Khamis, 31 Ogos 2017

PM Thailand Pertahan Malaysia Juara Sukan Sea

PM Thailand Pertahan Malaysia Juara Sukan Sea

PERDANA Menteri Thailand Jeneral Prayut Chan-o-cha mempertahankan Malaysia yang mengungguli kutipan pingat emas terbanyak dalam temasya Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017), dengan menyatakan ‘ia adalah normal’ bagi negara tuan rumah berdasarkan persiapan yang lebih baik untuk menghadapi sukan terbesar di Asia Tenggara itu.

Walaupun memuji aksi atlet Gajah Putih dalam temasya dwitahunan itu, beliau berkata ‘beberapa persatuan sukan’ di negara berkenaan masih dibelenggu masalah dan mahu ia diperbaiki sebaik pulang ke Thailand.

“Adalah sesuatu yang normal bagi negara tuan rumah akan mendapat lebih banyak (pingat emas) berdasarkan persediaan yang dilakukan.

"Sama seperti kami, apabila menjadi tuan rumah, kami juga boleh menguruskan jenis sukan dan kali ini mereka (Malaysia) mempunyai persiapan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita di Rumah Kerajaan, di sini hari ini.

Walaupun menduduki tempat kedua di belakang Malaysia dalam keseluruhan pungutan pingat dan kehilangan mahkota serantau, Perdana Menteri menegaskan beliau masih berpuas hati dengan prestasi cemerlang atlet Thailand dalam temasya itu yang membabitkan pelbagai jenis sukan.

“Kami gembira kerana menduduki tempat kedua walaupun saya mahu mereka terus mengungguli carta teratas pungutan pingat,” katanya.

Komen Prayut itu dibuat susulan kritikan yang dilemparkan oleh media dan peminat Gajah Putih itu terhadap aspek penganjuran KL2017 oleh Malaysia.

Selain mengkritik negara tuan rumah mengenai perkara-perkara remeh semasa penganjuran Sukan Sea seperti kekurangan makanan dan pengangkutan atlet, mereka juga menuduh Malaysia tidak mempunyai semangat kesukanan dalam misi tuan rumah untuk mengungguli pungutan pingat dan bergelar juara keseluruhan.

Akhbar berbahasa Inggeris, Bangkok Post dalam artikel bertajuk 'An ugly tradition continues in Malaysia' hari ini berkata emosi semakin tinggi dalam kalangan peminat dan wartawan Thailand yang meluahkan kemarahan mereka dengan melabelkan Sukan Sea Kuala Lumpur sebagai “SEA Kong” atau (SEA Tipu) .

Ia juga berkata ketua kontinjen Thailand dalam temasya dwitahunan itu, Thana Chaiprasit mendakwa penganjuran KL2017 adalah paling teruk berbanding penganjuran Sukan Sea yang lain serta Sukan Olimpik dan Sukan Asia.

Beliau juga mendakwa pegawai dari negara lain turut berkongsi pendapat yang sama.

Walaupun kritikan pedas dilemparkan oleh Bangkok Post, satu lagi akhbar harian berbahasa Inggeris , yang popular di sini, The Nation lebih bersifat introspektif dalam menilai prestasi Thailand pada temasya KL2017, memilih untuk menyalahkan prestasi atlet negara itu yang hambar berbanding Malaysia.

Dalam teguran keras terhadap pihak berkuasa sukan negara itu, akhbar The Nation dalam lidah pengarangnya baru-baru ini berkata negara itu gagal terutama dalam acara sukan antarabangsa pada temasya dwitahunan berprestij itu yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.

“Pada temasya Kuala Lumpur 2017, Thailand telah gagal terutamanya dalam 'sukan antarabangsa'. Pendek kata sekiranya acara sukan serantau (tradisional) dikeluarkan daripada carta pingat, negara masih ketinggalan di belakang Malaysia, Singapura dan Vietnam," katanya.

Penyenaraian sukan tradisional dalam Sukan Sea, katanya, dijadikan alasan oleh negara itu jika ia kalah kepada Malaysia tetapi ia tidak boleh bergantung kepada alasan dan hujahan itu lagi kali ini.- Bernama

Rabu, 30 Ogos 2017

Operasi Tren, Bas Dilanjut Sempena Upacara Penutup Sukan SEA

Operasi Tren, Bas Dilanjut Sempena Upacara Penutup Sukan SEA

PETALING JAYA: Perkhidmatan kereta api dan bas di sekitar Lembah Klang akan dilanjutkan untuk memudahkan orang ramai yang menyaksikan upacara penutupan Sukan SEA (KL2017), Rabu malam.

Kenyataan Keretapi Tanah Melayu (KTM) memaklumkan, pihaknya akan menyediakan tambahan tren di empat laluan Komuter.

Waktu operasi untuk enam stesen iaitu KL Sentral, Kuala Lumpur, Bandar Tasik Selatan, Kajang, Sungai Buloh dan Subang Jaya akan terus dibuka untuk perkhidmatan tren tambahan.

Penumpang yang menggunakan tren untuk ke Stadium Nasional Bukit Jalil dinasihatkan turun di stesen Bandar Tasik Selatan dan bertukar menggunakan LRT ke Bukit Jalil.
Perkhidmatan tambahan KTM Komuter adalah seperti berikut:
1. Dari Bandar Tasik Selatan di laluan Serdang-Batu Cave. Tren terakhir bertolak pada 12.37 pagi.
2. Dari Bandar Tasik Selatan di laluan Putra-Seremban. Tren terakhir berlepas pada 1.30 pagi.
3. Dari KL Sentral menggunakan laluan KL Sentral-Rawang. Tren terakhir bertolak pada 1.30 pagi.
4. Dari KL Sentral di laluan Putra-Pelabuhan Klang. Tren terakhir berlepas pada 1.44 pagi.
KTM Komuter juga mengumumkan kad Komuter Link akan diedarkan secara percuma kepada penumpang yang membeli nilai tambah RM5 bagi mengaktifkan kad berkenaan.
Ia boleh didapati di semua kaunter tiket KTM Komuter.
Sementara itu, Rapid KL juga akan melanjutkan operasi LRT, MRT, KL Monorail dan RapidKL bus pada Rabu malam.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Rapid KL berkata, perkhidmatan LRT akan dilanjutkan ke jam 2 pagi di stesen Bukit Jalil dan Masjid Jamek, makala stesen Bandaraya dan KLCC kekal hingga jam 1 pagi.

"Untuk khidmat MRT, operasi stesen di Mutiara Damansara, Bukit Bintang dan Bandar Utama akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi, manakala operasi KL Monorail di stesen Hang Tuan kekal hingga jam 1 pagi.

"Penumpang dinasihatkan menggunakan kad MyRapid Touch 'n Go untuk kesenangan mereka. Bagaimanapun bagi yang menggunakan token, diingatkan supaya membeli token untuk perjalanan pulang sebelum meninggalkan stesen sama ada di Bukit Jalil, KLCC atau Dataran Merdeka," katanya.-mStar
Najib Ke AS Mimpi Ngeri Pembangkang Semakin Bertambah

Najib Ke AS Mimpi Ngeri Pembangkang Semakin Bertambah

KUALA TERENGGANU: Jemputan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donal Trump untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melawat Rumah Putih bulan depan, adalah igauan ngeri buat pembangkang.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata usaha dilakukan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang yang mengeluarkan memorandum mempengaruhi Kabinet supaya tidak membenarkan Najib memenuhi undangan ke AS, membuktikan pembangkang tidak senang duduk dengan kejayaan Perdana Menteri.

"Tindakan Kit Siang membuktikan beliau cuba menukar skrip ciptaannya apabila isu kerugian urus niaga mata wang asing (forex) Bank Negara Malaysia (BNM) dibangkitkannya menuju kehancuran, selepas kerajaan memenuhi desakannya supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCL).

"Beliau hanya mahu memburukkan nama kerajaan dan Perdana Menteri yang diberi mandat sepenuhnya oleh Jemaah Menteri untuk memenuhi undangan Donald Trump membuat lawatan ke White House (Rumah Putih).

"Desakan Kit Siang supaya Kabinet menolak jemputan kerajaan AS kepada Perdana Menteri adalah tidak berasas dan menjadi igauan ngeri kepada pakatan pembangkang," katanya pada sidang media selepas perjumpaan bersama jawatankuasa UMNO negeri, di sini, tengah hari tadi.

Annuar mengulas desakan Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah supaya Kabinet menolak jemputan Presiden AS kepada Najib untuk melawat White House pada 12 September ini.

Beliau berkata, kunjungan Najib yang juga Presiden Barisan Nasional (BN) ke White House mampu meningkatkan hubungan diplomatik dan ekonomi kedua-dua negara, malah jemputan Trump itu adalah satu penghormatan kepada Najib dan Malaysia.

"Lawatan Najib ke AS dijangka memberi impak besar kepada negara terutama dalam membina hubungan strategik lebih erat dan hubungan ekonomi yang lebih bermanfaat.-BERITA HARIAN
ADUN Kepayan Meninggalkan DAP

ADUN Kepayan Meninggalkan DAP

ADUN Kepayan meninggalkan DAP dengan memberikan alasan ‘perbezaan’ dengan Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong sebagai punca utama.

Susulan, keputusannya itu, Dr Edwin Bosi menerusi satu kenyataan berkata beliau akan melepaskan jawatannya sebagai timbalan pengerusi DAP Sabah dan ketua whip negeri mulai esok.

“Saya membuat keputusan ini dengan berat hati tetapi demi mengekalkan keharmonian DAP Sabah, saya bersedia meninggalkan parti,” katanya.

Pada 1 Ogos lalu, Bosi yang juga bekas Setiausaha DAP negeri menafikan beliau akan keluar parti.

Sebelum ini, beliau pernah digantung jawatannya selama tiga bulan oleh jawatankuasa disiplin nasional pusat dan tempoh penggantungannya berakhir akhir bulan ini.

Berikutan itu, Bosi mengikut jejak langkah ADUN Luyang, Hiew King Cheu yang kini menyertai MCA, manakala ADUN Likas, Junz Wong bersama Parti Warisan Sabah.

Pada ketika ini, wakil tunggal DAP di DUN Sabah adalah ADUN Sri Tanjung, Chan Foong Hin.
Kit Siang Gusar Lawatan Najib Ke AS,Mengapa?

Kit Siang Gusar Lawatan Najib Ke AS,Mengapa?

Pembangkang khuatir lawatan Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat (AS) bulan depan bakal membuktikan bahawa Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu tidak pernah memburu Perdana Menteri.

Individu yang paling risau ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang selama ini mendendang cerita kononnya DoJ memburu Perdana Menteri.

Surat ahli politik veteran DAP itu kepada anggota Kabinet jelas menunjukkan beliau cuba mengalih perhatian daripada maklumat diperolehi Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) yang memberi tamparan hebat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menteri Komunikasi Dan Mutimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengulas surat terbuka Kit Siang semalam yang menggesa lawatan kerja Najib ke Washington yang dijadulakan pada 12 September dibatalkan.

“Surat terbuka kepada semua anggota Kabinet itu mungkin tidak pelik jika ia dihantar seseorang yang baharu melibatkan dalam politik, tetapi bukan daripada seseorang yang sudah berkecimpung lebih 50 tahun dalam bidang politik,” kata Salleh dalam blognya.

Tambahnya, surat terbuka itu merupakan suatu percubaan aneh Ahli Parlimen Gelang Patah yang juga perbuatan yang bersifat amatur.

“Kesimpulannya, Kit Siang cuba mengatakan bahawa perdana menteri tidak sepatutnya pergi ke AS untuk bertemu Presiden Donald Trump sehinggalah beliau bebas daripada semua tuduhan berkaitan 1MDB.

“Apakah tuduhannya? AS tidak pernah membuat sebarang tuduhan terhadap Najib. Dr Mahathir yang membuat semua tuduhan itu,” kata bekas Speaker DUN Sabah itu.
PKR Retak Angkara DAP Bubarkan Pakatan Rakyat 2015

PKR Retak Angkara DAP Bubarkan Pakatan Rakyat 2015

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Anggota PKR telah meletakkan kepercayaan mereka kepada pemimpin parti, maka tiada keperluan untuk mengadakan kongres khas bagi meminta pandangan ahli-ahli samada meneruskan atau membatalkan rundingan kerjasama PAS-PKR.

Demikian dinyatakan oleh Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali ketika menolak dakwaan Rafizi Ramli agar kerjasama PKR-PAS diputuskan oleh ahli-ahli parti itu sendiri.

Timbalan Presiden PKR itu juga menolak penjelasan Naib Presiden beliau sendiri dan menganggap ia adalah pandangan individu, selepas Rafizi berkata tindakan Azmin itu telah menyebabkan keretakan dalaman parti.

Azmin, yang juga Menteri Besar Selangor, menegaskan bahawa ahli-ahli parti telah menunjukkan sokongan mereka terhadap para pemimpin PKR melalui undian sewaktu pemilihan parti.

“Bagi saya, kenyataan Rafizi adalah pendapat peribadi yang tidak perlu dibincangkan oleh parti. Setiap pemimpin organisasi mempunyai pendapat yang berbeza.

“Bagaimanapun, kepimpinan yang baik bermakna mempunyai kebijaksanaan dan disiplin untuk menguruskan pendapat ini tanpa menunjukkan apa-apa kepada media,“ kata Azmin, merujuk jelas kepada kenyataan Rafizi yang disiarkan semalam.

Azmin bercakap selepas menandatangani tiga perjanjian untuk kerja-kerja penyelenggaraan pasca penutupan selama lima tahun dengan Worldwide Holdings Berhad menguruskan tiga tempat pembuangan sampah di Selangor.

Semasa ditanya sama ada beliau telah bertemu Rafizi baru-baru ini untuk membincangkan perkara itu, Azmin berkata pemimpin parti sentiasa berinteraksi semasa mesyuarat dan acara.

“Dia adalah naib presiden saya, saya melihatnya semasa acara parti atau mesyuarat parti (hampir) setiap hari. Kami sudah mempunyai mekanisme dan kaedah untuk membincangkan (isu PKR-PAS) tetapi tidak pernah dimaklumkan pada saya,” katanya.

Semalam, Rafizi menyeru kongres khas PKR supaya ahli parti boleh memutuskan sama ada PKR perlu terus mengadakan rundingan dengan PAS, dengan mengatakan usaha Azmin untuk terus berunding dengan PAS telah menyebabkan keretakan dalaman PKR.

Ahli Parlimen Pandan itu juga mencadangkan supaya ahli-ahli akar umbi PKR dibenarkan untuk menilai sama ada kepentingan politik atau prinsip parti yang lebih utama.

Minggu lepas, Ahli Parlimen Selayang (PKR) Willam Leong meletakkan jawatan beliau dari biro politik PKR sebagai bantahan terhadap usaha berterusan Azmin berunding dengan PAS bagi menumbangkan UMNO Barisan Nasional pada PRU 14 nanti.

Azmin berpendapat bahawa PAS mesti menyetai Pakatan Harapan (PH) bagi mengelakkan pertembungan pelbagai penjuru pada PRU 14, yang berkemungkinan besar memecah belahkan undi pembangkang, tanpa kerjasama PAS.

PAS memutuskan kerjasama politik dengan PKR pada awal tahun ini dengan mengemukakan tiga sebab antaranya PKR menentang RUU 355 untuk memperkasakan mahkamah syariah dan PAS secara terbuka berkonfrantasi dengan mana-mana gabungan parti-parti yang bersekutu dengan parti ultra perkauman DAP.

PAS juga mengancam bertanding menentang Azmin Ali di kubu kuatnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak, yang dimenangi Azmin pada 2013.

Sekutu rapat PKR, parti ultra perkauman DAP dan PAN senada dengan Ahli Parlimen Selayang (PKR), William Leong dan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli telah melahirkan bantahan mengenai usaha berterusan Azmin berunding dengan PAS, tetapi tidak mendatangkan sebarang hasil.

Di samping itu, ASPIRASI PERDANA sebelum ini melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Elizabeth Wong senada dengan Azmin bahawa pakatan pembangkang masih memerlukan PAS lantaran PAN dan PPBM dianggap “masih bayi” dan tidak dikenali pengundi Melayu-Islam.

Ternyata, keretakan dalaman sedang terjadi pada PKR berakibat dari kebiadapan parti ultra perkauman DAP membubarkan Pakatan Rakyat pada 2015.

Tiada mana-mana pemimpin DAP mengulas isu ini dan mereka mempunyai banyak alasan untuk menyalahkan PKR sekiranya Pakatan Harapan tewas pada PRU 14 nanti.-ASPIRASI PERDANA
KL2017: Van Huizen Pertahan Maruah Anak Buah

KL2017: Van Huizen Pertahan Maruah Anak Buah

KUALA LUMPUR: Ketika ramai yang mempersoalkan kejayaan mudah skuad hoki lelaki negara memenangi emas semalam, ketua jurulatihnya Stephen Van Huizen bingkas mempertahankan keputusan untuk menyenaraikan barisan terkuat pada temasya Sukan SEA kali ini.

Menurut jurulatih berusia 58 tahun itu, walaupun tahap hoki di temasya dwitahunan itu sedikit rendah, namun tetap menjadi impian barisan pemainnya beraksi di Sukan SEA apatah lagi dengan status Malaysia sebagai tuan rumah.

"Ini saja pasukan yang kita ada memandangkan Sukan SEA kali ini mempertandingkan empat acara hoki sekali gus memerlukan kelompok pemain yang besar.

"Lagipun ada 12 pemain daripada skuad kali ini yang tidak pernah beraksi di Sukan SEA contohnya seperti Sukri Mutalib (kapten pasukan)...adakah adil untuk dia menghabiskan karier tanpa sebarang pingat di temasya ini.

"Ia adalah bagus untuk pemain merasai pengalaman beraksi di Sukan SEA, bukannya selalu pemain mendapat peluang bermain di Sukan SEA di laman sendiri," katanya semalam.

Malaysia jelas tiada tandingan pada temasya edisi ke-29 ini apabila menjaringkan 39 gol dalam empat perlawanan liga sepusingan dan hanya bolos dua gol selepas menyenaraikan barisan sama yang melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 India.

Bermula dengan kemenangan 18-1 ke atas Indonesia, Malaysian Tigers terus menyusun kemenangan besar dengan membenam Thailand 6-0, Singapura 9-1 dan Myanmar 6-0 pada pusingan awal sebelum menumbangkan Myanmar 14-0 di pentas final, semalam.

Daripada keseluruhan 53 gol yang terhasil, peledak berbisa Faizal Saari muncul penyumbang terbanyak dengan 12 gol, diikuti Razie Rahim (10), Shahril Saabah (7), Fitri Saari dan Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi (6) serta Ramadan Rosli (5).

"Tetapi saya lihat ada pasukan yang menunjukkan peningkatan seperti Myanmar dan Thailand, malah Singapura juga kita berdepan kesukaran untuk kalahkan," kata Van Huizen yang mengakui Malaysia berada pada satu tahap berbeza di rantau ini.

Dengan kejayaan semalam, bermakna 12 pemain negara berjaya menamatkan kemarau pingat emas iaitu Sukri Mutalib, Faizal Saari, Mohd Hafizuddin Othman, Faiz Helmi Jali, Joel Van Huizen, Rashid Baharom, Meor Muhamad Azuan Hasan, Izad Hakimi Jamaluddin, Azri Hassan, Shahril Saabah, Marhan Jalil dan Fitri Saari.-BERITA HARIAN

Selasa, 29 Ogos 2017

Pemerhati Politik Jangka BN Menang Besar

Pemerhati Politik Jangka BN Menang Besar

SEKURANGNYA-KURANGNYA terdapat dua orang penganalisis dan pemerhati politik yang cenderung menjangkakan kemenangan akan memihak kepada Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke 14 (PRU 14) nanti.

DAN kedua-duanya memberikan alasan ‘tsunami Melayu’ di mana para pengundi Melayu dijangka akan meminggirkan Pakatan Harapan (PH), seterusnya tidak mengundi gabungan parti-parti DAP, PKR dan PPBM itu.
Kenyataan pertama dikeluarkan oleh Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN< Dr. Kamarul Zaman Hj. Yusoff, ketika mengulas kenyataan penasihat parti ultra perkauman DAP, Lim Kit Siang kebarangkalian PH memenangi PRU 14 nanti, minggu lepas.

Kamarul mempersoalkan hujah dangkal analisis Kit Siang bahawa PH akan menguasai Putrajaya tetapi dalam masa yang sama merendah-rendahkan kemampuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kedah dan Parti Amanah Negara (PAN) di Kelantan untuk menguasai kedua-dua negeri majoriti Melayu itu.

Paling melucukan adalah kenyataan Kit Siang bahawa PAS bakal kehilangan lima belas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor dan di masa yang sama hanya menganggarkan sepuluh peratus sahaja undi Melayu akan memihak kepada PH.

“Sukar untuk dibayangkan oleh mana-mana penganalisis yang waras bagaimana Pas yang memenangi 15 kerusi di Selangor, 5 kerusi di Perak, 4 kerusi di Johor dan 1 kerusi di Pulau Pinang dalam PRU 13 boleh kalah di semua kerusi negeri tersebut dalam PRU 14,” jelas Kamarul.

Menurut Kamarul lagi, “Lim Kit Siang sendiri mengaku sokongan pengundi Melayu kepada Pakatan berkurang kira-kira 30 peratus dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar ekoran keluarnya Pas dari Pakatan, begitu juga sokongan pengundi bukan Melayu yang menurun kira-kira 10 peratus.”

Sementara itu, Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berpendapat ketiadaan PAS dalam Pakatan Harapan (PH) merupakan antara faktor pengundi Melayu meminggirkan PH.

“’Tsunami Melayu’ ke atas Pakatan dijangka berlaku. Pakatan akan alami defisit undi Melayu. Sebabnya dahulu Pas bersama Pakatan dan membawa undi para penyokong dari kaum Melayu kepada Pakatan,” demikian dinyatakan Shukri kepada Sinar Online sebentar tadi.

ASPIRASI PERDANA sebelum ini melaporkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Elizabeth Wong menganggap para pemimpin PAN seperti Hj. Mohamed Sabu dan Husam Musa sebagai tidak dikenali masyarakat Melayu-Islam untuk meraih sokongan dan undi mereka.

Ia akhirnya menjadi pendorong yang sangat kuat kepaa Timbalan Presiden parti itu, YAB Dato’ Mohamed Azmin Ali untuk terus berunding dengan PAS bagi memenangi PRU 14.

Menurut Elizabeth; “Pintu rundingan kerjasama politik dengan PAS adalah diperlukan kerana AMANAH (PAN) masih bayi dan para pemimpinnya belum dikenali di kalangan masyarakat Melayu dan kerana AMANAH memerlukan masa beberapa tahun untuk memperolehi sokongan daripada pengundi Melayu-Islam.”

Menurut Shukri lagi, para pengundi Melayu PAS sudah pasti tidak akan mengundi Pakatan Harapan (PH), justeru itu perolehan undi dari orang-orang Melayu terhadap DAP, PKR dan PPBM turut menyusut dan bakal mengalami defisit.

PAS yang kini membentuk pakatan blok ketiga pembangkang Gagasan Sejahtera bersama-sama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dilihat lebih bersedia sebagai parti yang berkecuali yang tidak memihak kepada mana-mana parti dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

PAS sebaliknya menjadi parti pembangkang yang komited di parlimen serta matang sebagai pengkritik mana-mana dasar dan program Barisan Nasional. -ASPIRASI PERDANA-

Isnin, 28 Ogos 2017

56 Cabang PKR Setuju Kongres Khas Berhubung Kerjasama Dengan PAS

56 Cabang PKR Setuju Kongres Khas Berhubung Kerjasama Dengan PAS


KUALA LUMPUR : Ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini tampil meminta kepemimpinan parti itu mengadakan kongres khas bagi membuat keputusan menghentikan sepenuhnya kerjasama dengan PAS atau sebaliknya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Harapan Pakatan yang juga Ketua Cabang PKR Rembau, Yusuf Tapa, berkata mereka berhak untuk meminta kepemimpinan parti memanggil kongres terbabit.

Beliau berkata, ketika ini, ahli tertanya-tanya sama ada isu kerjasama dengan PAS dibuat dengan persetujuan ahli parti atau keputusan sesetengah pimpinan saja.

"Isyarat dari pimpinan kanan PKR bertukar-tukar terutamanya mengenai strategi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU Ke-14) yang membabitkan PAS. Isyarat bercelaru ini menyebabkan jentera parti di cabang keliru.

"Sementara kami membaca laporan berita bahawa rundingan kerusi di peringkat pakatan berjalan lancar, kami juga membaca Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus mahu berunding dengan PAS untuk membahagikan kerusi," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika ini pihaknya sudah berjaya mendapatkan persetujuan 56 cabang PKR untuk memanggil kongres khas itu.

Katanya, dia yakin akan berjaya mendapatkan persetujuan 20 lagi cabang untuk mencapai angka minimum 73 cabang yang diperuntukkan oleh perlembagaan parti.

"Kami akan menghubungi semua cabang PKR untuk menyelesaikan perkara ini supaya keputusan kerjasama dengan PAS dapat diputuskan sebaik-baiknya dalam tempoh sebulan ini" katanya

Beliau berkata, gesaan untuk pimpinan PKR mengadakan kongres khas ini bukan bertujuan merosakkan parti, sebaliknya mahu pimpinan mendengar suara akar umbi.BERITA HARIAN
Akhbar Thailand Mahu Kerajaan Negara Itu Rombak Sukan Antarabangsa

Akhbar Thailand Mahu Kerajaan Negara Itu Rombak Sukan Antarabangsa

BANGKOK: Sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris yang popular di sini menggesa rombakan dilakukan terhadap program sukan Thailand berikutan kualiti atlet negara itu yang dikatakan merudum pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Dalam teguran keras terhadap pihak berkuasa sukan negara itu, akhbar The Nation dalam lidah pengarangnya hari ini berkata, negara itu gagal terutama dalam (acara) sukan antarabangsa pada temasya dwitahunan yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur.

"Pada Kuala Lumpur 2017 , Thailand telah gagal terutamanya dalam 'sukan antarabangsa'. Pendek kata sekiranya acara sukan serantau (tradisional) dikeluarkan daripada carta pingat, negara masih ketinggalan di belakang Malaysia, Singapura dan Vietnam," katanya.


Penyenaraian sukan tradisional dalam Sukan SEA, katanya, dijadikan alasan oleh negara itu jika ia kalah kepada Malaysia tetapi ia tidak boleh bergantung kepada alasan dan hujahan itu lagi kali ini.

Menurut akhbar itu, Thailand yang menyasarkan 109 pingat emas pada edisi ke-29 Sukan SEA 2017 itu, sudah kehabisan alasan dan pada masa sama turut hilang cengkaman dalam sukan antarabangsa.

Sementara itu, Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA, walaupun berdepan kritikan kerana menganjurkan sukan yang dikuasainya, membuktikan bahawa atlet mereka memang tiada tandingan apabila membabitkan sukan antarabangsa, menurut akhbar itu.

Berbaki dua hari pertandingan, Malaysia jauh mendahului dalam jumlah pungutan pingat dengan 101 emas (setakat petang ini) dan bakal dinobatkan sebagai juara keseluruhan manakala Thailand di tempat kedua dengan 58 emas.

Thailand ialah juara keseluruhan Sukan SEA di Singapura, dua tahun lalu. - BERNAMA

Lebih 5,000 Kecewa Tiket Bola Habis

Lebih 5,000 Kecewa Tiket Bola Habis

SHAH ALAM: Kira-kira 5,000 penyokong pasukan Malaysia pulang hampa apabila tiket perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 habis dijual hari ini.

Tiket bagi pasukan Malaysia habis dijual di Stadium Shah Alam di sini, selaku venue perlawanan manakala tiket pasukan Thailand yang dijual di Stadium Malawati turut habis.

Difahamkan, sebanyak 45,000 tiket dijual kepada penyokong Malaysia manakala lebih 3,000 tiket diperuntukkan kepada penyokong Thailand.

Bagi Mohd Syakir Syazwan Saharudin, 15, beliau yang mula beratur seawal pukul 7 pagi berasa amat kecewa kerana tidak dapat merasai kehangatan perlawanan akhir secara langsung.

"Saya sedih sebab hanya nak beli dua tiket saja tapi tak dapat. Beratur hampir satu kilometer, saya rasa nak pengsan sebab hari cuaca panas dan sempat makan roti saja," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Stadium Shah Alam.

Mohd Kamal Mohd Nizam, 20, pula menyifatkan insiden rempuhan oleh penyokong lain semasa kaunter tiket baru dibuka sebagai sikap pentingkan diri.

Katanya, semua pembeli sepatutnya menurut arahan pihak pengurusan bagi mengelakkan pihak yang beratur lebih enam jam tidak dapat membuat pembelian.

"Rempuhan itulah menyebabkan 20 kaunter yang dibuka hanya tinggal 10 kaunter saja. Ini melambatkan proses pembelian menyebabkan kami terpaksa beratur sangat lama. Saya amat marah," katanya.

Nur Ainaa Husna Mohd Rasid, 18, pula berkata jika tiket dijual secara dalam talian, ia dapat mengelakkan orang ramai terpaksa berbaris seawal pukul 3 pagi," katanya.

Sebanyak 20 kaunter tiket di Pintu A dan B Stadium Shah Alam dibuka mulai pukul 10.30 pagi dan kesemua tiket habis dijual pada 5.40 petang.

Berlaku sedikit kekecohan gara-gara segelintir penyokong merempuh pagar penghadang namun keadaan tersebut dikawal oleh pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU). - BERNAMA
Suara Rafizi Tak Laku Dalam PKR,Azmin Pun Tolak

Suara Rafizi Tak Laku Dalam PKR,Azmin Pun Tolak

SERI KEMBANGAN: Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih meletakkan kepercayaan mereka terhadap pemimpin parti untuk membuat keputusan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor menolak cadangan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli supaya parti mengadakan kongres khas bagi menyelesaikan persoalan kerjasama dengan PAS.

Katanya, Rafizi menyuarakan sentimennya sendiri dengan mengatakan tindakan beliau mahu berunding dengan PAS mengenai pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mengakibatkan perpecahan dalam PKR.

"Saya berpendapat kenyataan Rafizi ialah pendapat peribadi yang tidak dibincangkan oleh parti. Setiap organisasi akan mempunyai pendapat yang berbeza.

"Kepemimpinan yang baik bermakna kebijaksanaan dan disiplin untuk menyuarakan pendapat tanpa mendedahkannya kepada media," katanya.

Beliau berkata ketika sidang media selepas menandatangani tiga perjanjian kerja penyelenggaraan pasca penutupan lima tahun bagi menguruskan tiga tempat pembuangan sampah di Selangor dengan Worldwide Holdings Berhad di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Ketika ditanya sama ada beliau sudah bertemu Rafizi untuk berbincang perkara itu, Azmin berkata, pemimpin parti sentiasa berkomunikasi ketika mesyuarat atau perjumpaan lain.

"Dia naib presiden parti. Saya bertemunya dalam mesyuarat parti hampir setiap hari.

"Kami mempunyai mekanisme dan kaedah untuk membincangkan isu PKR-PAS tetapi tidak didedahkan kepada umum," katanya.

Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menyeru ahli PKR memutuskan sama ada PKR perlu terus mengadakan rundingan dengan PAS kerana rundingan dengan PAS menyebabkan perpecahan dalam PKR.

Awal tahun ini, PAS memisahkan hubungan dengan PKR.-BERITA HARIAN
Isu Bogel:Saya Tidak Digantung Atau Dibuang Kerja

Isu Bogel:Saya Tidak Digantung Atau Dibuang Kerja

PETALING JAYA: Seorang wanita yang tular susulan kenyataannya di Twitter yang sedia berbogel sama sekali tidak menyangka akan berdepan impak cukup besar buat dirinya.
Walaupun mengakui kesilapan dan membuat permohonan maaf tetapi timbul dakwaan pihak tertentu bahawa dia telah digantung tugas malah ada yang mendakwa dia dibuang kerja daripada sebuah stesen televisyen.

"Tak sangka ini yang jadi sebab isu bogel. Saya tidak digantung atau dibuang kerja. Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk bekerja.

"Mereka (syarikat) memahami kesilapan yang berlaku. Saya amat berterima kasih kerana terus diberi peluang dan kepercayaan," kata Nurul Adilla Abd Rahim kepada mStar Online.
Insiden itu juga memberi pengajaran kepada penolong penerbit yang lebih dikenali sebagai Lala tentang erti persahabatan.

"Sekarang saya baru tahu siapa kawan, siapa lawan. Di saat saya dihimpit dengan dugaan, orang yang selama ini baik dengan saya tidak membantu, malah turut mengecam,” katanya dengan nada terkilan.
Anak sulung daripada tiga beradik ini turut tidak menyangka masih ada yang prihatin terhadap dirinya, dan paling bersyukur apabila mendapat sokongan keluarga.

Biarpun dikecam hebat, ramai yang memberi nasihat dan motivasi supaya tidak mengulangi kesilapan lalu dan lebih berhati-hati selepas ini terutama di laman sosial.
"Ada kawan yang dah lama tak berjumpa pun hubungi saya dan beri kata-kata semangat. Mereka kenal diri saya yang sebenar," katanya.

Mengakui serangan buli siber merupakan sesuatu yang menakutkan, Lala bangkit semula daripada kesilapan lalu dan menjalani kehidupan seperti biasa.

"Saya akui kesilapan yang dibuat secara tidak sengaja. Semua orang pernah melakukan kesilapan dan diberi peluang kedua.

“Alhamdulillah, sekarang dah kembali reda cuma saya perlu memperjelaskan tentang dakwaan membabitkan kerjaya saya,” katanya.

Pada minggu lalu, Lala yang baru berusia 23 tahun menjadi perhatian ramai selepas kenyataannya di Twitter bahawa dia mahu berbogel tular di media sosial.

"Aku rasa team Polo Malaysia menang, sebab diorang memang terer. Malaysia menang aku bogel!,” katanya di laman sosial.

Keputusan acara polo ekuestrian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017) pada Selasa berpihak kepada Malaysia yang berjaya menewaskan Brunei 12-4.

Lala telah membuat permohonan maaf berhubung kesilapan itu dan menjelaskan bahawa ia dibuat secara bergurau tanpa berniat untuk melakukannya.

-mStar
Peminat Bola Sepak Pengsan Ketika Beratur Beli Tiket

Peminat Bola Sepak Pengsan Ketika Beratur Beli Tiket

PENGSAN! Akibat beratur terlalu lama, beberapa peminat bola sepak Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017) rebah hingga memerlukan bantuan sukarelawan.

Dipercayai peminat ini sudah beratur sedari awal pagi lagi tanpa makan dan minum.

Kebanyakan yang pengsan terdiri daripada kaum wanita dan beberapa kaum lelaki.

Kesemua mereka diberikan bantuan oleh para sukarelawan serta air minuman.

Keadaan stadium yang sesak sejak awal pagi berikutan orang ramai membeli tiket perlawanan akhir Bola Sepak Sukan Sea ke 29 (KL 2017) di Stadium Shah Alam.

Sebahagian peminat bola sepak merempuh pagar pengadang apabila hanya beberapa kaunter dibuka untuk penjualan tiket, pagi tadi.

Selepas penjualan dihentikan selama sejam bagi meredakan keadaan, kaunter tiket perlawanan akhir malam esok, dibuka semula.-Sinar Harian
Pesawat Terbang Pemintas Berjaya Tanpa Juruterbang Berjaya Dibangunkan Rusia

Pesawat Terbang Pemintas Berjaya Tanpa Juruterbang Berjaya Dibangunkan Rusia

GLOBAL: 27 OGOS: Rusia sedang membangunkan pesawat pemintas canggih yang mampu terbang sehingga ke angkasa serta tanpa kendalian juruterbang sejak beberapa tahun lalu dengan kelajuan sehingga 5309.64km/ jam.

Agensi Berita Rusia SPUTNIK NEWS/ RT NEWS melaporkan pembekal pesawat jenis MIG-41 bakal menggantikan pesawat pemintas jarak jauh MiG-31 yang teknologi dan versinya yang telah usang.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MiG Corporation, Ilya Tarasenko yang memberi bayangan terhadap pembangunan yang sedang dilakukan untuk pesawat tersebut berkata, pesawat pejuang baharu itu adalah pengganti MiG-31 .

“(Pembangunan ini) imej pesawat berada di peringkat akhir. Peralihan secara berperingkat dilakukan daripada MiG-31 kepada PAK DA’” kata Tarasento kepada RT pada Ekspo Ketenteraan-2017 di Kubinka di wilayah Moscow.

MIG 41Bagaimanapun, pembangunan pesawat itu bukan hanya memodenkan pesawat MiG-31, tetapi ia juga merupakan jentera baharu yang ‘berkeupayaan beroperasi di ruang angkasa.

Pesawat itu bakak dilengkapi senjata baharu, dengan kalajuan baharu dan dengan jarak operasi baharu’, kata Tarasenko kepada saluran televisyen Zvezda.

Dilaporkan pesawat itu kelak mempunyai kelajuan 4.0 mach sehingga 4.3 mach iaitu antara 4939.2km/jam sehingga 5309.64km/ jam.

“Ia adalah pesawat baharu sepenuhnya, dengan teknologi baharu untuk beroperasi di zon Artik.

“Pesawat ini akan mengawal seluruh sempadan negara kita. Kemudian, projek ini akan beroperasi tanpa menusia,” kata Tarasenko kepada agensi berita, TASS.

Pesawat itu masih lagi pada peringkat pembangunan, ia mungkin dihasilkan pada pertengahan 2020, katanya.

Jika pesawat itu mahu mencapai kelajuan tersebut, berkemungkinan besar ia bakal dilengkapi sistem kawalan canggih bagi membantu juruterbangnya menghadapi keadaan penerbangan yang ekstrem, kata pakar penerbangan, Fabrizio Poli.

“Sudah pasti ia perlu ada peralatan canggih dalam pesawat pejuang itu kerana untuk terbang pada kelajuan sedemikian, otak manusia tidak mampu berfikir dengan pantas.

“Sudah pasti terdapat banyak teknologi baharu yang perlu diletakkan dalam pesawat ini,” kata Poli kepada RT.

=EZY=

-SELANGORKINI
Berbalah Sesama Sendiri Geng Umno Dikaitkan,Memang Ngok Namanya

Berbalah Sesama Sendiri Geng Umno Dikaitkan,Memang Ngok Namanya

KUALA LUMPUR – Pergaduhan dalaman PKR antara peguam, Latheefa Koya dengan Rafizi Ramli semakin teruk.

Terkini Naib Presiden PKR yang lantang itu didakwa menjadi ejen kepada seorang pemimpin kanan UMNO yang susur galurnya berasal dari Indonesia.


Latheefa yang juga peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak berpuas hati dengan Rafizi susulan gesaan supaya satu kongres khas diadakan bagi menentukan hala tuju hubungan dengan Pas semalam dan membidas Ahli Parlimen Pandan itu sambil mendakwanya ‘barah’ kepada pembangkang.

“Yang marah-marah saya sebab posting ini- sila lihat apa yang dibuat oleh barah ini sekarang. Dia sedang memaksa parti pecah dua. Dia tak hadir mesyuarat. Tetapi dia berani hanya bagi kata dua melalui media.

“Ini namanya tindakan bacul. Dia bertanding dulu dalam parti – bawa cerita palsu, minta backing dari orang-orang berpengaruh – tetap kena reject oleh anggota.

“Sekarang ini guna dia punya NGO- kutip duit pastu – dia guna duit ni untuk memecahbelahkan cabang. Bukan utk memantapkan parti tapi sebaliknya bagi huru-hara sebagai strategi ponorogo,” dakwa Latheefa dalam satu kenyataan di akaun Facebooknya.


Latheefa tidak menulis individu dimaksudkan, bagaimana umum mengetahui Rafizi baru-baru ini ada membuat rayuan kutipan derma bagi membiayai kos guaman dalam satu kes saman dihadapinya.

Ponorogo dimaksudkan oleh Latheefa adalah melibatkan seorang pemimpin kanan UMNO yang berasal dari sebuah kawasan di Indonesia, dimana beliau semasa dalam satu wawancara di televisyen Indonesia mengakui berasal dari Ponorogo.

Latheefa juga mendakwa Rafizi setiap hari berhubung dengan ‘Geng Ponorogo’ dan sentiasa membuat ugutan untuk melompat parti.

“Dia ni perangai buruk- kalau org tak terima idea dia – dia akan lompat-lompat, ugut-ugut. Hari-hari geng dia berhubung dengan geng ponorogo,” katanya lagi.

Paling jelas kenyataan Latheefa menunjukkan Rafizi adalah individu yang dimaksudkan dalam kritikannya adalah kenyataan ini : “Dia masuk tunjuk muka lepas PRU12. Dia kuar (keluar) lepas gaduh dari keje (kerja) koperat (korporat) sebelum dia masuk tapi konon berkorban gaji tinggi.”

Rafizi bertanding di kerusi Parlimen Pandan semasa Pilihan Raya Umum Ke-13, sebelum itu beliau memegang jawatan dalam Petronas.

Semalam, Rafizi mendakwa ketika ini wujud dua kumpulan saling bertentangan dalam parti itu dan masing-masing membawa pendapat berbeza mengenai cara bagaimana Pas perlu ditangani.

Katanya, kewujudan dua kumpulan berbeza pendapat itu mengelirukan akar umbi kerana ada antara mereka turut memegang jawatan kanan Pakatan Harapan.

Keadaan itu, kata Rafizi, sudah berlaku sejak pertengahan tahun 2015 dan dikhuatiri akan memberi kesan kepada persedian gabungan berkenaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14. – MalaysiaGazette
Ketua AMK Kelantan Dipecat Serta Merta

Ketua AMK Kelantan Dipecat Serta Merta

KOTA BHARU 28 Ogos – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Dr. Mohd. Hafidz Rizal Amran dipecat daripada jawatannya berkuatkuasa serta-merta.

Pengarah Komunikasi PKR negeri, Mohd. Sukirman Mustapa yang mengesahkan perkara tersebut berkata, beliau difahamkan Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad telah memaklumkan pemecatan tersebut kepada Mohd. Hafidz Rizal melalui kiriman WhatsApp sekitar pukul 9.08 pagi tadi.

Sementara itu, Mohd. Hafidz Rizal dipetik daripada status facebooknya berkata, dia menerima kiriman WhatsApp berhubung pemecatan tersebut daripada Nik Nazmi pagi ini.

“Saya akan menyatakan pendirian dan memberi maklum balas mengenainya dalam tempoh terdekat,” katanya.

Baru-baru ini Jawatankuasa AMK Kelantan mengumumkan hilang sokongan terhadap Mohd. Hafidz Rizal dan mendesak beliau supaya meletak jawatan.

Naib Ketua AMK negeri, Mohd. Khairul Amin Abdul Rahman dilaporkan berkata, majoriti Ketua AMK Cabang turut menandatangani satu memorandum kepada pucuk pimpinan pusat supaya Mohd. Hafidz Rizal dilucutkan daripada jawatan tersebut

Sebelum ini, PKR Kelantan dikatakan terbahagi kepada dua kumpulan selepas Pengerusinya, Ab. Aziz Ab. Kadir dilihat cenderung bekerjasama dengan Pas kerana mahu mengekalkan lantikan politik PKR di negeri ini.

Mohd. Hafidz Rizal juga dikatakan merupakan salah seorang pimpinan negeri yang menyokong kuat hasrat Ab. Aziz. – UTUSAN MALAYSIA ONLINE
Puak libertarian digunakan untuk melemahkan kebangkitan gerakan kesedaran politik Islam

Puak libertarian digunakan untuk melemahkan kebangkitan gerakan kesedaran politik Islam

BANGI, 6 Zulhijjah 1438H, Isnin – Kewujudan Free Thinkers yang dipelopori oleh puak libertarian digunakan untuk melemahkan kebangkitan gerakan kesedaran politik Islam di negara ini, kata Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah.

Katanya, gerakan kesedaran politik Islam semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di negara ini selepas tertubuhnya gabungan pembangkang, Pakatan Harapan. Pakatan Harapan merupakan gabungan baharu pembangkang menggantikan pakatan rakyat membabitkan kerjasama di antara PKR, parti rasis dan cauvinis DAP, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Ini disebabkan parti pembangkang tertentu lebih didominasi kumpulan libertarian daripada kumpulan egalitarian. Akibatnya sebahagian besar mereka kurang menyukai dominasi gerakan kebangkitan politik Islam.

“Tambahan pula, terdapat sebahagian masyarakat Islam di negara ini kurang suka dengan perundangan Islam dan politik Islam atau politik Melayu,” kata Dr Iskandar yang menulis dalam Sinar Harian, hari ini.

 Katanya, perjuangan kumpulan liberal di negara ini mempunyai dua darjat pandangan berbeza dari segi epistemologi iaitu libertarian yang sangat ekstreem berjuang menidakkan kebenaran agama dan egalitarian yang memperjuangkan liberalisasi dalam kesaksamaan hak dan tidak menentang prinsip Perlembagaan Persekutuan atau ajaran agama. Bagaimanapun, katanya, walaupun kedua-duanya berjuang dalam kaedah berbeza, namun ianya tetap memberi impak kepada agenda Islam di Malaysia.

Dr Iskandar Hasan berkata, tsunami politik Islam hari ini dilihat lebih bertunjangkan kepada isu membabitkan kedaulatan agama dan kehidupan norma budaya Melayu. Maka tidak hairan apabila agenda feminisme turut terlibat dalam menafikan penguasaan gender dalam norma budaya agama Islam, dengan mengisytihar wanita boleh menjadi imam dalam solat antara lelaki perempuan, katanya.

 “Golongan Islam liberal dan golongan Islam yang menolak Ahlu as-Sunnah wa al-Jamaah berteraskan pegangan Mazhab Syafie kurang suka akan kebangkitan tsunami politik Islam dalam PRU14 nanti.

“Tidak menghairankan terdapat sebahagian golongan tersebut tidak menentang gerakan Kristianisasi yang dijalankan gerakan Evangelis.

“Selanjutnya mereka menawarkan dialog perdamaian dan mengatakan tindakan tersebut adalah seperti yang dianjurkan prinsip maqasid syariah. Dalil tabayyun digunakan bagi merealisasikan matlamat mengurangkan impak tsunami politik Islam,” katanya. Katanya, perang saraf persepsi turut diperhebat dengan mengaitkan bahawa jika pemimpin bukan Islam menjadi ketua kerajaan adalah lebih baik daripada pemimpin Islam sendiri.-MENARA.MY


Rafizi Akui Parti PKR Sudah Berpecah Kepada Dua Puak

Rafizi Akui Parti PKR Sudah Berpecah Kepada Dua Puak

Politik kayu tiga cara Azmin Ali turut dikecam oleh Rafizi Ramli. Kali ini kecaman dari Rafizi Ramli ini dibuat secara terbuka menggunakan kepala surat rasmi daripada PKR.

Dalam satu kenyataan media pada 27 Ogos 2017, Rafizi yang berjawatan Naib Presiden PKR telah menulis “apakah strategi untuk mendampingi PAS secara pragmatis itu wajar tatkala PAS mahu bertanding di semua kerusi pada PRU14”.

Tulisan Rafizi di bawah tajuk “Parti Terbahagi Dua” ini secara tidak langsung merujuk kepada tindakan Azmin Ali yang berdamping dengan Hadi Awang dan kemudian berdamping pula dengan Mat Sabu.

12 Ogos, Azmin berjumpa Hadi Awang, katanya bincang pasal PRU14. Enam hari kemudian jumpa pula dengan Mat Sabu berbincang pasal PRU14. Yang mana satu Azmin hendak bincang ini sebenarnya? Sedangkan PAN sudah buat ketetapan akan bertanding di seluruh kerusi DUN di Selangor.

Kemudian PAS pula mahu tanding di seluruh DUN di Selangor. Sudah pasti berlakunya pertembungan tiga penjuru dalam PRU14 di Selangor.

24 Ogos, PAS menerusi Sallehen Mukhyi, Pesuruhjaya PAS Selangor mengumumkan PAS akan bertanding 42 kerusi di Selangor. Selain itu, PAS juga mahu ambil kembali kerusi parlimen Gombak yang kini diwakili oleh Azmin Ali. Keadaan keadaan inilah yang disifatkan Rafizi sebagai parti PKR sudah pun terbahagi kepada dua atau sudah pecah kepada dua puak.

Rafizi Ramli menjadi lebih panas bila dikhabarkan Azmin memang berunding menerusi “jalan belakang” untuk memberi kerusi Gombak kepada PAS. Semua ini Azmin lakukan demi menyelamatkan tengkuknya untuk terus menjadi Menteri Besar di Selangor dengan sokongan PAS.

Azmin Ali menggunakan Iskandar Samad, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan ADUN PAS Chempaka untuk menyusun tempat baginya di parlimen Pandan. Azmin mahu lompat ke Pandan untuk bertanding bagi menggantikan Rafizi yang mungkin hilang kelayakan bertanding jika masuk penjara.

Dengan gaji sebagai Exco Kerajaan Negeri sejumlah hampir RM30,000 sebulan, Iskandar Samad akan melakukan apa sahaja permintaan Azmin. Berita ini yang buat Rafizi Ramli jadi panas dan terus mengeluarkan kenyataan media mengecam sikap Azmin yang terus bermain kayu tiga dengan PAS.

Selagi belum masuk ke tirai besi dan duduk di samping Anwar Ibrahim di Sungai Buloh, Rafizi masih lagi menyimpan hati untuk terus bertanding di parlimen Pandan. Sebab itu berhempas pulas Rafizi buat rayuan dan sebagainya kerana masih percaya dia mungkin akan dapat bertanding lagi di Pandan.

Sebaliknya, Azmin Ali dan Iskandar Samad sudah anggap Rafizi bakal “tutup buku” pada PRU14. Dengan bantuan Adam Rosly, yang sememangnya anti dengan Rafizi, Azmin menyusun langkah untuk bertanding di parlimen Pandan.

Azmin akan buat apa sahaja demi menyelamatkan tengkuknya sebagai Menteri Besar Selangor. Politik kayu tiga Azmin ini jelas terserlah kerana dalam masa Azmin cuba berbaik baik dengan PAS atas tiket Naib Presiden Pakatan Harapan, dalam pada itu pula Pengerusi Pakatan Harapan, Mahathir membalun PAS sebagai pengacau dalam ceramah politiknya di Besut hujung minggu lepas.

Nampak macam berlakon, kerana Azmin merupakan anak angkat Mahathir. Mengapa dalam isu PAS ini Mahathir berlainan pendapat dengan Azmin?. Ini adalah satu drama. Bapa angkat sengaja balun PAS demi tarik undi DAP. Anak angkat pula main peranan untuk pujuk PAS pakai “jalan belakang”.

Mahathir sudah sanggup anggap Ketuanan Melayu tidak lagi penting baginya demi meraih undi daripada DAP. Mahathir tidak beri peluang langsung kepada PAS. Dia akan kutuk PAS habis habisan. Semua ini Mahathir lakukan kerana dia sekarang sudah bertuankan DAP.

Mahathir kata Ketuanan Melayu tidak relevan lagi tetapi dalam Wikipedia tulis, PPBM adalah parti yang berkonsepkan Ketuanan Melayu. Kena tukarlah selepas ini dalam Wikipedia, tulis PPBM adalah berkonsepkan Ketuanan DAP.

Bukan sahaja PAS, Rafizi juga kena akui kemasukan Mahathir dalam pembangkang juga turut memecah belahkan PKR. Kerosakan yang dibawa oleh Mahathir dalam pembangkang lebih besar lagi. Azmin sudah berkiblat kepada Mahathir bukan lagi Anwar Ibrahim. Sudah wujud kem pro Mahathir dan pro Anwar dalam PKR.

Samalah seperti apa yang Anwar pernah pesan mengenai 'Berhati-hati jangan dipatuk dua kali… ular itu kini memakai mahkota' pada setahun yang lepas kepada semua orang PKR bila Mahathir mula menyertai pembangkang. Memang ular ini sedang mematuk PKR sekarang ini. Mahathir kini memakai makhkota DAP dan sedang mematuk PKR buat kali ketiga.

Azmin Ali adalah “bisa ular” itu sekarang ini. Memecahkan PKR kepada dua puak. Selain mahukan anaknya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Mahathir juga menyimpan hasrat mahu melihat Azmin Ali naik sebagai Perdana Menteri. Dengan DAP, Mahathir buat perjanjian sulit yang lain. Dengan Azmin Ali, Mahathir buat perjanjian yang lagi sulit demi anaknya sendiri dan kroninya.

Politik ular cara Azmin Ali dan Mahathir ini perlu dihentikan.

Tulisan:
Beruang Biru
BB555, Isnin
28 Ogos 2017

Jumaat, 25 Ogos 2017

Ringgit Lebih Tinggi Dari Dolar

Ringgit Lebih Tinggi Dari Dolar

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), hari ini berikutan permintaan yang kukuh, sejajar dengan mata wang serantau yang lebih baik berbanding dolar.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.2735/2775 berbanding dolar daripada 4.2780/2810, penutup semalam.

Seorang peniaga berkata, mata wang pasaran baharu muncul, termasuk ringgit mengukuh berbanding dolar AS apabila pelabur beralih daripada dolar susulan amaran Presiden AS, Donald Trump untuk 'bubar kerajaan' dan menamatkan Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara.

"Selain itu, kebanyakan pelabur juga terus menunggu ucapan Janet Yellen di Simposium Jackson Hole di Wyoming, yang menghimpunkan semua ketua bank dunia hari ini," katanya.

Peniaga itu juga berkata, harga minyak mentah yang tinggi turut menyokong prestasi ringgit.

Penanda aras semalaman, niaga hadapan minyak mentah Brent naik 0.6 peratus kepada AS$52.36 (AS$1 > RM4.27) setong, disebabkan kemungkinan pengeluaran dikurangkan oleh Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), selain taufan yang mungkin melanda pantai Texas.

Ringgit juga diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding yen 3.8949/9003 daripada 3.9111/9142, penutup semalam dan mengukuh

berbanding pound kepada 5.4714/4769 daripada 5.4861/4904 semalam.

Berbanding dolar Singapura, unit tempatan itu menokok 3.1379/1424 daripada 3.1419/1453 sebelumnya dan meningkat berbanding euro 5.0406/0462 daripada 5.0438/0482, semalam.

- BERNAMA
RCI Memali PAS Akan Beri Kerjasama Jika Ditubuhkan

RCI Memali PAS Akan Beri Kerjasama Jika Ditubuhkan

KUALA LUMPUR: PAS sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika ditubuhkan untuk menyiasat tragedi Memali yang mengorbankan 14 penduduk kampung dan empat anggota keselamatan.

Malah, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan penubuhan RCI wajar dilaksanakan supaya siasatan telus dan adil dapat dilaksanakan tanpa prejudis.

"Peristiwa Memali adalah mangsa daripada salah laku terhadap Islam oleh pemimpin Islam negara pada masa itu.

"Polis dipaksa bertindak terhadap golongan agama yang terpaksa mempertahankan kesucian Islam yang dihina.

"PAS bersedia memberi kerjasama bila-bila masa bagi menghapuskan fitnah yang boleh merosakkan hubungan kalangan umat Islam dan berlaku adil terhadap semua mangsa peristiwa itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Abdul Hadi menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan selain bersependapat dengan kepemimpinan PAS mengenai cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat peristiwa yang berlaku pada 19 November 1985 itu.

Isu Memali timbul kembali dalam pelbagai forum, termasuk membabitkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang tidak menjelaskan perkara sebenar pada perhimpunan di Shah Alam pada 13 Ogos lalu.

Tragedi Memali yang berlaku lebih 30 tahun lalu menyaksikan pertempuran antara penduduk kampung diketuai pemimpin PAS, Ibrahim Libya dengan pasukan keselamatan.

Ibrahim dikaitkan dengan ajaran sesat dan keganasan tetapi dakwaan itu dinafikan PAS.-BERITA HARIAN
PM Najib Gembira Dapat Cucu

PM Najib Gembira Dapat Cucu

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri

Rosmah Mansor menyambut kelahiran cucu mereka, Adam Razak, malam tadi.

Anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa, dilaporkan selamat melahirkan cahaya mata pertamanya selepas berkahwin dengan Daniyar Kessibayev, dua tahun lalu.

Perkara itu dimaklumkan Najib menerusi akaun rasmi Twitter beliau pada jam 11.56 malam tadi.

"Cucu lelaki baharu, Adam Razak! Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Gina dan bayi kedua-duanya berada dalam keadaan sihat," katanya.

Pada masa sama, netizen turut mengucapkan tahniah kepada Najib dan isteri selepas memuat naik gambar bayi berkenaan.-BERITA HARIAN
Atlet Lompat Jauh Keracunan Makanan

Atlet Lompat Jauh Keracunan Makanan

KUALA LUMPUR: Prestasi atlet paralimpik negara Abdul Latif Romly yang kurang menyerlah dalam aksi sulungnya dalam temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) adalah ekoran keracunan makanan.

Abdul Latif yang menduduki tempat ketujuh daripada 11 atlet dalam acara lompat jauh lelaki, adalah antara 16 atlet Malaysia yang terlibat dalam isu keracunan makanan pada Khamis.

Ketua Jurulatih Olahraga Negara Zainal Abbas berkata pemegang pingat emas paralimpik Rio tahun lepas dengan rekod lompatan 7.60m itu tidak berada di tahap terbaiknya, justeru tidak dapat memberikan prestasi cemerlangnya.

“Dia demam hari ini (Khamis), malah dia cirit-birit sejak pagi tadi,” katanya kepada Bernama, apabila ditemui di venue acara itu pada Khamis.
Dalam acara terbabit, Abdul Latif, sekadar mencatatkan lompatan sejauh 7.34m, manakala rakan senegaranya Luqman Hakim Ramlan mencatatkan 7.12m dan berada di tempat ketujuh.

Zainal bagaimanapun, tidak dapat mengesahkan sama ada punca keracunan disebabkan makanan daripada luar atau makanan hotel tempat kontinjen negara menginap.

Terdahulu, Presiden Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar dalam sidang media berkata pihak berkuasa sedang menyiasat punca menyebabkan 16 atlet Malaysia keracunan makanan.

Abdul latif merupakan antara dua atlet yang mencatat sejarah sebagai atlet para pertama menyertai temasya dwitahunan terbesar Asia Tenggara itu.-mStar

Kementerian Pendidikan Nafi Ubah Sejarah,Laporan Polis Dibuat

Kementerian Pendidikan Nafi Ubah Sejarah,Laporan Polis Dibuat

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan telah mengubah sejarah Malaysia apabila gambar Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dimasukkan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3.

Kementerian itu berkata buku yang tular di media sosial tersebut bukan terbitan kementerian.

"Kementerian Pendidikan ingin menyatakan rasa kesal terhadap tuduhan berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini Khamis.

Susulan itu, katanya KPM telah membuat laporan polis bagi mengambil tindakan terhadap penerbit buku tersebut dan pihak yang telah memulakan penyebaran maklumat palsu berkenaan di media sosial.

KPM turut memohon kepada pengguna media sosial supaya menghentikan penyebaran maklumat palsu tersebut agar ia tidak menjadi polemik yang boleh mengganggu kesejahteraan rakyat Malaysia.

KPM menegaskan setiap penulisan buku teks kementerian adalah berdasarkan dokumen kurikulum dan fakta sebenar yang berlaku pada masa atau tempoh berkenaan.

Dalam pada itu, KPM juga menegaskan kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan bertulis atau lisan kepada sekolah supaya menanggalkan gambar Perdana Menteri Malaysia keempat itu. - BERNAMA

Khamis, 24 Ogos 2017

Tidak Tolak Tubuh RCI Memali

Tidak Tolak Tubuh RCI Memali




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat peristiwa Memali.

Perdana Menteri berkata, bagaimanapun penubuhan RCI itu mestilah mendatangkan kebaikan untuk negara dan mengetahui fakta serta kebenaran.

"Ketika ini kita sedang menunggu reaksi dan pendapat masyarakat termasuk mereka yang terbabit dalam peristiwa berkenaan sebelum kerajaan membuat keputusan muktamad.

"Apa yang (Timbalan Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggambarkan bahawa kita tidak menolak kemungkinan ada RCI mengenai (peristiwa) Memali, tetapi keputusan muktamadnya kita (akan) buat bila sampai masanya," katanya.

》Beliau bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn di sini, sebentar tadi.-BERITA HARIAN



Pulihkan Kerosakan Dalaman Jika Mahu Tawan Selangor

Pulihkan Kerosakan Dalaman Jika Mahu Tawan Selangor



PELUANG UMNO Selangor memperolehi lebih kemenangan terbuka luas pada Pilihan Raya Umum yang dinanti-nanti asalkan budaya sabotaj parti dapat dihapuskan.

Hal ini tidak tertumpu kepada satu sayap malah kesemua sayap parti harus berlapang dada jika orang harapan untuk dicalonkan tidak terpilih.

Sesuai dengan konsep transformasi yang dilaungkan orang Umno perlu berubah sekiranya mahu melihat kemenangan sebagai hadiah terbesar seterusnya mengambil alih pemerintahan negeri.

Kelemahan dalaman harus ditutupi dengan kebijaksanaan agar kekuatan berpasukan menjadi agenda perjuangan bersama.

Pemimpin Umno di semua peringkat juga perlu memberi perhatian tidak berbelah bahagi kepada kaum lain kerana tiket yang dibawa ketika menentang musuh politik pada pilihan raya adalah tiket Barisan Nasional.

Budaya sabotaj parti samalah dengan pengkhianat yang tidak mahu melihat orang lain berada dihadapan sedangkan mereka juga berada dalam kumpulan sama.

Mencari titik persamaan akan menemui jalan sukar sekiranya menghilangkan keredhaan,sedangkan keredhaan seumpama kunci pembuka pintu alam.
Tidak guna bertepuk sorak ketika musuh pecah belah akibat berbalah sesama sendiri sekiranya dalaman masih banyak anai-anai yang memamah tiang perjuangan.

Sejak akhir-akhir ini banyak mata orang Umno tertumpu kearah PAS dan PKR sehingga terlupa untuk mengambil manfaat keatas apa yang terjadi sedangkan kubu mereka telah ditinggalkan tentera pertahanan sejak sekian lama.

Apa yang di harap oleh sebahagian besar orang Umno adalah pertandingan tiga penjuru sebagai peluang besar untuk merobohkan kekuatan pertahanan musuh,namun kekuatan sendiri akan roboh jika berlaku sabotaj dari dalam dan tidak ada sikap peduli kepada kaum lain juga akan memusnahkan hasrat dan cita-cita,kerana satu undi boleh menentukan kemenangan dan kekalahan.

Tiada siapa boleh membetulkan perjalanan ketam,namun sebagai manusia yang dipilih dan dilantik jadi pemimpin perlu mendahului sikap rendah diri kiranya benar duduk sama rendah,berdiri sama tinggi satu elemen penting pada dasar perjuangan.

Akuilah kesilapan di pentas-pentas ceramah dengan memohon kemaafan kepada hadirin agar ruang-ruang panas yang ada pada masyarakat terutamanya pengundi dihembusi kesejukkan.

Hindari rasa bangga dengan kedudukan yang ada,pengikut atau tentera yang ramai kerana yang dianggap sedikit terbukti telah menafikan dua pertiga Barisan Nasional.

Fokus kepada yang lebih penting juga perlu daripada memperbanyakkan perhatian kepada pekara kecil,namun hal-hal yang kecil perlu diselesaikan dengan segera supaya tidak membarah dan merebak sebagai virus yang sukar dikawal.

Merancang dengan kehendak ramai lebih berjaya daripada mengikut kehendak sendiri,dan sebagai ketua atau pemimpin disemua peringkat sayap parti perlu akur dengan suara ramai sebelum membuat keputusan kerana di zaman ini politik "yes bos"telah dianggap seperti sampah dari longkang.

Tunai harapan orang lain dengan kemampuan juga penting,manakala ketepikan sikap berdolak-dalik atau suka berjanji lebih penting sekiranya tidak mahu hasrat dan cita-cita perjuangan lebur sebelum waktu.

Cari jalan untuk berkebajikan sesama jentera perlu diletakkan di aras yang tinggi dan janganlah pula hanya nampak dihadapan kerana dibelakang akan menikam sekuat mungkin.

Kekadang ada yang terlupa apabila berada dikedudukan tinggi,rasanya perlu diingatkan disini,bukan sahaja orang yang berada ditempat tinggi melihat yang dibawah lebih kecil,malah orang dibawah melihat yang diatas juga kecil.

Untuk perolehi apa yang diceritakan ini perlulah ketepikan sikap ego,kerana egolah akan meninggikan sikap buruk sesorang malah dengan sikap ego juga musuh dalaman akan bertambah.
-Media Shah Alam
Lawatan Najib Ke Amerika Syarikat Atas Urusan Rasmi Bukannya Mengenai Hal DoJ.

Lawatan Najib Ke Amerika Syarikat Atas Urusan Rasmi Bukannya Mengenai Hal DoJ.



Semalam, portal yang pernah digelar sebagai "Yahudi yang tidak boleh dipercayai" oleh Mahathir iaitu Wall Street Journal mendakwa kononnya lawatan Dato Seri Najib ke Amerika Syarikat pada bulan September nanti semata mata untuk berbincang hal mengenai 1MDB dan DoJ.

Kemudian, portal itu hanya memetik sumber yang tidak pasti dan tidak sahih untuk membuat cerita persepsi tersebut. Namun yang kurang cerdik ada juga yang percaya. Samalah macam mereka percaya cerita bohong Dr Afif, wakil rakyat PKR Seberang Perai yang buat cerita palsu mengenai kenaikan harga minyak.

Pada 24 Ogos 2017, Wisma Putra telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai lawatan tersebut.

Menurut Wisma Putra, Datuk Seri Najib akan mengadakan lawatan kerja ke Washington D.C. pada 12 September di atas jemputan rasmi Presiden Donald J Trump, Presiden Amerika Syarikat.

Ianya sempena meraikan sambutan hubungan diplomatik selama 60 tahun antara Amerika Syarikat dan Malaysia. Selain itu, menurut Wisma Putra lagi, lawatan itu adalah untuk membincangkan hal hal berkepentingan bersama seperti keselamatan, perdagangan dan pelaburan yang akhirnya akan membawa manfaat kepada rakyat kedua dua buah negara.

Jelas sekali tuduhan Wall Street Journal dan Malaysiakini bahawa lawatan itu bagi membincangkan mengenai 1MDB dan DoJ adalah karut sama sekali. Sebelum jemputan rasmi itu dibuat Trump, Setiausaha Negara Amerika Syarikat telah datang melawat Malaysia pada dua minggu lepas lagi.

8 Ogos lepas, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson telah melakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia. Bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Timbalan Perdana Menteri. Tidak pula Tillerson menyebut atau berbincang mengenai hal DoJ dalam lawatan dua hari itu.

Mengapa Mahathir dan pembangkang tidak jumpa Tillerson masa dia datang hari itu dan beri bukti mengenai dakwaan DoJ itu? Tidak ada. Mahathir tidak berani jumpa dan tanya sebab ianya hanya tuduhan semata mata.

Samalah juga halnya ketika Raja Salman datang ke Malaysia tempoh hari. Ada Mahathir berani tanya Raja Salman, benarkah ada duit dari Arab Saudi yang kena curi?

Tiada. Dakwaan DoJ dan cerita wang derma yang dipusing cerita jadi "duit curi" ini hanyalah propaganda Mahathir dan pembangkang semata mata. Cerita berlian DoJ lagilah karut.

Gambar Berlian sebenar dan transaksi Berlian yang dituduh pun tiada ada. Gambar yang dijadikan bahan adalah diambil dari atas talian, bukannya gambar yang sebenar.

Pihak pembangkang jangan cuba mensabotaj ekonomi negara dengan cara membuat tuduhan liar terhadap hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar.

Dengan China, pembangkang sering tuduh kononnya Malaysia hendak kena gadai kepada China. Dengan Amerika Syarikat, pembangkang pernah tuduh dulu FBI hendak tangkap Najib. Tuduhan yang terbukti fitnah sama sekali.

Amerika Syarikat adalah rakan dagang kedua terbesar bagi Malaysia selepas Jepun.

Malaysia dan Amerika mempunyai hubungan rapat dan menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang.

Bagi tempoh Januari hingga Mei 2017, jumlah dagangan dua hala antara kedua-dua negara meningkat 23.3 peratus kepada RM68.2 bilion (US$15.4 bilion) daripada RM55.3 bilion (US$13.5 bilion) dalam tempoh sama pada 2016.

Ini bukan kali pertama Trump berjumpa Najib. Mereka berdua hadir sama dalam satu sidang di Riyadh pada Mei 2017. Trump sendiri tidak percaya dakwaan yang dibuat DoJ.

Trump menyatakan kepada Putin, yang beliau tidak percaya pada Federal Bureau of Investigation (FBI), Central Intelligence Agency (CIA) dan Department of Justice (DoJ).

Pengakuan Trump ini menunjukkan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan agensi agensi itu. Semua agensi itu mendakwa bahawa ada campur tangan dari Russia semasa pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016.

Sama seperti apa yang DoJ dakwa dalam tuduhannya terhadap 1MDB. Sejak 20 Julai 2016, sampailah sekarang ianya hanya sekadar tuduhan sahaja. Tiada bukti yang dibawa, tiada sesiapa pun yang dipanggil untuk disiasat dan tidak ada pendakwaan pun di mahkamah.

Baca tulisan lanjut Beruang Biru mengenai keraguan Trump mengenai DoJ ini ;
https://beruangbiru1.blogspot.my/2017/07/presiden-amerika-syarikat-tidak-percaya.html?m=1

Oleh itu, hentikanlah membuat spekulasi yang liar mengenai lawatan rasmi Datuk Seri Najib ke Amerika Syarikat bulan depan. Di saat KDNK Malaysia menjadi antara yang tertinggi di dunia, sudah pastilah banyak negara yang mahu berurusan dengan Malaysia.

Ini bukti kepimpinan Datuk Seri Najib amat dihormati di peringkat dunia. Baik China, India, Arab Saudi dan Amerika Syarikat, semua mahu berbaik baik dan berurusan dan Malaysia.

Sebagai rakyat kita janganlah menjadi bodoh mensabotajnya dengan mempercayai cerita cerita liar dari WSJ dan Malaysiakini ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB552, Khamis
24 Ogos 2017
Mahathir Dakwa Teragedi Memali Ada Kaitan Dengan Amanat Haji Hadi

Mahathir Dakwa Teragedi Memali Ada Kaitan Dengan Amanat Haji Hadi




Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa “amanat” Datuk Seri Abdul Hadi Awang ada “kaitan rapat” dengan insiden berdarah Memali pada 1985.

Bekas perdana menteri itu juga mendakwa “Amanat Haji Hadi” di Banggol Peradong pada 1981 itu mendorong tindakan melawan kerajaan yang dianggap “jihad”.

Dr Mahathir mengulas cadangan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) peristiwa itu, yang mengorbankan 18 orang termasuk Ibrahim Libya dan empat polis.

“Untuk memulakan siasatan RCI Memali saya siar di sini ‘Amanat Haji Hadi’. Ia ada kaitan rapat dengan peristiwa Memali.

“Amanat ini menggalakkan perjuangan lawan kerajaan sebagai jihad dan kematian pejuang adalah syahid,” kata Dr Mahathir dalam blognya.

Bekas presiden Umno itu turut menyiarkan “amanat” itu versi jawi dan rumi.

Dr Mahathir memetik ucapan pemangku perdana menteri Tun Musa Hitam di Parlimen waktu itu yang menyatakan polis diserang hendap pengikut Ibrahim dahulu.

“Yang jelas ialah polis yang terbunuh dahulu, kerana pengikut Ibrahim berjihad kononnya,” katanya, yang “mengalu-alukan” penubuhan RCI.

Dr Mahathir mendakwa ada banyak bukti, laporan dan cerita berhubung tragedi itu, yang berlaku pada 19 November 1985.

Bernada sinis, Dr Mahathir berkata projek pembangunannya seperti Menara Berkembar Petronas, Putrajaya dan lebuh raya PLUS wajar juga disiasat.

“Semua ini perlu disiasat dengan diketuai oleh tokoh keadilan terkenal berslogan ‘just do it’. Buat sahaja apa yang disuruh. Jangan soal,” katanya.

-MALAY MAIL
Mahathir Akui Beliau Banyak Tahu Skandal Forex

Mahathir Akui Beliau Banyak Tahu Skandal Forex




PUTRAJAYA, 24 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tahu secara mendalam skandal kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia.

Bekas perdana menteri ditemui di Istana Kehakiman di sini, tempat berlangsungnya prosiding suruhanjaya siasatan diraja yang masuk hari ketiga.

“Saya mengakui saya tahu banyak, mungkin ia menjadi minat suruhanjaya ini untuk mengetahui apa yang saya tahu,” katanya kepada media.

Bekas presiden Umno itu, yang kini mengetuai gabungan pembangkang, didakwa sebagai dalang kerugian berbilion-bilion ringgit dalam skandal 1990-an itu.

Namun Dr Mahathir, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pakatan Harapan (PH), tidak akan meletak jawatan sekali pun terbukti terlibat.

“Saya tidak akan menerimanya [keputusan]. Ia tiada kena-mengena dengan politik saya,” katanya, mengulas jika dipaksa berundur.

Beliau juga menyatakan rasa terkejut dengan desas-desus beliau tidak sihat dan dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan.
-MALAY MAIL
Kapal Perang Canggih TLDM Dilancarkan

Kapal Perang Canggih TLDM Dilancarkan

LUMUT: Kapal Tempur Pesisir (LCS) tercanggih pertama milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilancarkan hari ini dan diberi nama Kapal Diraja (KD) Maharaja Lela.

Upacara penamaan dan pelancaran kapal bernilai RM1.5 bilion itu disempurnakan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim sambil disaksikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Serentak itu, kapal pertama daripada enam LCS bernilai RM9 bilion yang dibina BN Shipyard itu akan dilepaskan buat pertama kali ke perairan hari ini.

Majlis berlangsung di dermaga Boustead Naval (BN) Shipyard di Pangkalan TLDM Lumut, di sini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Turur serta, Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor.

Dalam ucapannya, Hishammuddin berkata, nama Maharaja Lela dipilih sempena nama Datuk Maharaja Lela, seorang pahlawan Melayu yang memimpin perjuangan rakyat Perak bagi menentang penjajahan British di negara ini.

Beliau berkata, pelancaran kapal itu membuktikan keupayaan dan kemampuan anak tempatan untuk bersaing dalam industri berat, khususnya teknologi ketenteraan.

"Ia kerana KD Maharaja Lela adalah kapal kelas frigat pertama dibina sepenuhnya syarikat tempatan iaitu BN Shipyard Sdn Bhd," katanya.

Ahmad Ramli dalam ucapannya pula berkata, kapal tempur terbesar dalam armada TLDM itu mempunyai reka bentuk halimunan atau 'stealth' yang sukar dikesan menerusi radar.

Katanya, ia akan diserahkan kepada TLDM pada tahun 2019 selepas menjalani proses ujian di pelabuhan dan laut serta ujian penembakan.

Beliau berkata, kapal itu memiliki keupayaan peperangan empat dimensi dengan mempunyai daya tahan lasak mengatasi ancaman elektronik, udara, darat dan air serta sistem pengurusan peperangan yang terkini.

INFO

KD Maharaja Lela

* Mempunyai kelajuan maksimum sehingga 28 knot.

* Panjang kapal 111 meter.

* Dilengkapi beberapa senjata utama seperti sistem pelancar torpedo, sistem pelancar misil antipermukaan, sistem pelancar misil antiudara dan meriam kaliber sederhana bagi meningkatkan lagi kawalan keselamatan di perairan negara.-BERITA HARIAN
Harapan Untuk Rafizi Bertanding Pada PRU Ke-14 Semakin Gelap

Harapan Untuk Rafizi Bertanding Pada PRU Ke-14 Semakin Gelap


UMUMNYA telah tahu Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pada 14 November 2016.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR itu didapati bersalah kerana memiliki dokumen pengauditan 1MDB dan telah mendedahkannya di khalayak ramai,malah pendedahan dan pemilikan dokumen itu telah menjerut leher sendiri.

Rafizi yang dikatakan bijak oleh ternakan Pakatan Harapan telah mendedahkan dokumen tersebut kepada wartawan pada Mac 2016 di ruang lobi Parlimen Malaysia,dan ketika itu cicak mengkarong pembangkang berteriak sakan seperti dirasuk syaitan.

Rafizi tidak mempunyai sebarang autoriti untuk memiliki dokumen tersebut, sama ada sebagai Ahli Panel Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) apatah lagi mendedahkan dokumen yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA 1972) tersebut.Namun dianggap hero oleh ternakan dari ladang Pakatan Harapan.

Peluang dan hak untuk Rafizi mendapatkan keadilan perundangan tidak pernah dinafikan kerajaan dan beliau membawa keputusan kes Mahkamah Sesyen pada tahun lepas ke Mahkamah Tinggi pula.

Mahkamah Tinggi mengekalkan hukuman tersebut, tetapi peguam beliau, Gobind Singh Deo memohon penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menanti keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan,dan jawatan beliau masih selamat,kalau tidak,'kerusi parlimen Pandan akan kosong.

Hakim Datuk Azman Abdullah menganggap hukuman 18 bulan tersebut tidak terlalu berat memandangkan hukuman maksima yang boleh dikenakan adalah penjara tujuh tahun.

Azman juga membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara tersebut dengan jaminan RM20,000.

Berdasarkan kepada Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang disabitkan bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.

Apakah Rafizi bakal dilucutkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen?,'sama-sama tunggu...
Memetik kata-kata Gobind Singh Deo sewaktu Rafizi dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Sesyen setahun lalu, “Sekiranya, Parlimen dibubarkan esok (atau masa terdekat) dan hendak bertanding sebagai calon, maka dalam undang-undang seseorang yang telah disabitkan dan dihukum RM2,000 atau penjara lebih setahun, dia tidak boleh menjadi calon.”

Apa yang pasti adalah beliau tidak layak untuk bertanding pada PRU 14 nanti, sesuatu yang didambakan oleh ramai saingannya dalam parti, terutama dari kem Menteri Besar Selangor, Dato’ Mohamed Azmin Ali.

Semakin mudah Azmin menguasai PKR selepas ini, semakin kuat cengkamannya apabila Presiden parti sendiri umpama bangkai bernyawa.

Buat cicak mengakarong PKR yang menjadi sebahagian ternakan dari ladang Pakatan Harapan,Rafizi sebenarnya bodoh,kerana orang bodoh sahaja lakukan kerja yang menyusahkan diri sendiri.
Ketua AMK Kelantan Diminta Letak Jawatan

Ketua AMK Kelantan Diminta Letak Jawatan

KOTA BHARU – Ketua AMK Kelantan, Dr Mohd Hafidz Rizal Amran didesak supaya melepaskan jawatannya kerana hilang sokongan majoriti daripada ketua-ketua AMK cabang di negeri ini.

Naib Ketua AMK Kelantan, Mohd Khairul Amin Abdul Rahman berkata, satu memorandum ditandatangani majoriti ketua-ketua cabang dan jawatankuasa AMK Negeri dikeluarkan mengenai desakan tersebut.

Malah katanya, Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad meminta supaya Ketua AMK Kelantan yang baharu dilantik.

“Kami juga mengisytiharkan komitmen penuh dan kerjasama utuh bersama rakan-rakan dari Pemuda Amanah Kelantan dan Armada Bersatu Kelantan serta Dapsy DAP Kelantan atas semangat Pemuda Pakatan Harapan negeri ini,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini.

Ditanya mengenai sebab utama desakan peletakan jawatan tersebut, Mohd Khairul Amin bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menegaskan AMK Kelantan akan menyokong penuh kepimpinan Presiden, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan akan mempertahankan segala keputusan pucuk pimpinan parti.

Beliau berkata, AMK juga akan bersama dan menyokong kepimpinan Abd Aziz Kadir selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan.

“Atas semangat sahabat seperjuangan bersama rakan-rakan Pemuda dalam Pakatan Harapan Negeri Kelantan ini, kami akan terus komited berusaha bekerja ke arah menumbangkan Kerajaan Kleptokrasi BN atas semangat kesefahaman dalam Pakatan Harapan,” katanya .-SINAR ONLINE
Malaysia Hampiri Juara Keseluruhan Sukan SEA

Malaysia Hampiri Juara Keseluruhan Sukan SEA

KUALA LUMPUR: Malaysia di landasan tepat untuk muncul sebagai juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dengan hampir 50 peratus daripada sasaran 111 pingat emas sudah diperoleh, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Dalam sidang media selepas penyampaian pingat acara lompat kijang di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi, Khairy berkata KL2017 telah menyaksikan persembahan hebat terutamanya daripada atlet generasi akan datang.

"Kami sedang di landasan untuk mencapai 111 pingat. Semangat kontinjen negara adalah mengagumkan dan sokongan daripada peminat adalah hebat. Bagaimanapun, sukan ini bukan segala-galanya mengenai pingat emas.

"Ia adalah mengenai potensi dan masa hadapan sukan," katanya sambil menambah tumpuan perlu diberikan kepada atlet muda yang berpotensi.

Khairy juga mengucapkan tahniah kepada pemenang pingat emas lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail, Welson Sim yang meraih emas dalam 200m renang lelaki gaya bebas dan Saidatul Husniah Zulkifli yang mendapat perak dalam 200m wanita.

"Ia adalah kejayaan manis buat Hakimi kerana beliau baru sahaja pulih daripada kecederaan. Saidatul pula, saya percaya beliau mempunyai potensi besar kerana perjalanan masih jauh untuknya. Tahniah," kata Khairy.

Hakimi mencatat rekod baharu Sukan SEA dan rekod kebangsaan dengan lompatan 16.77m, memecahkan rekod dipegangnya 16.76m yang dilakukan di Sukan SEA Singapura 2015, sementara Welson mencipta rekod baharu Sukan SEA dalam acara 200m lelaki gaya bebas dengan masa 1:47.79s.

Memetik bintang renang Singapura, Joseph Schooling sebagai contoh, Khairy berkata perenang itu hanya muncul di arena antarabangsa tidak lama dahulu dan menggondol pingat emas dalam Olimpik Rio dengan menewaskan perenang legenda, Michael Phelps.

"Welson mempunyai masa hadapan yang cerah. Perjalanan beliau masih jauh. Begitu juga dengan atlet muda kita seperti Khairul Hafiz Jantan yang baharu berusia 19 tahun," katanya.

Khairul Hafiz yang digelar The Speedy Jantan menyertai acara final 200m malam ini tetapi gagal memperoleh pingat emas dan hanya mendapat tempat keempat, di belakang rakan sepasukan G Aravin Thevar. - BERNAMA

Rabu, 23 Ogos 2017

Tools‘YouTube Video Checkup’ Bagi Tahu Line Telco Mana Lebih Laju Dikawasan Kita

Tools‘YouTube Video Checkup’ Bagi Tahu Line Telco Mana Lebih Laju Dikawasan Kita


KONGSIAN info kali ini berkaitan tontonan youtube yang kekadang menjelma perasaan geram dan marah malah ada yang meyumpah-yumpah seolah-olah hidup ini tak perlu ada ujian.

Sedang syok bergelak ketawa bersama rakan-rakan tetiba buffering atau tersekat-sekat dan hal ini sering berlaku kepada sesiapa sekali pun.

Kalau sesekali berlaku mungkin boleh diterima,sekirany satu video berkali-kali buffering dah pastinya potong stim lah kan.Dah lah banyak kali buffering ,'lama pula tu.

Mudahan Info kali ini dapat membantu para peminat video online tidak kiralah disaluran Youtube atau saluran lain,yang pastinya semua penggemar video online melalui telefon pintar guna internet.

Sebenarnya masalah buffering terlampau boleh diatasi sekiranya kita tahu apa line telco yang laju dikawasan atau persekitaran dimana kita berada.

Melalu tools Youtube video Checkup anda dan saya boleh tahu apa jenis line telco yang kuat .Kebanyakan rakyat Malaysia guna U-Mobile,Celcom,Maxis,Digi.

Cara menggunakan tools Youtube video Checkup senang saja sila klik LINK INIselepas itu akan kelihatan seperti screenshot dibawah.

Masukan nama tempat anda berada pada ruangan seperti contoh nombor 1 dalam bulatan biru dan google akan bagi tahu line telco mana yang kuat.

Kalau Petaling Jaya, Selangor, Celcom dan Maxis mengatasi Digi dan U-Mobile.




Contoh kedua pula dikawasan Wakaf Bharu Tumpat,Kelantan,lihat screenshot dibawah


Celcom dan Maxis mengatasi Digi dan U-Mobile

Menurut petunjuk google,kawasan yang lebih biru itu adalah kawasan kualiti line lebih bagus.

Semuga memberi manfaat kepada semua..saya hanya berkongsi info sahaja,kebenarannya anda boleh cuba.


Saudi Keluar 60 Juta Tong Setahun Tidak Boleh Kawal Harga Minyak Dunia,Inikan Malaysia

Saudi Keluar 60 Juta Tong Setahun Tidak Boleh Kawal Harga Minyak Dunia,Inikan Malaysia

Perdana Menteri berkata rakyat negara ini tidak seharusnya mempersalahkan kerajaan atas faktor naik turun harga minyak petrol dan diesel.

Datuk Seri Najib Razak berkata, selaku pemimpin utama negara beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengawal harga minyak dunia dunia kerana Malaysia hanya sebuah negara kecil yang mengeluarkan minyak.

“Kalau harga minyak naik, saya tidak ada kuasa. Harga minyak turun pun saya tidak ada kuasa. Sebab itulah kita mesti beritahu maklumat itu kepada rakyat.

“Saya hairan tak pernah berlaku di dalam mana-mana negara harga minyak dunia naik, harga minyak tempatan naik sebab harga minyak dunia naik (minyak) tempatan naik, pemimpin negara kena kutuk tetapi di Malaysia dipersalahkan,” katanya ketika berucap merasmikan Himpunan JKKK/JKKKP dan JKKKP Orang Asli serta Anugerah Desa Perdana 2017 di Dewan Tun Razak, Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), pada Selasa.

Malaysia kini mengamalkan dasar harga mingguan terhadap bahan api seperti RON95, RON97 dan diesel yang akan diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) setiap Rabu.

Justeru kata Najib, mustahil Malaysia dapat mengawal harga minyak dunia yang dikuasai negara-negara besar kerana hasil pengeluaran minyak negara yang kecil berbanding negara-negara lain.

“Arab Saudi 60 juta tong setahun pun tidak boleh kawal harga minyak dunia. Takkan kita dengan 600,000 tong minyak boleh menentukan harga pasaran. Tidak masuk akal,” katanya lagi.
Farah Ann  Rangkul Emas Kedua

Farah Ann Rangkul Emas Kedua

GIMNAS negara Farah Ann Abdul Hadi berjaya mempertahankan pingat emas acara senaman lantai pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, hari ini.




Farah mengutip 13.450 mata untuk meninggalkan atlet Filipina Kaitlin Cera Lianne yang melakukan catatan 13.025 mata bagi meraih perak.
Ini adalah pingat emas kedua yang disumbangkan oleh atlet berusia 23 tahun itu selepas turut merangkul emas dalam acara gimnastik artistik berpasukan.-myMetro

Google+ Followers