Friday, 18 August 2017

Ketua Budak Armada PPBM Dicabar Letak Jawatan

SHARE
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Mohamad Taufik Abas, menegaskan bahawa beliau masih mengekalkan jawatan Exco Armada Pusat dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, ini kerana sehingga kini beliau masih belum menerima sebarang surat rasmi berhubung pengguguran beliau dalam jawatan itu, sekiranya beliau dipecat.

"Saya nak jelaskan saya masih Exco Armada, kerana saya tak terima sebarang surat rasmi.

"Lagipun Lembaga Disiplin tak panggil saya," katanya dalam sidang medianya di sini, sebentar tadi.

Terdahulu, Armada Bersatu menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya telah menggugurkan Mohamad Taufik daripada jawatan berkenaan.

"Suatu rombakan Exco-Exco Armada telah dilakukan yang menyaksikan beberapa nama telah digugurkan dalam senarai 'protem'.

"Nama Mohamad Taufik Abas, Abd Wahazir Abd Wahabi dan Muhammad Hafiz Azhar telah digugurkan/dilucutkan dalam Armada,"'petik kenyataan Ketua Penerangan Armada Ulya Aqamah Husamudin.

Katanya, senarai 'protem' barisan Exco Armada yang melalui fasa rombakan setelah mendapat persetujuan penuh dalam mesyuarat Armada berdasarkan surat yang dikeluarkan pihak Armada bertarikh 21 Jun 2017.

Justeru ujar Ulya lagi, ketiga-tiga mereka itu kini bukan lagi merupakan seorang Exco Armada dan tiada kena mengena dengan pergerakan sayap Armada diperingkat kepimpinan secara sah.

Mengulas lanjut berhubung isu itu, Mohamad Taufik berkata, beliau mengetahui perkara ini melalui media sosial.

"Tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Ketua Armada seolah-olah saya dipecat melalui media merupakan tindakan yang sangat tak profesional. Ini jawatan exco, bukan ketua kampung.

"Syed Saddiq ni janganlah kebudak budakkan. Saya hanya tahu melalui Twitter, saya terkejut. Kata nak panggil Lembaga Disiplin tapi tiba-tiba sudah pecat. Ini keputusan yang terburuk daripada Bersatu," tegasnya.

Justeru tegasnya, beliau mendesak agar Syed Saddiq meletak jawatan.

"Disebabkan itu saya desak Syedd Saddiq letak jawatan serta merta sebab saya anggap beliau gagal mentadbir Armada dan gagal bertindak secara profesional dan kebudak-budakan,"' katanya lagi.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers