Wednesday, 16 August 2017

Emas Pertama Sukan SEA Milik Malaysia

SHARE
PASUKAN chinlone berjaya meraih pingat emas pertama negara pada temasya Sukan SEA selepas memungut 389 mata.

Malaysia menewaskan Filipina yang hanya meraih 270 mata di Stadium Titiwangsa pada tengah hari Rabu.

Pasukan Malaysia diperkuatkan oleh Muhammad Faiz Roslan, Mohamad Kamal Aizat Ami, Ab Muhaimi Che Bongsu, Putera Israfi Kamarulzaman, Muhamad Asyraaf Hadi, Izuan Afendi Azlan Mohd Nazuha Mohd Naszli dan Iskandar Zulkarnain Salim dilihat konsisten sepanjang permainan berlansung.

Walaupun kelihatan gugup di pertengahan namun kesemua mereka meneruskan misi emas pertama dengan baik sambil disaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin

Skuad bimbingan Mohd Yusuff Abdullah sebelum itu memberi isyarat awal untuk mengenggam emas apabila berjaya mengutip 195 mata pusingan pertama manakala Filipina sebagai pemenang pingat perak mendapat 132 mata.

Bagaimanapun pada pusingan kedua, aksi konsisten mereka berjaya menghasilkan 138 mata sekaligus memastikan pingat emas pertama seperti yang disasarkan menjadi milik negara.
Pingat kepada pemenang telah disampai oleh Khairy.-mStar





"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers