Tuesday, 10 July 2018

Israel announces Gaza sanctions in response to cross-border blazes

Israel announces Gaza sanctions in response to cross-border blazes

JERUSALEM: Israel imposed sanctions on the Gaza Strip and its dominant Hamas movement on Monday in retaliation for attacks by Palestinians using burning kites and helium balloons carrying blazing rags.
People taking part in more than three months of protests at the Gaza border have started scores of fires by sending the balloons and kites into Israel, vexing its advanced military which is used to dealing with more conventional weapons.
With southern residents and his far-right coalition partners calling for an end to the blazes, even if that required killing the kite- and balloon-fliers, Israeli Prime Minister Benjamin announced the closure of Gaza’s main commercial border terminal.
Israel also cut the area fishing boats are allowed to operate off Gaza’s Mediterranean coast and blacklisted what it described as a pro-Hamas TV channel.
“We will crack down immediately on the Hamas regime in the Gaza Strip,” Netanyahu told his parliamentary faction, to applause from lawmakers.
Wildfires have razed 7,000 acres of forests and farmland, Israel says.
The kites and balloons are the most effective weapon in the so-called “Great March of Return” protests that began on March 30 and which have met an often lethal Israeli army response. Gaza medics say 136 Palestinians have been shot dead.
Organizers say the Gaza demonstrations aim to press demands such as for a right to lands lost to Israel in the 1948 war of its foundation and for an Israeli-Egyptian blockade to ease.
Israel deems the protests a bid by Hamas to deflect scrutiny from Gaza’s governance problems and provide cover for armed border attacks.
Hamas decried Monday’s measures as “a new Israeli crime against humanity.”
“Hamas urges the international community to immediately intervene,” said Fawzi Barhoum, spokesman for Hamas, which is deemed a terrorist group by Israel and the West.
The shuttered Kerem Shalom crossing is Gaza’s main conduit for trade — albeit under years of Israeli restrictions. Israel said some humanitarian goods would still be allowed through the terminal.
An Israeli military statement said the Palestinian fishing zone off Gaza would revert to 11 km (6 miles) after being temporarily expanded to 17 km (9 miles).
Al-Quds, a Palestinian satellite TV station, was declared a terrorist organization by Israeli Defense Minister Avigdor Lieberman, who called it a “Hamas propaganda arm.” That put the station’s staff — including 15 in the Israeli-occupied West Bank and a freelancer in Jerusalem — at risk of arrest by Israel.
Lieberman said Israel did not seek a new Gaza flare-up.
“But the way Hamas is conducting itself — it is simply liable to spiral out of control, and it is liable to pay the whole price, a much, much heavier price” than in the last Gaza war, in 2014, he told reporters.
UN: 1 in 4 children live in country of conflict or disaster

UN: 1 in 4 children live in country of conflict or disaster

UNITED NATIONS: A quarter of the world’s children — about 535 million — are living in a country affected by conflict or disaster, the head of the UN children’s agency said Monday.
Henrietta Fore told a Security Council meeting on children and armed conflict that it is “almost beyond comprehension” that one of every four young people are caught in that situation.
She pointed to children and young people whose lives are being shattered by conflicts, including in Yemen, Mali and South Sudan. She also cited youngsters recruited to fight, killed by a land mine or an attack on their school, and “losing hope not only in their futures, but in the futures of their countries.”
Sweden, which holds the Security Council presidency this month, organized the open meeting on the theme “Protecting Children Today Prevents Conflict Tomorrow” and sponsored a resolution unanimously adopted by the 15 members to strengthen UN actions to ensure the care and safety of youngsters.
“We are not doing nearly enough to protect our children,” Swedish Prime Minister Stefan Lofven, who presided at the meeting, said, stressing that “350 million children are affected by armed conflict today.”
The resolution states for the first time that children recruited or caught up in armed conflict should be treated primarily as victims, he said.
It urges all countries “to consider non-judicial measures as alternatives to prosecution and detention that focus on the rehabilitation and reintegration for children formerly associated with armed forces and armed groups.”
Lofven said the resolution also for the first time makes the point that the needs and vulnerabilities of girls and boys are different and stresses that access for all youngsters to education and physical and mental health care is essential.
It also sets out a framework to reintegrate children associated with armed groups or armed forces into society, which “places children as part of the solution, not part of the problem,” he said.
US Ambassador Nikki Haley told the council that “more than 60 percent of people in conflict-affected countries are under the age of 25.” In countries like Afghanistan, an entire generation has never lived in peace, she said.
She stressed the importance of education as “a way to recover from conflict and prevent it in the future,” warning that children who grow up uneducated, unskilled and resentful “will be prime targets for recruitment by extremists and armed groups.”
Virginia Gamba, the UN special representative for children and armed conflict, said she is “profoundly shocked” by the more than 21,000 violations of children’s rights in 2017 recently reported by the UN, a significant increase from 2016.
“The majority of these despicable acts were perpetrated by armed groups although government forces and unknown armed actors played an important part,” she said. “Each and every one of them led to unspeakable suffering for children, families and entire communities.”
Gamba said the level and severity of the latest violations demonstrate the need for united action “to change the tide of history,” including by focusing on prevention and reintegration “to break cycles of violence” against children.

Monday, 9 July 2018

PRK Sungai Kandis Pada 4 Ogos Ini

PRK Sungai Kandis Pada 4 Ogos Ini

CYBERJAYA 9 Julai 2018- Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood mengumumkan tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Sungai Kandis di adakan pada 4 ogos . Manakala hari penamaan calon pada 21 Julai ini.

Pilihan raya kecil itu perlu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei, minggu lalu.

Pakatan Harapan (PH) di jangka mencalonkan seorang wanita , manakala Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO setakat ini belum ada angin kuat,’ siapa calon mereka?.

Menurut sebahagian maklumat diperolehi melalui perbualan berkemungkinan besar UMNO akan mencalonkan muka baharu dari kalangan wanita Bahagian Kota Raja.



Pada PRU-14 penyandang DUN Sungai Kandis, Allahyarham Shuhaimi Shafiei berjaya memperolehi undi 23998 sekali gus menewaskan 3 parti lain, BN, PAS, PRM.

Shuhaimi menewaskan calon BN, Kamaruzzaman Johari dengan majoriti 12,480 undi.-SUMBER

Friday, 6 July 2018

Anak tiri Najib beri keterangan hari keempat

Anak tiri Najib beri keterangan hari keempat

PUTRAJAYA, 6 Julai — Riza Aziz, anak tiri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi memberi keterangan buat kali keempat berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Riza, 48 yang menaiki kereta jenis Audi berwarna hitam tiba di ibu pejabat SPRM pada kira-kira 9.50 pagi.

Ini merupakan hari keempat berturut-turut Riza yang juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perfileman di Los Angeles, Amerika Syarikat diambil keterangan berhubung kes tersebut bermula Selasa lalu.

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan anak tiri Najib itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB apabila ratusan juta wang syarikat berkenaan dipercayai digunakan untuk menghasilkan filem di Hollywood.

Pada Selasa, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengesahkan suruhanjaya itu hanya mengambil keterangan Riza dan tiada keperluan untuk SPRM menahannya setakat ini. — Bernama
RM100 juta wang PRU, tidak adil serbu Najib, kata Ellie

RM100 juta wang PRU, tidak adil serbu Najib, kata Ellie

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pelakon Ellie Suriati Omar tidak terkejut dengan nilai rampasan di kediaman berkaitan Datuk Seri Najib Razak.

Ellie, 47, berkata Umno sahaja memiliki 191 bahagian dan wang untuk jentera parti ketika pilihan raya perlu diagih ke cawangan seluruh negara.

“Saya tidak hairan ada beratus juta dalam rumah Najib sebab dia pemimpin Umno. Masa itu baru lepas pilihan raya.

“Baru berapa hari lepas pilihan raya, beliau tidak sempat pindahkan wang itu kepada Umno, selepas itu terus kena serbu. Adakah itu adil?” katanya.

Bulan lalu, polis merampas 72 beg berisi barangan kemas, pelbagai jenis mata wang dan barangan berharga dari kondominium mewah Pavilion Residences di Jalan Raja Chulan di sini.

Wang tunai dilapor berjumlah lebih RM110 juta manakala keseluruhan barangan tersebut dianggar sekitar RM1.1 bilion.

Mengecam kerajaan baru, Ellie berkata rakyat masih menagih janji yang ditabur Pakatan Harapan selepas hampir dua bulan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berakhir.

“Sekarang ada harga minyak turun? Tol dan PTPTN mansuh? Manifesto mereka tidak masuk akal. Pada saya kita sendiri yang rugi,” katanya.

Beliau juga berpendapat, tidak adil Najib dijatuhkan atas sebab pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana wang berkenaan dipulangkan semula kepada rakyat.

“Najib seorang pemimpin yang saya bangga. Jika beliau dijatuhkan kerana GST yang diamalkan di 160 buah negara, ia satu kesedihan,” katanya.

Mahu orang Melayu bangkit dan sedar, pelakon filem “Paloh” berkata lebih membimbangkan wujud desakan untuk Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dimansuh.

Katanya, walau tidak berhijab, beliau konsisten mempertahankan Jakim dan Islam daripada dipertikai pihak tertentu.

“Saya tidak pakai tudung tetapi saya beragama Islam. Saya tidak suka Jakim dimansuhkan. Tidak perlulah saya bertudung untuk saya tidak bersetuju.

“Saya tidak pakai tudung kerana saya dalam industri seni. Nanti kalau ada tawaran watak pelacur tua, apa pula jika saya pakai dan buka semula tudung.

“Kita ada peranan masing-masing dan bertanggungjawab dalam kerjaya kita. Siapa yang tahu saya tidak berdakwah dalam karya saya? Saya adalah peranan di situ,” katanya.
Kempen ‘Free Najib’ dapat RM80,000 dalam 24 jam

Kempen ‘Free Najib’ dapat RM80,000 dalam 24 jam

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Kempen mengumpul dana “Free Najib” yang dilancarkan semalam mengutip RM86,282 setakat 9.30 pagi ini.

Usaha membayar baki wang jaminan RM500,000 dimulakan timbalan ketua bahagian Umno Seputeh Datuk Mohd Razlan Rafii.

“Tabung ini hanya akan dibuka sehingga Isnin 9 Julai, jam 12 tengah hari,” coretnya di Facebook.

Penyerahan kutipan yang disalur ke akaun CIMB bernombor 8601952060 akan diserah kepada wakil Datuk Seri Najib Razak di mahkamah.

Rabu lalu, Najib dituduh atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan rasuah membabitkan dana RM42 juta.

Bekas perdana menteri itu dibebas dengan jaminan RM1 juta tetapi hanya RM500,000 diserah kepada mahkamah.
Tidak cetus masalah, Zakir Naik tidak akan diusir, kata PM

Tidak cetus masalah, Zakir Naik tidak akan diusir, kata PM

KUALA LUMPUR, 6 Julai — Kerajaan tidak akan mengusir Dr Zakir Naik selagi penceramah kontroversi itu tidak mencetuskan masalah di negara ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini demikian kerana penceramah agama itu sudah diberi status permastautin tetap.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita selepas mesyuarat presiden Pakatan Harapan di sini, hari ini.

Sebelum ini, Times of India melaporkan kerajaan India membuat permohonan rasmi untuk mengekstradisi Zakir.

Kerajaan India mendakwa Zakir menghina kepercayaan agama Hindu, Kristian dan mazhab Islam lain serta didakwa mempengaruhi orang supaya menyokong kumpulan pengganas IS.
Mayat wanita dikerat 6 disumbat dalam beg

Mayat wanita dikerat 6 disumbat dalam beg

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan mayat yang ditemui di dalam dua beg di Jalan Ipoh, semalam adalah mayat wanita yang dikerat enam bahagian.

Ketua Polis Kula Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, hasil bedah siasat kelmarin mendapati mayat wanita berkenaan tiada parut suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin).

"Polis sudah mengambil kulit tapak tangan dan jari mangsa bagi mendapatkan cap jari untuk mengenalpasti identiti mangsa.

"Mayat mangsa ditemui dalam dua beg berbeza dengan jarak 20 meter dan dibalut dengan tiga lapisan iaitu lapisan pertama dibalut dengan plastik hitam kemudian cadar dan plastik berwarna hitam,"katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Mazlan berkata, mangsa dipercayai sudah mati melebihi 24 jam hingga 60 jam dari waktu bedah siasat dilakukan.

"Siasatan juga mendapati wanita yang melaporkan kejadian adalah seorang gelandangan yang berada di lokasi beg pakaian ditemui.

"Setakat ini polis sudah mengambil keterangan daripada tujuh saksi awam yang berada berhampiran lokasi. Polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (cctv) bagi mengenalpasti suspek," katanya.

Katanya, pihaknya percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibuang ke sungai berkenaan.

"Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan untuk menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kanan kes Asisten Superintendan Faizal Abdullah di talian 012-4834439.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Neymar 'badut' bola

Neymar 'badut' bola

KAZAN, Russia: Bintang Brazil, Neymar dikecam teruk gara-gara tindakan 'lakonan' melampaunya pada kempen Piala Dunia.

Lebih buruk lagi, satu kajian yang dilakukan stesen televisyen di Switzerland, RTS Sport mendapati, pemain kelab Paris Saint-Germain itu terbaring selama 14 minit di atas padang sepanjang aksinya di Russia sekali gus mencetuskan rasa bengang pemain lawan.

Pada perlawanan menentang Mexico pada 2 Julai lalu, dia terbaring keseluruhan selama lima minit dan 29 saat dengan tempoh paling lama perlawanan dihentikan apabila pemain Mexico, Miguel Layun dikatakan memijak buku lali kanan Neymar.

Ketika insiden berkenaan, Neymar terbaring untuk tempoh hampir dua minit berdasarkan laporan RTS.

RTS juga melaporkan bahawa penyerang itu turut terbaring di dalam padang hampir dua minit ketika menentang Serbia dan tiga minit 40 saat ketika menentang Switzerland.

Keseluruhan masa 'kecederaan' yang dialami Neymar itu adalah 13 minit 50 saat sejak kejohanan bermula.

Sememangnya pemain lawan gemar menggunakan fizikal untuk mengekang pergerakan Neymar namun ada yang melihat tindak balas pemain itu agak keterlaluan.

Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio menggelar Neymar sebagai 'badut' selepas Layun memijak kaki pemain itu dengan menyatakan "kami mengawal permainan tapi bagi saya ia memalukan apabila banyak masa terbuang angkara seorang pemain." - Agensi

Wednesday, 4 July 2018

Anak: 42 tahun Najib fikir rakyat, marilah kita fikir nasibnya

Anak: 42 tahun Najib fikir rakyat, marilah kita fikir nasibnya

KUALA LUMPUR, 4 Julai ― Anak Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat memikirkan nasib bekas perdana menteri itu yang berdepan pendakwaan di mahkamah hari ini.

“Selama 42 tahun, beliau (Najib) memikirkan rakyat sebaik bangun tidur sehingga tidur malam semula,” coret Nooryana Najwa di laman Instagram miliknya malam tadi.

“Marilah kita memikirkan tentangnya kali ini ketika beliau sangat memerlukan kita”.

Percaya Najib tabah mengharungi ranjau kehidupan, beliau berkata bapanya masih mampu tersenyum dan risaukan keadaan keluarga walau berdepan dengan pelbagai tuduhan.

“Tiada yang baik hati dan penyayang seperti beliau. Beliau memiliki lebih kekuatan mental dan emosi berbanding kita.

“Walau dalam kesukaran, beliau tetap tersenyum, tertawa dan memeluk kami.

“Kebimbangannya lebih kepada keluarga berbanding diri sendiri.”-Projekmm

Najib hari ini didakwa atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM84 juta.

Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada Najib selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.
Bicara kes rasuah Najib 18 hingga 28 Februari 2019

Bicara kes rasuah Najib 18 hingga 28 Februari 2019

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Perbicaraan kes jenayah dan rasuah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bermula Februari tahun depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Sofian Abd Razak menetapkan pengurusan kes pada 8 Ogos 2018 manakala perbicaraan pada 18 hingga 28 Februari.

Perbicaraan itu disambung pada 4 hingga 8 Mac depan sebelum sesi tersebut diteruskan pada 11 hingga 15 Mac.

Najib hari ini didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu salah guna kuasa membabitkan SRC International berjumlah RM42 juta.-Projekmm
Imigresen: Pasport Jho Low dibatalkan demi siasat 1MDB

Imigresen: Pasport Jho Low dibatalkan demi siasat 1MDB

PUTRAJAYA, 4 Julai — Jabatan Imigresen Malaysia telah membatalkan pasport milik ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low pada 15 Jun lalu.

Ketua pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata pembatalan itu dilakukan atas permintaan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berhubung siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Pasport beliau telah dibatalkan, jadi apa-apa tindakan akan diambil di luar negara kerana dia tidak lagi memiliki pasport Malaysia, sekiranya dia mahu ‘travel’ dia akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa di sana," katanya kepada media pada majlis sambutan hari raya Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri sebelum ini mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB.

Dalam pada itu, Mustafar berkata pihaknya mengesahkan bahawa ketua Umno bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos ke luar negara dengan menggunakan "jalan tikus".

"Sudah pastinya dalam hal ini, Jamal menggunakan jalan tikus melalui Tanjung Balai, Indonesia. Dia ditangkap di Jakarta Selatan dan pegawai saya di Jakarta juga telah menyerahkan laporan kepada saya.

“Dia yang kini ditahan pihak berkuasa Indonesia bakal dihantar pulang ke Malaysia dan pihak kami akan mendakwanya atas kesalahan imigresen yang berkaitan," katanya.

Dua hari lalu, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Jamal telah ditangkap oleh Polis Negara Republik Indonesia (Polri).

Bekas calon ketua Pemuda Umno itu dikehendaki polis kerana disiasat berhubung sembilan kes yang dikaitkan terhadapnya.

Jamal, yang melarikan diri semasa proses ikat jamin dijalankan di Hospital Ampang Puteri pada 25 Mei lalu, ​​​​​​​​​​​​ didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan berkaitan kes gangguan awam selepas memimpin bantahan pada Oktober 2017 dengan memecahkan beberapa botol minuman keras di luar bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam. — Bernama
Peserta FELCRA belum dapat insentif gesa siasatan

Peserta FELCRA belum dapat insentif gesa siasatan

BOTA: Lebih 800 peserta FELCRA Kawasan Nasaruddin Berhad dan FELCRA Gelung Pepuyu Dusun Bota Berhad mahu siasatan terhadap pengurusan agensi itu dilakukan berikutan mereka belum menerima wang insentif seperti yang diumumkan kerajaan pada 6 Jun lalu.

Ketua FELCRA Gelung Pepuyu Dusun Bota Berhad, Usaili Alias berkata, pembayaran insentif raya berjumlah RM450 bagi perayaan kali ini didakwa masih belum diterima sehingga kini.

Menurutnya, pihaknya percaya ia berpunca daripada pihak pengurusan agensi yang gagal menguruskan insentif berkenaan, malah memberikan pelbagai alasan mengenainya.

"Pihak pengurusan negeri juga sudah memanggil saya mengenai perkara ini dan mereka mendakwa insentif raya itu tidak membabitkan FELCRA sedangkan perkara itu sudah diumumkan.

"Saya dimaklumkan ada sebahagian peserta mungkin di kawasan lain yang sudah menerima pembayaran itu, namun kami di sini tiada siapa lagi yang menerima insentif berkenaan," katanya ketika ditemui di FELCRA Kawasan Nasaruddin di sini, hari ini.

Usaili berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan perkara berkenaan kerana ia sudah diumumkan kerajaan bulan lalu dan berikutan itu, pihaknya membuat laporan polis berhubung perkara itu di Balai Polis Seri Iskandar, semalam.

Katanya, mereka sebagai peneroka FELCRA berharap pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap pengurusan tertinggi yang sudah meletakkan jawatan mahupun masih memegang jawatan.

"Itu (insentif) adalah hak kami dan kami mahukan kenyataan rasmi daripada pihak pengurusan tertinggi berkenaan perkara itu yang sebetulnya, jika tiada peruntukan beritahu, malah berharap siasatan dapat dilakukan bagi mengelakkan penyelewengan," katanya.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan akan memberi insentif raya berjumlah RM450 kepada peneroka FELDA dan FELCRA, termasuk bukan ahli FELDA bagi perayaan kali ini.

Pembayaran itu membabitkan kos RM50 juta bagi FELDA yang menggunakan peruntukan kerajaan dan RM44 juta bagi FELCRA yang digunakan menerusi peruntukan FELCRA.-Berita Harian
Anak Najib bayar ikat jamin

Anak Najib bayar ikat jamin

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan selepas dijamin oleh dua anaknya yang membayar sebahagian daripada jaminan RM1 juta yang ditetapkan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Jaminan itu dibayar Mohd Norashman dan Nooryana Najwa di sebuah bank dalam Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, kedua-dua anak Najib itu enggan ditemubual sejurus keluar dari bank berkenaan.

Terdahulu, mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta dikenakan terhadap Najib dengan dua orang penjamin serta beliau perlu menyerahkan pasport diplomatik dan pasport awam.

Selain itu mahkamah juga membenarkan bahawa bayaran itu dibuat secara ansuran iaitu dibayar hari ini dan pada Isnin depan.

Dalam pada itu, Najib meninggalkan perkarangan kompleks mahkamah dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire berwarna putih kira-kira jam 3.30 petang.

Beliau sebelum itu mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah jenayah dan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta berhubung syarikat SRC International Sdn Bhd.

Najib diwakili pasukan peguam diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan sekali lagi terhadapnya selepas pertama kali disebut di Mahkamah Sesyen pagi tadi.-Berita Harian
Panik akibat tersedak susu, pengasuh sumbat bayi dalam peti ais

Panik akibat tersedak susu, pengasuh sumbat bayi dalam peti ais

GOMBAK: Dua pengasuh yang juga suspek utama kes kematian bayi berusia lima bulan, Adam Raykal Mohd Sufi Naeif, dipercayai panik selepas mangsa tersedak susu.

Pengasuh berusia 33 dan 36 tahun itu kemudian dipercayai bertindak membalut Adam dengan kain lampin sebelum memasukkannya dalam beg kitar semula berwarna hijau.

Suspek kemudian bertindak menyembunyikan mayat bayi berkenaan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu di rumah mereka.

Sumber berkata, kerana panik, suspek juga membuat cerita rekaan dengan memaklumkan kepada ibu bayi itu kononnya mangsa sudah diambil seorang lelaki berbaju putih yang dikatakan bapanya.

"Suspek terbabit berkemungkinan khuatir sehingga terpaksa mereka cerita mengenai Adam yang sudah diserahkan kepada seorang lelaki.

"Susulan itu, ibu bapa bayi berkenaan kemudian membuat laporan polis sebelum pemeriksaan dijalankan di rumah pengasuh," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pada masa ini siasatan lanjut sedang dijalankan bagi membolehkan pihak polis mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dari semua sudut.

"Polis juga sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian Adam sama ada akibat tersedak susu atau wujud unsur perbuatan jenayah," katanya.

Katanya, siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan dua pengasuh terbabit ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.-Berita Harian
Pendakwaan Terhadap Najib Kehendak Kerajaan Baharu

Pendakwaan Terhadap Najib Kehendak Kerajaan Baharu

KUALA LUMPUR: "Jika ini harga yang saya terpaksa bayar kerana 42 tahun berkhidmat untuk rakyat dan negara, saya akan reda," kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap pada sidang media di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini, hari ini, Najib mendakwa pertuduhan yang dihadapinya hari ini adalah kehendak kerajaan baharu.

Beliau berkata, jika prosiding yang dilaluinya hari ini adalah proses yang benar-benar adil mengikut keluhuran undang-undang, beliau yakin tidak akan disabitkan kesalahan.

"Insya-Allah, saya yakin atas ketidaksalahan saya... ini adalah peluang terbaik untuk saya membersihkan nama saya secara tuntas selepas ditohmah dan dituduh dengan begitu berat sekali.

"Hari ini hakim membuat keputusan bahawa ada 'gag order' (perintah larangan memberi ulasan) terhadap kes ini. Jadi saya menghormati keputusan hakim dan tak boleh cakap lebih dari itu," katanya.

Najib turut mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasukan keselamatan kerana memberikan layanan yang baik serta menghormatinya sebagai bekas Perdana Menteri.

"Mudah-mudahan proses ini berjalan dengan baik , insya-Allah saya harap rakyat dan penyokong saya bertenang. Saya juga kagum dengan kehadiran mereka untuk memberi sokongan moral," katanya.

Batal Sidang Media Peguam Negara Tak Tahu Cakap Melayu

Batal Sidang Media Peguam Negara Tak Tahu Cakap Melayu




Dikala warga negara lain yang berada di Malaysia berusaha untuk menguasai bahasa Melayu untuk memudahkan mereka berhubung dengan semua warga negara ini, peguam negara pula mahu meneruskan bahasa selain dari Melayu.

Apabila di desak bertubi-tubi supaya menggunakan bahasa Melayu pada sidang media, beliau akhirnya membatalkan.

Inilah kejayaan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang cuba mendahului kebijakan dengan ilmu yang ada, namun semua tahu ilmu tidak dapat mengatasi kebijakan kerana kebijakan adalah anugerah yang tiada tolak banding.

Akhirnya pemimpin PH cat muka sendiri dengan arang tanpa mempedulikan seluruh rakyat sedang memerhatikan.



Kuota Haji Malaysia Kekal Seperti Tahun Lepas

Kuota Haji Malaysia Kekal Seperti Tahun Lepas

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) menafikan laporan sebuah portal berita kononnya kerajaan Arab Saudi akan menyekat atau mengurangkan kuota haji rasmi Malaysia pada musim ibadah berkenaan tahun ini.

Pengurus Besar Kanan Jabatan Haji, Lembaga TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata sebaliknya, kuota haji rasmi negara kekal sebanyak 30,200 seperti tahun lalu.

Beliau berkata, kuota terbabit adalah seperti yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi, iaitu sebanyak 0.01 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia.

"TH sudah membuat persiapan rapi, terutama dari segi penginapan di Makkah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan, sajian makanan serta penyelarasan petugas dalam usaha memastikan kebajikan jemaah terjamin sepanjang menunaikan ibadah haji," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Malah, Syed Saleh berkata, bakal jemaah juga sudah menghadiri Kursus Perdana Haji di seluruh negara bermula minggu lalu bagi meningkatkan tahap pengetahuan mereka berkaitan ibadah itu, terutama dari segi praktikal.

Sebanyak tiga lagi Kursus Perdana Haji akan dijalankan minggu ini di Perlis, Zon Tengah Sarawak dan Zon Pantai Timur Sabah.

Penerbangan pertama jemaah haji akan berlepas pada 14 Julai, manakala penerbangan terakhir ke tanah suci Makkah dijangkakan 14 Ogos depan.
Penyokong Najib Berhimpun Beri Sokongan

Penyokong Najib Berhimpun Beri Sokongan

KUALA LUMPUR: Lebih 100 penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini bagi menunjukkan sokongan mereka.

Kumpulan yang terdiri daripada ahli UMNO Pekan dan beberapa kawasan lain itu muka berkumpul seawal jam 7.30 pagi. Mereka menggesa kerajaan membebaskan Najib yang akan didakwa hari ini.

Jurucakap kumpulan itu yang juga Ketua Puteri UMNO Pekan, Sida Tatiana Sariat, berkata pihak berkuasa tidak sepatutnya menahan Najib tanpa bukti yang kukuh.

"Kalau beliau (Najib) bersalah, tunjukkan bukti, tidak perlu menahan beliau seperti ini.

"Kami mahu pihak berkuasa bebaskan Najib, ahli lain dari Pontian dan Temerloh akan menyertai kami untuk menunjukkan sokongan kepada Ketua Bahagian kami," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, konsultan perniagaan, Dr Phillip Loh, berkata penahanan Najib adalah tidak berasas dan dilakukan tanpa siasatan lengkap.
Wartawan antarabangsa cedera ketika liputan kes Najib

Wartawan antarabangsa cedera ketika liputan kes Najib

KUALA LUMPUR: Seorang wartawan media antarabangsa mengalami cedera ringan ketika membuat liputan berkenaan pendakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurut wartawan yang enggan dikenali ia berlaku semasa kekecohan ketika ketibaan Najib memasuki pintu utama kompleks mahkamah berkenaan.

"Ia berlaku kepada beberapa pemberita lain apabila kami cuba mengambil gambar Najib. Selain saya, ada dua lagi juru gambar dan dua pemberita cedera," katanya kepada Bernama.

Menurutnya, seorang wartawan wanita telah pergi ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan kerana mengalami pendarahan pada hidungnya ketika kejadian tolak-menolak sebentar tadi.

Najib ditahan berkaitan kes dana SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB. -- BERNAMA
3 tuduhan pecah amanah, 1 tuduhan salah guna kuasa

3 tuduhan pecah amanah, 1 tuduhan salah guna kuasa


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM84 juta.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Najib selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin.

Bagi pertuduhan pertama, Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Advisor Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No 55, Jalan Raja Chulan, di sini antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan ketiga, Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama.

Bagi pertuduhan keempat, Najib didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Presint 1, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 17 Ogos 2011 dan 8 Februari 2012.


BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibawa oleh pihak SPRM dan Polis bagi merekodkan pengakuan di Mahkamah Tinggi Jenayah 3, berkenaan isu SRC International Sdn Bhd. - Foto Muhd Zaaba Zakeria
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Najib mengangguk faham selepas empat pertuduhan itu dibacakan. Kes juga dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Barisan pendakwaan diketuai Peguam Negara Tommy Thomas yang dibantu 11 Timbalan Pendakwa Raya iaitu Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria, Manoj Kurup, Datuk Suhaimi Ibrahim, Datuk Umar Saifuddin Jaafar, Datuk Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Budiman Lutfi Mohamed, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pembelaan yang dibantu oleh lima peguam Harvinderjit Singh, Datuk Raj Krishnan, Farhan Read, Rahmat Hazlan dan Muhammad Farhan Shafee.

Dalam kalangan enam bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib adalah yang pertama menghadapi dakwaan jenayah.

Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur pada 2.35 petang semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu hadir ke ibu pejabat SPRM dua kali untuk direkodkan keterangan berhubung kes berkenaan.

SRC International ialah anak syarikat 1MDB sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012. - BERNAMA

Info

Pertuduhan pertama
Bahawa kamu antara 17 Ogos 2011 dan 8 Febrauri 2012 di Pejabat Perdana Menteri Presint 1, Putrajaya di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi diri kamu berjumlah RM42 juta apabila kamu telah mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn. Bhd.,.

Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan di bawah Seksyan 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Pertuduhan kedua

Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Banggunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Pertuduhan ketiga

Bahawa kamu antara 24 Disember 2014 dan 29 Disember 2014 di AmIslamic Bank Berhad Banggunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Pertuduhan keempat

Bahawa kamu antara 10 Februari 2015 dan 2 Mac 2015 di AmIslamic Bank Berhad Banggunan Ambank Group No. 55, Jalan Raja Chulan, di sini sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Advisor Emeritus SRC International Sdn. Bhd., dan dalam kapasiti tersebut diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM10 juta dan oleh yang demikian telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan denda.

Tuesday, 3 July 2018

PRK sungai Kandis, Ezam Kotak dan Asyraf Wajdi Layak Dicalonkan

PRK sungai Kandis, Ezam Kotak dan Asyraf Wajdi Layak Dicalonkan


Asyraf Wajdi
Mohamad Ezam Mohd Nor dan Dr Asyraf Wajdi layak di calonkan bagi Pilihan Raya Kecil Dun Sungai Kandis Selangor.

Asyraf dari Barisan Nasional (BN) baharu sahaja dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO pada Pemilihan UMNO 2018.

Ezam seorang pejuang era reformasi berpengalaman ini layak dicalonkan Pakatan Harapan untuk mengisi tempat ADUN kawasan itu Shuhaimi Shafie yang meninggal dunia.

Mengikut pendapat ramai pembual kedai kopi, Ezam mampu menang bergaya sekali gus
Ezam
mengekalkan kerusi Dun dibawah payung PH.

Bagi BN mungkin menghadapi masalah memandangkan minda orang-orang UMNO masih seperti katak bawah tempurung.

Bagi parti bukan dari BN tidak bermasalah jika calon pilihan raya bukan dikalangan anak tempatan

UMNO tongkat BN yang mahu melakukan perubahan secara menyeluruh selepas kekalahan BN pada PRU14 sepatutnya membuka minda untuk menerima siapa dikalangan yang layak untuk dicalonkan dikawasan pilihan raya dengan mengutamakan bendera.

Inilah masanya untuk membuktikan penerimaan perubahan sedangkan orang UMNO sendiri berpendapat dengan memilih orang lama untuk jawatan presiden parti tidak bererti tidak boleh melakukan perubahan.

Sekiranya orang-orang UMNO masih belum menerima calon luar, maknanya minda ditakok lama masih kekal dan segala laungan untuk perubahan adalah retorik belaka.


Monday, 2 July 2018

'Saya tidak akan melepaskannya'

'Saya tidak akan melepaskannya'

KOTA BHARU: "Saya tidak akan melepaskannya hanya kerana desakan pelbagai pihak. Yang pasti, perkahwinan kami sah di sisi agama meskipun salah dari segi undang-undang."

Peraih getah berusia 41 tahun di Gua Musang yang menikahi seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun, menegaskan pendiriannya itu walaupun ramai menentang perkahwinan mereka selepas ia menjadi viral dan mendapat perhatian meluas.

Bapa kepada enam anak itu berkata, isu perkahwinannya dengan isteri ketiga berkenaan diharap tidak terus diperbesarkan kerana mereka mahu menjalani kehidupan seperti biasa.

"Kisah kami menjadi bualan seluruh negara dan saya mengaku turut tertekan dengan situasi ini. Namun, kehidupan saya berjalan seperti biasa, termasuk menjadi imam di surau kampung.

"Orang kampung yang sudah mengetahui perjalanan cerita, tidak memandang sinis langsung terhadap kami. Hanya orang luar yang terkejut dengan isu ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, hubungannya bersama isteri baharu tiada masalah, malah kanak-kanak itu dikatakan tidak terkesan dengan isu berkenaan kerana yang penting ialah perkahwinan mereka sah di sisi agama.

"Kami sudah dipanggil pihak polis untuk memberi kenyataan dan pihak kerajaan negeri juga memaklumkan akan berjumpa dengan saya di Gua Musang, hari ini.

"Justeru, saya akan mendapatkan nasihat pihak kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan, termasuk mendaftarkan perkahwinan kami," katanya.

Katanya, sejak perkahwinan itu, beliau belum lagi berjumpa dengan isteri keduanya berusia 34 tahun kerana mahu memberi ruang kepada wanita berkenaan yang masih marah.

"Saya tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku sekiranya bertemu dengan isteri dalam keadaan marah," katanya.

Tindakan lelaki itu mengahwini kanak-kanak terbabit yang difahamkan berasal dari selatan Thailand, baru-baru ini, mencetuskan kontroversi apabila ia disifatkan bercanggah Akta Kanak-Kanak 2016 dan Enakmen Keluarga Islam.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan akan meningkatkan had umur perkahwinan bagi perempuan di negara ini daripada 16 kepada 18 tahun, menerusi pindaan undang-undang dalam tempoh terdekat.

Selain itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, berdasarkan perincian daripada seorang hakim Mahkamah Syariah ditemuinya, perkahwinan pasangan berkenaan adalah tidak sah dan terbatal kerana tidak mendapat kelulusan mahkamah.

Sementara itu, kanak-kanak perempuan terbabit mengaku akan setia menunggu lima tahun lagi untuk tinggal bersama suaminya apabila mencapai umur 16 tahun nanti.

"Saya berulang kali menyatakan kepada pihak yang mengambil keterangan berhubung pernikahan ini, bahawa tidak akan berpisah," katanya.

Malah, kanak-kanak itu berkata, hubungannya dengan dua madu juga semakin erat selepas berita perkahwinan dengan suami mereka diketahui umum.

"Hampir setiap masa saya berhubung dengan dua madu melalui aplikasi WhatsApp dan kami bertambah mesra.

"Mereka berdua tanya sama ada saya benar-benar sayang kepada suami. Saya menjawab seikhlas hati amat menyayangi suami," katanya.
ADUN Sungai Kandis Selangor Meninggal Dunia

ADUN Sungai Kandis Selangor Meninggal Dunia

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Mat Shuhaimi Shafiei, meninggal dunia ketika dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di Subang Jaya, dekat sini kira-kira jam 11.10 pagi tadi.

Allahyarham yang baru saja dipilih semula menjadi wakil rakyat kawasan itu (sebelum ini dikenali sebagai Seri Muda) bagi penggal ketiga, dipercayai dirawat di pusat perubatan berkenaan sejak awal Jun lalu ekoran menghidap penyakit kanser limfoma.

Jenazah bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor sebelum ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu, akan diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sejurusselesai urusan di hospital.

Allahyarham dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam selepas solat Asar petang ini.

Mat Shuhaimi yang berasal dari Perak tetapi menetap di Klang dipilih menjadi ADUN Seri Muda pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008 dan mempertahankan kerusi itu pada PRU-13 serta PRU-14 selepas nama DUN itu ditukar kepada Sungai Kandis apabila berlaku persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor awal tahun ini.

Berita kematian Allahyarham tersebar selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin, memuat naik mesej mengenainya melalui akaun Twitter @AzminAli kira-kira jam 11.15 pagi.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, dalam satu kenyataan media berkata, Allahyarham seorang ADUN yang sangat komited, bertanggungjawab dan disenangi rakyat dan rakan taulan.

"Allahyarham juga sahabat karib saya dan rakan seperjuangan dalam politik. Pemergian Allahyarham satu kehilangan yang besar kepada Kerajaan Selangor serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Khidmat bakti dan pengorbanan Allahyarham kepada rakyat dan negeri Selangor adalah sangat besar dan tidak ternilai. Semoga Allah SWT memberi ganjaranyang baik atas segala jasa dan budi Allahyarham.

"Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham YB Haji Shuhaimie Shafie atas pemergian ini.

"Saya mendoakan semoga ahli keluarga Allahyarham diberi kekuatan dalam mengharungi ujian yang amat berat ini. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan golongan yang soleh, dicucuri rahmat Allah SWT serta dikurniakan husnul khatimah," katanya.

Turut mengucapkan takziah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah.

Sunday, 1 July 2018

Keluarnya Mas Ermieyati ibarat keluarnya ketam perosak bakul

Keluarnya Mas Ermieyati ibarat keluarnya ketam perosak bakul


Kejituan ahli terhadap perjuangan yang dibawa UMNO masih utuh dan padu biarpun ramai pihak beranggapan UMNO masih belum berubah dengan kegagalan bekas ketua pemuda Khairy Jamaluddin pada pemilihan presiden parti semalam.

Kekecewaan untuk merubah dan mengubah UMNO kearah lebih remaja dibawah 70 peratus pemimpin muda yang mengambil bahagian dalam merebut jawatan dipelbagai peringkat tidak kesampaian setelah kebanyakan mereka kecundang.

Kekecewaan itu dizahirkan dengan keluarnya Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari UMNO dan berkhidmat sebagai wakil rakyat Bebas.

Beliau berkata, kepemimpinan sedia ada masih enggan menerima kenyataan bahawa rakyat sudah menolak parti itu, sebaliknya beranggapan UMNO hanya mangsa kebencian terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semata-mata.
"Semalam adalah titik tolak bagi menentukan hala tuju parti, namun kita dapat menilai reaksi, sentimen dan sikap sebenar ahli yang masih dalam sindrom penafian.

Datuk Mas Ermieyati nampaknya seolah-olah meletakkan kegagalan orang muda menerajui UMNO ditangan kepemimpinan sedia ada yang masih enggan menerima kenyataan bahawa rakyat sudah menolak parti itu. Apakah maksud Mas Ermieyati membawa kearah pemimpin sedia ada tidak perlu bertanding?, atau memberi laluan mudah kepada pemimpin muda disemua peringkat tanpa mengambil kira kegagalan disaluran orang muda pada PRU14.

Tujuh dekad berlalu UMNO kekal sebagai parti Melayu, namun cadangan untuk membuka keahlian kepada kaum lain muncul semula selepas kekalahan pertamanya dalam sejarah pada 9 Mei lalu. Cadangan itu tidak sesuai di suarakan Khairy Jamaluddin ketika ahli masih ditekan kekecewaan selepas seminggu kekalahan Barisan Nasional (BN).

Cadangan itu bukan sahaja ditolak mentah-mentah perwakilan senior malah perwakilan junior juga ramai yang bising.
Sikap suka mencakar belakang pemimpin terdahulu oleh golongan yang diharapkan dapat menghidupkan keremajaan UMNO juga antara punca kegagalan besar golongan muda pada pemilihan 2018.

Cadangan di buka kepada semua kaum sepatutnya disuarakan setelah Khairy berjaya mengetuai UMNO selepas beberapa bulan atau selepas keadaan lebih sejuk. Ramai percaya cadangan itu akan dipertimbangkan melalui mesyuarat di semua peringkat dan penilian boleh dibuat melalui jumlah yang bersetuju dengan yang tidak.

Mas Ermieyati sepatutnya melihat kepada situasi semasa dengan lebih jelas pada awal kekalahan BN, adakah cadangan yang tidak mengembirakan ahli boleh disuarakan oleh Khairy sedangkan bara kekecewaan dan kemarahan masih lagi mampu membakar.

Usia pemimpin parti tidak menjaminkan ia mampu melakukan perubahan atau mengekalkan, ia bergantung kepada ahli dan dengan sebab itu pemimpin UMNO sedia ada masih di yakini mampu melakukan rombakkan demi parti keramat ini.

Pembaharuan bukanya datang daripada pemimpin baharu dan muda, malah pemimpin sedia ada yang lebih berusia juga mampu melakukan mengikut kehendak sesuai dengan keinginan ahli.

Keluarnya Mas Ermieyati ibarat keluarnya ketam perosak bakul dan tiada siapa yang menagis untuknya.-Berita Harian
Kebangkitan UMNO Selepas BN Tewas Ditangan Zahid

Kebangkitan UMNO Selepas BN Tewas Ditangan Zahid

Kemenangan mantan TPM, Zahid Hamidi dan  mantan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada pemilihan UMNO kali ini telah dijangka sejak dari awal.

Lawan beliau mantan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang kecundang walaupun kedua-dua calon ini popular di mata pembual kedai kopi.

Khairy dengan rekod suka mencakar belakang mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib selepas kekalahan Barisan Nasional pada PRU14 terkubur dengan strategi sendiri, strategi nak menang dengan menyalahkan pemimpin dahulu bukanlah seorang pejuang yang mahu membina perjuangan selepas kejatuhan.

Khairy yang tersilap percaturan itu akhirnya menerima padah setelah tidak mengutamakan ruang masa depan yang ada untuk bangkit membina kekuatan UMNO, sebaliknya beliau lebih melihat apa yang sudah terjadi sebagai agenda untuk menang.

Walaupun kenangan lalu patut diimbau, namun bukanya untuk meletakkan kegagalan itu diatas bahu seorang sahaja sekiranya Khairy masih ingat beliau sendiri pernah menyeru agar bekerja secara berpasukan.

Bagi Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) kekalahan yang diterima beliau amat memalukan, kerana ketika Barisan Nasional memerintah beliau kurang sedar apa yang berlaku di Kelantan, sesungguhnya kejatuhan Kelantan dianggap berpunca dari parti Semangat 46 yang diasas beliau.

Ku Li juga dianggap sebagai Ahli Parlimen yang malas hadir ke Perhimpunan Agung UMNO dan juga orang yang malas hadi di persidangan Parlimen.

Bagaimana Ku Li akan membaiki UMNO? jika dia sendiri sukar berada di dua tempat iaitu di persidangan Parlimen dan Perhimpunan Agung UMNO. Untuk membakitkan semangat juang ahli UMNO Ku Li perlu berada di semua Negeri dan Bahagian bukanya bersikap seperti iklan biskut, sekejap ada, sekejap tak ada. Ku Li juga gagal menjinakkan perwakilan semua UMNO Bahagian di Kelantan agar memilih beliau. Kegagalan memperolehi undi dari UMNO Bahagian di Kelantan juga membuktikan beliau hanya popular di kawasan yang dimenangi beliau dalam PRU14 sahaja.

Rata-rata melihat kebangkitan UMNO selepas kekalahan Barisan Nasional pada PRU14 berada di tangan Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussien bukannya dibawah Khairy dan Ku Li yang dianggap seperti biawak yang suka cakar belakang orang yang memikul.

Zahid dan Hishammuddin merupakan dua nama besar yang diharap akan bertanding pada pemilihan UMNO 2018, iaitu jawatan nombor satu dan dua. Tetapi Hishammuddin tidak bertanding.

Harapan ramai pihak selepas kejatuhan BN akhirnya diamanahkan kepada Zahid oleh para perwakilan bukannya kepada Khairy dan Ku Li.

Pemilihan kali ini juga amat bersejarah kerana sejak 1988 susulan tidak ada pertandingan untuk jawatan presiden dan timbalan presiden. Kali ini, ia dibuka untuk dipertandingkan.

Datuk Seri Mohamad Hasan dianggap orang sesuai selepas Hishammuddin Hussien tidak bertanding untuk jawatan nombor dua, bukanya Tan Seri Annuar Musa.

Jadinya, kemenangan Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan sebenarnya telah dijangka sebelum hari pengundian bagi Pemilihan UMNO 2018.

Thursday, 28 June 2018

Denda RM25 kerana berdansa depan masjid

Denda RM25 kerana berdansa depan masjid

KOTA KINABALU: Dua pelancong China yang berkelakuan tidak senonoh dengan berpakaian seksi sambil menari di tembok Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di sini, baru-baru ini, didenda oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Wan Han, 37, dan Zhang Na, 25, kedua-duanya guru tarian, masing-masing didenda RM25 selepas didakwa mengikut Seksyen 15 Ordinan Kesalahan Kecil Negeri Sabah kerana berkelakuan tidak sopan di kawasan awam.

Majistret Cindy Mc Juce Balitus mengenakan hukuman itu selepas kedua-duanya yang tidak diwakili peguam mengaku salah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di tembok masjid berkenaan pada jam 4.30 petang, 23 Jun lalu.

Ahad lalu, pengurusan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu menutup kawasan masjid kepada semua pelancong asing, susulan tersebar video berdurasi 10 saat menunjukkan aksi tidak senonoh dua wanita sambil menari ala `K-pop' di tembok rumah ibadat itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata dua pelancong wanita itu ditahan di lobi sebuah hotel di sini pada jam 11 pagi.

Katanya, siasatan dan tangkapan dibuat susulan laporan polis oleh seorang lelaki berumur 55 tahun mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ahad lalu.

"Kedua dua wanita itu telah membuat pengakuan bahawa tindakan mereka adalah tanpa sebarang niat untuk mengaibkan kesucian tempat ibadat melainkan untuk hiburan semata-mata.

"Mereka memaklumkan akan pulang ke negara asal dengan penerbangan pada jam 8 malam ini," katanya menerusi kenyataan, malam ini.

Chandra berkata, Konsul China di Kota Kinabalu telah dimaklumkan mengenai tangkapan dan siasatan terhadap kedua-dua wanita itu.
RM180 sebotol air campur ekstasi

RM180 sebotol air campur ekstasi

KUALA LUMPUR: Campuran dadah jenis ekstasi dalam botol minuman jenama terkenal menjadi modus operandi dua individu di Pandan Indah, di sini, sejak empat bulan lalu.

Hasil risikan polis Ampang Jaya berjaya menumpaskan operasi dadah berkenaan kelmarin, yang memfokuskan 'taktik' jualan di pusat hiburan sekitar Cheras dan Lembah Klang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata suspek terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan wanita Thailand yang juga sepasang kekasih masing-masing berusia lingkungan 30-an.

Katanya, suspek ditahan bersama 50 pil Erimin 5, 20 paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu dan 10 pil ekstasi berwarna kuning.

"Turut dirampas, lapan pil ekstasi warna hijau, dua pil ekstasi warna merah jambu dan satu botol minuman jenama terkenal berisi cecair disyaki mengandungi dadah jenis ekstasi.

"Air minuman itu dijual RM180 sebotol, manakala satu paket kecil ekstasi dijual antara RM180 hingga RM200 setiap satu, ia mampu dicampurkan di dalam tiga botol minuman itu.

"Semua barang kes ditemui ketika kita menahan dua suspek berkenaan di dalam sebuah kereta di tepi jalan di kawasan Pandan Indah, kelmarin.

"Susulan itu, kita menyerbu sebuah rumah di kawasan sama dan merampas pelbagai jenis dadah termasuk 120 pil Erimin 5, 68 pil ekstasi dan 45 paket plastik lutsinar mengandungi syabu.

"Nilai rampasan dadah secara keseluruhan berjumlah RM20,820," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, dua suspek itu direman selama tujuh hari bermula semalam dan disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1), Seksyen 13(2) dan Seksyen 15(1)(a).

Dalam serbuan berasingan, Hamzah berkata pihaknya menahan tiga perempuan dan seorang lelaki bersama dua paket ketulan mampat daun kering dipercayai ganja, di Ampang, semalam.

"Salah seorang perempuan itu berusia 15 tahun dan tidak bersekolah, manakala suspek lain berusia lingkungan 30-an.

"Ketulan ganja itu yang dianggarkan seberat dua kilogram itu bernilai RM5,000.

"Suspek yang direman hari ini akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
'Kalau 20 tahun boleh tunggu, ni sikit saja lagi'

'Kalau 20 tahun boleh tunggu, ni sikit saja lagi'

SHAH ALAM: Penyanyi dan pelakon, Ziana Zain akan terus bersabar berdepan kemelut kes perceraiannya dengan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang belum mencapai kata putus.

Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zin berkata, beliau akan mengikut prosedur ditetapkan mahkamah dan yakin semuanya akan berakhir dengan baik.

"Kalau 20 tahun saya boleh bersabar, jadi sikit lagi saya kena sabar," katanya kepada BH Online.

Penyanyi lagu Kemelut Di Muara Kasih ini ditemui selepas sebutan keputusan Jawatankuasa Pendamai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di sini, pagi tadi.

Pada sebutan itu, Armin tidak hadir tanpa sebarang pemberitahuan.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan Ziana dan Armin melakukan proses seterusnya iaitu pelantikan Jawatakuasa Hakam pada 12 Julai ini.

Ziana, 50, yang tampak tenang, memberitahu, beliau kurang sihat dan pening kepala, namun tetap hadir ke mahkamah.

Bercerita lanjut, bintang filem Maria Mariana itu positif dengan perkembangan kes perceraiannya. Ziana berharap suaminya bertanggungjawab menyempurnakan prosiding ini demi meneruskan kehidupan.

"Kalau kita ada tanggungjawab untuk satu sama lain, kita sepatutnya hadirlah (pada sidang mahkamah hari ini)," katanya.

Ziana turut berkongsi anak-anaknya berada dalam keadaan baik dan mereka sekeluarga menyambut Syawal dengan meriah.

"Raya tetap raya. Anak-anak semua gembira dan berada dalam keadaan baik.

"Terima kasih untuk semua peminat yang sentiasa mendoakan saya. Hanya Allah mampu membalas kebaikan mereka," katanya.

Ziana menambah, beliau mempunyai beberapa projek termasuk penghasilan single terbaharu, selepas ini.

Mendirikan rumah tangga pada Mei 1998, Armin dan Ziana dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Pada 3 April lalu, Ziana memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam, di sini, selepas Armin dikatakan enggan melepaskannya secara baik.

Tuesday, 26 June 2018

FIFA World Cup 2018: Ronaldo and Co Survive Iran Scare, Face Uruguay in Last 16

FIFA World Cup 2018: Ronaldo and Co Survive Iran Scare, Face Uruguay in Last 16

Cristiano Ronaldo missed a penalty before Portugal conceded an injury-time spot-kick in a 1-1 draw with Iran at the World Cup on Monday as the European champions set up a last-16 clash with Uruguay.

Ricardo Quaresma curled in a trademark trivela goal on the stroke of half-time at the Mordovia Arena, but Karim Ansarifard's late penalty dropped Portugal to second in Group B behind neighbours Spain.

Ronaldo won a second-half spot-kick after a video review but saw his effort saved, with the Real Madrid star unable to add to his four-goal tally at the tournament.

Portugal will face Uruguay in Sochi on July 30 for a place in the quarter-finals after ending Iran's hopes of reaching the knockout phase for the first time.

Fernando Santos will hope Joao Moutinho recovers after the Monaco midfielder was restricted to a late substitute appearance in Saransk because of illness, with Quaresma one of three changes to the team that defeated Morocco 1-0.

Ronaldo, scorer of all four Portugal goals in his country's first two games, forced Iran goalkeeper Ali Beiranvand into an early save after barging his way into the box.

Joao Mario should have put Portugal in front after a defensive mix-up between Saeid Ezatolahi and Beiranvand, but the Inter Milan midfielder blazed over.

Iran's first genuine sight of goal came on 34 minutes when Ezatolahi directed a firm header from a free-kick straight into the grateful hands of Rui Patricio.

Quaresma fired Portugal ahead just before the interval when he exchanged passes with Adrien Silva before bending home in style from the edge of the area with the outside of his right foot.

Ronaldo had the chance to double the lead five minutes into the second half after he was upended by Ezatolahi, with a spot-kick awarded following consultation with the video assistant referee (VAR).

But the Portugal captain was denied by Beiranvand who dived to his left to smother Ronaldo's attempt.

Iran coach Carlos Queiroz remonstrated angrily with the officials as Saman Ghoddos appeared to be impeded by William Carvalho inside the area.

There was no VAR intervention on that occasion, but referee Enrique Caceres trotted over to the pitchside monitor after an altercation between Ronaldo and Morteza Pouraliganji.

Ronaldo caught the Iran defender with a forearm across the face, Pouraliganji falling to the ground in a heap as the Portugal forward ultimately escaped with a yellow card.

Iran earned a stoppage-time penalty, again with the help of VAR, when Sardar Azmoun's header struck the arm of Cedric after the pair contested a deep cross.

Substitute Ansarifard buried his effort into the roof of the net to set up a dramatic finish.

Mehdi Taremi could have snatched a stunning winner after a deflected shot rolled into his path, but he fired into the side netting as Iran fell agonisingly short.

Monday, 25 June 2018

25 das tembakan di pusat hiburan tanda amaran, kata polis

25 das tembakan di pusat hiburan tanda amaran, kata polis

KUALA LUMPUR, 25 Jun ― Orang ramai dan pelanggan di sekitar sebuah pusat hiburan bertaraf empat bintang gempar apabila 25 das tembakan dilepaskan dalam satu kejadian di Bukit Bintang di sini pada kira-kira 10.50 malam tadi.

Menurut mereka yang ditemui di tempat kejadian, tembakan itu dilepaskan mungkin sebagai tanda amaran kerana perselisihan faham berkaitan perniagaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Rusdi Mohd Isa berkata siasatan awal mendapati tembakan itu dilepaskan ke arah pintu masuk pusat hiburan berkenaan oleh dua orang yang menaiki sebuah motosikal.

"Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata berdasarkan percakapan seorang saksi, dia terdengar bunyi beberapa das tembakan dari arah tempat letak kereta ketika sedang berada di luar pintu masuk pusat hiburan itu.

“Hasil pemeriksaan pihak polis di lokasi kejadian mendapati 25 kelongsong peluru ditemui di tempat letak kereta yang berada kira-kira 30 meter dari pintu masuk pusat hiburan itu,” katanya.

Rusdi berkata ketika kejadian terdapat empat pekerja di luar pintu masuk dan bahagian menyambut tetamu.

Polis masih melakukan siasatan termasuk mengenal pasti motif kejadian dan mereka yang terbabit. ― Bernama
Suami Gila seks ganas.. diikat tangan adik kebelakang

Suami Gila seks ganas.. diikat tangan adik kebelakang

Semoga apa yg saya share ni jd pengajaran buat isteri di luar sana..Adik prempuan saya baru berkahwin setahun lalu.. adik mmg cantik.. rmbut lebat ikal mayang, putih gebu, kurus.. ramai dtg minang tp dia tersalah pilih.. saya gelar perkahwinan malang utk dia..Kawin di usia awal 21 dn suami 29.. kami sekeluarga pikir dia laki yg segak sado, baik,alim dan penyayang yg blh jaga adik kami.. tp kami silap.. saya sebgai kakak sedih bila dpt tahu adik saya ada tekanan mental kerana fobia dgn suaminya.. adik tggl dgn suami di kl.. jauh dr keluarga.. suami dia nampak ok baik je dpn kami smpai kami x syak apa2.. tp Allah tunjukkan apa yg tersirat..

Bulan 7 aritu saya terima call dr adik saya bertye kabar mcm biasa.. tiba2 trdgr suara suaminya masuk kebilik.. adik saya terus terjerit ckp ” jgn abg.. saya x nak.. sakit jgn pukul lg “.. Saya masih on call ketika tu.. suami dia trus letak call tersebut..Allahu menangis saya dengar suara adik saya merayu kesakitan.. saya trus ajak hubby ke rumah adik esok subuh.. tp saya x maklum kat mak ayah lg nak ke sana.. smpai ke sana saya tgk adik saya kelihatan pucat, bdn lemah xbermaya.. saya peluk dia suruh dia ckp apa yg blaku.. adik menangis semahu mahunya.. cerita satu persatu apa yg terjd selama setahun dia kawin dgn laki tu.

Bercucuran air mata saya dan hubby dgr apa yg dia luah.. adik ckp suami dia berpura baik dpn keluarga dn kawan2.. tp syaitan dlm diri dia yg sebenar dia tunjuk pd isteri dia.. adik mengadu selalu ditengking, makan pon selalu dibeli diluar.. bukan sbb x ckup duit tp sbb suami dia cemburu pd dia.. terlalu obses pd isteri sendri.. nak jemur kain pon xboleh depan rumah (kena jemur kat blakang) apa lg berckp dgn laki lain (jiran)..

Dia cuma terkurung di rumah.. pintu pagar suami dia lock smpai balik keje petg.. hmpir tiap hari begitu.. bila balik keje suami tengking dia tnpa sebab.. mood suami dia xtentu arah.. kdg elok kdg x.. time malam hampir tiap2 mlm adik saya dilayan macm pelacor.. suami dia gila seks ganas.. diikat tgn adik kebelakang mcm sex toy dia, dipukul, ditarik pakaian dan diratah segalanya x kira adik kesakitan menahan semua tu.. smpai dia bersetubuh di bhgn belakang.. bila adik period baru dia stop..

Alasan dia lepas tu sbb terlalu sygkan adik, dan tempat lepas stress keje.. smpai skrg adik saya trauma dgn suami sendri.. saya x nak adik menjanda.. mlm tu saya tggu suami dia balik bincg elok2 supaya berubah.. tp dia membantah kata saya masuk cmpor hal dia.. saya sbagai kakak xtahan lihat adik sengsara.. saya bwk adik ke rumah saya.. saya singgah ke hospital keesokan hari tgk keadaan dia.. doktr bgthu adik saya ada tekanan mental dn perlukan terapi dan ubat khusus..

Sumber :beritakopak / kuasaviral

Saya dah beritahu mak ayah dan mereka sedih dan kecewa dgn suami adik.. skrg adik ddk dgn saya sementara.. perlukah saya suruh dia bercerai ? atau ke kaunseling ? saya masih dlm dilema nak tentukan apa yg baik utk adik.. apa pendpt semua..
komen dari pembaca
Ketagihan seksnya (secara terus-terang) seperti bermain ping-pong emosi. Dan saya berasa seperti ingin melepaskan raket ping-pong tersebut ke bawah sekarang!Ketagihan seks: Suatu paksaan yang menyakitkan pasangan dengan cara yang tiada ketagihan lain mampu buat.Ini adalah suatu kisah pengakuan yang menyedihkan – bagaimana hidup seorang wanita Singapura berubah sepenuhnya apabila mengetahui yang suami selama 2 tahun itu ketagih…seks.

“Ketagihan seksnya (secara terus-terang) seperti bermain ping-pong emosi.”
Eunice (bukan nama sebenar), seorang eksekutif sumber manusia yang berumur 37 tahun dan isteri kedua kepada Daryl yang berusia 38 tahun, berkongsi ceritanya dengan kami bagaimana rasanya hidup bersama dengan seorang lelaki yang sangat gilakan seks.Saya bertemu Daryl di dalam satu majlis syarikat. Dia seorang jurutera di syarikat sama tempat saya bekerja, yang bermakna bahawa saya sudah tahu tentang perceraiannya baru-baru ini.

Tetapi itu tidak menghalang saya daripada tertarik kepadanya, dan kemudian menerima ajakan temujanji kami yang pertama. Satu perkara membawa kepada perkara yang lain dan kami berkahwin setahun kemudian.Saya tidak pernah tahu mengapa perkahwinan pertamanya gagal. Dia bukan seorang yang banyak bercakap dan jarang berkongsi perasaan atau perkara tentang masa lampaunya.Saya juga bukan seorang yang suka mengungkit hal yang tidak selesa untuk diperkatakan, dan sejujurnya, semua berjalan lancar sehingga membuatkan saya berasa ianya tidak penting pada waktu tersebut.Ia hanyalah selepas satu tahun perkahwinan yang sesuatu mula berasa pelik..di dalam kamar.Hubungan seks adalah kerap, tetapi terasa sangat mekanikal dan keintiman itu sesuatu yang sangat tidak dirasai.

Daryl selalu mengajak saya untuk menonton porno bersamanya, dan saya menonton beberapa kali bersama dia, dan kemudiannya sedar yang pergerakan dan posisi yang kami lakukan adalah satu peniruan terhadap apa yang kami baru tonton.Saya tidak dapat mengelak daripada berasa yang dia membayangkan yang dia sedang melakukan hubungan intim bersama pelakon porno tersebut.Peningkatan secara tiba-tiba di dalam intensiti dan pergerakan bertenaga di atas katil (tidak lupakan juga dengusan yang kuat) yang merupakan sangat luar biasa, hanya membuatkan saya terfikir yang dia bukanlah melakukan hubungan seks bersama saya.Ia juga membuatkan saya bertambah risau apabila Daryl marah kepada saya dan kadang kala berkelakuan agresif, menyatakan bahawa saya tidak memberikannya seks yang mencukupi.

Dia akan membuat perangai dan pergaduhan kami akan berakhir dengan dia keluar dari rumah, hanya pulang pada keesokan harinya. Dia tidak menjawab panggilan saya dan mengabaikan semua mesej saya.Tugasan kerja ke Thailand bermula pada waktu itu, dan sangat kerap sehingga dua kali sebulan.Di dalam fikiran saya, saya tahu apa yang bermain di kepala saya apabila saya membayangkan dia berada selama bermalam-malam di satu tempat yang dikenali dengan seks terbuka.
Tetapi saya tahu yang suami saya tidak akan sesekali membayar untuk seks. Oh, salahnya saya!Daryl kemudian mengaku kepada saya yang dia ada pergi ke kelab bogel apabila dia ‘bekerja’ di Bangkok.

Dia dengan angkuhnya berkata yang ada satu masa di mana dia cuba untuk mencium salah satu wanita di kelab tersebut.
Ini membuatkan saya hilang kawalan. Dan berhak untuk hilang kawalan.Saya mengamuk dan mendapatkan nasihat daripada kenalan kami.Pada waktu inilah rakan rapatnya memberitahu saya sebab kegagalan perkahwinan pertamanya – bekas isterinya menjumpai emel yang membongkar rahsia bahawa suaminya telah berlaku curang kepadanya.

Saya berasa bodoh kerana mengambil masa yang lama untuk mengetahui hal sebenar dan juga kerana berasa ianya tidak penting untuk menyiasat kegagalan perkahwinannya.Adakah saya tidak cukup baginya? Adalah kami tidak sesuai berhubungan intim bersama? Saya berasa sangat terluka.Sudah tentu, saya mulakan langkah FBI saya dan melakukan sesuatu yang tidak pernah saya fikir untuk lakukan – saya melihat telefonnya.

Saya sangat terkejut, saya menjumpai mesej berbaur lucah kepada beberapa wanita yang dia temui secara rawak sewaktu keluar malam.Mereka saling berfantasi tentang melakukan hubungan seks di taman dan merancang pertemuan sulit mereka yang seterusnya.Dalam satu daripada mesej berkenaan, seorang wanita telah mengatakan yang saya seorang isteri yang tidak layak buatnya.

Suami saya tidak langsung menyangkalnya. Sebaliknya, dia terus bercakap tentang susuk buah dada wanita tersebut, dan bagaimana dia sangat ingin menyentuhnya.Bayangkan betapa sakit hati saya ketika itu.Ia juga membuatkan saya terfikir tentang apa yang dia pernah beritahu kepada saya – “Kadangkala” katanya, “seks hanyalah seks.”Ini, saya rasa, boleh diterjemahkan sebagai rasionalisasi berguna daripada seseorang yang pernah melakukannya banyak kali bersama wanita lain.Adakah saya terlalu bodoh dan buta di dalam cintanya? Bagaimana saya boleh terlepas petandanya?

Daryl, selepas konfrontasi petang itu mengaku yang dia ketagih seks. Saya merasakan ia mengarut pada mulanya…ketagih seks?Adakah ini hanya cara untuk keluar dari masalahnya? Adakah ini jawapan yang diberi oleh seseorang yang curang kepada pasangannya?Saya kini lebih bersedia untuk meninggalkan dia berbanding sebelum ini, tetapi saya masih menyintainya.Walaupun terdapat kelemahan ini, walaupun adanya halangan utama ini di dalam perkahwinan kami.

Saya tidak tahu jika saya boleh memaafkannya kerana menipu saya…tetapi dia memberikan alasan ia adalah ‘masalah perubatan.’Ya, masalah ini bermula sebelum dia berjumpa saya, tetapi ia meninggalkan kesan kepada saya.Saya sekarang telah meletakannya di dalam kategori ‘ketagih’ tetapi bagaimana saya meletakkan dia bersama semua cerita lain yang saya telah dengar daripada penagih seks lain?Memikirkannya sahaja membuatkan hati saya remuk dan badan saya menggeletar.

Pemikiran tidak elok bermain di fikiran saya sepanjang hari. Adakah terdapatnya harapan bagi penagih seks?Adakah ini semua penipuan atau permainan manipulasi semata? Kepercayaan adalah satu masalah sekarang buat kami – bagaimana kita tahu yang ianya tidak akan berlaku lagi?Adakah seks itu satu masalah kesihatan atau hanya alasan semata untuk menjadi seorang yang jahat? Saya letih dengan permainanan ‘ping-pong’ ini, dan ingin meletakkan raket saya sekarang juga.

(Kisah seperti mana diceritakan kepada Pavin Chopra)

Apakah tanda-tanda bahawa suami anda mungkin seorang penagih seks?
sumber helangmerah
Mark Adam 'cuti' nyanyi

Mark Adam 'cuti' nyanyi

KUALA LUMPUR: Mark Adam mengumumkan berehat sementara daripada dunia nyanyian bagi memberi perhatian kepada bidang lakonan.

Mark atau nama penuhnya, Fikri Mark Adam, 39, memberitahu, tahun ini, dia mahu fokus kepada dunia lakonan selain menjayakan program televisyen (TV).

"Syukur alhamdulillah, tahun ini, rezeki saya dalam bidang lakonan mencurah-curah. Saya tak boleh buat semua benda serentak, jadi saya buat keputusan fokus kepada bidang lakonan.

"Tidak kisah jika saya lebih dikenali sebagai pelakon... Saya percaya semuanya adalah rezeki.

"Apa saja yang datang, saya cuba lakukan dengan terbaik. Ini kerana bidang seni adalah tempat saya cari makan," katanya kepada BH Online.

Ketika ini, Mark yang berasal dari Filipina, sedang menjalani penggambaran Bikin Filem dan program I Can See Your Voice Malaysia.

Bagaimanapun, Mark yang muncul juara Super Bintang Bersama Bintang (SBBB) 2018, tidak mengetepikan bidang nyanyian.

Malah, Mark berkata, dia sedang dalam proses merakamkan beberapa single untuk dilancarkan, tahun depan.

"Tahun depan, saya akan kembali dengan single baharu antaranya lagu 'rojak' yang menampilkan Bahasa Melayu dan Tagalog dari Filipina... Saya harap semua peminat sabar menanti," kata Mark yang popular dengan lagu Pencuri ini.

Kali terakhir, Mark melancarkan single So Fine, kira-kira tiga bulan lalu.
Tiada lagi hotel mewah, Pemuda Umno kikis budaya elit

Tiada lagi hotel mewah, Pemuda Umno kikis budaya elit

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Pemuda Umno akan membuang imej elitis dan bangsawan untuk mendekati rakyat demi membina semula kepercayaan terhadap parti tersebut, kata ketuanya yang baharu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Apa yang kami akan buat selepas pembentukan Exco ialah kita akan jelajah ke seluruh 191 bahagian, dan kita akan tidur di rumah Ketua Pemuda Cawangan di kampung-kampung. Tidak lagi di hotel-hotel mewah.

"Kita akan buang budaya ini dan akan bersama pemuda dan ada program pembudayaan halaqah bersama mereka.

"Menjiwai dan cuba untuk mendapatkan apa juga maklum balas daripada rakyat.

"Yang penting, kita kena dengar suara hati rakyat. Kita buang istilah elit,” katanya kepada pemberita.

Komitmen itu diluahkan Ketua Pemuda Umno itu selepas pengumuman keputusan pemilihan tiga sayap Umno – Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri 2018 oleh Setiausaha Kerja parti, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh malam tadi.

Ab Rauf sebelum itu mengumumkan pelantikan Asyraf dan Naib Ketua Pemuda baharu yang disandang Shahril Sufian Hamdan, Pengerusi Tetap Pemuda Umno Hafiz Che Mat dan naibnya Izwan Ismail selepas menewaskan pencabar masing-masing.

Ab Rauf bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah undi yang diterima mereka dan semakan keputusan di laman web Umno Online mendapati ia masih belum dipaparkan sehingga kini.

Menjelas lanjut, Asyraf berkata sistem pengkaderan untuk melahirkan ramai pemuda sebagai pemimpin yang berkaliber akan menjadi agenda utama Pemuda Umno di bawah kepimpinan baharu.

Bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata cadangan tersebut akan dijalankan melalui program latihan atau tarbiah supaya individu yang bakal memimpin pada masa akan datang memahami hala tuju Umno serta mendapat keyakinan masyarakat sebagai parti pembangkang.

"Kami (Umno) mahu membina 'youngster factory' atau kami panggil kilang pemuda. Kita tidak mahu mempunyai satu bakat sahaja. Kita perlukan lebih dari seorang pemimpin yang baik, malah ratusan.

"Saya mahu bina budaya berilmu. Di mana semua orang yang bercakap mesti berasaskan ilmu dan fakta, bukan berasaskan sentimen atau emosi," katanya.

Tambah beliau, Umno perlu menjadi parti pembangkang yang efektif untuk masyarakat dalam mempersoalkan imbangan keputusan kerajaan masa kini.

"Kalau tiada sesiapa yang boleh bercakap berasaskan ilmu dan fakta, maka habislah kita. Kita (Umno) tidak akan jadi parti yang bertanggungjawab kepada masyarakat.

"Pada masa sama, kita tidak lagi relevan kepada rakyat,” katanya mengulas lanjut mengenai kepentingan sistem pengkaderan tersebut.

Menurut beliau, pembinaan jati diri secara spiritual perlu diperkuatkan oleh setiap anggota bagi memperkukuhkan lagi kekuatan dalaman parti Umno yang berteraskan agama Islam.

"Anda perlu seimbang dengan mengukuhkan aspek spiritual anda. Kalau generasi masa kini tidak mempunyai jati diri yang kuat, maka kita akan mudah ditelan zaman," katanya.

Asyraf menang bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno bagi penggal 2018 hingga 2021 selepas mengalahkan calon-calon yang lain, antaranya Naib Ketua Pemuda Umno Senator Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda Umno Pahang Datuk Mohd Shahar Abdullah, dan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunus. — Bernama
Ubah 'parti sombong,' Ku Li mohon satu penggal

Ubah 'parti sombong,' Ku Li mohon satu penggal

KOTA BARU, 25 Jun — Calon Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah memohon perwakilan untuk memberi peluang satu penggal kepada beliau untuk kembali memulihkan parti itu.

Ketua Umno bahagian Gua Musang itu berkata antara cabaran utama Umno kini adalah berdepan persepsi negatif rakyat yang melihat parti itu sebagai parti yang sombong dan dikuasai oleh golongan elit semata-mata.

"Inilah bayangan dan disuarakan oleh sesetengah pihak (ketika ini terhadap Umno)," katanya kepada pemberita selepas jamuan sempena Hari Raya Aidilftri bersama perwakilan Umno Kelantan di sini, malam tadi. — Bernama
FIFA World Cup: England Trounce Panama 6-1 as Harry Kane Scores Hat-trick

FIFA World Cup: England Trounce Panama 6-1 as Harry Kane Scores Hat-trick

Nizhny Novgorod: England's young and free-flowing team banished the ghost of past national failures with a record 6-1 thrashing of Panama on Sunday that included a hat-trick by Harry Kane and eased them into the last 16.

England's biggest World Cup win, which included two penalties by Kane then a deflection off his heel, also guaranteed Belgium's berth in the next round.

It left the shell-shocked Central Americans out of their debut tournament with nine goals conceded in Group G.

Tunisia were also eliminated.

Playing from the off with an ease and trickery that contrasted with the stressed-looking England flops of recent international tournaments, Gareth Southgate's team romped into a remarkable 5-0 lead at halftime.

Defender John Stones headed England in front in the eighth minute from a corner, losing his marker to angle home a corner, before captain Kane made it 2-0 in the 22nd minute with a penalty after Jesse Lingard was pushed over by Fidel Escobar.

Lingard made it 3-0 in the 36th minute with a beautiful strike from just outside the area before Stones nodded in his second and England's fourth after a cleverly worked free-kick routine. Kane scored another penalty just before halftime.

The Tottenham striker bagged his third after a 61st-minute shot by Ruben Loftus-Cheek hit his foot and bounced over Panama goalkeeper Jaime Penedo.

Current World Cup top scorer on five goals after two games, Kane was then substituted for Jaime Vardy up front, to a standing ovation from the nearly 2,500 England fans at Nizhny Novgorod. He has scored all five of his shots on target.

Kane became just the third England player to score a hat-trick in a World Cup game following Geoff Hurst in the 1966 final and Gary Lineker against Poland in the 1986 tournament.

"First time in a long time since we've seen a hat-trick from England player in the World Cup, absolutely delighted for Harry and the team," tweeted Hurst.

Panama's equal-sized army of red-shirted fans continued to dance and cheer on the 'Canaleros' (Canalmen) to the end.

Substitute Felipe Baloy rewarded them with a consolation goal in the 78th minute, sliding home a free kick that was Panama's first ever World Cup goal.

But in truth, it was a humbling experience for Panama against a side known to get nervous and slip up against less illustrious rivals on the big stage.

For England fans, the pain of losing to Iceland in the 2016 European Championships and a first-round exit without a win at the 2014 World Cup, was finally slipping away.

Southgate's task now will be to keep his young charges' feet on the ground, and guard against complacency whomever they face next from Group H's quartet of Japan, Senegal, Poland and Colombia.

Google+ Followers