 (Semenanjung Malaysia) dan RM48 (Sabah & Sarawak).
Bagaimanapun peminat boleh membeli buku itu di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC yang berlangsung pada 28 April hingga 7 Mei ini dengan harga RM38 sahaja.

-mStar
Messi Dedah Satu-Satunya Pemain Dia Pernah Minta Tukar Jersi

Messi Dedah Satu-Satunya Pemain Dia Pernah Minta Tukar Jersi

BINTANG Barcelona, Lionel Messi mendedahkan tentang satu-satunya pemain yang dia pernah meminta untuk bertukar jersi.

Messi kebiasaannya didatangi pemain lain untuk bertukar jersi dengannya selepas tamat perlawanan, kecuali pada satu ketika apabila dia sendiri telah meminta untuk bertukar jersi dengan Zinedine Zidane.

Dalam satu temu bual dengan penerbitan Sepanyol, Invictos, Messi mengakui bahawa hanya sekali dalam kerjayanya, iaitu pada tahun 2005, dia telah meminta untuk bertukar jersi dengan Zidane.
Yang menariknya, Zidane ketika itu bermain untuk musuh ketat Barcelona, Real Madrid.

"Saya tak pernah minta tukar jersi. Jika ada pun di Argentina, saya akan bertukar sesama pemain," jelas pemain berusia 29 tahun itu.

"Jika ada yang datang minta tukar dengan saya, saya akan tukar dengan mereka. Jika tidak, saya tidak akan minta tukar dengan orang lain.
"Saya pernah minta sekali...saya minta tukar dengan Zidane."


Arsenal Diramal Ambil Kylian Mbappe

Arsenal Diramal Ambil Kylian Mbappe

KYLIAN Mbappe kini menjadi rebutan beberapa kelab terkemuka Eropah yang memerlukan kemahirannya.
Namun legenda Arsenal, Robert Pires yakin penyerang muda AS Monaco itu akan berlabuh di Stadium Emirates, sekali gus semakin bersinar di bawah bimbingan Arsene Wenger.
"Saya memang berpandangan Arsenal akan mengambilnya. Masalahnya adalah berapa (nilai kontrak). Mbappe ada potensi bermain untuk Arsenal dan Wenger adalah jurulatih yang tepat untuk membimbingnya.

"Monaco dan Arsenal adalah kelab yang hampir sama, jadi ia tidak akan membawa perubahan besar," kata Pires, memetik Daily Mail.
Wenger sebelum ini juga pernah membantu bekas pemain Monaco lain iaitu Thierry Henry. Bagaimanapun, Pires tidak mahu membandingkan Henry dengan Mbappe yang baharu memulakan kerjayanya.

"Perbandingan itu tak perlu, dia belum bersedia untuk dibandingkan dengan Thierry. Mbappe adalah pemain yang hampir sama, tetapi tak adil untuk membandingkannya dengan Thierry.

"Saya harap Kylian mampu mengikut jejak Thierry. Karektornya sama dengan Thierry, pantas, kuat dan mampu memanfaatkan peluang dengan baik. Cuma dia masih sangat muda, jadi saya belum mahu membandingkannya," kata Pires.
Tampil memukau dengan 23 gol dan 11 assist untuk Monaco pada musim ini telah menyebabkan Mbappe menjadi rebutan.
Ejen Pascal Boisseau menetapkan harga €100 juta untuk mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat pemain berusia 18 tahun ini.-mStar

Argentina Pilih Sampaoli

Argentina Pilih Sampaoli

JURULATIH Sevilla, Jorge Sampaoli menjadi pilihan utama Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) bagi menguruskan skuad kebangsaan negara itu mengharungi pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018.
Presiden AFA, Claudio Tapia mengesahkan perkara tersebut pada Khamis.

"Sampaoli merupakan orang terpilih," jelas Tapia yang telah memecat jurulatih Edgardo Bauza selepas terpilih menduduki kerusi AFA bulan lalu.

Menurut Tapia, AFA akan berbincang dengan Sevilla agar melepaskan Sampaoli daripada kontraknya sebaik sahaja Liga Sepanyol berakhir bulan depan.

Argentina kini berada di kedudukan kelima dalam Kumpulan Kelayakan Amerika Selatan dengan berbaki empat lagi perlawanan.

Empat pasukan teratas akan layak secara automatik ke aksi Piala Dunia manakala, pasukan di tangga kelima perlu bermain secara playoff di antara pasukan-pasukan (kelima) benua lain.


Tempoh Reman Enam Suspek Cuba Bunuh Sami Dilanjutkan

Tempoh Reman Enam Suspek Cuba Bunuh Sami Dilanjutkan

GEORGE TOWN: Perintah reman terhadap enam suspek dilanjutkan enam hari lagi bagi membantu siasatan cubaan membunuh seorang sami di sebuah kuil Hindu.

Keenam-enam suspek masing-masing berusia antara 14 dan 55 tahun sudah direman sehingga tujuh hari bermula 22 April lalu.

Kesemua mereka diwakili peguam Sukhindarpal Singh.

Perintah reman sehingga 4 Mei itu diberikan Penolong Pendaftar Muna Maria Azmi pada Jumaat.

Kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.
Mereka ditahan kerana didakwa terlibat dalam insiden tembakan di luar sebuah kuil di Air Itam pada 21 April lalu.

Mati Jatuh Atas Lif

Mati Jatuh Atas Lif

SEGAMAT: Seorang pekerja am di sebuah kedai perkakasan di sini maut dipercayai tergelincir sebelum terjatuh di atas sebuah lif mengangkut barang di kedai yang terletak di Kampung Abdullah, di sini Jumaat.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata mangsa, Husin Selamat, 44, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala ekoran terhantuk pada kabinet besi dalam kejadian yang berlaku pada pukul 10.34 pagi.

"Mangsa yang baharu dua bulan bekerja di situ, dipercayai naik ke tingkat satu kedai berkenaan untuk mengambil barang dan mengisi ke dalam lif barang sebelum dibawa ke bahagian bawah.

"Setelah mengisi kesemua barang dan menurunkan lif tersebut, mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh di atas lif itu sebelum melantun pula ke atas kabinet besi yang berada di sebelah pintu lif," katanya dalam satu kenyataan di sini Jumaat.

Beliau berkata seorang kerani di kedai itu terdengar bunyi seakan benda jatuh sebelum menemukan mangsa yang tertiarap di atas kabinet terbabit.

Raub berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan pihaknya mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian terbabit.

Katanya, mayat telah di hantar ke Hospital Segamat, di sini untuk bedah siasat.

Menurut beliau, kedai berkenaan mula beroperasi sejak 2011, manakala mangsa yang berasal dari Felda Redong 1 mula bekerja di situ pada Februari lepas. - BERNAMA


PAN Sebuah Parti Jahanam Mengapa PAS Hilang Akhlak?

PAN Sebuah Parti Jahanam Mengapa PAS Hilang Akhlak?

KUALA LUMPUR: Laungan 'Jahanam PAN' yang ditujukan kepada Parti Amanah Negara menunjukkan PAS sudah hilang identiti sebagai parti berakhlak.
Naib Presiden Amanah, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata, lebih mengejutkan apabila perkataan itu diungkapkan di Muktamar Dewan Ulama PAS yang merupakan dewan paling dihormati dalam parti itu.

"Bagi kita, ungkapan itu boleh dianggap melampau dan biadab. Amat mendukacitakan apabila ia diucapkan oleh salah seorang perwakilan dan disambut pula dengan laungan takbir.

"Jika Dewan Ulama yang paling dihormati boleh menggunakan perkataan kasar begini, sudah tentu pengikut di bawah akan mengikuti. Kalau ulama pun cakap begitu, ini menunjukkan keseluruhan PAS sudah diracuni dengan budaya tidak baik," katanya kepada Sinar Harian.

Pada Khamis, istilah 'Jahanam PAN' dilaungkan sebelum Ketua Dewan Ulama Pas Kedah, Mohd Rejab Md Akhir memulakan ucapan pada Muktamar Dewan Ulama PAS.
Sebelum itu, Mohd Rejab meminta semua perwakilan berdiri kerana mahu mengetuai bacaan ikrar.

Bacaan ikrar yang disampaikan dalam bahasa Arab itu disusuli laungan takbir sebanyak tiga kali, sebelum Mohd Rejab menyebut 'Jahanam PAN' sebaik ia berakhir.
Mengulas lanjut, Mujahid berkata, beliau menjangkakan Muktamar PAS yang berlangsung ketika ini akan menjadi medan untuk memaki hamun.
"Mereka akan caci maki Amanah dan DAP, cuma satu saja mereka tidak akan maki iaitu Umno," dakwanya.

Bagaimanapun, kata Mujahid, Amanah tidak berhasrat mengambil tindakan ke atas PAS kerana perkara itu di luar kawalan mereka.
"Amanah tidak terjejas apa-apa. Cuma saya harap PAS dapat gunakan cara yang lebih baik dan bersaing secara sihat, bukannya dengan pendekatan hinaan dan caci maki sebegini," katanya.

Ibu Allahyarham Thaqif Dipanggil Pihak Polis Untuk Ambil Keterangan

Ibu Allahyarham Thaqif Dipanggil Pihak Polis Untuk Ambil Keterangan

KOTA TINGGI: Ibu pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang meninggal dunia selepas kedua-duanya kakinya dipotong akibat dijangkiti kuman selepas dilaporkan dipukul pembantu warden madrasah itu, telah dipanggil memberi keterangan kepada polis di sini, Jumaat.

Bapa Allahyarham, Mohd Gaddafi Mat Karim, 43, berkata keterangan isterinya Felda Wani Ahmad, 40, itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi pada sebelah pagi.
Ia bagi membantu siasatan kes kematian anaknya itu yang kini diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kes bunuh, katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumah bapanya di Felda Bukit Aping Timur di sini, Jumaat.

Kata Mohd Gaddafi, dia dan anggota keluarganya sudah reda dengan pemergian Allahyarham namun masih merinduinya.
"Saya juga ada berasa tidak puas hati kerana ada sesetengah pihak yang menyalahkan saya dan ibunya. Nasib baik masa arwah sakit, dia sempat memberi keterangan kepada polis dan doktor tentang kesakitan yang dialami dan bagaimana dia dipukul. Dia ini budak, dia tidak akan berbohong," katanya.

Felda Wani berkata dia tidak menyalahkan pihak madrasah dalam kes kematian anaknya, jauh sekali ingin menuding jari pada sesiapa.
"Benda (siasatan kes) ini sedang berjalan tetapi laporan yang saya buat itu berdasarkan kepada apa yang dia (Allahyarham) cakap.

"Kita pun bukan hendak menuding jari pada sesiapa, cuma hendak cari jalan terbaik... anak saya pun sudah tiada, hendak buat apa? Bukan dia boleh kembali. Semua yang berlaku adalah perancangan Allah dan Allahyarham menjadi pilihanNya," katanya.

Felda Wani berkata sebagai ibu yang menyaksikan sendiri kesakitan ditanggung anaknya, dia hanya mampu menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada polis dan bekerjasama dengan sebaiknya.

"Kita tidak tahu apa sebenarnya terjadi. Mungkin anak saya ada sakit ke apa, kita tidak tahu. Jadi, kami sekeluarga sedang memberi kerjasama untuk siasatan," katanya.
Mohamad Thaqif Amin, 11, yang dipotong kedua-dua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman setelah dilaporkan dipukul pembantu warden sekolahnya, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail dekat sini pada petang Rabu.-- Bernama

Formula Politik Pembangkang  Mudah Roboh

Formula Politik Pembangkang Mudah Roboh


TEMERLOH: Tindakan PAS untuk menamatkan kerjasama dengan PKR membuktikan formula politik pembangkang yang berasaskan kepada mengambil peluang berdasarkan politik kebencian dan 'musuh bersama' sebagai suatu yang amat rapuh.

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata formula itu perlu dielakkan di negara ini kerana kestabilan merupakan perkara paling utama diperlukan rakyat, selain sebuah kerajaan yang mampu untuk mengotakan janji dan mentadbir secara baik.

"Formula itu bukan formula yang mampan untuk memberi pembelaan kepada rakyat dan kita telah melihatnya berlaku berkali-kali (berlaku dalam pembangkang). Formula pembangkang adalah formula yang amat rapuh.

"Kalau tiada kestabilan ertinya mereka tidak boleh melaksanakannya. Mereka (pembangkang) terus mencari-cari satu formula dalam hubungan dan politik mereka," katanya semasa ditemui selepas menghadiri program Ceramah Rakyat Parlimen Temerloh yang bertemakan ''Negaraku Generasiku'' di Mentakab di sini, Jumaat.
Anggota Parlimen Ketereh itu berkata demikian semasa diminta mengulas keputusan Muktamar Dewan Ulama PAS kelmarin, yang meluluskan tanpa bahas usul untuk memutuskan ''tahaluf siyasi'' (kerjasama politik) dengan PKR.

Annuar juga melihat keputusan itu akan membawa perubahan kepada landskap politik negara kerana PAS menjadi 'kuasa ketiga' selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan kerana perlu bergerak sendirian selepas memutuskan hubungan dengan sekutu mereka sebelum ini, iaitu DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Annuar juga menyelar tindakan sesetengah pemimpin pembangkang mengkritik tindakan PAS itu kerana menyifatkan mereka seharusnya menghormati pendirian PAS memandangkan setiap parti politik berhak membuat keputusan sendiri.

"Mereka (PAS) tentukan keputusan itu dalam kongres mereka...muktamar yang melibatkan pimpinan tertinggi mereka. PAS juga seperti parti lain ada hak-hak sendiri dan pada saya ia harus dihormati, " katanya.

Annuar menambah Barisan Nasional (BN) dan Umno juga tidak seharusnya berasa selesa dengan perkembangan itu, sebaliknya perlu melipatgandakan usaha memberi penerangan kepada rakyat agar mereka tidak termakan dengan dakyah pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14.

"Kita cuma akan lihat apa yang akan berlaku...harap ia akan membawa kebaikan kepada rakyat dan seterusnya membawa kestabilan negara. BN dan Umno jangan alpa kerana kita perlu rapat dengan rakyat," katanya. -Bernama

Muktamar PAS Bermula Secara Rasmi PKR  Azmin Kecut Telur

Muktamar PAS Bermula Secara Rasmi PKR Azmin Kecut Telur

ALOR SETAR: Muktamar Tahunan PAS kali ke-63 bermula secara rasmi pada pagi Sabtu, persidangan yang amat penting bagi parti Islam itu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Muktamar bertemakan Sejahtera Bersama Islam berlangsung di Kompleks PAS Pusat di Kota Sarang Semut di sini, dimulakan dengan ucapan aluan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Dalam ucapannya, Takiyuddin berkata, persidangan kali ini penting bagi membincangkan perancangan menghadapi PRU14 yang dianggap amat getir dalam sejarah negara.

Sehubungan itu, beliau berharap para perwakilan PAS dapat memberi idea yang tuntas bagi menghadapi pihak lawan.

"Ada pihak menganggap kita sebagai pakatan yang kerdil tetapi perkara itu tidak akan menggentarkan kita," kata beliau.

Antara isu penting yang menjadi tumpuan pemerhati politik adalah tahaluf siyasi antara PAS dan PKR susulan kemelut yang tercetus antara kedua-dua parti itu sejak kebelakangan ini.

Tiga komponen penting PAS iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat menyatakan sokongan penuh terhadap usul memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Tetapi keputusan berhubung usul itu hanya boleh ditentukan oleh Majlis Syura.
Berita selanjutanya menyusul.


Pembantu Warden Dera Pelajar Tahfiz Direman Semula

Pembantu Warden Dera Pelajar Tahfiz Direman Semula

JOHOR BAHRU: Pembantu warden lelaki di sebuah pusat tahfiz swasta di sini yang ditahan kerana disyaki mendera seorang pelajar pusat itu sebelum ini, direman semula pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

"Reman tujuh hari itu bermula hari ini (Jumaat) hingga 3 Mei depan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.
Sebelum ini, suspek direman empat hari mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, sebelum disambung lagi tempoh remannya selama tiga hari.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi pada pukul 4 petang Sabtu lepas selepas ibu mangsa membuat laporan polis.
Dalam kejadian berkenaan Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.

Mohamad Thaqif Amin kemudian dipotong kedua-dua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman setelah dipercayai didera oleh pembantu warden berkenaan.
Mangsa meninggal dunia pada pukul 2.05 petang Rabu lepas di Hospital Sultan Ismail di sini dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, pada malam hari yang sama. -Bernama

Friday, 28 April 2017

Paya Indah Wetlands Diceroboh Sesuka Mak Bapa Depa

Paya Indah Wetlands Diceroboh Sesuka Mak Bapa Depa

SUBANG 28 April - Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mengadakan tinjauan udara bagi meninjau secara dekat kemusnahan kawasan tadahan hujan di kawasan Paya Indah Wetlands akibat projek pembangunan.

Menurut Jamal, dalam tinjauan selama 30 minit bermula pukul 11 pagi ini, beliau menyatakan kawasan tersebut yang dianggarkan seluas lebih 1,000 hektar itu sedang giat dengan aktiviti penerokaan hutan serta meratakan tanah bagi tujuan pembinaan bandar baharu.

Menurutnya, projek tersebut dilakukan setelah kerajaan negeri didakwa memberikan kebenaran dalam hanya dalam tempoh dua minggu daripada tarikh permohonan sebuah syarikat pemaju swasta untuk menjalankan projek itu sejak enam bulan lalu.

Malah, Jamal turut mendakwa projek tersebut melibatkan jumlah RM30 bilion yang mana 10 peratus daripadanya iaitu RM3 bilion disalurkan kepada pembangkang sebagai dana untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). - UTUSAN ONLINE.

Thursday, 27 April 2017

BN Mampu Goyang Kerajaan Selangor Pada PRU 14

BN Mampu Goyang Kerajaan Selangor Pada PRU 14

KUALA LUMPUR, 27 Apr: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berkata tiada apa yang mustahil dalam dunia politik termasuk untuk Barisan Nasional (BN) yang dilabel sebagai ”underdog” di Selangor, merampas semula negeri itu daripada genggaman kerajaan pakatan pembangkang.

Noh berkata seperti sukan, dalam dunia politik juga ”underdog” boleh mencipta kejutan kemenangan, dan merujuk politik Selangor, BN mampu mencipta kejutan itu jika semua pihak bekerjasama dan memberi komitmen sepenuhnya dengan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

“Sukan dan politik ini lebih kurang, dalam sukan ada istilah underdog, ada pasukan yang kita ramal tidak menang tiba-tiba boleh menang…dalam politik pun tidak mustahil,” katanya selepas merasmikan program Nadi Sihat Semarak “Bangkit Bersama” Sukan SEA ke-29 hari ini.

Program anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Nadi Sihat dan UMNO Bahagian Ampang itu antara lain bertujuan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada atlet negara yang akan bertanding pada Sukan SEA nanti.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengingatkan kembali pengalaman yang pernah dilalui BN di Selangor apabila tewas kepada pembangkang pada 2008 lalu walaupun dalam Pilihan Raya Umum 2004 mereka memperoleh kejayaan yang cukup cemerlang.

“Sebab itu saya cakap tiada yang mustahil. Hari ini kita boleh menang, esok kalah, lusa menang semula. Sukan pun sama, politik pun sama dengan syarat kita kena bangkit mulai hari ini untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Nadi Sihat, Datuk Ismail Kijo berkata program tersebut bertujuan untuk mempromosikan Sukan SEA dan menyemarakkan semangat kebangkitan para atlet negara dalam mengulangi kembali kejayaan pada 2001 ketika negara menjadi penganjur paling berjaya dan pada masa sama menjadi juara keseluruhan pada edisi Sukan SEA tahun itu.

“Penganjuran jelajah ini adalah sebagai usaha menyemai semangat bersukan dalam kalangan masyarakat khususnya menjelang Sukan SEA nanti di mana kita jadi tuan rumahnya,” kata Ismail.

Program jelajah ini antaranya melibatkan konvoi berbasikal dan pengedaran sejuta risalah mengensi Sukan SEA di setiap tempat persinggahan.

Jelajah ini akan bermula di Ampang dan berakhir di Kuantan selepas selesai menjelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. — BERNAMA

Wednesday, 26 April 2017

Hina PM Najib Anggota Polis Diheret Ke Mahkamah

Hina PM Najib Anggota Polis Diheret Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR, 26 Apr: Seorang anggota polis dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi aplikasi Facebook miliknya, tahun lepas.

Kpl Nik Azmi Nik Mustapha,39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mahyudin Mohmad Som.

Tertuduh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini didakwa menggunakan aplikasi Facebook miliknya untuk memulakan penghantaran komunikasi palsu yang menghina perdana menteri pada pukul 12 malam, 13 Dis tahun lepas.

Pautan itu kemudiannya telah dibaca melalui laman Twitter “Kelab Suara Umno (M) @ Suara Umno di Pejabat D5, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Jalan Hang Tuah di sini pada 4.30 petang, 14 Dis lepas.

Nik Azmi didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pembabitan,jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Nom Phot Prackdit manakala tertuduh diwakili peguam Zulhazmi Shariff.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Jun untuk sebutan semula kes.

Tertuduh membayar jaminan itu. –Bernama
Minyak Turun Anjing Pembangkang Tak Menyalak Pun

Minyak Turun Anjing Pembangkang Tak Menyalak Pun

Harga bahan api akan jatuh secara menyeluruh bagi penghujung April mengikut mekanisme harga mingguan baharu.
Harga petrol RON95 turun sebanyak enam sen kepada RM2.21 seliter berbanding RM2.27 minggu lalu, manakala harga petrol RON97 akan turun lima sen kepada RM2.49 seliter.
Harga diesel juga turun sebanyak tujuh sen kepada RM2.14 berbanding RM2.21 seliter minggu lepas.
Harga baharu berkuat kuasa Khamis sehingga 3 Mei ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan harga baharu bahan api mingguan baru di laman Twitter pada Rabu.
Sebelum ini, menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan bahawa satu mekanisme harga bahan api mingguan baru akan digunakan bermula April.
Harga petrol dan diesel telah diletakkan pada sistem apungan bulanan berjaya sejak 1 Disember, 2014, berikutan penghapusan subsidi bahan api.
Dengan mekanisme mingguan baru, harga minyak akan diumumkan setiap Rabu dan berkuat kuasa selepas tengah malam.-mStar
Lebih 30 Usul dari 194 Kawasan Akan Dibawa Pada Muktamar PAS

Lebih 30 Usul dari 194 Kawasan Akan Dibawa Pada Muktamar PAS

ALOR SETAR, 26 April (Bernama) -- Jawatankuasa Usul PAS Pusat sehingga kini telah menerima lebih 30 usul daripada 194 kawasan Parlimen untuk dibawa pada Muktamar PAS Ke-63 yang akan bermula esok, kata Setiausaha Agung parti Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata jawatankuasa tersebut yang dipengerusikan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan sedang dalam proses merumus dan membahagikan usul tersebut mengikut kategori sebelum dibawa pada Mesyuarat Khas PAS Pusat pada Jumaat ini.

"Kesemua usul berkenaan akan dibahagi kepada empat kategori iaitu usul yang ditolak, usul yang diterima tanpa bahas, usul yang diterima dan perlu dibahaskan jawatankuasa dan usul yang diterima kemudian diserahkan kepada Majlis Syura Ulama untuk diputuskan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Seramai 1,231 perwakilan akan menghadiri muktamar bermula esok sehingga 1 Mei, di sini.

Mengenai agenda pemilihan yang akan menggunakan kaedah e-voting buat julung kalinya pada 29 April ini, beliau berkata kesemua keputusan hanya akan diumumkan pada 1 Mei agar ia tidak menganggu emosi calon-calon yang bertanding ketika muktamar sedang berlangsung.

Bagi jawatan naib presiden, katanya terdapat empat calon yang akan bertanding, manakala bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, sebanyak 26 calon menawarkan diri dan menurutnya kesemua calon berkenaan adalah mereka yang 'satu kepala' dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Amalan demokrasi dijamin di dalam PAS dan kita yakin pertandingan ini tidak akan menyebabkan apa-apa perpecahan dalam PAS sebagaimana yang diperkatakan," katanya.

Takiyuddin berkata kaedah pemilihan secara e-voting diyakini selamat memandangkan perisian tersebut dihasilkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat PAS sendiri, dan pemilihan hanya dikendalikan oleh jawatankuasa pemilihan.

"Pada tahun ini bagi semua jawatan yang dipertandingkan, tidak ada wakil calon kepada calon-calon, ini menunjukkan dalam kalangan pimpinan PAS tidak ada perasaan curiga mencurigai, berbanding sebelum ini Muktamar 2015 ada ejen pengiraan, ejen pengundian," katanya.

PAS, katanya turut mengundang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan beberapa parti sahabat PAS antaranya Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), BERJASA dan beberapa badan bukan kerajaan namun tidak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

"Hubungan kami dengan PPBM boleh kami sifatkan sebagai digantung sementara, kami tidak lagi mengadakan program dan rundingan bersama setelah mereka mengumumkan masuk ke Pakatan Harapan," katanya.

Ditanya sama ada muktamar kali ini akan membincangkan mengenai kes disiplin anggota PAS, Takiyuddin berkata perkara itu hanya boleh diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan dan dianggotai oleh mereka yang tidak memegang jawatan dalam parti.

"Ada prosedur untuk seseorang anggota PAS boleh dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib, bukan melalui muktamar atau usul, sebab dalam perlembagaan PAS ada prosedur, maknanya sesuatu aduan terhadap seseorang perlu melalui banyak tahap," katanya.

- BERNAMA
Wild boars slay three Daesh militants

Wild boars slay three Daesh militants

JEDDAH: Three Daesh fighters were reportedly killed by a herd of wild boars in a farmland held by militants in the Al-Rashad region of Iraq.
According to Iraqi News, the fighters were killed Sunday night following a failed attempt to set up an ambush for the beasts to be removed from southern Kirkuk, which is home to multiple communities in Iraq.
Five other extremists were severely wounded in the attack.
Sheikh Anwar Al-Assi, an Iraqi tribal chief, told The Times that Daesh planned an attack on local anti-terrorist tribesmen.
The tribesmen fled to the mountains when Daesh captured the Hawija town three years ago.
The eight militants, three killed and five injured, were claimed to be hiding in dense reeds near the Zaghitoun River before they were brutally rampaged by the fierce animals.
“It is likely their movement disturbed a herd of wild pigs, which inhabit the area as well as nearby cornfields. The area is dense with reeds, which are good for hiding in,” Al-Assi told The Times.
Sources confirm that the Daesh group took revenge from the wild boars. It is unclear how the revenge was carried out.
Daesh members have been regularly executing civilians in Kirkuk and other parts of Iraq for collaborating with Iraqi security forces or attempting to flee the camps allocated for them.-ARAB NEWS
Tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Agong dipinda

Tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Agong dipinda

KUALA LUMPUR, 26 Apr: Kerajaan bersetuju tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dipinda dari Sabtu minggu pertama bulan Jun kepada Sabtu minggu terakhir Julai sepanjang lima tahun pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.

Menurut kenyataan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, pindaan itu mengambil kira hari Sabtu minggu pertama Jun pada 2017, 2018 dan 2019 jatuh dalam bulan Ramadan.

“Dengan pindaan tersebut, sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka dapat diraikan bersama-sama rakyat jelata melalui penganjuran acara yang dijadualkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyatakan bagi tahun ini, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan disambut pada Sabtu, 29 Julai.TMT
Kes Pelajar Tahfiz: Polis Klafikasi Sebagai Kes Bunuh

Kes Pelajar Tahfiz: Polis Klafikasi Sebagai Kes Bunuh

KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan semula kes kematian pelajar tahfiz yang dilapor dipukul pembantu warden asrama sekolahnya sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kematian Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi itu akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kes adik Mohamad Thaqif Amin – PDRM ucapkan takziah kepada keluarga anak ini dan telah mengklasifikasikan semula siasatan di bawah Seksyen 302 (Kanun Kesiksaan) kerana bunuh,” kata beliau di laman Twitternya, Rabu.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Mohamad Thaqif Amin.
Berikutan itu, Khalid berkata polis akan mendapatkan laporan penuh perubatan dan melengkapkan siasatan dengan segera.

"Kes adik Mohamad Thaqif Amin – PDRM akan dapatkan laporan penuh perubatan dan lengkapkan siasatan dengan segera," kata Khalid.

Mohamad Thaqif Amin, 11, meninggal dunia pada 2.05 petang tadi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, tempat pelajar itu mendapatkan rawatan.

Pelajar tahfiz itu dijadual menjalani pembedahan memotong tangan kanannya dari bahagian jari hingga bawah siku pagi Rabu, namun ditangguhkan berikutan keadaan jantungnya tidak stabil.

Kedua belah kakinya sebelum ini telah dipotong bagi mengelak jangkitan kuman merebak pada bahagian lain tubuhnya.-Bernama

Turkish strikes kill Kurdish fighters in Syria, Iraq

Turkish strikes kill Kurdish fighters in Syria, Iraq

AL-MALIKIYAH, Syria: Turkish warplanes killed more than two dozen Kurdish fighters Tuesday in strikes in Syria and Iraq, where the Kurds are key players in the battle against Daesh.
Turkey said it had carried out the strikes in northeast Syria and northern Iraq against “terrorist havens,” vowing to continue acting against groups it links to the outlawed Kurdistan Workers’ Party (PKK).
In northeast Syria, strikes targeting the Kurdish People’s Protection Units (YPG) — who are leading the offensive against Daesh stronghold Raqqa — were reported to have killed 20 fighters.
In northern Iraq they killed six peshmerga fighters from the autonomous Kurdish government, usually allied with Ankara, in an apparent accident.
Iraqi government spokesman Saad Al-Hadithi said: “The Iraqi government condemns and rejects the strikes carried out by Turkish aircraft on Iraqi territory.”
The strikes underlined the complexities of the battlefields in Iraq and Syria, where twin US-backed offensives are seeking to dislodge Daesh from its last major urban strongholds.
They could also exacerbate tensions between Ankara and its NATO ally Washington, which leads an anti-Daesh coalition carrying out airstrikes in Syria and Iraq and sees the Kurds as instrumental in the fight against Daesh.
Turkey said its strikes aimed “to destroy terrorist havens targeting our country” and vowed to press the offensive “until the very last terrorist is neutralized.”
An army statement said the strikes “destroyed” shelter areas, ammunition warehouses and PKK communications facilities. It said 40 PKK fighters were “neutralized” in Iraq and around 30 in Syria.
The bombardment near the Syrian city of Al-Malikiyah saw “dozens of simultaneous airstrikes” overnight on YPG positions including a media center, a monitoring group said.
A commander for Kurdish forces urged the US-led coalition to prevent further Turkish strikes on their forces.
“We are asking the international coalition to intervene to stop these Turkish violations,” the commander told AFP. “It’s unthinkable that we are fighting on a front as important as (Daesh bastion) Raqqa while Turkish planes bomb us in the back,” the commander said.
“The YPG will not be silent on this blatant attack, and we reserve our right to defend ourselves and take revenge for our martyrs,” YPG spokesman Redur Xelil said.
The US-led coalition “has a huge responsibility and must carry out its duty to protect this area, because we are partners in fighting Daesh,” he said.-ARAB NEWS
US Navy fires warning flare at Iran vessel in Arabian Gulf

US Navy fires warning flare at Iran vessel in Arabian Gulf

DUBAI: A US Navy guided-missile destroyer fired a warning flare toward an Iranian Revolutionary Guard vessel coming near it in the Arabian Gulf, an American official said on Wednesday, the latest tense naval encounter between the two countries.

The incident happened Monday as the vessel attempted to draw closer to the USS Mahan despite the destroyer trying to turn away from it, said Lt. Ian McConnaughey, a spokesman for the Bahrain-based 5th Fleet.

The “Mahan made several attempts to contact the Iranian vessel by bridge-to-bridge radio, issuing warning messages and twice sounding the internationally recognized danger signal of five short blasts with the ship’s whistle, as well as deploying a flare to determine the Iranian vessel’s intentions,” McConnaughey said in a statement to The Associated Press.

The Iranian vessel came within 1,000 meters (1,100 yards) of the Mahan during the incident, the lieutenant said. The vessel later turned and sailed away.
Iranian authorities did not immediately report the incident on Wednesday.

The US and Iran routinely have tense encounters in the Arabian Gulf and the nearby Strait of Hormuz, through which a third of all oil traded by sea passes. Iran views the American presence as a provocation and its paramilitary Revolutionary Guard shadows US Navy ships in the Gulf, occasionally firing missiles or rockets nearby.

Since the nuclear deal with world powers, the hard-line Revolutionary Guard has stepped up its encounters with the Americans. The Navy recorded 35 instances of what it describes as “unsafe and/or unprofessional” interactions with Iranians forces in 2016, compared to 23 in 2015. With Monday’s event, there have been seven so far in 2017, McConnaughey said.

Of the incidents last year, the worst involved Iranian forces capturing 10 US sailors and holding them overnight.-ARAB NEWS
Najib sempurnakan prapelancaran Forum Bandar Sedunia Ke-9

Najib sempurnakan prapelancaran Forum Bandar Sedunia Ke-9

PUTRAJAYA, 26 Apr: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan majlis prapelancaran penganjuran Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) di sini, yang akan berlangsung pada 7 hingga 13 Feb tahun hadapan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

WUF9, anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN HABITAT), diadakan bagi bertukar-tukar pandangan dan pengalaman mengenai cabaran perbandaran, dijangka menarik penyertaan seramai 25,000 peserta tempatan dan luar negara.

Sebagai simbolik pelancaran itu, Najib memasukkan logo WUF9 ke dalam ruang sedia ada berlatarkan poster ”9th Session of the World Urban Forum.

Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersempena pelancaran itu, Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah bagi WUF9 pada tahun 2018 dan merupakan bandar kedua di Asia selepas Nanjing, China pada tahun 2008.

Menurut kementerian itu, kesediaan negara untuk menjadi tuan rumah akan mencerminkan komitmen Malaysia kepada dunia di alam aspek pembangunan bandar yang mampan dan sejahtera.

Ia adalah selari dengan aspirasi negara dalam melaksanakan Matlamat Pembangunan Mampan, Persidangan Pihak-Pihak 21 (COP21) – Perjanjian Paris , selain menerima pakai Agenda Perbandaran Baharu (NUA) yang dipersetujui pada Persidangan ke-3 Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Perumahan dan Pembangunan Bandar Mampan (HABITAT III) di Quito, Ecuador pada 20 Okt , 2016, kata kenyataan itu.

WUF9 adalah forum yang pertama diadakan selepas HABITAT III pada tahun lepas, yang merupakan persidangan perundangan global yang dianjurkan setiap dua tahun untuk mengkaji dan menentukan agenda bandar serta membuka jalan bagi wawasan UN-Habitat ke arah masa depan bandar yang lebih baik.

Menurut kementerian itu, penganjuran WUF9 yang bertemakan ”Implementing the New Urban Agenda” (Melaksanakan Agenda Perbandaran Baharu) menjadi platform pertama untuk dibahaskan tentang pelaksanaan dan pencapaian NUA.

Penyertaan dalam forum WUF9 adalah percuma dan orang awam serta semua pihak berkepentingan dalam bidang perbandaran dialu-alukan, menurutnya.

Pendaftaran untuk penyertaan orang awam dijangka bermula Julai ini, katanya.

“Melalui forum ini, para peserta akan memperoleh faedah dan amalan terbaik dalam membangunkan bandar ke arah memenuhi matlamat ”New Urban Agenda” pada tahun 2036,” kata kenyataan itu.

— Bernama
KPKT:UMNO Bantai Pakatan Harapan

KPKT:UMNO Bantai Pakatan Harapan

KUALA LANGAT 26 April - Pakatan Harapan yang dipimpin DAP dibidas di sebalik dakwaan mereka kononnya Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar menyalahgunakan kuasa di sebalik arahan pembatalan kelulusan projek-projek kecil kerajaan tempatan (BP1).

Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd. Karli menegaskan, dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali selain menunjukkan pihak pembangkang seolah-olah cuba memburuk-burukkan Kerajaan Persekutuan dengan memutarbelitkan isu berkenaan.

Sebaliknya, beliau memberikan contoh di Parlimen Kuala Langat yang mana KPKT telah menyalurkan peruntukan RM430,000 untuk tujuan pembaikan bumbung rumah membabitkan 33 keluarga yang rosak dalam tempoh empat bulan pada tahun ini.


“KPKT memberikan peruntukan itu walaupun Parlimen Kuala Langat ketika ini dikuasai oleh PKR. Jadi di manakah asas tuduhan pembangkang yang mengatakan Menteri KPKT (Noh Omar) menyalahgunakan kuasa.

“Malah, saya dimaklumkan KPKT juga dalam proses meluluskan peruntukan untuk memperbaiki beberapa buah perumahan strata di Saujana Putra, Teluk Panglima Garang dan Sungai Emas di kawasan Parlimen ini dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Cawangan di Taman Setia Jaya di sini malam semalam.

Baru-baru ini, beberapa pemimpin Pakatan Harapan mendakwa Kerajaan Persekutuan menyalahgunakan kuasa ekoran keputusan drastik membatalkan kelulusan projek BP1 di kawasan Parlimen yang mana Barisan Nasional (BN) tewas dalam pilihan raya umum lalu.

Dakwaan itu dilapor dibuat melalui kenyataan beberapa wakil rakyat pembangkang iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, Dr. Idris Ahmad dari PKR, Ahli Parlimen Raub dari DAP, Datuk Mohamad Ariff Sabri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAN, Khalid Abdul Samad.

Bagaimanapun, Noh dalam satu kenyataan pada 20 April lalu menafikan arahan pembatalan kelulusan BP1 itu merupakan keputusan yang bermotifkan politik, sebaliknya ia merupakan langkah KPKT menyelaraskan semula peruntukan di bawah perkara itu. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/umno-bidas-pembangkang-dakwa-kpkt-abaikan-rakyat-1.474165#ixzz4fKmlZzRr
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tuesday, 25 April 2017

Pengedar Dadah Warga Malaysia Ditangkap di Tahiland

Pengedar Dadah Warga Malaysia Ditangkap di Tahiland

BANGKOK, 25 Apr: Pihak berkuasa Thailand menahan seorang lagi rakyat Malaysia disyaki anggota utama sindiket dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi yang sibuk semalam, sebelum suspek menaiki penerbangan pulang ke Malaysia.

Lelaki berusia 44 tahun dari Pulau Pinang itu ditahan pada 7 malam (waktu tempatan) selepas pihak berkuasa Thailand menjalankan pengawasan terhadapnya berhubung peranan suspek yang dua kali gagal untuk menyeludup dadah ke Malaysia awal tahun ini dan akhir hujung tahun lepas.

“Lelaki Malaysia itu tiba di Bangkok kira-kira dua minggu lepas dan sentiasa dalam pengawasan polis sejak itu,” kata Timbalan Ketua Biro Penindasan Narkotik (NSB) Thailand Mejar Jen Pornchai Charoenwong di lapangan terbang semalam.

Menurutnya, lelaki itu dipercayai anggota utama di sebalik penemuan 87kg ice di sebuah rumah sewa di Hatyai Januari lepas serta rampasan 52.4kg heroin dan 41.9kg ice dari sebuah kereta yang dipandu dua lelaki warga Malaysia di Chumphon, Disember tahun lepas.

Pornchai berkata semasa soal siasat, kedua-dua lelaki rakyat Malaysia yang ditahan hujung tahun lepas itu telah mendedahkan kepada pihak berkuasa Thai, mengenai pembabitan lelaki Pulau Pinang itu dalam kedua-dua kes penyeludupan dadah tersebut.

“Suspek banyak kali datang ke Thailand sebelum ini untuk menempah bekalan dadah. Sebaik urusan selesai, dia akan pulang ke Malaysia dan menunggu bekalan dihantar,” katanya dan menambah pihak polis masih meneruskan siasatan mengenai lelaki itu dan sindiketnya.

Selain penahanan lelaki Pulau Pinang itu, polis Thai juga berjaya membuat satu lagi tangkapan berprofil tinggi terhadap seorang warga Malaysia yang merupakan anggota kanan sindiket dadah antarabangsa, di Lapangan Terbang Hatyai, Rabu lepas.

Lelaki yang digelar ”Mr T” itu berasal dari Johor, didakwa bertanggungjawab terhadap beberapa percubaan menyeludup beratus-ratus kilogram ice ke Malaysia dan menjalankan operasi perniagaan melalui pengubahan wang haram hasil daripada aktiviti dadah.

— BERNAMA
Peminat Berharap Fattah dan Neelofa Masih Bercinta

Peminat Berharap Fattah dan Neelofa Masih Bercinta

Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Neelofa sekali lagi bakal bergandingan menerusi telefilem khas iaitu Suri Hati Mr. Pilot: Penerbangan Terakhir Mr. Pilot yang bakal menemui penonton pada Aidilfitri, Jun depan.

Pengarahnya, Michael Ang berkata, idea bagi menghasilkan telefilem itu dibuat sebagai hadiah kepada peminat yang sentiasa bertanyakan mengenai kisah sambungan drama yang menjadi fenomena tersebut.

"Khas buat semua peminat 'Lofattah', sebuah telefilem sambungan daripada Suri Hati Mr. Pilot akan dihasilkan dan akan ditayangkan pada Hari Raya nanti.
"Penghasilan drama itu bukan sahaja bagi memenuhi permintaan peminat tetapi juga sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka sehingga Suri Hati Mr. Pilot menjadi fenomena.

"Selain itu saya ingin merealisasikan impian peminat yang ingin melihat Neelofa dan Fattah bergandingan semula dalam drama," katanya.
Michael ditemui pada Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam dekat sini pada malam Ahad lalu.

Karya itu turut membawa pulang trofi Drama MeleTOP selain Fattah dan Neelofa memenangi kategori utama iaitu Top Top MeleTOP 2017.

Bagaimanapun kata Michael, Suri Hati Mr. Pilot: Penerbangan Terakhir Mr. Pilot adalah yang terakhir dan dia tidak berhasrat untuk menyambung kisah itu dalam bentuk sekual.

"Tidak akan ada musim kedua atau sekual drama itu kerana ia akan jadi tidak masuk akal dan biarlah kisah mereka berkahir dalam telefilem khas nanti," katanya.

Bercakap mengenai kemenangan drama itu, Michael berkata, ia adalah hasil usaha peminat yang bertungkus-lumus membuat undian.

Bagaimanapun kata Michael, kemenangan itu juga adalah milik Fattah dan Neelofa kerana gandingan mereka berjaya meninggalkan kesan cukup mendalam di hati penonton.

Dalam perkembangan sama, Neelofa dan Fattah gembira bakal bergandingan dan akan menggunakan peluang itu sebagai menghargai peminat mereka.

"Fenomena #Lofattah sangat kuat dan sayang kalau tidak guna peluang ini memandangkan jenama Suri Hati Mr. Pilot itu masih disukai.

"Peminat masih ingin melihat kami bergandingan dan ini kerana mereka suka dengan kombinasi kami," kata Neelofa.

 Pengacara, Kru Sukan Tak Sentral Digantung Tugas

Pengacara, Kru Sukan Tak Sentral Digantung Tugas

MIRI: Syarikat produksi bagi program Sukan Tak Sentral yang mencetuskan kontroversi kerana penyampainya mempersendakan nama mendiang bapa Watson Nyambek, berjanji untuk tidak lagi membuat jenaka yang sensitif sehingga boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum.
Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar yang mewakili delegasi kru produksi program dan penyampai TV berkenaan membuat permohonan maaf kepada bekas jaguh pecut negara dalam satu pertemuan tertutup di sini, Isnin.
"Bagi pihak pengurusan stesen kami dan juga TV3 dan TV9, saya di sini memohon maaf kepada Watson sekeluarga dan rakyat Sarawak berhubung kenyataan yang dibuat penyampai TV kami.
"Penyampai ini telah memohon maaf secara peribadi kepada Watson dan telah digantung tugas serta-merta," kata Ahmad Izham pada sidang media.
Beliau menambah, kru produksi turut digantung tugas dan syarikat itu sedang mempertimbangkan untuk menamatkan program berkenaan.
Ahmad Izham berkata, kejadian tersebut tidak sepatutnya berlaku sama sekali.
"Kami mengakui kesilapan kami. Kami sepatutnya lebih sensitif dan tidak membuat jenaka yang boleh menyinggung perasaan mana-mana kaum.
"Kami akan mengkaji semula program-program kami dan membatalkan sebarang bentuk komedi sekiranya perlu," katanya.
Watson berkata, beliau menyerahkan perkara tersebut kepada polis kerana laporan mengenainya telah dibuat.
Ahmad Izham berkata, pihaknya akan memberi kerjasama dalam siasatan polis.
Pada Ahad, penyampai TV, Azizul Ammar Abu Hassan membuat permohonan maaf kepada Watson kerana mempersendakan nama mendiang bapanya dalam program komedi itu.
"Dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon maaf atas keterlajuran saya terhadap Watson dan keluarganya. Tanpa sedar kami telah mencalar nama baik mendiang bapanya.
"Saya menghormati atlet negara tersebut di atas kejayaan beliau yang mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa," kata Ammar di akaun Instagramnya.

Read more at http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/04/24/sukan-tak-sentral/#miFlR6z0WGuZ5iTw.99
Influenza: Kumpulan risiko disyor dapat pelalian vaksin

Influenza: Kumpulan risiko disyor dapat pelalian vaksin

KUALA LUMPUR, 25 Apr: Kumpulan berisiko tinggi dijangkiti virus influenza dinasihatkan supaya mendapatkan pelalian vaksin influenza setiap tahun, menurut Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Kanan, Hospital Sungai Buloh, Datuk Dr Christopher Lee.

Beliau berkata gejala influenza tidak sama dengan selesema biasa kerana komplikasi influenza boleh memburukkan penyakit kronik sedia ada sehingga membawa maut jika tiada langkah pencegahan diambil.

Menurutnya, kumpulan berisiko tinggi seperti warga tua lebih 65 tahun, kanak-kanak lima tahun ke bawah, wanita hamil dan pengidap penyakit jangkitan paru-paru atau penyakit jantung, HIV/AIDS, kencing manis, asma, serta pekerja penjagaan kesihatan digalakkan mengambil vaksinasi tersebut.

“Pengurangan risiko dijangkiti penyakit influenza kemungkinan dapat diturunkan antara 50 hingga 70 peratus jika orang dalam kategori ini mendapatkan vaksin ini. Justeru, kami menasihatkan mereka mendapatkan vaksinasi setiap tahun kerana ia dapat melindungi mereka, ” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pada 12 April lepas, seorang wanita hamil meninggal dunia akibat influenza A (H1N1) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu manakala tujuh ahli keluarga wanita tersebut mengalami gejala sama di mana seorang didapati positif H1N1.

Dr Lee menegaskan bahawa H1N1 bukan merupakan virus baharu kerana ia telah mula dikesan sebagai selesema babi pada 24 April 2009 dan pada 11 Jun tahun tersebut, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan influenza A H1N1 pandemik Fasa 6.

Fasa 6 pandemik diisytiharkan apabila terdapat penularan wabak ini dari manusia kepada manusia secara mendadak dan melibatkan lebih dari dua benua. Malaysia melaporkan kes pertama influenza H1N1 pada 15 Mei 2009.

“Kita tidak mempunyai vaksin ketika itu (pada 2009) tetapi kini sudah ada. Walaupun, kebanyakan hospital menyimpan stok tetapi kita mungkin tidak mampu memberi vaksin untuk setiap orang kerana kekurangan bekalan stok atau kekangan kewangan,” kata Dr Lee.

Katanya, dalam kes-kes di mana vaksin di hospital kerajaan tidak boleh didapati, orang ramai boleh mendapatkan vaksin itu di mana-mana fasiliti kesihatan swasta dengan harga serendah RM40 hingga RM100 bergantung kepada jenama.

Menurut pakar penyakit berjangkit itu, terdapat vaksin yang merangkumi tiga jenis infuenza (trivalen) dan satu lagi vaksin merangkumi empat jenis virus (kuadrivalen).

Menurut, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, vaksin selesema tahunan adalah disyorkan untuk semua individu berusia enam bulan ke atas.

CDC berkata vaksin influenza diperlukan setiap tahun kerana tindak balas imun badan daripada vaksinasi menurun dari masa ke masa dan, kerana virus selesema sentiasa menjalani mutasi maka kandungan vaksin selesema dikaji semula setiap tahun dan kadang-kadang dikemas kini untuk bersaing dengan perubahan virus selesema.

Ditanya mengenai perbezaan antara selesema dan influenza, Dr Lee berkata gejala influenza dicirikan antara lain, demam secara tiba-tiba, batuk kering, sakit kerongkong, berhingus sedangkan selsema biasanya berhingus.

Katanya, selesema biasa tidak membawa maut tetapi influenza boleh menyebabkan komplikasi antara lain termasuk pneumonia (jangkitan paru-paru) yang boleh menyebabkan kematian dalam kes-kes tertentu.

Dr Lee berkata, sekiranya perlu , doktor akan mengambil sampel swab tekak terutama daripada pesakit dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mengesahkan kes influenza.

Dr Lee berkata di kawasan iklim sederhana seperti United Kindom, wabak bermusim berlaku terutamanya pada musim sejuk manakala di Malaysia, sebagai negara tropika, ia adalah penyakit tidak bermusim dan boleh berlaku sepanjang tahun.

“Kebanyakan orang dalam kategori risiko rendah (orang sihat tanpa masalah perubatan sampingan) yang mengidap virus ini boleh pulih dalam masa satu atau dua hari selepas dijangkiti dengan syarat mereka banyak berehat, minum banyak air dan mengambil ubat parasetamol.

“Influenza boleh di dicegah kerana ia bukan lagi sesuatu yang baharu. Malangnya, kita kehilangan seorang wanita mengandung akibat penyakit ini awal bulan ini. Ia adalah satu peringatan bahawa influenza boleh membunuh,” katanya.

Dr Lee juga mencadangkan supaya rakyat Malaysia supaya sentiasa mengamalkan adab batuk yang baik bagi mencegah penularan jangkitan influenza, amalan kerap membasuh tangan serta mengekalkan tahap kebersihanan diri yang tinggi.
-TMT

Google+ Followers