Sabtu, 19 Ogos 2017

UMNO Terengganu sudah serah senarai calon PRU-14

SHARE
KUALA NERUS: UMNO Terengganu sudah mengemukakan cadangan senarai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata senarai calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikemukakan kepada Perdana Menteri itu sudah direstui dan dipilih oleh Ketua UMNO Bahagian.

Katanya, UMNO negeri sedang menunggu keputusan muktamad senarai calon untuk bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN.

"Biasanya Presiden (UMNO) akan memanggil Pengerusi UMNO negeri sebelum memuktamadkan senarai calon dan kita sedang menunggu giliran kerana beberapa Menteri Besar sudah dipanggil untuk perbincangan akhir," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kuala Nerus, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Basir Ismail; Ketua Pemuda UMNO negeri, Johari Abu Bakar dan Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Fatimah Hamat.

Ahmad Razif berkata, berdasarkan senarai calon dikemukakan oleh Ketua Bahagian UMNO dan diserahkan kepada Najib, BN negeri berpeluang untuk terus mendapat mandat rakyat dengan memperoleh majoriti mudah termasuk merampas semula beberapa kerusi DUN dan Parlimen dikuasai pembangkang.

Katanya, walaupun BN berpeluang untuk terus mentadbir negeri, semua pemimpin parti terutama di peringkat akar umbi perlu memastikan terus memberi sokongan dan bekerja untuk memastikan kemenangan calon dipilih pucuk pimpinan.-BERITA HARIAN
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers