Jumaat, 18 Ogos 2017

Semangat berpasukan julang pemanah negara

SHARE
KUALA LUMPUR: Jurulatih compound negara Muhammad Zaki Mahzan menyifatkan semangat berpasukan yang tinggi mendorong anak buahnya mencapai sasaran tiga emas yang ditetapkan.

Pemanah compound negara menerusi gandingan Mohd Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh meraih emas ketiga dalam acara campuran selepas kejayaan dalam acara berpasukan lelaki dan wanita.

Ia melengkapkan sasaran yang ditetapkan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) selain satu perak dan satu gangsa yang masing-masing diraih Juwaidi dan Fatin Nurfatehah dalam acara individu.

"Mereka sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain, sebab itu semangat berpasukan pemanah kita sentiasa tinggi.

"Itu antara faktor yang saya fikir memainkan peranan selain semangat untuk berjaya yang tinggi membantu pencapaian kali ini," jelasnya.

Walaupun gagal mengulangi empat emas seperti dua tahun lalu, Zaki menjelaskan ia tidak menimbulkan sebarang masalah kerana sasaran tiga emas sudah dicapai.

"Hari pertama (acara individu) fokus atlet mungkin terganggu disebabkan banyak faktor. Namun atlet perlu salahkan diri sendiri.

"Kemudian kita bangkit pada hari kedua (semalam) selepas dengan memperbetulkan apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan dan akhirnya sasaran dicapai pada hari ini," jelasnya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers