Saturday, 27 January 2018

Siti Hasmah mangsa penganiayaan politik, kata pemimpin wanita, peguam

Siti Hasmah mangsa penganiayaan politik, kata pemimpin wanita, peguam

AHLI politik dan pemimpin masyarakat sivil hari ini menuduh Putrajaya melakukan penganiayaan terpilih berhubung tindakan polis menyoal Dr Siti Hasmah Mohd Ali, empat bulan selepas majlis protes yang disertainya.

Mereka meluahkan kehairanan dengan tindakan menyoal isteri ketua pembangkang Dr Mahathir Mohamad, yang berucap pada "Himpunan Ungu", perhimpunan wanita bersatu menentang situasi politik Malaysia pada masa kini, pada September tahun lepas

"Ini merupakan satu lagi contoh klasik penganiayaan politik oleh mereka yang terdesak," kata Nurul Izzah Anwar daripada PKR kepada The Malaysian Insight hari ini.

Bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan juga mengatakan Dr Siti Hasmah dipilih oleh polis dan ini merupakan pelanggaran hak asasi manusia.

"Saya percaya terdapat penganiayaan terpilih, ia sangat keterlaluan dan tidak dapat menerima yang mereka sanggup menyoal Siti Hasmah berhubung perhimpunan itu.

"Apa pelan hak asasi manusia yang PM rancang untuk perkenalkan pada Mac apabila tiada hormat terhadap hak-hak asas yang dijamin oleh Perlembagaan?" kata Ambiga, merujuk kepada pengumuman baru-baru ini oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman Said yang Putrajaya akan mengumumkan Pelan Tindakan Hak Asasi Kebangsaan.

Siti Hasmah, 91, memberikan ucapan ringkas sambil berdiri di atas trak pikap kepada kira-kira 1,000 wanita berpakaian ungu yang berarak dari pusat membeli-belah Maju Junction ke Kompleks Pertama di pusat bandar.

Beliau menggesa wanita menentang "politik toksik", termasuk ketidakadilan terhadap wanita, keganasan politik, menggunakan ancaman, perkauman, seksisme, ucapan kebencian, penyalahgunaan undang-undang dan mengabaikan Perlembagaan persekutuan.

Beliau disoal hari ini di pejabat Dr Mahathir di Yayasan al-Bukhary kerana didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman.

Speaker Selangor Hannah Yeoh hari ini berkata Putrajaya takut dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir dan isterinya, terutama menjelang pilihan raya umum tahun ini.

"Pasti banyak yang mereka akan hilang jika mereka sangat takut dengan pasangan vokal berusia 90an, sama ada polis sangat lambat dalam kerja mereka atau ini adalah satu lagi intimidasi politik sedang dilakukan," kata pemimpin DAP itu.

Sekiranya Dr Siti Hasmah mengatakan sesuatu yang menghasut dan ia memberi kesan kepada masyarakat, Ahli Parlimen DAP (Kulai) Teo Nie Ching menggesa polis menjelaskan pertuduhan dan butirannya.

"Jika beliau mengatakan sesuatu yang menghasut, mengapa polis baru mengambil tindakan sekarang?
"Dan setakat ini kita tidak melihat bagaimana ucapannya memberi kesan negatif kepada masyarakat, jadi polis mesti menjelaskan kepada kami jika penyiasatan itu tidak mempunyai agenda politik."
Sementara itu, Eric Paulsen daripada Lawyers of Liberty berkata Siti Hasmah menjadi sasaran kerana beliau kini menyebelahi pembangkang.

Tindakan menyoalnya, yang datang empat bulan selepas protes, jelas bermaksud untuk menakut-nakutkan beliau, katanya.

"Ini penyiasatan yang tidak jujur dan remeh. Beliau jelas menjadi sasaran - untuk menakut-nakutkan dan membebankannya - hanya kerana beliau kini menentang kerajaan.

"Jurang empat bulan jelas menunjukkan kurangnya kejujuran."

Beliau berkata protes itu dijalankan selaras dengan kebebasan asas, dan siasatan polis tidak perlu.
"Ia protes aman - sejajar dengan hak semua rakyat Malaysia untuk berkumpul dan bercakap dengan aman. Polis membazirkan sumber berharga yang harus digunakan untuk menyiasat jenayah sebenar," kata Paulsen.-detikoffline
Tiga Penjuru Kelebihan Pada BN

Tiga Penjuru Kelebihan Pada BN

Pertembungan tiga penjuru sudah dibincangkan oleh rakyat Malaysia terutamanya berusia 21 tahun keatas sejak 2 tahun lalu.
Pada awalnya tidak menjadi hangat, namun semakin lama semakin meluas di perkatakan hingga sekarang.

Pada awalnya melihat ada usaha memujuk PAS dari Pakatan Harapan tetapi usaha itu gagal.

PAS mengambil sikap bersendirian dan berjaya menghasilkan satu pakatan yang dinamai Gagasan Sejahtera.Sejak blok Gagasan Sejahtera ditubuhkan rakyat Malaysia semakin percaya pertandingan tiga penjuru akan berlaku.

Pada peringkat awal usaha memujuk PAS diatas dasar percaya untuk menjatuhkan Barisan Nasional adalah dengan pertandingan satu lawan satu, namun gagal total.

Himpunan Fastaqim 2.4 yang diadakan di Shah Alam adalah pertunjuk jelas bahawa PAS cukup bersedia untuk bertembung dengan mana-mana parti politik yang bertanding pada PRU-14 sebagai blok ketiga.

Bagi pihak yang membicarakan soal politik terkini pastinya melihat bagaimana situasi dan lantai sokongan yang akan diterima parti bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Pola pertembungan tiga penjuru antara tiga blok parti besar negara ini (BN, Pakatan Harapan, PAS) pastinya mencabar pilihan pengundi tetapi meriah.

PAS yang mahu bertanding 130 kerusi parlimen bukan satu jumlah yang boleh diperkecilkan mana-mana pihak lawan walaupun sebelum ini PAS hanya mahu bertanding 40 kerusi.

Bagi parti yang lama seperti BN dan PAS kebiasannya akan menerima lebih sokongan di desa dan tanah rancangan seperti Kesedar, FELDA berbanding parti dalam barisan Pakatan Harapan terutamanya Parti Amanah Rakyat (PAN) dan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM), manakala PKR sedikit popular berbanding dua parti itu terutamanya di Selangor. DAP pula kekal berpengaruh dikalangan pengundi Cina.

PAN yang sudah di uji di PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar dan PRN Sarawak walaupun tidak berjaya menghasilkan sebarang kemenangan ia dilihat lebih berpengalaman berbanding PPBM.

Pada PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar dan PRN Sarawak pertandingan tiga penjuru dilihat memberi kelebihan kepada Barisan Nasional, dan dengan sebab itu penyelidik politik serta individu terutamanya pengundi bertanggapan PRU-14 sekiranya 3 penjuru berlaku tidak mustahil BN tetap sebagai parti pemerintah seperti hari ini.

Rata-rata pengundi sama ada diakui secara terang atau dengan cara berselindung, rata-rata akan menjawab pertandingan tiga penjuru akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.

Mengapa tiga penjuru memberi kelebihan kepada BN?. Persepsi berpihak kepada BN kiranya pertandingan tiga penjuru sebenarnya telah dimainkan pihak media terutamanya pengguna media sosial sejak 2 tahun lalu.Sudah tentu persepsi ini dianggap info yang sangat berguna sehingga melekat pada fikiran.

Walaupun itu merupakan kesedapan bagi BN, ia tidak mencerminkan keputusan sebenar tangan-tangan memangkah keretas undi walaupun orang yang sama pernah menjawab tiga penjuru memberi kelebihan kepada BN.

Setakat ini belum ada pihak pengkaji politik tanah air berani membuat keputusan secara mudah mengenai pertandingan tiga penjuru benar-benar memihak kepada BN memandangkan ada beberapa faktor sedang mengoncang BN. Rasanya tidak perlu di perjelaskan apakah faktor itu memandangkan isu-isu besar yang sedang menyelimuti BN sebagaimana yang sedang hangat kini juga faktor goncangan kepada BN.

Penulis Aziq Ismail

Friday, 26 January 2018

Pembangkang Hadapi Dilema PRU-14

Pembangkang Hadapi Dilema PRU-14

RAMAI menganggap, pakatan pembangkang pada hari ini sudah berubah daripada matlamat asal perjuangan yang diasaskan pada 1999. Laungan reformasi sudah hilang taringnya apabila Tun Dr Mahathir Mohamad kembali.

Situasi ini menyebabkan ramai ahli pakatan pembangkang yang kecewa dan melihat, matlamat menghalalkan cara perjuangan menjadi satu agenda utama. Situasi ini boleh difahami apabila agihan pembahagian kerusi seluruh Malaysia, Parti Amanah Negara (PAN) hanya mendapat 27 kerusi jika dibandingkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mendapat 52 kerusi. DAP pula mendapat 57 kerusi iaitu 38 kerusi sedia ada di Semenanjung, manakala 19 kerusi di Sabah dan Sarawak.

PKR pula mendapat 99 kerusi iaitu 51 kerusi di Semenanjung, 19 di Sarawak dan 29 kerusi di Sabah. Jadi, apakah persepsi rakyat ke atas PAN nanti. Lebih teruk, PAN akan bertanding di kubu kuat PAS dan mempunyai peruntukan terhad. Peluang untuk menang tipis kerana ada pertindihan kerusi antara parti dalam pakatan pembangkang dan menyukarkan siapa yang mengetuainya.

Suara peringkat akar umbi PAN yang ingin memohon penyemakan semula agihan kerusi turut tidak dipandang. Sebaliknya, PAN turut diberikan amaran supaya tidak mengungkit akan pengagihan kerusi.

Rakyat hari ini juga mempersoalkan apa akan berlaku ke atas Malaysia jika pakatan pembangkang menang. Ini disebabkan suami adalah Perdana Menteri dan isteri, Timbalan Perdana Menteri jika Dr Mahathir sedia memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Gagal menegak keadilan

Pakatan pembangkang gagal menegak keadilan secara telus dan saksama dalam soal pembahagian kerusi. Apatah lagi PKR secara rakus membolot banyak kerusi. Ada kala terdapat simptom terlalu melindungi pihak tertentu dalam pakatan pembangkang. Apakah perubahan akan berlaku di Malaysia seperti diharapkan oleh pengundi yang melihat akan perebutan kerusi sesama parti dalam pakatan pembangkang. Menuju ke arah kebaikan atau sebaliknya dalam politik Malaysia.

Rakyat tidak mahu menanggung kerugian di atas undi nanti. Lihatlah apa yang berlaku kepada PAN. Apabila Pakatan Rakyat berpecah dan pakatan pembangkang mula ditubuhkan, siapakah bertungkus lumus menghidup dan mempertahankan pakatan pembangkang sebelum kemasukan Dr Mahathir?

Menurut ahli Pakatan Amanah yang kecewa, ada ahli DAP turut membantah formula pelantikan Perdana Menteri sedemikian. Ini terbukti apabila anak mendiang Karpal Singh turut memberi amaran bahaya sindrom Mahathirisme.

Tetapi segala-galanya tidak diendah lagi kerana berlakunya tempoh bulan madu antara pakatan Anwar dan Dr Mahathir. Lebih teruk lagi, terdapat kumpulan tertentu melabelkan mereka yang tidak bersetuju dengan formula pelantikan ini dengan berbagai amaran. Seolah-olah tidak ada suara demokrasi dalam pakatan pembangkang.

BN tetap menjadi pemerintah

Yang menakutkan, apabila banyak kajian dilaksanakan menunjukkan, berlaku penyusutan kerusi UMNO, tetapi BN tetap menjadi pemerintah dan PAS tercorot. Kajian itu menunjukkan, pakatan pembangkang hanya berharap pada undi Cina. Bagaimanakah dengan undi Melayu dan India?

Contohnya, perubahan undi Melayu dan India hanya berlaku lima peratus di Selangor. Kalau begitu maksudnya, peluang untuk Parti Amanah menang di negeri lain turut terjejas. Ini disebabkan benarkah pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan PRU-13 masih setia untuk mengundi pakatan pembangkang pada PRU-14 nanti. Sedangkan, politik hari ini sudah menampakkan beberapa perubahan yang ketara sama ada dari segi aliran pemikiran mahupun corak permainan.

Serangan ke atas BN adalah tidak sebegitu kuat berbanding serangan ke atas PAS. Ini menyebabkan kumpulan tegar Pakatan Rakyat kini mulai mengundur apabila melihat penyertaan semula Dr Mahathir dalam politik Malaysia. Mereka beranggapan berlakunya konspirasi mantan ahli UMNO yang menyertai pakatan pembangkang dengan BN. Maka tidak menghairankan apabila sampai masa PRU-14 nanti, akan berlaku serpihan ahli Pakatan Rakyat yang bertanding melawan kembali pakatan pembangkang.

Mereka adalah kumpulan yang tidak bersetuju dengan hala tuju pakatan pembangkang hari ini. Mereka bukan ahli PAS mahupun UMNO atau BN. Mereka adalah pejuang sejati pembangkang yang tidak bersetuju dengan penerapan idealisme BN ke dalam pakatan pembangkang.

Jika ingin membuat perubahan perlu mendasari aspirasi generasi muda dan calon Perdana Menteri perlu daripada anak muda. Bukannya taksub kepada pemimpin yang sudah dikenali zamannya.

Ada di antara ahli Pakatan Harapan memberikan pendapat, bahawa PPBM tidak akan berfungsi tanpa adanya Dr Mahathir. Begitu juga PKR tidak akan berfungsi tanpa adanya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mahu tidak mahu, PPBM dan PKR perlu bersatu untuk menguatkan kedudukan blok Melayu dalam Pakatan Harapan.

Tetapi adakah dengan adanya gabungan ini akan mengurangi perselisihan faham antara ahli Pakatan Harapan. Apa yang penting adalah dasar agenda Melayu Islam perlu dikembalikan jika ingin mendapatkan sokongan Melayu Islam. Adalah sukar pada hari ini untuk melaksanakan Islamisasi ke atas Pakatan Harapan disebabkan adanya pertentangan dalam sesama kumpulan Harapan.

Islamisasi sebenarnya menguatkan perpaduan negara ini dan bukannya membawa perpecahan. Reformasi berjaya pada zaman Pakatan Rakyat kerana wujudnya Islamisasi. Inilah kelemahan utama dalam Pakatan Harapan hari ini.

Penulis adalah Pengerusi Biro Politik, Majlis Perundangan Melayu Malaysia
Akta Hasutan Tidak Bercanggah Dengan Perlembagaan Persekutuan

Akta Hasutan Tidak Bercanggah Dengan Perlembagaan Persekutuan

Dakwaan penggunaan Akta Hasutan 1948 untuk mendakwa individu sebagai melanggar Perlembagaan Persekutuan, disifatkan satu pemesongan fakta yang boleh mendatangkan implikasi besar terhadap sistem perundangan negara.

Pakar Perlembagaan yang juga Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, berkata dakwaan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram bercanggah Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan.

Sambil menyifatkan dakwaan itu silap faham terhadap sistem perundangan negara, beliau berkata, Perkara 162 secara jelas menyatakan setiap undang-undang digubal sebelum merdeka yang dikenali sebagai pre existing law masih terpakai dan akan terus beroperasi dalam negara ini.

Katanya, tiada sebarang permasalahan mengenai Akta Hasutan sama ada diluluskan sebelum atau selepas merdeka dan jika didapati peruntukan dalam akta itu bercanggah dengan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan yang kemudiannya dibawa ke perhatian mahkamah, mahkamah mempunyai kuasa memperbaiki akta berkenaan.

"la tidak perlu melalui Parlimen kerana mahkamah boleh memasukkan apa juga peruntukan dan memodifikasikan akta itu.
"Ini bermakna jika mahkamah dihadapkan dengan persoalan sama ada sesuatu akta itu bercanggah dengan Perlembagaan ataupun tidak, ia perlu ditentukan mahkamah itu sendiri.

"Akta ini juga sudah disemak jawatankuasa dan pesuruhjaya penyemakan undang-undang melalui peruntukan mengikut Akta Penyemakan Undang-Undang 1968
pada 1969.

"Kesan daripada penyemakan ini membabitkan pertukaran perkataan ordinan kepada akta.

Pindaan dibuat pesuruhjaya

"Cadangan atau pindaan dibuat pesuruhjaya yang dilantik Yang di-Pertuan Agong dipersetujui jawatankuasa yang keanggotaannya adalah dalam kalangan mereka yang dilantik Ketua Hakim Negara iaitu Hakim Mahkamah Persekutuan," katanya, semalam.

Minggu lalu, Sri Ram yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perbicaraan kes liwat kedua 2014 dilaporkan berkata, hanya

Parlimen mempunyai kuasa untuk mengenakan sebarang sekatan ke atas kebebasan bersuara kerana Akta Hasutan adalah undang-undang sebelum merdeka.

"Akta Hasutan adalah undang-undang sedia ada. Ia elok-elok sahaja. Awak boleh tampalnya di dinding. Tetapi awak tak boleh dakwa sesiapa menggunakannya kerana ia bukan undang-undang digubal Parlimen," katanya yang dipetik daripada laporan sebuah portal berita.

Mengulas lanjut, Shamrahayu berkata, apabila undang-undang disemak, ia akan diwartakan.dan menjadi satu undang-undang yang sah walaupun tidak melalui proses
di Parlimen, malah undang-undang itu pernah dipinda pada 1971 susulan tragedi 13 Mei 1969.

Beliau berkata, dakwaan Sri Ram itu lebih kepada motif menekan kerajaan mengiktiraf akta berkenaan sebagai tidak sah.

"Dakwaan seperti itu tidak seharusnya berlaku kerana Akta Hasutan sangat diperlukan untuk menjamin keharmonian kaum, agama, hubungan antara negeri dalam Persekutuan, menghormati institusi utama negara seperti mahkamah dan demokrasi.

"Akta ini mempunyai pelbagai manfaat kepada rakyat dan kenyataan itu boleh memesongkan fahaman rakyat terhadap sistem perundangan negara, sekali gus bercanggah dengan Perkara 162 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Shamrahayu A Aziz
Pensyarah Kuliyah Undang-Undang UIAM

Tuesday, 23 January 2018

Sungkyunkwan Scandal Actor Jun Tae-soo Bies

Sungkyunkwan Scandal Actor Jun Tae-soo Bies

Jun Tae-soo, the younger brother of actress Ha Ji-won, died Sunday after reportedly battling depression.

The actors’ agency Haewadal Entertainment on Sunday released a statement addressing his untimely death. It read, “Jun passed away on Sunday at the age of 33. He was being treated for depression and had recently been in discussions for his next project as an actor, as his condition seemed to improve.”

The agency also stated that Jun’s family plans to hold a private funeral attended only by families and close acquaintances, requesting the media refrain from covering Jun’s funeral. The location of the ceremony was not revealed.

The younger brother of actress Ha Ji-won gained public recognition for his role in KBS2’ hit series “Sungkyunkwan Scandal” in 2010. He also starred in dramas such as “All My Love,” “It’s Okay Daddy’s Girl” and most recently, “The King’s Daughter, Soo Baek-hyang.”-Star Online



Monday, 22 January 2018

Mat Sabu: Pembahagian kerusi PH di Sarawak selesai

Mat Sabu: Pembahagian kerusi PH di Sarawak selesai

KUALA LUMPUR: Pembahagian kerusi parlimen Sarawak dalam Pakatan Harapan (PH) yang menggabungkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), DAP, Amanah dan PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selesai sepenuhnya, kata Presiden Amanah yang juga Timbalan Presiden Pakatan Harapan Mohamad Sabu.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata setakat ini, proses pembahagian kerusi di Sabah masih lagi dalam peringkat rundingan.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan jumlah pengagihan kerusi diperuntukkan bagi setiap parti terlibat.

Majlis Presiden pakatan itu dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pembahagian kerusi tersebut sebelum pilihan raya umum berlangsung.

Pada PRU13, DAP menang 5 daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak iaitu di Bandar Kuching, Stampin, Sarikei, Lanang dan Sibu manakala PKR menang di Miri.

Pilihan raya umum lepas juga menyaksikan pembangkang menang 3 daripada 25 kerusi di Sabah, dengan DAP menguasai kerusi Kota Kinabalu dan Sandakan manakala PKR di Penampang.

Konvensyen PH pada 7 Januari lalu mengumumkan pengagihan kerusi parlimen untuk ditandingi parti komponen itu di Semenanjung Malaysia selesai, dengan PPBM akan bertanding 52 kerusi, PKR (51), DAP (35) dan Amanah (27). Keseluruhannya 165 kerusi.-Detik Daily
Umum PRU14 awal, senang nak balik mengundi, kata Bersih Shanghai

Umum PRU14 awal, senang nak balik mengundi, kata Bersih Shanghai

BERSIH Shanghai menggesa Putrajaya mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekurang-kurangnya dua bulan lebih awal agar rakyat Malaysia di luar negara sempat untuk pulang mengundi.

Kumpulan pendesak pilihan raya adil dan bebas itu berkata, pengumuman lebih awal akan membantu pengundi merancang perjalanan, mengambil kira kos dan masa yang sesuai untuk pulang ke tanah air.

Jelas badan itu, notis singkat tarikh pilihan raya melibatkan kos yang tinggi kepada pengundi kalau mereka sudah pulang ke Malaysia untuk perayaan Krismas dan sambutan tahun baru serta Tahun Baru Cina pada pertengahan Februari.

“Tidak semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara mempunyai kewangan yang stabil," kata Bersih Shanghai dalam satu kenyataan hari ini.

Bersih Shanghai ditubuhkan sejak perhimpunan Bersih edisi ketiga pada 2012, apabila ia mengadakan rapat umum di The Bund, lokasi tumpuan pelancong terkenal di bandar raya itu.
Pada PRU13, ia menggerakkan kempen "pulang mengundi" dan kemudian menganjurkan kempen Bersih 4 peringkat dunia.

Mengambil contoh United Kingdom yang mengumumkan tarikh pilihan raya lapan minggu lebih awal, Bersih Shanghai berkata pengumuman awal juga membolehkan pengundi merancang cuti semasa cuti sekolah 17 hingga 25 Mac.

Selain pengumuman awal tarikh pilihan raya, Bersih Shanghai juga menuntut syarikat penerbangan tempatan, Malaysia Airlines dan AirAsia memberikan tawaran khas tiket kapal terbang kepada rakyat Malaysia yang balik untuk mengundi.

Kenyataan itu menyebut ada 20,000 rakyat Malaysia di China dengan 8,000 daripadanya di Shanghai.

Sementara itu, Bersih Shanghai menggesa rakyat Malaysia yang berada di luar negara cuba sedaya upaya balik ke negara untuk mengundi walaupun kerajaan menyediakan kemudahan undi pos.

“Suruhanjaya Pilihan Raya memperkenalkan undi pos kepada rakyat Malaysia di luar negara pada pilihan raya lalu.

“Bagaimanapun proses pengiraan undi dijalankan secara tertutup tanpa pemerhati,” kata kenyataan itu.

Sunday, 21 January 2018

Tok Pa Bapa Pembangunan Kelantan

Tok Pa Bapa Pembangunan Kelantan

KELANTAN-Sejak pentadbiran negara di ambil alih Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini negeri yang diperintah PAS puluhan tahun lalu terus menerima layanan istimewa malah tidak pernah berlaku pada masa mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Boleh dilihat dan dinilai rakyat Kelantan sendiri pembangunan yang sedang rancak itu adalah hasil hubungan baik kerajaan negeri dengan persekutuan semasa Najib perdana menteri.
Datuk Seri Mustapa Mohamed(Tok Pa)

Tidak hairanlah dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini, rakyat Kelantan mulai sedar bahawa negerinya sedang melalui proses transformasi dalam pelbagai aspek menerusi limpahan projek infrastruktur berimpak tinggi yang dibawa masuk oleh kerajaan Persekutuan.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), sebanyak RM5.36 bilion diperuntukkan untuk me­laksanakan 715 projek pemba­ngunan di Kelantan.

Manakala dibawah RMK-11, pula peruntukkan tersebut bertambah dua kali ganda iaitu RM12.91 bilion bagi membiayai 338 projek pembangunan di seluruh negeri.

Dan rakyat mendapat limpahan rahmat tersebut dapat dirasai apabila sebanyak 16 projek berimpak tinggi sedang dilaksanakan di negeri itu dengan peruntukan sebanyak RM2.81 bilion.

Selain itu, terdapat tujuh lagi projek berimpak tinggi akan dilaksanakan bermula tahun depan dengan
peruntukan sebanyak RM1.18 bilion.

Ini tidak termasuk projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bernilai RM5 bilion daripada keseluruhan kos RM55
bilion bagi pembinaan landasan 70 ki­lometer dan lima buah stesen.

Antara projek berimpak tinggi yang sedang dalam pembinaan ialah:

1) Lebuh Raya Kota Bharu – Kuala Krai

2) Jalan Bypass Pasir Mas

3) Persimpang­an bertingkat lintasan kereta api Tanah
Merah

4) Pemuliharaan Landasan Pantai Timur

5) Pembinaan kampus Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Bachok dan Jeli

6) Hospital Kuala Krai

7) Hospital Bachok

8) Ibu pejabat Polis Daerah Pasir Mas

9) Bangunan Gunasama Tunjong

Projek yang bakal dilaksanakan ialah:

1) Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra

2) Jejambat bulatan Wakaf Bharu

3) Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ketereh

4) MRSM Tanah Merah

5) Jalan baharu di Tanah Merah.

Dan semua ini tidak akan datang bergolek jika tiada penggeraknya. Ini adalah kerja kuat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed(Tok Pa) yang mahu memastikan Kelantan tidak terus ketinggalan dari negeri-negeri di Pantai Barat.

Berdasarkan sumbangan tersebut, Ahli Parlimen Jeli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas
layak digelar ‘Bapa Pembangunan Kelantan’.

Walaupun tidak menang dalam pilihan raya, Barisan Nasional (BN) tetap mengotakan janji dibuat dan ini sebenarnya adalah hasil permintaan Mustapa yang ingin melihat Kelantan maju sebagaimana negeri lain.

Rakyat Kelantan patut berterima kasih kepada Tok Pa, kerajaan Persekutuan dan Negeri kerana hubungan baik yang dijalin kini membawa manfaat besar kepada keseluruhan rakyat.-HOT KELATE
HASUT: Pemimpin Politik Pujaan Tidak Tanggung Kebajikan Keluarga Kiranya Dibuang Kerja

HASUT: Pemimpin Politik Pujaan Tidak Tanggung Kebajikan Keluarga Kiranya Dibuang Kerja

Medium media sosial kini berkembang pantas seiringan perkembangan teknologi semasa. Dari komputer, tablet, sampai telefon pintar layar sentuh, kemajuan teknologi di bidang komunikasi tidak terbatas disitu sahaja malah sentiasa kehadapan dengan pelbagai kemudahan yang menyenangkan pengguna.

Banyak sekali manfaat dari kemajuan teknologi untuk pengguna media sosial boleh di guna pakai untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Hasutan berpunca tidak takut api neraka

Dengan teknologi yang ada kini penyebaran sebarang maklumat atau berkongsi pengetahuan tidak lagi sulit kerana teknologi telah membuatnya menjadi lebih cepat, lebih mudah, dan lebih singkat.

Tidak hairanlah sesetengah individu tidak beretika sentiasa melebarkan fitnah dan hasutan kepada individu lain dan kerajaan.

Sikap suka berkongsi maklumat apa sahaja tanpa tabayun atau tanpa menyelidik sumber sama ada palsu atau benar juga menyumbang kepada kepesatan penyebaran fitnah dilaman sosial seperti Facebook, blog portal dan sebagainya.

Tindakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertindak memantau dan menyekat mana-mana blog/portal yang didapati memuatkan kenyataan berunsur fitnah adalah sangat baik sesuai dengan pengguna yang tidak takut api neraka.

Di bawah seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar maklumat atau berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Sesetengah individu akan menyalahkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menuduh kerajaan dan perdana menteri tidak faham demokrasi.

Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan untuk memecah belahkan orang ramai sebetulnya tidak layak menyebut demokrasi, kerana undang-undang diperlukan untuk menjamin keamanan dan kemakmuran masyarakat disesebuah negara demokrasi.

Bagi sesebuah negara yang memerintah dengan cara demokrasi undang-undang yang digubal pastinya meliputi seluruh bangsa atau kaum. Menurut Islam tiada sesiapapun yang terkecuali daripada pelaksanaan undang-undang.

Cara untuk mengelakkan dari dikenakan tindakan undang-undang adalah dengan tidak melakukan kesalahan, kerana punca kesalahan berpunca daripada individu sendiri.

Bagi penjawat awam haruslah berjaga-jaga, jika dibuang kerja tiada siapa antara rakan taulan akan menanggung kebajikan keluarga termasuklah pemimpin parti politik yang dipuja-puja.

-By Salma

Friday, 19 January 2018

Thursday, 18 January 2018

Tak Mahu PAS Menang Sekat Peruntukan

Tak Mahu PAS Menang Sekat Peruntukan

PAS Selangor tidak menolak kemungkinan akan menghadap Sultan Selangor minggu ini, sekiranya masalah pembekuan peruntukan kawasan kepada wakil rakyat mereka tidak diselesaikan dengan segera.

Menurut Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi, Pas Selangor akan meminta Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan mesyuarat dengan mereka bagi memperjelaskan mengapa peruntukan disalurkan kepada ahli parlimen dan Adun Pas telah disekat.

"Sekiranya Mohamed Azmin tidak dapat memberikan jawapan munasabah, kami merancang akan menghadap sultan," kata Sallehen seperti dipetik dalam China Press.

Akhbar ini difahamkan, pada Disember tahun lalu, sudah ada desas-desus menyatakan Kerajaan Selangor akan membekukan peruntukan kawasan yang disalurkan kepada semua 13 Adun Pas Selangor dan lima penyelaras Dun.

Pada awal bulan ini, khabar angin itu dikatakan menjadi kenyataan apabila 13 Adun Pas dan lima penyelaras Dun berkenaan, telah diberitahu semua peruntukan mereka dibekukan kerajaan negeri ketika mereka menghantar permohonan.

Menurut Sallehen, beliau diberitahu oleh Bendahari Selangor bahawa segala peruntukan kawasan kepada wakil rakyat Pas negeri dan penyelaras Dun telah disekat, dan adalah dipercayai arahan itu daripada Mohamed Azmin.

"Sehingga hari ini, saya hanya diberitahu secara lisan dan belum menerima sebarang surat pemberitahuan secara rasmi," katanya.

Sallehen menegaskan, Adun Pas dipilih rakyat dan mereka adalah wakil rakyat, oleh itu, Kerajaan Selangor tidak patut melayani mereka sebagai parti pembangkang dengan membekukan peruntukan kawasan.-Sinar Harian
Mangsa Ragut Meninggal Dunia Selepas 8 Hari Dirawat

Mangsa Ragut Meninggal Dunia Selepas 8 Hari Dirawat

KOTA BHARU – Wanita mangsa ragut di Kampung Sri Rebana, Machang pada minggu lalu meninggal dunia hari ini selepas dirawat selama lapan hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.

Mangsa, Maria Erianty Zakaria, 40, menghembuskan nafas terakhir di samping keluarganya kira-kira pukul 9.22 pagi tadi.

Menurut suaminya, Mohd. Zairie Mohamad Zain, 48, dia redha dengan kehilangan isterinya meskipun begitu sedih dengan kejadian ini.

“Arwah isteri sepatutunya membuat pembedahan memasukkan tiub penafasan pada bahagian leher hari ini namun tidak kesampaian.

“Jenazah isteri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Hutan Rebana, Machang pada petang ini,” katanya di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan dua beradik ditahan orang awam selepas meragut beg tangan seorang wanita yang menunggang motosikal di Kampung Wek, di sini.- K! ONLINE

Wednesday, 17 January 2018

Petrol Naik Diesel Kekal

Petrol Naik Diesel Kekal

KUALA LUMPUR Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik 4 sen seliter manakala diesel kekal bagi tempoh 18 hingga 24 Januari.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga runcit petrol RON95 ditetapkan pada RM2.30 seliter manakala harga runcit petrol RON97 pada RM2.57.

Harga runcit diesel pula kekal pada RM2.32 seliter.
Langkah YB Datuk Mahfuz semakin sumbang

Langkah YB Datuk Mahfuz semakin sumbang

Oleh DR RIDUAN MOHD NOR

HUJAH dan dakwaan YB Datuk Mahfuz Omar terhadap Presiden PAS bahawa PAS adalah ‘oportunis politik’ begitu dangkal dan memualkan. Sikap beliau yang menyerang PAS selepas Muktamar Tahunan PAS tahun 2015 semakin menjadi-jadi sehinggalah beliau keluar PAS dengan sendirinya awal tahun ini. Beliau telah menunjukkan wajah dan warna beliau sebenar, bahawa beliau mahu menjadikan PAS sebagai musuh, bukan UMNO-BN. Mungkin kerana ‘terlajak berpolitik’ menjadikan beliau lebih emosi, kurang cerdik dalam penilaian dan gopoh dalam tindakan. Kini langkahnya selepas keluar PAS menjadi semakin sumbang, dan saya bimbang beliau akan tumbang.

Beliau mengambil sikap semberono dengan menembak membabi buta tanpa pemahaman yang sebenar, kajian mendalam dan mengetahui situasi yang berlaku. Sikap beliau yang mudah membuat kesimpulan serta menjadi ahli nujum yang meramalkan apa yang berlaku amat dikesali. Dalam keadaan bacaan politik semasa dan akan datang yang semuanya memerlukan kajian, angka dan fakta yang spesifik, beliau masih lagi menggunakan kaedah persepsi dan mengikut perasaan. Sepatutya ahli politik seperti beliau sudah bersara kerana strategi menyerang yang beliau gunakan telah ketinggalan zaman.

Kenyataan Presiden PAS bahawa PAS mensasarkan 40 kerusi Parlimen untuk dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke 14 dan akan menjadikan alat ‘tawar menawar’ bukanlah sesuatu yang pelik untuk diucapkan. Secara keseluruhannya, PAS bertanding di 130 buah kerusi parlimen seluruh negara, dan Presiden PAS meletakkan sasaran 40 buah kerusi Parlimen adalah amat realisitik dan dalam jangkaan. PAS bukan bercakap kosong dan ‘berangan-angan’ tinggi tanpa menyedari kenyataan. Kajian lapangan dari banyak pihak mendapati angka yang disebutkan Presiden PAS itu boleh terhasil dan diperolehi.

Dengan kemenangan 40 buah kerusi parlimen yang disasarkan, PAS akan menjadi penentu terhadap kerajaan yang akan dibentuk nanti. Oleh kerana PAS berjuang bersama Gagasan Sejahtera dan bukan Pakatan Harapan mahupun Barisan Nasional, PAS akan menjadi alternatif kepada kerajaan baharu kelak. Situasinya jika Pakatan Harapan atau Barisan Nasional kekurangan kerusi majoriti untuk membentuk kerajaan maka, PAS diperlukan bagi mencukupkan kerusi yang mereka perlukan untuk membentuk kerajaan. Ketika itu, pasti ada pihak yang terhegeh-hegeh mahu bertemu dan melutut pada PAS menagih simpati bersama dengan mereka. Tuan Guru Presiden PAS berpandangan jauh dengan meletakkan sasaran kerusi lebih awal sebagai tanda aras bahawa pada ketika itu nanti (jika mengikut jangkaan kerusi yang dimenangi), situasi sebegitu akan terjadi. YB Datuk Mahfuz boleh menggelakkan PAS ketika ini, tetapi jika usai PRU ke 14 keadaan itu berlaku, jangan pula tercengang dan malu sendiri pula.

Pandangan YB Datuk Mahfuz juga amat cetek dengan menyatakan bahawa PAS bukanlah sebuah parti pembangkang yang relevan untuk melawan rejim UMNO / BN dan menganggap PAS tidak lagi berprinsip. Sebenarnya beliau lupa, PAS lebih berprinsip dari mana-mana parti politik. PAS sanggup berjuang bersama Gagasan Sejahtera sebagai alternatif ketiga demi mengekalkan prinsip dan dasar perjuangannya. Dalam keadaan demikian, banyak parti dalam PH dalam diam cuba ‘menjalin hubungan’ dengan PAS agar mereka dapat mendapat sentuhan kekuatan PAS walaupun terpaksa tikam menikam sesama sendiri. Ini menunjukkan harga diri PAS begitu tinggi.

Soal yang dibangkitkan bahawa PAS tidak akan bersama PH jika PAS mendapat 40 buah kerusi Parlimen manakala PH atau BN tidak mendapat kerusi majoriti, siapa YB Datuk Mahfuz untuk menilai hati budi PAS? Dalam politik segalanya mungkin, tidak ada kawan dan musuh selamanya. Di sinilah nantinya YB Datuk Mahfuz akan mengetahui kecerdikan kepimpinan PAS kerana visi dan matlamat kami jauh lebih jauh dari politik jangka pendek. Demi Islam, Malaysia dan survival rakyat di negara ini PAS akan ‘meletakkan tawaran yang bermanfaat’ bagi memastikan Islam berdaulat, rakyat sejahtera dan negara Malaysia selamat dan aman selamanya dari pemimpin rasuah.-Detik Daily
KPKT perkenal peraturan rancang semula perumahan awam lama

KPKT perkenal peraturan rancang semula perumahan awam lama

PUTRAJAYA: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperkenalkan peraturan baharu bagi membolehkan kerajaan merancang semula perumahan awam yang berusia lebih 25 tahun.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata di bawah peraturan itu, perancangan pembangunan yang dilaksanakan bukan sahaja akan menjamin hak pemilik asal rumah, malah menyediakan mereka kediaman lebih baik termasuk dari segi bilik dan kemudahan lain.

Beliau berkata, peraturan berkenaan dirancang untuk dimasukkan di bawah Akta Perbadanan Pengurusan Perumahan Awam Negara yang kini sedang digubal atau pun digubal sebagai akta baharu.

"Contoh rancangan pembangunan semula ini adalah Residensi Kerinchi, yang suatu masa dahulu adalah rumah murah dan kemudahannya mungkin sesuai 30 tahun lalu.

"Ada beberapa kawasan yang sudah dikenal pasti tapi apa pun, kita akan buat akta dulu atau peraturan di bawah akta yang sedang kita gubal," katanya pada sidang media selepas menutup Konvensyen Perbandaran Negara 2018 di sini, hari ini.

Beliau berkata sebanyak lapan teras, 29 strategi dan 79 resolusi yang dihasilkan daripada konvensyen berkenaan akan dibawa ke Forum Bandar Dunia 2018 di ibu negara pada bulan depan.

Residensi Kerinchi yang siap pada Oktober 2016 bagi menggantikan Rumah Pangsa Kampung Kerinchi adalah kediaman moden bersepadu yang dibina khusus untuk penduduk awal yang mendiami kawasan Bukit Kerinchi.

Noh berkata, projek berkenaan berbeza dengan projek Datum Jelatek oleh kerajaan Selangor yang menawarkan pampasan kepada penduduk asal, namun penduduk tidak mampu membeli unit rumah berkenaan yang berharga lebih RM500,000 sehingga memaksa mereka tinggal di kawasan yang jauh dari bandar.

Mengenai kejadian seorang kanak-kanak yang maut selepas ditimpa sebuah kerusi pejabat yang dibuang dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pantai Dalam kelmarin, Noh berkata pendekatan baharu perlu dilaksanakan bagi mewujudkan kejiranan baik dan sikap tidak mementingkan diri.-Berita Harian
Driver Teksi Dan Penjual Nasi Lemak Zaman Mahathir Tidak Berpendidikankah?

Driver Teksi Dan Penjual Nasi Lemak Zaman Mahathir Tidak Berpendidikankah?

TERIMA KASIH kepada Mahathir kerana tolong mencerahkan keadaan sebenar di zaman beliau perdana menteri yang mana ketika itu uber belum lagi wujud yang ada hanya kereta sewa dan teksi.

Mahathir yang membayangkan kerajaan yang diketuai Datuk Seri Najib teruk sehingga bersangka buruk terhadap seorang siswazah menjual nasi lemak atau memandu uber kerana satu pekerjaan yang bukan menjadi kebanggaan diri dan negara.

Diluar konteks kebenaran, pada zaman beliau pemandu teksi, penjual nasi lemak adalah rakyat Malaysia yang tidak ada pendidikan, dan tidak boleh dibanggakan walaupun anak-anak pemandu teksi dan penjual nasi lemak telah berjaya memanjat di kedudukan yang mengharumkan nama negara.

Disi Allah tidak ada mustahil malah ada peneroka Felda yang kaya raya di atas usahanya, kekayaan dan kejayaan anak Felda sehingga mampu memiliki helikopter jika dia mahu bukanlah kerana pendidikannya sehingga ke universiti.

Mahathir juga sepatutnya maklum, wujudnya burger coner atau gerai-gerai burger di tepi jalan bermula dizaman beliau, dan adakah itu satu pentanda kehidupan zaman beliau perdana menteri rakyat tidak berpendidikan dan peluang pekerjaan yang setimpal dengan gelaran siswazah tidak banyak diwujudkan.

Jika itu di ambil kira, Mahathir sebenarnya gagal menyediakan peluang pekerjaan dan peluang pendidikan kepada rakyat terutamanya kepada Melayu yang dia kata mudah lupa.

Pada masa Mahathir perdana menteri rakyat Malaysia hanya belas juta, malah zaman Mahathir juga ramai rakyat jadikan pemandu teksi dan jual nasi lemak sebagai mata pencarian. Kalau itulah kemahuan Mahathir, pemandu teksi dan penjual nasi lemak pada masa itu sungguh rendah kedudukan pada negara.

Mahathir juga berjanji, andainya Pakatan Harapan (PH) memerintah negara. kerajaan PH akan menumpukan pendidikan anak muda dan akan memberikan peruntukan mencukupi kepada institusi dan universiti serta meningkatkan bidang pembangunan dan penyelidikan (R7D) sekiranya berpeluang memerintah negara kelak.

Janji Mahathir itu sepatutnya dilakukan semasa beliau perdana menteri selama 22 tahun, kerana pada masa itu orang muda begitu menyanjung beliau, namun sayangnya ketika Mahathir perdana menteri anak muda yang menceburi bidang pertanaian hanya mampu dibantu dengan subsidi baja cap dacing,.

Mungkin bagi Mahathir, orang yang tidak bergelar siswazah tidak perlu dibantu kerajaan diatas sebab mereka tidak berpendidikan tinggi malah bukan satu kebangaan diri dan pada negara.

Kata Mahathir, pengangguran di kalangan belia hari ini disebabkaan kegagalan kerajaan mengimbangi keperluan menyediakan pendidikan, latihan dan pelaburan dalam dan luar negara yang seimbang kepada rakyat negara ini.

Pengangguran dizaman Mahathir perdana menteri disebabkan apa pula?, atau disebabkan Mahathir terlalu sibuk ‘bil- out’ syarikat kroni sehingga terlupa kesengsaraan rakyat dan lupa mengimbangi pelaburan dalam dan luar negara. Mahathir mudah lupa…Hot Kelate 

Tuesday, 16 January 2018

Lima Kerusi Parlimen Selangor Dalam Senarai Persempadanan Semula

Lima Kerusi Parlimen Selangor Dalam Senarai Persempadanan Semula

Persempadanan semula kerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi Selangor menyaksikan hanya lima kerusi kawasan parlimen yang akan dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbanding 18 sebelum ini.

Berdasarkan kepada cadangan persempadanan semula kedua yang dipamerkan hari ini, lima kerusi parlimen yang terlibat ialah Tanjong Karang, Kuala Selangor, Gombak, Ampang dan Pandan.

Menurut cadangan pertama persempadanan semula SPR bagi Selangor, 18 kawasan parlimen akan terlibat termasuklah Selayang, Hulu Langat, Puchong, Kelana Jaya, Petaling Jaya Selatan, Petaling Jaya Utara, Subang, Shah Alam, Kapar, Klang, Kota Raja, Bangi dan Kuala Langat.

SPR juga mengambil keputusan untuk mengekalkan cadangan menamakan semula kawasan parlimen Serdang sebagai Bangi, namun menggugurkan cadangan menamakan empat kawasan parlimen lain.

Berdasarkan cadangan pertama, SPR akan menamakan enam kerusi dewan undangan negeri (Dun) Selangor, namun mengambil keputusan untuk menamakan hanya empat, Batu Caves (ditukar nama Sungai Tua), Chempaka (Pandan Indah), Bangi (Sungai Ramal), dan Teluk Datuk (Banting), dalam cadangan kedua.
Tanah Felda: Audit forensik, siasatan polis diteruskan – Najib

Tanah Felda: Audit forensik, siasatan polis diteruskan – Najib

16 Jan: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan audit forensik dan siasatan polis berhubung isu tanah milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di Jalan Semarak, di sini akan tetap diteruskan walaupun Felda telah mendapat kembali hak milik tanah itu.

“Alhamdulillah, tanah Jalan Semarak FELDA telah dikembalikan tanpa sebarang kos. Walaupun begitu, saya tegaskan bahawa audit forensik dan siasatan polis akan tetap diteruskan,” kata perdana menteri di laman Twitternya, hari ini.

Semalam, Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Samad mengesahkan Felda telah mendapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak daripada Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB), tanpa melibatkan apa-apa kos.

Pemilikan semula hak milik kesemua 16 plot tanah, yang melibatkan empat transaksi jual beli dilakukan pada Disember 2015 dan November 2016, diperoleh menerusi perjanjian persefahaman yang ditandatangani antara Felda dan SPSB di ibu pejabat Felda.

Pada 21 Dis lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.- Malaysian Times
Felda Dapat Balik Tanah

Felda Dapat Balik Tanah


FELDA mendapatkan kembali hak milik semua empat bidang tanah di Jalan Semarak Kuala Lumpur selepas satu perjanjian persefahaman ditandatangani antara FELDA dan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).

Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, rentetan daripada usaha yang dilaksanakan oleh FELDA, pihak pemaju, SPSB hari ini secara sukarela bersetuju mengembalikan hak milik kesemua 16 lot tanah itu kepada FELDA tanpa kos dan telah menyerahkan kesemua suratan hak milik hartanah tersebut untuk didaftarkan semula ke atas nama FELDA

"Walau bagaimanapun, laporan polis yang telah dibuat pada 12 Disember 2017 dan 28 Disember 2017 mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) tidak akan ditarik balik.

"Audit forensik yang sedang berjalan juga akan diteruskan bagi mengenal pasti jika terdapat salah Iaku dalam transaksi terbabit," katanya pada sidang media perkembangan terkini Tanah FELDA di Jalan Semarak di Menara FELDA, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut beliau, walaupun isu pemindahan tanah ini hanya diketahui umum sejak 21 Disember 2017 tetapi FELDA telah mengambil langkah yang perlu untuk mendapatkan semula tanah yang telah dipindah milik seawal Januari tahun lalu.

"Selain itu, Projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang sedang berjalan di tanah itu juga akan diteruskan dan FELDA serta SPSB berunding semula bagi penambahbaikan ke atas pelaksanaan perjanjian pembangunan itu demi kebaikan kesemua pihak.

"FELDA turut akan memastikan bahawa segala proses dan prosedur pengembalian tanah ini serta proses-proses Iain dalam Projek KLVC akan menurut tatacara tadbir urus korporat yang baik dan berintegriti," katanya.

Pada 12 Disember lalu, FELDA membuat laporan berhubung kemungkinan berlaku penipuan dalam urusan penukaran hak milik tanah miliknya di Jalan Semarak, oleh syarikat Synergy Prominade Sdn Bhd.

Kes disiasat sebagai penipuan dan pemalsuan dokumen mengikut Seksyen 420 dan 471 Kanun Keseksaan.

Pada 21 Disember lalu, media melaporkan FELDA berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak di sini yang dianggarkan bernilai lebih RM200 juta apabila dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi diragui sejak 2015.

Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh (full power of attorney) bagi membangunkannya.-myMetro

Monday, 15 January 2018

Ex-soldier’s dying wish: Get back my Proton Saga

Ex-soldier’s dying wish: Get back my Proton Saga


The Star Malaysia15 Jan 2018
SUNGAI PETANI: The family of a retired soldier who won the first model of the Proton Saga for giving the national car its name in 1985 wants to fulfil his final wish.

Saga 
Ismail Jaafar, 71, who died of complications at his home here on Friday, had made an impassioned plea to his family to trace the Proton Saga, which he had sold off.

As of now, chances are that the late ex-ar- my staff sergeant’s wishes won’t be met. The current owner doesn’t want to part with the car.

The septuagenarian’s widow, Sariah Abdul Rahman, 69, said Ismail loved the car “very much” but was forced to sell it to help pay for his children’s studies and housing loan.

“About seven years ago, the children tried to find the owner but were unsuccessful,” Sariah told reporters at the family home in Taman Nuri Jaya near here yesterday.

So, to please him, the couple’s youngest daughter Siti Sarismahaniza bought him a Proton Gen2 with the same registration number as his original Proton Saga. Sarismahaniza died in 2016.

Another daughter, Siti Sarismahanim, 37, said they were later informed that the car had been found – in Pendang – and managed to track down the owner.

“However, the owner does not want to part with the car as he has been using it for so long. But we still want to try our best to fulfil our father’s last wish,” she said.

The name Proton Saga was selected from among 102,823 entries 33 years ago. — Bernama
Jantan Myanmar Pecah Permis Judi

Jantan Myanmar Pecah Permis Judi

IPOH: Tiga lelaki warga Myanmar ditahan, selepas memecah masuk sebuah kedai menjual nombor ramalan di Jalan Besar, Menglembu di sini awal pagi tadi.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 20 hingga 30 tahun sebelum itu dikesan berusaha memotong peti besi mengandungi wang simpanan di premis terbabit tetapi gagal.

Mereka ditahan jam 1.30 pagi selepas sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh yang menyerbu lokasi terbabit.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby, berkata polis menerima maklumat daripada pengurus premis berkenaan memaklumkan berhubung kejadian itu pada jam 11.30 malam.

Katanya, pemeriksaan dijalankan anggota cegah jenayah di lokasi kejadian di hadapan premis bagaimanapun tidak menemui sebarang kesan pecah sebelum anggota terbabit membuat pemeriksaan belakang dan mendapati pintu premis dalam keadaan terbuka.

"Siasatan awal mendapati mangsa menerima isyarat penggera daripada kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan menerusi telefon bimbitnya dan mendapati dua kelibat lelaki memecah masuk ke dalam kedai berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian mendapati peti besi yang menyimpan wang perniagaan dipotong manakala alat perakam CCTV dibuang ke dalam tong air dalam premis dan wayar elektrik turut dipotong," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mohd Ali berkata, pemeriksaan polis di premis berkenaan mendapati semua suspek melarikan diri ke tingkat atas kedai terbabit.

"Ketiga-tiga suspek berjaya ditahan sebelum dibawa ke IPD Ipoh untuk tindakan lanjut.

"Turut dirampas pelbagai alatan digunakan untuk pecah rumah," katanya.

Beliau berkata, kerugian mangsa bagaimanapun belum dikenal pasti dan kes disiasat mengikut Seksyen 451 Kanun Keseksaan.

tamat.
Manifesto PH Untuk Mahathir Jadi PM 2 Musim

Manifesto PH Untuk Mahathir Jadi PM 2 Musim

KUALA LUMPUR, 15 Jan: Pakatan Harapan bercadang untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada hanya dua penggal selain mengasingkan jawatan Menteri Kewangan daripada portfolio Perdana Menteri.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata cadangan itu merupakan antara manifesto pakatan pembangkang sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14.

Gabungan longgar pembangkang itu akan turut mencadangkan pelantikan Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara mesti melalui parlimen dahulu dan bukannya lantikan atas nasihat perdana menteri, katanya semasa majlis pelancaran rasmi PPBM Bahagian Setiawangsa di sini semalam.

Sementara itu ketika berucap, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga perdana menteri Malaysia selama 22 tahun, berkata perjuangan PPBM ialah untuk 30 juta rakyat Malaysia.

“Setiap rakyat berhak memilih pemimpin mereka melalui cara demokrasi. Sekiranya Pakatan Harapan tidak bersatu hati, kita tidak akan mampu bersaing dalam PRU14 akan datang,” katanya.

Pada sidang akhbar selepas pelancaran PPBM Setiwangsa itu, Dr Mahathir berkata beliau telah membuat keputusan untuk hanya bertanding di antara tiga kerusi dicadangkan iaitu Parlimen Putrajaya, Langkawi atau Kubang Pasu.

“Terima kasih (Datuk Seri Mohamed) Azmin (Ali) atas pelawaannya untuk saya bertanding di Gombak,” katanya merujuk pelawaan Menteri Besar Selangor yang bersedia memberi laluan kepada Pengerusi PBBM itu bertanding di Parlimen Gombak.-TMI
Terowong Dasar Laut: Tempoh Reman ‘Datuk’ dilanjut 5 hari

Terowong Dasar Laut: Tempoh Reman ‘Datuk’ dilanjut 5 hari

PUTRAJAYA, 15 Jan: Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini membenarkan tempoh reman dua pemimpin syarikat bergelar ‘Datuk’ dilanjutkan lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Mereka ialah pengarah eksekutif kanan sebuah syarikat konsortium berusia 59 tahun dan seorang timbalan pengerusi sebuah syarikat pembangunan hartanah, 50.

Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan perintah reman terhadap dua lelaki berkenaan sehingga 19 Jan.

Pada 9 Jan, kedua-dua lelaki itu ditahan secara berasingan iaitu di sini dan Pulau Pinang dan kemudian direman enam hari bermula 10 Jan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya dan Mahkamah Majistret George Town.

Penahanan kedua-dua lelaki itu adalah susulan serbuan SPRM di beberapa pejabat kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), Pulau Pinang dan beberapa syarikat berhubung siasatan projek pembinaan terowong dasar laut itu.

SPRM dilaporkan menyerbu pejabat Jabatan Kerja Raya di Sungai Pinang, pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, pejabat Tanah dan Galian serta Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di Komtar.

Serbuan itu dilakukan susulan aduan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan.

Pada 5 Jan lepas, Huan membuat laporan dan menyerahkan bukti baharu berhubung projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion itu kepada SPRM di Putrajaya bagi menyiasat sama ada wujud unsur salah laku atau rasuah dalam pembidaan projek itu.

Projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan utama itu dianugerahkan kepada Consortium Zenith Construction, yang terdiri daripada beberapa syarikat.

Sebelum ini, projek itu mencetuskan pelbagai kontroversi antaranya berhubung kos kajian kebolehlaksanaan yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran melibatkan pertukaran tanah kerajaan negeri serta pelaksanaannya dibantah penduduk negeri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.
Najib Pesan Sokong Kerajaan

Najib Pesan Sokong Kerajaan

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan berita baik meliputi empat perkara yang memberi manfaat kepada kira-kira 123,000 pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata kerajaan akan memperuntukkan RM3 juta untuk Tabung Amanah Warisan Polis setiap tahun selama tempoh tiga tahun bagi membantu kebajikan pesara dan keluarga mereka, memperuntukkan kuota khas haji, sebahagian daripada 10,000 unit skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)-PDRM akan dikhaskan kepada pesara polis dan kemudahan penyaluran bantuan kepada mereka menerusi Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis.

Bilangan kuota khas haji untuk pesara polis itu akan umumkan perdana menteri selepas kerajaan mendapat jumlah kuota keseluruhan daripada kerajaan Arab Saudi.

"Selepas itu saya akan beritahu timbalan perdana menteri dan ketua polis negara berapa jumlah untuk dikhaskan kepada pesara-pesara," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan lebih 5,000 pesara polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga menteri dalam negeri, dan ketua polis negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Najib berkata Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis akan disusun semula dan cawangannya akan dibuka di setiap negeri bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada pesara polis.

"Kesemua ini bukanlah nilai kepada perjuangan pesara kerana sumbangan anda tidak ternilai dalam menjaga agama, bangsa dan negara," katanya.

Najib turut meminta ketua polis Negara mengenal pasti pesara yang tertinggal daripada mendapat pengiktirafan atas jasa yang dilakukan selama ini.

"Bukanlah mereka berjuang kerana nak pingat, tetapi mereka inginkan pengiktirafan daripada negara," katanya.

Dalam pada itu, Najib mengingatkan pesara supaya terus menyokong kerajaan sedia ada bagi membolehkan negara menuju ke puncak kejayaan.

Beliau berkata pesara dan rakyat tidak seharusnya membuat perhitungan yang salah dengan memilih pihak tanpa ideologi serta tidak memikirkan perjuangan agama, bangsa dan negara.

"Tanah air inilah sahaja yang ada pada kita, perjuangan yang dulu pasukan keselamatan lakukan janganlah disia-siakan... banyak lagi yang ingin kita (kerajaan) lakukan," katanya. — Bernama
Janji BN Jika Dapat Tawan Selangor

Janji BN Jika Dapat Tawan Selangor

PETALING JAYA - Taska dan tadika akan ditempatkan di setiap kediaman strata kos rendah dan sederhana rendah di Selangor jika BN berjaya mentadbir semula negeri itu pada PRU14, kata Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata ia bertujuan memberi kemudahan kepada generasi muda yang baru berkahwin dan mempunyai anak yang masih kecil untuk menghantar anak mereka ke taska dan tadika di kawasan kediaman masing-masing.

"Kita akan selaraskan konsep seperti taska dan tadika oleh Kemas (Jabatan Kemajuan Masyarakat) yang disediakan di blok perumahan dan kosnya agak murah kerana ditanggung kerajaan," katanya selepas melancarkan Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di sini, hari ini.

Terdahulu, Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata kementeriannya meluluskan peruntukan kira-kira RM6 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara kemudahan perumahan di Mentari Court di sini yang didiami kira-kira 15,000 penduduk.

Turut diluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi memasang alat perangkap nyamuk yang menggunakan tenaga solar iaitu 'Integrated Mosquito Management' bagi menangani kes denggi di kawasan Lembah Klang terutamanya di Selangor yang dikatakan merekodkan kes tertinggi.

Noh mendakwa kerajaan negeri Selangor dilihat masih gagal menangani kes denggi dan sehubungan itu kerajaan persekutuan bersedia membantu.

"Pada dasarnya kerajaan telah bersetuju meluluskan RM10 juta tetapi pada peringkat pertama diberikan RM1 juta dahulu. Apabila melibatkan kesihatan, kita (kerajaan persekutuan) bantu tidak pilih parti,"katanya.- Bernama.
A Man Plunged 150ft To His Death After Jumping Off A Rock To Pose For A Photo

A Man Plunged 150ft To His Death After Jumping Off A Rock To Pose For A Photo

A 39-year-old Turkish man, who jumped in the air to pose for a birthday photo on top of the historic Urfa Castle in Southern Turkey, lost his footing and plunged 150 feet to his death this week.

The unfortunate incident, captured on video, shows the man leaping off a rock to get a "jump shot" photo. As he lands on the ground, he stumbles sideways and rolls off the cliff edge.

The footage shows the man, identified as Halil Dag, stumbling, then falling head-over-heels toward the edge of a cliff while scrambling to grab on to something.

His horrified friends, who were taking the video, trying to capture his jump shot, tries to rush over to grab Halil, but they fail to reach him in time.

A CCTV video which captured Halil's fall to his death, shows him bouncing off the sheer cliff in an avalanche of crumbling rocks and smashing into the ground near a Kurdish restaurant
Dc03

He was rushed to hospital where he died shortly after

He leaves behind eight children.

His body was handed over to his grief-stricken family, before being interred at the local Abdurrahman Dede Cemetery, according to The Asian Age.

You can watch the mobile video that was shot by his friends:

He was rushed to hospital where he died shortly after

He leaves behind eight children.

His body was handed over to his grief-stricken family, before being interred at the local Abdurrahman Dede Cemetery, according to The Asian Age.

You can watch the mobile video that was shot by his friends:-SAYS



Malays Are Left Behind Because We Always Try To Find The Easy Way Out, Says Dr M

Malays Are Left Behind Because We Always Try To Find The Easy Way Out, Says Dr M

Dr Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan's candidate for the Prime Minister, in his Vision 2020 forum in Cyberjaya on Friday, 12 December, had some tough words to share about the Malay culture

Speaking at the Forum, the former Prime Minister expressed sadness over the Malay culture that he said had become a major stumbling block in Malaysia's journey to be a developed country by 2020, which was his vision for the country as part of the Malaysian ideal he introduced during the tabling of the Sixth Malaysia Plan in 1991.

Saying that while Malays are as capable as the Europeans and the Japanese, he said that it's the Malay culture that remains a problem

"We the Malays can achieve success with our capability but we are found to be not so hardworking and sometimes not so trustworthy.

"We do not want to do complicated work. We always try to find the easy way out, that is why we are left behind. We like it when there is less work despite a high pay.

"It is not because we cannot (carry out duties) but because we do not want to, that is the problem," Dr Mahathir said while adding that it shows how we lack commitment.


Comparing the Malays and the Japanese, he said the Japanese took pride in their work and had a "strong sense of shame"

In Comparision, among the Malays, there is less sense of shame, Dr Mahathir said, while adding that Malays should heed lessons from the situation in Japan in 1961.

It was the time when the Japanese worked hard to rebuild their nation.

"They were paid just with fistfuls of rice and soy sauce at the time, and they were able to make Japan great again after the country was ruined in war. It's in their culture to work hard and produce great results for others to admire," Dr Mahathir said during his speech at the Forum, as reported by The Malaysian Insight.

He also said that even if Malays do bad work, it is okay (for us).

But the same is not true for Japanese, who would be ashamed to go home if they did less work and were less productive than their peers, he added.


What do you think about Dr Mahathir's criticism of the Malay culture? You can share your thoughts in the comments below.-SAYS



Sunday, 14 January 2018

Cara Buat Gmail Terkini

Cara Buat Gmail Terkini

KETIKA mula-mula berjinak dengan dunia blogger pada 2007, saya sangat jahil untuk memahami pengaturan walaupun berjaya membinanya.

Okay, Sejujurnya saya mohon kepada anda klik iklan di blog ini, dengan cara itu anda telah menyumbang beberapa sen tanpa mengeluarkan duit poket, dan hasil itu membantu saya membayar bil internet...terima kasih kerana klik..semuga Allah membalas jasa baik tuan/puan.

Tidak seperti tanggapan sebahagian orang, membina sebuah blog berasaskan blogspot tidaklah sesukar yang difikirkan.

Cukuplah dengan ada Gmail

Kali ini saya akan tunjukkan cara-cara bagaimana bina sebuah blog peribadi pertama anda.

Anda perlu memiliki gmail.- Untuk langsung klik CARA DAFTAR GMAIL terkini

Cara daftar Gmail terkini, ikut cara yang dijelaskan .. lihat screenshot DIBAWAH dan baca penerangan bertulis.





Cara daftar gmail, ikut cara yang dijelaskan ..

1-Name-Masukkan apa-apa nama, eloknya nama yang mudah diingati atau nama anda sendiri

2-Choose your username-Masukkan apa-apa nama/perkataan , CONTOHNYA, nasikerabubasi.jika sudah ada individu lain menggunakan nama atau perkataan yang anda masukkan, boleh tukar dengan nama atau perkataan lain.

3-Create Password, eloknya yang mudah diingati

4-confirm your password-masukkan sekali lagi password yang sama

5-Birthday- pilih tarikh lahir. lebih baik pilih tarikh lahir anda sendiri

6-Gender-pilih jenis kelamin anda, laki-laki/perempuan

7-Mobile phone- masukkan nombor telefon bimbit

8-Your Current email address- masukkan email(Gmail) yang anda sedia ada, tujuan untuk memudahkan jika lupa password.

9-Location - Pilih Malaysia kalau negara anda Malaysia

Jangan lupa klik Next Step


Seterusnya anda akan di maklum ' Privacy and Terms' elok baca terlebih dahulu, jika tidak ingin membacanya, skrol dengan cara klik di bulatan biru, selepas daripada itu klik I AGREE pada kotak biru -lihat screenshot dibawah.


Seterusnya anda akan di WELLCOME oleh gmail dan anda harus klik CONTINUE to GMAIL


Akhirnya anda klik NEXT -lihat screenshot dibawah



Kini amda boleh guna akaun email yang didaftarkan...

Bertemu lagi pada siri seterunya iaitu cara-cara bina blog-..sekarang pukul 4:32 pagi hari Ahad



Bagaimana Cari Keyword NICHE

Bagaimana Cari Keyword NICHE


Maksud NICHE - Tempat atau kedudukan yang sesuai, ruang ceruk di dinding, untuk meletakkan gantungan perhiasan atau tempat letak arca.

Dalam dunia perniaga online NICHE menjadi sebutan popular bagi pemilik/blog /portal yang memasarkan produk mereka melalui iklan online.

Malah penulis blog/portal juga turut mementingkan key word NICHE sesuai dengan artikel yang ingin disiarkan.

Sebelum memasarkan produk melalui iklan online, pastinya iklan itu menyatakan kelebihan produk, nama dan sebagainya.

Contoh- Nama gelaran produk 'mesin' cuci , yang mana satukah NICHE?

sebagai contoh untuk mudah faham,... Adakah NICHE pada 'mesin' atau 'cuci', sebenarnya NICHE ada pada 'cuci', ini bermakna 'mesin' bukan NICHE. Begitulah lebih kurangnya.

Kebanyakan pengguna sekiranya mencari produk mesin cuci pakaian mereka akan cari di carian Google dengan menaip perkataan (keyword) contoh 'mesin basuh pakaian jenama Singer'. NICHE ada pada 'basuh dan pakaian', Jika cari dengan perkataan mesin basuh pastinya akan dapat maklumat pelbagai jenis jenama mesin basuh termasuk mesin cuci mangkuk pinggan dan perkhidmatan berkaitan membaiki mesin.

Jika mencari di carian Google dengan menaip 'mesin basuh pakaian jenama Singer' pasti akan sampai terus kepada nama produk Singer. Kiranya taip perkataan 'mesin' di carian Google, pasti sekali akan terlihat pelbagai jenis mesin termasuk mesin rumput, mesin jahit dan lain-lain. Kirannya cari dengan perkataan Singer, akan terlihat logo Singer, silap-silap akan keluar gambar penyanyi.,, kih kih kih.

Letak dimanakah keyword NICHE?
Keyword NICHE terbaik di letak pada tajuk artikel/iklan produk yang hendak di pasarkan secara online.

Contoh- MESIN BASUH SINGER MURAH
Tajuk sangat tidak elok panjang, kerana tajuk panjang tidak mesra SEO (Search engine optimization), kebanyakan pencari maklumat di search engine seperti google dan lain-lain, akan menaip sekitar empat atau lima patah perkataan.

Di url artikel/iklan nanti akan kelihatan seperti http://jualmesinbasuh.blogspot.com/2017/08/mesin-basuh-singer-murah.htm bagi pengguna blog spot domain percuma. Manakala domain dotcom atau dotmy juga mesti utamakan tajuk pendek.

Dalam tulisan atau penerangan barkaitan produk atau berita juga dikira, namun pada tajuk adalah terbaik.Segalanya bergantung kepada kebijakkan anda sendiri.

Banyak orang sangka, perniagaan produk di internet hanya cukup membina portal/blog dan memasukkan gambar-gambar produk serta dengan penerangan berkaitan produk yang ditawarkan.

Selepas itu membiarkan begitu sahaja tanpa berusaha terus dengan menulis hal-hal berkaitan produk, seperti pemasaran, cara guna pakai dan sebagainya.

Setiap portal/blog yang dibina sama ada untuk berita atau jualan online, pemilik mesti aktif update setiap hari dengan satu atau dua berita, dan memasarkan blog dengan cara letak link pada laman sosial lain seperti Facebook dan sebagainya.

Penulis hanya memaklumkan apa dipelajari dengan beberapa orang kawan yang lebih arif dalam bidang SEO.

Kalau malas, blog itu akan mati dan tidak dikunjungi malah segala usaha dan penat lelah akan sia-sia.

Saturday, 13 January 2018

Facebook move will play out in long-term: analysts

Facebook move will play out in long-term: analysts

Facebook's move to highlight posts from friends and family over those from brands and publications follows months of turmoil for the social network and will result in lower advertising revenue -- at least in the short-term, analysts said.

Facebook founder and CEO Mark Zuckerberg announced the shift in the configuration of the News Feed on Thursday, saying it would reduce engagement by users at first but would lead to their improved "well-being."

While Zuckerberg described the move as being designed to bring people closer together and foster more "meaningful social interactions," analysts noted that it comes amid criticism of the world's leading social network on various fronts.

Facebook has been under fire for months for the proliferation of Russian-created "fake news" on the platform that may have impacted the 2016 presidential election.

Zuckerberg initially scoffed at the suggestion Facebook had been used as a Russian propaganda tool, before acknowledging that mistakes had been made and promising to do better in 2018.

Facebook revealed in September that "inauthentic" accounts created in Russia had purchased advertising on the site designed to increase tensions during the election campaign.

A USA Today/Suffolk University poll published in October found that Americans believed by a two-to-one margin that Facebook should have done more to identify and reveal the Russian ads.

In September, in another blow for the social network, ProPublica reported that Facebook's ad-buying platform could be used to deliver ads to users who identify as anti-Semites.

Facebook said it quickly shut that capability down.

The company also took a number of steps to eliminate graphic or violent content on the site following several incidents, including the live-streamed murder of a young girl in Thailand.

A USA Today/Suffolk University poll published in October found that Americans believed by a two-to-one margin that Facebook should have done more to identify and reveal the Russian ads.

- 'More social and less media' -

Despite some turbulence, Facebook appears to have weathered the storms so far.

A study published in August by NetBase found that Facebook is still the preferred brand of Internet users.

In September, the latest month for which figures are available, Facebook's total number of users was up 16 percent over a year earlier to 2.07 billion.

And while Facebook suffered on the stock market on Friday -- its shares lost 4.47 percent -- analysts said they did not expect it to last.

"We believe these changes will be beneficial to Facebook in the medium and long term," said Brian Weiser of the Pivotal Research Group. "In our view, making the feed more relevant should boost user and engagement growth over time.

"Facebook is making the service more social and less media, and that's likely a positive for the vast majority of users," Weiser said.

RBC Capital Markets said lower user engagement with the site may provide a "headwind to growth in the near-term," but the changes will be "helpful for the long-term health of the business."

While analysts were sanguine, some users, particularly publishers, were worried.

Susann Hoffman, co-founder of the German website Edition F, said she was upset that the move had been done without any consultation.

"I am personally quite unhappy with the fact that Facebook decides for its users what is relevant to them and what not," Hoffman said.

She argued for more personalization -- giving users a greater ability to decide for themselves which content they would like to see.
Tak Ada Parti Politik Ajar Jadi Macai IBLIS

Tak Ada Parti Politik Ajar Jadi Macai IBLIS

Kalau BABI boleh bercakap dan menulis tak mungkin BABI akan bersuara dan menulis macam macai kepada macai IBLIS ini....terima kasih tunjuk ke BABIAN anda kepada semua..walaupun di alam maya, yang menulis bukan BABI.

Kalau nak laga PAS dengan PAN pun tak usahlah letak nama mana-mana parti, kerana mana-mana parti sekalipun tak mengajar pengikut atau penyokongnya jadi macai KEPADA macai IBLIS...
Cara Iklan Portal dan Perniagaan di Google AdWord

Cara Iklan Portal dan Perniagaan di Google AdWord

Ramai juga bertanya saya, macam mana nak buat akaun Google ArdWord untuk iklan portal/blog supaya cepat atau mudah jumpa dalam carian google.

Buat sekian kalinya, saya membahas pekara ini dengan ringkas pada artikel ini agar pembaca mudah faham.

Google AdWord sebenarnya cukup bagus sebagai alat periklanan, malah merupakan alat periklanan terbaik di dunia pada abad ini.

Itu hanya mukadimah, rasanya tidaklah panjang sangat.

Untuk rakyat Malaysia dan mana-mana negara di dunia ini Google AdWord memiliki aspek, kualiti, atau ciri khas yang sangat menarik untuk digunakan bagi mereka-mereka diluar sana yang rajin buat jualan Online atau iklan blog/portal

Saya tidak ingin berbincang soal barangan Online, sebaliknya ingin berkongsi bagaimana untuk daftar sebagi pemula,bagaimana cara bayaran bagi mengiklankan di AdWord.

Pemula seringkali bertanya, bagaimana cara untuk membayar melalui bank transfer untuk iklan di Google AdWords?
*1- Pertama anda perlu memilih negara, jika rakyat Malaysia, pilih Malaysia dan mata wang ringgit.

Cara-cara nombor *1 dilakukan pada saat anda mendaftar akaun AdWord. Apa yang perlu anda tahu,ia tidak boleh diubah. Sekiranya segala pengaturan yang ada telah lakukan tidak begitu sesuai, adalah lebih baik daftar akaun AdWord baharu.

*2- Anda boleh memilih cara pembayaran di akaun AdWord yang anda daftar. Masukkan nombor Kad, contohnya MasterCard,Visa yang dimiliki. (milik anda)

Proses sama ada permohonan anda diterima setelah melakukan bayaran memakan masa 5 hingga 10 hari dan ada kalanya memerlukan masa 30 hari.Untuk maklumat lengkap sila ke link yang telah disambung ini (https://support.google.com/adwords/contact/pd_bt_ref)

Untuk cara memilih sebelum buat pembayaran seperti di bahas pada *2 anda boleh ke link yang di sambung terus ke tempat asalnya (https://support.google.com/adwords/answer/2375433?hl=id)

Setelah itu, saya rasa anda tidak lagi perlu membayar orang ketiga untuk mengajarnya, kerana iklan melalui Google AdWord amatlah mudah, cuma anda perlu mengambil sedikit masa untuk membaca tutornya.

Semuga penjelasan ringkas ini dapat membuka halangan yang selama ini terkunci di benak ramai orang yang ingin mengiklankan perniagaan di Google AdWord.

Apa yang perlu anda lakukan sebagai latihan, anda mesti rajin melakukan penyelidikan dengan membaca tutor yang boleh didapati pada laman Google agar luas pengetahuan untuk melakukan pengaturan iklan.

Berjaya atau tidak apa yang anda iklankan di AdWord, segalnya bergantung pada anda belajar tentang pengaturan, termasuk pengaturan website iklan/blog iklan produk yang dimiliki anda untuk di iklan pada Google AdWord.

Pemilihan key word/kata kunci, nombor telefon, sitelink merupakan hal penting bagi seorang yang ingin mengiklankan produk mereka di Google AdWord.

Semuga penjelasan ringkas ini dapat membantu sedikit sebanyak kepada pemula yang ingin mencari sedikit ilmu tentang Google Adword.
Masyarakat Melayu Dulu-Dulu Bela Hantu Raya Untuk Ilmu Sihir

Masyarakat Melayu Dulu-Dulu Bela Hantu Raya Untuk Ilmu Sihir

Dulu kala, dalam masyarakat Melayu, ramai yang memelihara hantu rakyat untuk apa aku pun tak tahu.

Daripada akau membebel panjang, lebih baik kau orang baca sebahagian yang aku tulis disini..sebenarnya panjang,,tapi aku malas tulis habis nanti kau orang malas baca..jangan mimpi hantu masa tidur udah lah..

Hantu Raya
Diceritakan turun temurun dikalangan masyarakat Melayu, antara tujuan membela hantu raya hanyalah untuk menjaga diri, keluarga, harta si pemilik hantu raya tersebut dari pada di curi termasuklah lembu, kerbau, ayam, itik dan segala macam lah...

Kata arwah segala arwah tok nenek aku, yang sampailah cerita kepada bapak aku, bapak aku pula cerita kepada emak aku dan aku. Orang yang bela hantu raya dikatakan kebal, tetak tak lut, tembak tak kena, Aku rasa..kalau kena peluru meriam lebur kan...

Hantu raya akan turut perintah tuanya, dan akan melakukan apa sahaja yang disuruh atau diarah oleh tuannya.

Sebelum menyuruh hantu raya melakukan hajat, pemilik hantu raya akan beri makan terlebih dahulu, masyarakat Melayu gelar jamuan, bahan-bahan jamuan pula seperti,bertih, pulut kuning, sekapur sirih, telur ayam, nasi dan rokok daun yang suduh di gulung dengan tembakau.

Semasa mempersembahkan jamuan kepada hantu raya, pemilik akan baca jampi serampah bergantung kepada tujuan apa yang dihajati. lebih kurang begini.

Hei dewadi mari manikam, marilah kamu wahai anaku.
Hei anak aku, Engkaulah rasuk sianmu. kaulah penyucuk sendi tulang segala angin,' ketika ini, pemilik hantu raya akan sebut atau seru nama mangsa yang mahu dikacaunya atau yang mahu dihantar sihirnya''
Pegilah kau makan segala isi perut dia,makan hati dia, pulas otak dia.
 Kalau kau tak mahu pergi makan perut pedal dia, derhakalah kau pada aku.
Aku sumpah kau,
Derhakalah kau pada Allah dan Muhammad

Masa dengar jampi yang dituturkan oleh arwah orang tua di kampung aku,'dia pun gelak dan berkata, macam mana orang Melayu dulu-dulu boleh percaya jampi macam pantun ni...

Menurut cerita daripada arwah bapa aku, hantu raya boleh menjelma bermacam-macam rupa, paling suka adalah menjelma seperti rupa beruk..Kata bapa aku lagi, bapa dia iaitu atuk aku pun cerita hal yang sama.

Bapa aku kata, dia pun tak pernah tengok hantu ... ha ha ha ha..

Google+ Followers