Sabtu, 19 Ogos 2017

Enggan rayu, Ezlynn akur keputusan mahkamah

SHARE
KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Penyanyi Ezlynn mengambil keputusan akur dengan apa jua keputusan mahkamah syariah yang akan dibuat Isnin ini.

Ezlynn, nama popular Azline Ariffin, berkata apa jua yang diputuskan mahkamah tidak akan dirayu kerana percaya hakim sudah membuat keputusan terbaik.

“Saya ikut apa kata hakim. Kami sudah beritahu apa yang berlaku dan hakim akan membuat keputusan.

“Saya tidak akan merayu. Saya ikut saja sebab mereka lebih tahu apa yang patut dan apa yang tidak. Apa yang bagus, apa yang tidak,” katanya kepada ProjekMMO.

Mahkamah Rendah Syariah di sini akan membuat keputusan pada Isnin bagi mencari penyelesaian kemelut rumah tangga Ezlynn bersama suami Adam Fahmy Shamsuddin.

Hakim dijangka akan memutuskan perjanjian penyelesaian, antaranya melibatkan isu harta sepencarian, idah dan mutaah.

Ezlynn, 36, berkata apa jua yang diputuskan nanti adalah ketentuan takdir-Nya dan ia semua sudah ditetapkan Tuhan.

“Saya mengikut apa yang tertulis. Saya tidak pernah melawan apa yang ditentukan untuk saya.

“Apa yang Allah tulis untuk saya, semuanya cantik. Ini salah satu perjalanan saya. Saya tidak akan melawan dan akan mengikut apa yang ditetapkan,” katanya.

Penyanyi Hi Hi Bye Bye memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, 30 Mei lalu.

Pasangan ini berkahwin pada November 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata.-MALAY MAIL



"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers