Wednesday, 28 February 2018

DAP Takut Bukan Islam Pilih Undang-Undang Islam

DAP Takut Bukan Islam Pilih Undang-Undang Islam

KUALA LUMPUR 28 Feb. – Undang-undang Islam yang diperjuangkan Pas setakat ini amat ditakuti DAP kerana bukan Islam juga dilihat cenderung untuk memilih sistem perundangan itu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau melihat senario orang Cina bukan Islam di Aceh, Indonesia yang turut memilih sistem perundangan Islam berbanding konvensional.

“Ini menakutkan DAP dan parti-parti yang bukan Islam. Pasal apa dia (DAP) takut? Kerana kalau diamalkan, orang bukan Islam akan pilih hukum Islam. Ini berlaku di Aceh, Indonesia. Di Aceh, mereka diberi peluang untuk melaksanakan hukum Islam.

“Orang-orang Cina yang bukan Islam di Aceh diberi pilihan sama ada hendak hukum Islam atau hukum manusia? Tiba-tiba orang bukan Islam pilih hukum Islam. Ini yang dia (DAP) takut. Takut orang bukan Islam ini tengok Islam ini. Itu dalam bab undang-undang jenayah,” katanya seperti dipetik Harakah Daily di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

AZMAN IBRAHIM
Kes terowong P.Pinang: Ahli perniagaan direman 6 hari

Kes terowong P.Pinang: Ahli perniagaan direman 6 hari

PUTRAJAYA, 28 Feb: Seorang ahli perniagaan direman enam hari kerana dipercayai menerima rasuah berjumlah RM19 juta bagi menutup kes projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan reman suspek itu sehingga 5 Mac ini.

Terdahulu, suspek tiba ke mahkamah pada pukul 9.10 pagi dengan tangan bergari dan berpakaian lokap SPRM, kemudiannya dibawa masuk ke bilik prosiding.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada pukul 3.48 petang semalam.

Menurut sumber SPRM, suspek yang merupakan suami kepada seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan itu dipercayai menerima wang daripada syarikat pembinaan utama projek selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dilakukan SPRM.

Dakwa sumber lagi, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat antara Julai dan Ogos tahun lalu.– Bernama
Laporan berhubung pemerdagangan orang banyak tidak benar

Laporan berhubung pemerdagangan orang banyak tidak benar

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendedahkan banyak laporan berhubung pemerdagangan orang yang dilaporkan oleh media antarabangsa atau tempatan menerusi media sosial adalah tidak benar sama sekali.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata bila ada laporan berkaitan isu itu, agensi penguatkuasaan seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Negara akan melakukan siasatan, namun sebahagian besarnya adalah tidak benar.

“KDN bukanlah bersifat ‘denial syndrome’ (sindrom penafian) tetapi sekiranya ada bukti yang sahih berhubung kes itu, KDN akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang termasuk menerusi Akta Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu khas dalam program Landskap bertajuk ‘Dasar dan Penguatkuasaan Anti Pemerdagangan Orang’ di TV1, malam tadi.

Alwi berkata sekiranya masyarakat mempunyai sebarang maklumat atau laporan berhubung kes berkenaan boleh menghubungi talian KDN 03-80008000 untuk melaporkan kegiatan tersebut.–Bernama
Tiada Lagi Tsunami Cina Pada PRU-14

Tiada Lagi Tsunami Cina Pada PRU-14

KUANTAN, 28 Feb: PIilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) yang bakal ‘menjengah’ tidak lama lagi, disifatkan kebanyakan penganalisis politik sebagai pilihan raya paling sengit dan getir yang pernah diadakan di negara ini.

Hal ini pernah diakui sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyifatkan ia sebagai ‘ibu kepada segala pilihan raya’ yang akan menentukan sama ada kerajaan Barisan Nasional (BN) terus mempertahankan Putrajaya.

Tidak dapat lari, sokongan kaum Cina sekali lagi menjadi persoalan sama ada mereka terus mahu melakukan ‘tsunami Cina’ atau kembali kepada BN, khususnya kepada MCA serta Gerakan yang selama ini telah banyak melakukan pembelaan terhadap kaum itu di negara ini.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang diajukan pertanyaan tentang perkara itu, melahirkan keyakinan masyarakat Cina kini sudah ‘celik’ untuk menilai yang mana kaca dan yang mana permata untuk dijadikan sebagai sandaran membela nasib mereka.

“Kita telah belajar daripada kesilapan dan sedar dengan kelemahan dalam pilihan raya umum (PRU) lalu. Kehilangan sokongan kaum Cina pada PRU lalu, sedikit sebanyak berpunca daripada masalah dalaman dan luaran MCA sendiri.

“Sebab itu apabila saya mengambil alih kepimpinan pada penghujung 2013, perkara pertama yang saya lakukan ialah transformasi parti hingga peringkat umbi dan perubahan itu penting untuk menarik kembali sokongan rakyat terutamanya pengundi Cina,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Liow berkata hasil transformasi yang dilakukan, perpaduan dalaman MCA kini kembali kukuh dan tiada lagi wujudnya kem-kem tertentu dalam parti itu, yang akhirnya mengembalikan keyakinan masyarakat Cina kepada parti.

Beliau berkata perubahan itu juga penting untuk memastikan MCA kembali menjadi parti yang unggul dalam kalangan masyarakat Cina dan terus dapat bekerjasama dengan parti UMNO dan MIC serta parti komponen lain untuk mentadbir negara.

“Kita nak jelaskan kepada rakyat bahawa MCA bukan hanya sekadar penumpang dalam ‘kapal’ BN dan tidak beri sumbangan kepada negara, sebaliknya parti ini juga mempunyai kekuatan tersendiri yang menyumbang kepada kejayaan BN,” katanya.

Malah, katanya untuk memperkukuhkan lagi parti itu, MCA turut menjalinkan hubungan diplomatik dengan parti yang seangkatan dengannya pada peringkat antarabangsa seperti dari China, Thailand dan Indonesia, sama seperti hubungan UMNO dan parti Golkar di Indonesia.

Liow berkata hubungan politik yang dijalinkan itu, sedikit sebanyak telah membantu negara mengeratkan lagi hubungan diplomatik yang sedia terjalin selama ini, khususnya China.

“Inisiatif MCA dalam menandatangani deklarasi program Belt and Road antara Malaysia dan China telah menarik minat pelabur asing dan membuka peluang perniagaan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Dalam hal ini MCA menjadi jambatan penghubung antara Malaysia dan negara tembok besar itu, namun ia bukan bermakna kita menjual kedaulatan negara kepada negara itu seperti yang didakwa oleh pembangkang,” katanya.

Katanya kejayaan menarik lebih ramai pelabur China menanam modal di negara ini telah membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara berkembang pada paras 5.9 peratus tahun lalu, sekali gus merupakan antara pertumbuhan ekonomi tertinggi di dunia.

“Kejayaan demi kejayaan inilah yang menarik balik sokongan masyarakat Cina kepada BN dan hal ini kita pergunakan sebaiknya untuk menjelaskan satu demi satu dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan kerana selama ini ramai kurang maklum tentang perkara itu.

“Kini mereka semakin jelas bahawa kerajaan adalah inklusif dan turut menjaga kepentingan orang Cina, bukan hanya menjaga kepentingan satu kaum sahaja.

“Penglibatan mereka dalam arus pembangunan negara sahaja menyebabkan rasa ‘self of belonging’ dalam kalangan masyarakat Cina semakin kukuh dan kita mampu membawa lebih banyak pembangunan menyebabkan mereka lebih yakin dengan kerajaan pimpinan perdana menteri.

Liow berkata selain itu kerjasama erat dengan Gerakan akan menjadi faktor penting memulihkan kembali kepercayaan masyarakat Cina terhadap BN kerana menerusi hubungan itu, rakyat dapat menilai MCA serius dalam soal perpaduan kaum secara keseluruhannya dan masyarakat Cina khasnya.

“Saya rasa kali ini tiada lagi isu besar yang boleh menyebabkan berlaku ‘tsunami Cina’ seperti dalam PRU14, hasutan pembangkang tentang ketelusan sistem penyampaian kerajaan, rasuah telah diatasi secara berperingkat.

“Rakyat mulai sedar dan tahu kerajaan mana yang patut mereka pilih untuk terus mentadbir negara nanti,” katanya.—Bernama
Program Latihan Sains Data Diperluaskan Ke Seluruh Negara

Program Latihan Sains Data Diperluaskan Ke Seluruh Negara

PUTRAJAYA: Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperluaskan program latihan Sijil Profesional Sains Data kepada pensyarah di institusi berkenaan bagi menyahut keperluan negara untuk menyediakan pakar dalam bidang berkenaan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz, berkata setakat ini, latihan selama empat bulan itu sudah memberi pendedahan kemahiran sains data tahap tinggi kepada 20 pensyarah politeknik dan kolej komuniti di seluruh negara.

"Selepas tamat latihan ini, mereka akan turun padang untuk mengajar dan menyediakan program bagi menaik taraf ilmu yang diperoleh kepada institusi masing-masing.

"Malah, kita juga akan terus menambah bilangan pensyarah yang mengikuti latihan ini kerana keperluan pakar sains data ini sentiasa meningkat dan mempunyai permintaan yang tinggi," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Sijil Profesional Sains Data di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Institut Ibnu Sina, Prof Dr Abdull Rahim Mohd Yusoff dan Pengarah Pusat 'Big Data', Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Siti Mariyam Shamsuddin.

Mohd Ismail berkata, bidang sains data kini dilihat antara bidang kepakaran yang diperlukan negara terutama melalui Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET).

Menurutnya, latihan yang menyediakan lapan modul pembelajaran itu dikendalikan Pusat 'Big Data' UTM iaitu pusat penyelidikan yang terawal di Malaysia dalam mengendalikan kursus Persijilan Profesional Sains Data dan Data Raya.

"Latihan ini memfokuskan kepada 85 peratus aktiviti praktikal melalui penggunaan data industri secara intensif selain membabitkan pelbagai industri.

"Selain itu, kita juga akan memastikan jumlah pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan mencukupi di kedua-dua institusi berkenaan," katanya.-Berita Harian
Key US lawmakers want to boost Israel’s $38 bln defense aid packag

Key US lawmakers want to boost Israel’s $38 bln defense aid packag

WASHINGTON: US senators who just returned from a trip to Israel called on Tuesday for an increase in the $38 billion in military aid the United States is currently providing Israel, signaling support for more funds for Israeli missile systems.

Senators Lindsey Graham, a leading Republican foreign policy voice, and Chris Coons, a Democratic member of the Senate Foreign Relations Committee, said they considered the provision of $38 billion over 10 years, “a floor.”

Graham said during a meeting with reporters that he thought provisions in the agreement phasing out an arrangement in which Israel could spend US funds on its own defense industry and the provision of just $500 million in missile defense funding were “short-sighted.”

Coons said tensions in the broader region supported the idea of more funding for Israel, citing the ongoing war in Syria and Iran’s recent use of a stealth drone.

The United States and Israel signed an agreement in September 2016 to give Israel $38 billion in military assistance over the next decade, the largest such aid package in US history but one that included concessions by Israel’s government.-Arab News
Palestinians reject Israeli claim boy was hurt in bike accident

Palestinians reject Israeli claim boy was hurt in bike accident

RAMALLAH: Israel on Tuesday claimed that a Palestinian teenager’s severe head injury was caused by a bicycle accident and not an Israeli bullet, sparking angry comments from activists and his family.

Israeli rights group B'Tselem produced medical documents appearing to verify that Mohammed Tamimi, 15, was shot.
A cousin of prominent jailed Palestinian teenager Ahed Tamimi, he was allegedly shot in the head with a rubber bullet during a protest in the occupied West Bank in December, leaving part of his skull missing.

It occurred the day Ahed Tamimi, 17, slapped and kicked two soldiers next to her house in a video that later went viral. She faces a long potential jail sentence in a case that has gained international attention.

Mohammed’s alleged shooting has been a key line of defense for Ahed’s actions by her lawyer in court hearings.
But on Tuesday, an Israeli Defense Ministry unit that oversees affairs in the Palestinian territories said Mohammed had confessed the injury was the result of falling off a bike.

“In December 2017, the young man Mohammed Tamimi injured his skull when he was riding his bicycle and fell off,” it said in an Arabic language statement posted on Facebook.
“Today his father Abu Fadel Tamimi is claiming in the media that his son was injured by a rubber bullet in his skull,” it said, adding in bold red letters “fake news.”

The army detained Mohammed for several hours on Monday along with a number of other residents from Ahed’s village of Nabi Saleh.
His uncle, Atallah, said when the teenager was arrested he did not want to tell the army that he was injured during a protest fearing he could be jailed.

But he did not admit falling off the bike, added the uncle.
“They asked him to sign a paper and he refused.”
B'Tselem produced what it said were complete medical notes from the hospital in Ramallah showing Mohammed was taken there with a “bullet injury.”
Jonathan Pollak, an Israeli activist who said he was at the demonstration, told AFP he was around 20 meters away when Mohammed was shot.

He said the teenager was climbing a ladder toward a house, which Israeli soldiers were in.
Pollak said he heard the shot but did not see it, though afterward it was clear to him and others that it was a bullet injury.

“This was one of the bloodiest injuries I have ever seen. He had a hole in his face to the left of his sinus. I was worried he would suffocate to death from all the blood... It was very obviously a bullet wound.”
The protest took place against the backdrop of US President Donald Trump’s controversial recognition of Jerusalem, which sparked major protests by Palestinians.-Arab News
Ghouta truce struggles to hold

Ghouta truce struggles to hold

DOUMA: A humanitarian “pause” announced by Russia in Syria’s deadly bombardment of Eastern Ghouta struggled to take hold Tuesday, with fresh violence erupting and no sign of aid deliveries or residents leaving the besieged enclave.

Nine days after Russian-backed regime forces intensified their campaign against the opposition-held enclave, the deal offered some respite to civilians who had been cowering in their basements.

But the first day of a five-hour daily “pause” that was announced by Russia and kicked off at 9 a.m. (0700 GMT) was marred by fresh violence that saw at least six civilians killed.

Moscow’s plan falls short of a broader 30-day cease-fire, which was voted by the UN but has yet to take effect, and has inspired little trust from among the besieged enclave’s 400,000 residents.

The regime deployed buses at Al-Wafideen checkpoint to transport residents wanting to use a humanitarian corridor to flee what UN chief Antonio Guterres last called “hell on earth.”

But no civilians were seen venturing toward the regime forces guarding the checkpoint, where large portraits of Syrian President Bashar Assad and Russian President Vladimir Putin could be seen side-by-side.
State news agency SANA accused armed groups in Eastern Ghouta of firing several rockets on the path of the corridor.
It singled out the former Al-Qaeda affiliate present in some parts of the enclave, accusing it of blocking civilians “to use them as human shields.”

Some residents left the basements they had been cowering in for days to check on their property and buy food.
But many in the enclave, which lies on the eastern outskirts of the Syrian capital, appeared distrustful of a “pause” announced by Damascus’s main ally.

“This Russian truce is a farce. Russia is killing us and bombing us every day,” said Samer Al-Buaidhani, a 25-year-old from Douma, Eastern Ghouta’s main hub.

“I don’t believe it’s safe for me or my family to leave by this system,” he told AFP.
International Committee of the Red Cross spokeswoman Iolanda Jaquemet told AFP that any evacuation needed deeper coordination.

“Under international humanitarian law, humanitarian corridors are things which need to be well planned and must be implemented with the consent of parties on all sides, not only with one side,” she said.

More than 550 civilians, almost a quarter of them children, have been killed since Feb. 18 in the Syrian and Russian bombardment of Eastern Ghouta, making it one of the bloodiest episodes of the country’s seven-year-old conflict.
Violence levels were significantly lower on Tuesday as the “humanitarian pause” kicked in but six civilians were killed by regime bombardment, according to the Syrian Observatory for Human Rights monitoring group.

In Hammuriyeh, another town in the sprawling semi-rural enclave, Mohammed Abdullah said the pause left civilians with a choice between two evils.

“The truce is not in the people’s interest, we have two options: death or displacement,” said the 30-year-old.
“The campaign we were targeted with was an extermination campaign, not a simple bombardment. What we want is a full and permanent cease-fire for all of Ghouta,” he said.

That sentiment was echoed by the dominant opposition groups in Eastern Ghouta, who sent a letter to the UN stating their willingness to expel jihadists as soon as a full cease-fire takes effect.

The Russian-backed daily five-hour “pause” falls short of a broader month-long cease-fire voted by the UN Security Council on Saturday.
The main opposition groups in Eastern Ghouta — Jaish Al-Islam, Faylaq Al-Rahman and Ahrar Al-Sham — declared their “complete commitment to deport” radical fighters.

Hayat Tahrir Al-Sham, a group made up mostly of fighters from Al-Qaeda’s ex-affiliate Al-Nusra Front, is present in some parts of the enclave.

The letter said such an evacuation, which has been discussed previously but never yielded any result, would take 15 days and start when a UN truce takes effect.

Russian Foreign Minister Sergei Lavrov reacted cautiously to the statement and said after meeting French counterpart Jean-Yves Le Drian that the ball was in the opposition groups’ court.

“We shall see in practice whether the pleas by the three illegal armed groups... to carry out the UNSC resolution correspond with their intentions,” he said.

The Syrian government lost control of Eastern Ghouta in 2012 and has besieged it almost ever since.
The scenario put in place by the regime and its Russian ally was reminiscent of the deal that ended the battle of Aleppo in 2016.

Few civilians back then initially used the Aleppo corridors unilaterally announced by Russia.
Some started fleeing after renewed bombardment and the rest eventually evacuated when a multilateral deal was reached with Turkey.-Arab News
Saudi Cabinet Reiterated The Kingdom’s Deep Concern Over The Syrian

Saudi Cabinet Reiterated The Kingdom’s Deep Concern Over The Syrian

RIYADH: The Saudi Cabinet reiterated the Kingdom’s deep concern over the Syrian regime’s continuing escalation of attacks on Eastern Ghouta and their impact on civilians, stressing that the regime must cease violence and allow access of humanitarian and relief assistance.
Chaired by King Salman at Al-Yamamah Palace on Tuesday, the Cabinet said the Syrian regime must take seriously the track of the political solution to the Syrian crisis according to agreed principles represented in the Geneva Declaration and UN Security Council Resolution 2254.
The Cabinet has thanked the king for patronizing the opening ceremony of the Riyadh International Humanitarian Forum and inaugurating a Saudi aid platform, the first one in a region of this size, to present the Kingdom’s relief, humanitarian and developmental contributions.
The Cabinet expressed its appreciation to the king for his royal order approving the Ministry of Defense’s development program, as well as the royal order establishing the High Commission for Asir Region Development.
The king wished success to officials appointed by royal orders on Monday in serving their homeland and citizens, and he appreciated the officials who have performed their missions and responsibilities during their terms.
The Cabinet also echoed the Kingdom’s emphasis at the Ambassadors’ meeting of the Group of 77 and China in New York, USA, on the importance of serious cooperation to achieve sustainable development goals and their effectiveness in UN reforms. The Kingdom has provided nearly $125 million over the past three years through the UN, meeting its call to continue supporting relief funds, especially in fighting poverty.
The Kingdom’s statement at the international conference of the Countries of Africa’s Sahel Region, held in Brussels, was also referred to, particularly its efforts to combat extremism and terrorism. The Cabinet cited its 100 million euros’ worth of support for the joint force to combat terrorism in the region, as well as its humanitarian aid to refugees through the Riyadh-based King Salman Humanitarian Aid and Relief Center (KSRelief), and the developmental support to these countries through the Saudi Fund for Development.
Also praised were the contents of the “Jeddah Declaration” issued at the fourth session of the Organization of Islamic Cooperation Conference of Ministers of Labor with the participation of 56 Islamic countries, and regional and international organizations.
The Cabinet reiterated the Kingdom’s condemnation of the terrorist bombing of two cars in the Somali capital of Mogadishu and the attacks in Kabul and Farah Province in Afghanistan, expressing condolences to the victims’ families and wishing the wounded and injured a speedy recovery.
Jawi Perlu Kaji Tindakan Terhadap Neelofa

Jawi Perlu Kaji Tindakan Terhadap Neelofa

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) perlu mengkaji tindakan yang wajar diambil terhadap personaliti dan juga usahawan, Neelofa yang melancarkan koleksi terbaru tudungnya di sebuah kelab malam.

Timbalan Setiausaha Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (Pertama), Ahmad Radzi Noor Mahadi berkata, pihak berkuasa agama perlu melihat perkara itu sebagai perkara yang jelas bercanggah dengan syarak.

"Melancarkan koleksi tudung dengan kelakuan jelas bercanggah syarak, dalam tempat yang sinonim dengan maksiat, ia menghina kemuliaan yang terkait kepada istilah hijab dan budaya bertudung.

"Hijab dan bertudung adalah sebahagian lambang ketakwaan seorang Islam, selari dengan perintah terkandung dalam al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pihaknya juga merujuk kepada video pelancaran koleksi itu, di mana terdapat wanita berpakaian mendedahkan aurat walaupun bertudung dan melakukan tarian yang jelas bercanggah hukum syarak.

"Hal ini hendaklah diambil perhatian. Istilah hijab dan bertudung adalah sebahagian istilah dan syiar ketakwaan kepada ALLAH SWT," katanya.

Sementara itu, Pertama juga mengingatkan semua umat Islam untuk menjaga kemuliaan budaya dan istilah yang terkait kepada ketakwaan kepada ALLAH SWT.

"Jika kita umat Islam tidak dengan secara sedar menjaga kemuliaan Islam dan memastikan dengan penguatkuasaan yang berkesan, siapa lagi yang dapat kita harapkan," katanya. - Sinar Online

Anak Sorot Mayat Ibu Selama 30 Tahun

Anak Sorot Mayat Ibu Selama 30 Tahun

RANGKA mayat seorang wanita ditemui di sebuah rumah di pangsapuri selepas ia disimpan anaknya selama 30 tahun.

Mayat wanita itu ditemui lengkap pakaian putih, kasut biru dan stoking hijau di sebuah rumah di bandar Mykolaiv di Ukraine.

Polis menjumpai mayat ngeri itu di sebuah bilik terkunci di sebuah rumah yang dipenuhi sampah sarap, termasuk longgokan makanan yang telah busuk dan surat khabar lama.

Jiran-jiran menyifatkan pesara itu sering menyendiri di dalam rumah kerana mengalami lumpuh pada bahagian kaki.

Menurut laporan polis: "Untuk menyelamatkan wanita berusia 77 tahun, rumah itu perlu dipecah masuk.

"Di dalam sebuah bilik terdapat seorang wanita duduk di atas lantai, dan dikelilingi sampah.

"Pesara itu tidak dapat berjalan dan memerlukan bantuan. Kita membuat panggilan ambulans.

"Sewaktu membuat pemeriksaan ke bilik lain, polis menemui rangka seorang wanita."

Laporan tersebut turut menyebut bahawa pesara itu tinggal bersendirian, tidak bercakap dengan jiran-jiran dan tidak mahu membuka pintu rumah.

"Bagaimanapun, jiran-jiran masih menghulurkan bantuan dan meninggalkan makanan di luar pintu rumah.

"Tidak siapa yang menyedari bahawa selama ini pesara itu tinggal di rumah berkenaan bersama mayat ibunya," menurut laporan polis.

Kes dibuka untuk polis menjalankan siasatan. - Mirror UK

Tuesday, 27 February 2018

Mohon Jabatan Agama Islam Siasat Pelancaran Hijab Di Kelab Malam

Mohon Jabatan Agama Islam Siasat Pelancaran Hijab Di Kelab Malam

KOTROVERSI sambutan hari jadi dan pelancaran tudung oleh seorang jutawaan ‘hijab” didalam sebuah kelab malam patut dikaji mengikut syariah memandangkan istilah hijab menjadi lambang ketaatan kepada perintah menutup aurat seperti yang dituntut ajaran Islam.

Boleh jadi akan ada mengatakan tindakan seperti itu adalah perbuatan menghina Islam memandangkan istilah hijab dipandang mulia dan menjadi lambang kepatuhan bagi orang-orang beriman.

Oleh itu pihak jabatan berkaitan Islam patut meneliti dan perhalusi perbuatan itu dengan undang-undang yang sedia ada dan jika perlu  tindakan perlu dikenakan agar pekara seperti itu tidak menjadi ikutan.
Sekadar pandangan ....
Najib: Jumlah dagangan Malaysia-China sebanyak AS$96.3 bilion pada 2017

Najib: Jumlah dagangan Malaysia-China sebanyak AS$96.3 bilion pada 2017

KUALA LUMPUR - Jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan China tahun lepas kekal kukuh, sebanyak AS$96.3 bilion (RM376.63 bilion), walaupun ekonomi dunia tidak menentu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kejayaan besar hasil hubungan dua hala ini termasuk kejayaan penubuhan Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou dan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan antara 2012 dan 2013.


"Kawasan pemula niaga Qinzhou seluas 7.87 kilometer persegi kini hampir siap dan setakat ini berjaya menarik 90 pelabur strategik utama, yang melabur sebanyak 90 bilion renminbi.

"Walaupun kadar penyertaan pelabur China lebih tinggi, 49 peratus daripada bahagian Pembangunan Induk dipegang oleh konsortium Malaysia iaitu milik bersama Rimbunan Hijau Group dan SP Setia Bhd.," kata Najib pada jamuan tengah hari Tahun Baru Kerjasama Dua Hala Malaysia-China di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, syarikat pertama yang beroperasi di taman perindustrian Kuantan, Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. akan memulakan operasi menjelang suku kedua tahun ini, dengan pelaburan sebanyak RM5 bilion dan menawarkan 4,000 pekerjaan baharu. - Bernama
Harga minyak AS meningkat

Harga minyak AS meningkat

TOKYO 27 FEB: Harga minyak Amerika Syarikat (AS) meningkat untuk kali keempat berturut-turut pada Selasa, menghampiri paras tinggi tiga minggu, disokong oleh usaha Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan negara bukan OPEC untuk mengurangkan bekalan minyak selain penyusutan pengeluaran minyak AS.
Agensi Berita Antarabangsa REUTERS melaporkan penghantaran April bagi minyak AS West Texas Intermediate (WTI) meningkat 10 cents kepada AS$64.01 satu tong pada 0020 GMT. Kontrak minyak WTI mencecah AS$64.24 semalam, paras tertingginya sejak 6 Februari.
Minyak mentah Brent London masih belum diniagakan hari ini selepas meningkat 19 cents kepada AS$67.50 semasa ditutup semalam.
Menteri Minyak Arab Saudi, Khalid al-Falih, berkata pada Sabtu lalu bahawa pengeluaran minyak mentah negara itu akan lebih rendah daripada paras pengeluaran, susulan OPEC dan negara bersekutunya komited untuk mengurangkan pengeluaran bagi mengimbangkan dan menstabilkan pasaran.
Harga minyak turut mendapat dorongan daripada data Pentadbiran Maklumat Tenaga As pada Khamis yang menunjukkan pengeluaran minyak domestik susut kepada 10.27 juta tong sehari (bpd) berbanding 10.271 juta bpd pada minggu sebelumnya.
Inventori minyak mentah AS dijangka meningkat kira-kira 2.7 juta tong minggu lalu, demikian menurut tinjauan awal Reuters pada Isnin.
Saham petrol dilihat menurun sebanyak 600,000 tong, manakala inventori sulingan termasuk minyak pemanas dan diesel dilihat menurun 700,000 tong.
American Petroleum Institute dijangka akan mengeluarkan data mingguannya hari ini.

Naib Ketua Pemuda PAN Kekal Dipenjara Lapan Bulan

Naib Ketua Pemuda PAN Kekal Dipenjara Lapan Bulan

Hukuman penjara lapan bulan ke atas Naib Ketua Pemuda PAN, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar berikutan kesalahan menyebut kata-kata menghasut berhubung tuntutan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu siri protes jalanan, tiga tahun lalu dikekalkan.

Hakim Datuk Azman Abdullah membuat keputusan itu selepas menolak rayuan Mohd. Fakhrulrazi, 40, yang tidak berpuas hati dengan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos 2016.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur juga turut menolak rayuan silang berkaitan hukuman yang difailkan oleh pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zaki Asyraf Zubir.

Beliau dalam penghakimannya berkata, keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu adalah selamat dikekalkan dan hukuman yang dijatuhkan adalah memadai dan tidak terlampau berat.

Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap Mohd. Fakhrulrazi, yang juga penceramah bebas sehingga rayuan di Mahkamah Rayuan selesai dan mengekalkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pada 8 September 2015, Mohd. Fakhrulrazi yang merupakan bekas bendahari Dewan Pemuda PAS mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut kata-kata menghasut itu di hadapan Kompleks Sogo, No. 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, pada pukul 4.30 petang, 21 Februari 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya.
Keropok Lekor Nasi Dagang Ke London

Keropok Lekor Nasi Dagang Ke London

KUALA TERENGGANU: Keropok lekor dan nasi dagang yang sinonim dengan Terengganu akan dieksport ke peringkat antarabangsa oleh syarikat milik negeri, Terengganu Kitchen Sdn Bhd.

"Sebagai langkah pertama, kami ytelah menerima tempahan sebanyak 20,000 pek nasi dagang dan keropok lekor ke London dan ia mendapat sambutan baik," kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad Razif berkata, nasi dagang dijual pada harga £4 (RM21) sebungkus, manakala keropok lekor pula pada harga £3.50 (RM19) sebungkus.

Beliau berkata demikian pada Ahad selepas merasmikan Chicken Cottage dan trak makanan Terengganu Kitchen pada Ekspo Terengganu 2018.

Beliau berharap untuk turut memperkenalkan ikan celup tepung, ikan singgang dan kek tempatan pada masa akan datang.

Tambahnya, negeri itu juga berharap untuk membuka sembilan cawangan Chicke Cottage di peringkat global secara berperingkat.

Enam daripada cawangan tersebut akan dibuka di Dubai dan setiap satu cawangan lagi dibuka di Algeria, Jerman dan United Kingdom.

Chicken Cottage dibuka kali pertama di London pada 1994 dan diperbadankan pada 2001.

Cabang pelaburan Terengganu iaitu Terengganu Inc Sdn Bhd membeli 70 peratus kepentingan dalam restoran yang menyajikan hidangan ayam halal pada tahun 2014 itu.

Ia mempunyai 121 cawangan di seluruh dunia.-mStar


Zulfadli, Chun Seang hadapi enam pertuduhan atur perlawanan

Zulfadli, Chun Seang hadapi enam pertuduhan atur perlawanan

SINGAPURA - Dua pemain badminton Malaysia masing-masing menghadapi enam pertuduhan mengatur perlawanan, yang kebanyakannya dilakukan pada 2013, kata pemerhati Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Jadadish Chandra.

Hari pertama pendengaran kes itu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang melibatkan pemain perseorangan Zulfadli Zulkiffli, 25, dan Tan Chun Seang, 31, bermula di sini hari ini.


"Satu daripada perlawanan itu ialah Grand Prix Korea," kata Jadadish kepada pemberita selepas pendengaran itu.

Jadadish, yang juga anggota majlis BAM, adalah anggota utama jawatankuasa peraturan, disiplin dan integriti badan kebangsaan itu.

Beliau berkata, BWF mengetahui tentang aktiviti mengatur perlawanan melibatkan dua pemain itu berikutan laporan yang dibuat seorang pemain. - Bernama
Kerjasama Dirintis Kerajaan Pacu Kemajuan Ekonomi Negara

Kerjasama Dirintis Kerajaan Pacu Kemajuan Ekonomi Negara

PUTRAJAYA – Kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa yang dirintis oleh kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi telah berjaya membantu rakyat untuk mendapat peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pada tahun lalu Keluaran Dalam Negara Kasar telah mencapai pertumbuhan sebanyak 5.9 peratus dengan kadar pengangguran serta inflasi berada pada kadar yang rendah.

“Pendekatan yang bertanggungjawab oleh kerajaan telah diiktiraf oleh badan antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa, Bank Dunia dan baru-baru ini oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia.

“Tetapi anda tidak akan mende­ngar perkara ini daripada pembangkang, setiap kali ada syarikat asing datang ke negara ini, pembangkang akan mendakwa bahawa kerajaan telah menjual Malaysia. Kerajaan tidak pernah melakukan perkara seperti ini sebaliknya pembangkang cuba mengelirukan rakyat,” kata­nya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Antara Kumpulan Naza dan Group PSA mengenai Kilang Pembuatan Automotif Naza di Gurun Kedah di Bangunan Perdana Putra di sini semalam.

Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Besar Kedah , Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Coporation Holdings, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Pengerusi Pengarah Urusan Groupe PSA, Carlos Tavares.

Menerusi kerjasama tersebut, NAM akan menjadi pusat pengeluaran jenama kereta antarabangsa seperti Peugeot, Citroen, DS, Opel dan Vaixhall yang untuk dieksport ke pasaran ASEAN dengan sasaran sebanyak 18,000 unit kenderaan pada tahun 2019 dengan nilai ekonomi sebanyak RM724 juta.

Kerjasama itu juga bakal memberi manfaat kepad 70 buah syarikat vendor tempatan dalam tempoh lima tahun akan datang dan mencipta kira-kira 1,200 peluang pekerjaan.

Najib berkata kerjasama tersebut bukan sahaja dapat memindahkan pengetahuan dan teknologi malah meningkatkan kepakaran, kecekapan dan bakat disamping meningkatkan taraf hidup serta pendapatan.- KOSMO-Menjaro Polimas

Monday, 26 February 2018

Najib gesa BN tawan semula kawasan Parlimen Telok Kemang, 3 DUN

Najib gesa BN tawan semula kawasan Parlimen Telok Kemang, 3 DUN

PORT DICKSON, 26 Feb: Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan digesa bekerja lebih kuat dan menawan kembali kawasan Parlimen Telok Kemang yang dikuasai PKR sejak dua penggal lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sudah sampai masanya pengundi di kawasan Parlimen Telok Kemang membuat perubahan dan memberi peluang kepada BN untuk mentadbir.

“Bukan sahaja di kawasan Parlimen Telok Kemang (kita mahu menang), tetapi tiga lagi DUN (Dewan Undangan Negeri dalam kawasan parlimen itu) yang kita mahu menang. Daripada lima, kita telah ada dua (DUN) dan kita nak tiga lagi,” katanya dalam ucapan pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dataran Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), dalam pertandingan tiga penjuru, BN yang diwakili Ketua Penerangan MIC Kebangsaan Datuk V.S Mogan dan calon bebas Kamarudin Kumaravel Abdullah kalah kepada calon PKR Datuk Kamarul Baharin Abbas dengan majoriti 1,579 undi.

Kawasan Parlimen Telok Kemang yang mempunyai lima kerusi DUN dengan Bagan Pinang dan Linggi dikuasai BN manakala baki Chuah dan Port Dickson disandang PKR dan Lukut oleh DAP.

Berucap di hadapan kira-kira 10,000 hadirin pada majlis itu, Najib yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO mahu BN Negeri Sembilan mencapai kemenangan dua pertiga majoriti pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Sekarang ini, kita telah menang 22 kerusi DUN dan kita mahu menang 24 kerusi dan ke atas…kita nak 26 kerusi atau 27 kerusi. Tadi dalam ucapan Tok Mat (Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan) tidak meminta apa-apa, dan sekiranya mahu meminta lampu jalan dan sebagainya bolehlah dimasukkan dalam manifesto kita dan sekiranya menang, lebih banyak pembangunan akan kita bawa di Telok Kemang.

Mudah-mudahan BN akan terus berjaya di sini (Telok Kemang), Negeri Sembilan dan juga seluruh negara,” kata perdana menteri.

Negeri Sembilan yang memiliki lapan kerusi Parlimen – Rembau, Tampin, Jelebu, Kuala Pilah, Jempol, Seremban, Rasah dan Telok Kemang – dengan lima daripadanya iaitu Rembau, Tampin, Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol dikuasai BN pada PRU13 manakala baki Seremban dan Rasah disandang DAP serta Telok Kemang, PKR.

Selain itu, terdapat 36 DUN di negeri ini dengan 22 kerusi dimenangi BN, 11 DAP dan tiga PKR.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, perdana menteri dalam ucapannya juga turut membidas pembangkang yang menyifatkan usaha kerajaan untuk membangunkan Langkawi sebagai ‘dedak’ menjelang PRU14.

“Ini sudah ada dalam RMK11 (Rancangan Malaysia ke-11) lebih awal lagi, saya umumkan bagi pihak kerajaan kumpul-kumpulkan segalanya jadi bunyi besar…jadi saya umumlah peruntukan RM1.3 bilion untuk Langkawi dan peruntukan itu untuk apa? Untuk air, hospital dan untuk rakyat.

Nak kata saya takut kepada dia (pembangkang), nak takut apa? BN tidak pernah takut kepada sesiapa,” kata perdana menteri sambil menegaskan pembangkang tidak pernah memberi cadangan konstruktif ke arah kemajuan negara.

Najib berkata BN sebuah parti yang inklusif yang menjaga kebajikan semua rakyat.

“Tak payahlah kita fikir banyak, apa yang penting kita sudah ada yang baik, sudah ada perancangan untuk masa depan kita, kita bukan janji-janji kosong…kita bukan buat manifesto lepas itu kata kita tak terikat dengan manifesto.

Ini satu hal juga manifesto ini…dia boleh kaji semula manifesto, kita tak kaji semula. Manifesto dulu 97.5 peratus kita telah dapat penuhi. Ini kerajaan BN kita,” katanya.

Selain Mohamad, turut hadir pada majlis itu, Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad serta barisan kepimpinan BN negeri dan Telok Kemang.– Bernama
"Haiwan" BR1M Banyak Di Negeri Pembangkang

"Haiwan" BR1M Banyak Di Negeri Pembangkang

Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) di negeri yang ditadbir kerajaan pembangkang adalah yang tertinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi blog http://www.najibrazak.com. hari ini beliau berkata, bantuan tersebut bukan ‘gula gula’ kerajaan untuk membeli undi sebaliknya negeri-negeri yang ditadbir pembangkang adalah merupakan penerima tertinggi BR1M.

“Kalaulah, misalnya BR1M ini kerajaan laksanakan untuk beli undi, sepatutnya kita hanya bagi kepada puak-puak kita sahaja.

“Tetapi hakikatnya, semua yang layak dapat BR1M termasuk di negeri ditadbir pembangkang. Malah, negeri ditadbir pembangkang adalah penerima tertinggi BR1M! Kita pilih penerimanya bergantung kepada pendapatan,” katanya.

BR1M yang akan diberikan kerajaan bermula esok akan dinikmati semua rakyat yang layak termasuk mereka dari negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.

Kira-kira 7.2 juta isi rumah dan individu bujang yang berkelayakan akan mula menerima BR1M secara berperingkat mulai esok.
Gol Lukaku, Lingard julang United

Gol Lukaku, Lingard julang United

MANCHESTER: Romelu Lukaku memecah kemarau gol terhadap enam pasukan kelompok teratas Liga Perdana Inggeris dan membuat satu umpanan jaringan ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Chelsea 2-1 di Old Trafford, sebentar tadi.

Ia adalah kemenangan cukup berharga dan manis buat pengurus United, Jose Mourinho kerana bukan saja berjaya menewaskan bos Chelsea Antonio Conte, malah kembali memintas Liverpool di kedudukan kedua.

Kekalahan itu ditambah dengan kemenangan Tottenham Hotspur ke atas Crystal Palace menyaksikan Chelsea tergelincir ke tangga kelima.

Pelawat menikmati permulaan babak pertama yang cemerlang tetapi gagal melebarkan jurang selepas Willian meletak mereka di depan pada minit ke-32.

Kemudian, Chelsea dihampakan oleh bekas penyerang mereka, Lukaku yang menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian daripada percubaan jarak dekat.

Penyerang Belgium itu kemudiannya membuat gerakan untuk jaringan pemain gantian Jesse Lingard menanduk masuk gol kemenangan ketika permainan berbaki 15 minit.

Pertelingkahan antara Mourinho dan Conte yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu menjadi tajuk utama sebelum sepak mula, tetapi kedua-dua pengendali itu bersalaman sebelum wisel permulaan ditiupkan. - AFP

Spurs hampir pulang hampa: Kane

Spurs hampir pulang hampa: Kane

LONDON: Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane menyifatkan kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace di Selhurst Park, malam tadi cukup sukar malah dia pada satu ketika sedia menerima pertemuan akan berakhir tanpa sebarang jaringan.

Begitupun, penyerang England itu muncul wira pasukannya apabila menanduk masuk bola berpunca sepakan sudut Christian Eriksen pada minit ke-88 sekali gus menebus kegagalannya untuk menyempurnakan dua peluang terhidang di awal permainan.

Kane sepatutnya sudah meletakkan pelawat di depan apabila bola jatuh di depannya susulan kesilapan yang dibuat oleh Patrick van Aanholt tetapi rembatannya meliar melepasi gawang.

Dia sekali lagi terlepas peluang di awal babak kedua apabila menerima hantaran sebelah kanan Eriksen dan tanpa sebarang asakan, rembatannya tersasar ke sisi gawang.

"Kami menunggu sehingga penghujung permainan," kata Kane. "Saya fikir ia mungkin bukan hari kami kerana kami mempunyai beberapa peluang, terutama daripada saya dan Serge Aurier di lewat permainan.

"Tetapi kami menunggunya sehingga penghujung. Kami perlu bermain bermati-matian, dengan beberapa perlawanan yang sukar terpaksa diharungi sebelum ini.

"Kini kami perlu mengekalkan momentum ini bagi perlawanan berikutnya."

Ia adalah gol ke-35 Kane sepanjang musim ini yang menjadikannya penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 24 gol, lebih satu gol di depan pemain Liverpool, Mohamed Salah.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino begitupun merasa pasukannya layak meraih kemenangan selepas menguasai lebih 75 peratus permainan.

"Hari ini sukar tetapi kami sentiasa tahu kami akan menjaringkan gol," katanya. "Kami memiliki pemain-pemain yang hebat di atas padang, apabila kamu memiliki mereka, kemungkinan untuk menjaringkan gol sentiasa ada."

Kemenangan menyaksikan Tottenham mendaki ke tangga keempat liga. - REUTERS

Sunday, 25 February 2018

Mencuci Masalah Tol Mahathir

Mencuci Masalah Tol Mahathir

Perjanjian awal yang dibuat antara kerajaan dan PLUS pada tahun 1988 dan akan tamat pada 2018, membenarkan syarikat konsesi menaikkan kadar tol setiap tahun.

Mahathir sedar kebodohan beliau lalu menyemak semula perjanjian ini pada 1999.

Dalam perjanjian baharu Mahathir mengulangi kebodohan lalu apabila membenarkan kenaikan setiap 3 tahun sekali pada kadar 10% setiap kenaikan di Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Persekutuan, dan konsesi akan tamat pada 2030.

Rakyat tidak mampu bayar tol setinggi itu, kerajaan tidak mampu membayar pampasan ratusan juta setiap tahun jika kadar tol tidak dinaikkan. Pampasan tersebut pula pergi kepada orang tertentu sahaja.

Akhirnya pada 2011, PM Najib Razak mengarahkan KWSP dan UEM ambil alih PLUS. Ini bukan sahaia memudahkan rundingan tetapi juga memastikan jika kerajaan perlu bayar pampasan maka wang tersebut akan tetap menguntungkan rakyat terutamanya pencarum KWSP.

[Gambar janji palsu Mahathir tol akan dimansuhkan pada 2018. Dia sendiri melanjutkan perjanjian sehingga 2030.]-

Ab Jalil Backer
BR1M Fasa Kedua Dibayar Pada Jun, Ogos

BR1M Fasa Kedua Dibayar Pada Jun, Ogos

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembayaran skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) fasa kedua dan ketiga akan dibuat pada Jun dan Ogos ini.

“Saya tahu ramai tanya pasal BR1M. Sukacita saya umumkan bahawa bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai Isnin ini, dan bayaran seterusnya pada Jun dan Ogos nanti.

“Bagi sesiapa yang ingin semak status, boleh ke https://ebr1m.hasil.gov.my/ ” katanya menerusi catatan di laman Twitter beliau.

Najib dijadual melancarkan pengagihan fasa pertama BR1M peringkat kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di Pekan, Pahang pada Ahad. - Bernama

Pemandu bas ekspres subahat angkut PATI

Pemandu bas ekspres subahat angkut PATI

KOTA BHARU: Pemandu bas ekspres dikesan menerima bayaran antara RM30 hingga RM100 untuk mengangkut seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Kelantan ke negeri berdekatan atau sebaliknya.

Timbalan Komander Negeri (Operasi) Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Kelantan, Mohd Rosli Mat Nun, berkata pemandu bas ekspres terbabit disyaki bersubahat mengambil PATI yang dibawa dari sempadan Kelantan-Thailand menggunakan kenderaan sindiket.

Sebaik tiba di stesen bas berdekatan, katanya, PATI terbabit dipercayai menaiki bas ekspres berkenaan ke lokasi tertentu, termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

"Kita berjaya mengesan pemandu bas berani mengangkut PATI kerana memperoleh upah tinggi antara RM30 hingga RM100 bagi setiap pendatang itu dan beranggapan pihak berkuasa tidak dapat mengesan pergerakan mereka.

"Namun, kita sentiasa membuat pemantauan secara risikan dan operasi bagi mengekang kemasukan PATI ke negara ini atau keluar ke negara jiran secara haram melalui pintu sempadan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, dipercayai PATI turut membayar RM1,200 seorang kepada sindiket, manakala sindiket pula membayar upah RM120 kepada pemandu kereta bagi setiap pendatang.

Katanya, pembayaran upah itu bagi melancarkan pergerakan dan perjalanan PATI ke destinasi sama ada balik ke negara asal atau masuk ke negara ini.

"Kita mengesan PATI berkenaan diseludup sindiket warga asing yang tinggal di negara jiran (Thailand) menerusi pangkalan haram di sekitar Rantau Panjang.

"Dipercayai sindiket bertindak licik dengan menjalankan operasi pada waktu malam dan awal pagi menggunakan bot menyeberangi Sungai Golok," katanya.

Mohd Rosli berkata, modus operandi itu dikesan hasil operasi pihaknya kelmarin yang menahan 10 warga Myanmar berusia antara 16 hingga 38 tahun di dalam bas ekspres di Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Renok Baru, Gua Musang.

"Berdasarkan maklumat risikan, bas ekspres itu mengambil PATI di Stesen Bas Peringat di sini, sebelum ke Jertih, Terengganu, dan berpatah balik ke Kuala Krai untuk ke Puchong, Selangor.

"Kami mengekori bas ekspres itu dalam masa satu jam setengah sejauh 80 kilometer (km) sebelum berjaya menahan mereka," katanya.

Beliau berkata, PATI terbabit diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Kelantan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002.

"Pemilik dan pemandu bas pula boleh disiasat serta diambil tindakan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007," katanya.
Kereta peronda polis terbabas dihimpit

Kereta peronda polis terbabas dihimpit

PARIT BUNTAR: Dua koperal polis berhadapan detik cemas apabila kereta peronda mereka terbabas selepas dihimpit kenderaan suspek pencuri kabel di persimpangan lampu isyarat Simpang Tiga di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 4.15 pagi itu, anggota polis berkenaan sedang mengejar suspek selepas menerima maklumat sekumpulan lelaki disyaki mencuri kabel Telekom Malaysia (TM) di Jalan Siakap.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Omar Bakhtiar Yaacob, berkata kereta peronda Proton Inspira itu hampir dirempuh kenderaan suspek yang cuba melarikan diri ke arah pusat bandar Bagan Serai sejurus menyedari kehadiran anggotanya.

Katanya, kenderaan suspek terus memecut melalui Jalan Ipoh-Butterworth menghala ke arah pusat bandar Parit Buntar, manakala kereta peronda polis itu mengejar sambil kedua-dua anggota itu meminta bantuan tambahan.

"Ketika menghampiri persimpangan lampu isyarat Simpang Tiga, kenderaan suspek menghimpit kereta peronda polis sehingga terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum melanggar penghadang jalan.

"Akibat tindakan suspek, kereta peronda yang terbabas mengalami kerosakan teruk pada bahagian belakang, namun kedua-dua anggota terselamat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, empat suspek yang menaiki kereta hijau gelap itu berjaya meloloskan diri dan lokasi terakhir kenderaan mereka dikesan ialah di persimpangan bertingkat menghala ke Jalan Taiping di sini.

Katanya, sejumlah kabel yang dipotong sepanjang 15 meter ditinggalkan di sisi jalan bersama peralatan memotong dan ia adalah kes kedua di lokasi terbabit.

"Pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak turut dipanggil dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) kanun sama atas kesalahan cubaan membunuh serta mencuri kabel," katanya.

Saksi kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk membantu siasatan atau menghubungi Inspektor Khairi melalui talian 012-5077026.
Tukar kerusi bukti pembangkang tidak yakin, khianati pengundi

Tukar kerusi bukti pembangkang tidak yakin, khianati pengundi

KUALA LUMPUR: Percaturan politik pemimpin parti pembangkang yang bertukar kerusi ditandingi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disifatkan sebagai mengkhianati kesetiaan dan sokongan pengundi yang memilih mereka menjadi wakil rakyat sebelum ini.

Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata perkara itu sudah menjadi trend pembangkang sejak dulu, sekali gus membuktikan hilang keyakinan untuk mempertahankan kerusi disandang.

"Kalau kita tengok, trend wakil rakyat pembangkang ini memang suka tukar tempat (kerusi) pun, boleh pergi ke mana-mana sebab pada mereka kerusi Parlimen ini sebagai platform saja untuk perjuangkan bapa dia (merujuk kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar) keluar dari penjara.

"Apabila rakyat mengundi pemimpin berkenaan (dan kemudian tukar kerusi), mereka sudah khianati pengundi, tapi dia akan buat alasan pucuk pimpinan parti sudah putuskan untuk pergi tempat lain," katanya pada Program Mega Rondaan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Bersama BOSS Ke Arah Pembangunan Masyarakat Berkualiti di Blok E Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi Lembah Pantai di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Suraya Wen.

Nong Chik berkata demikian ketika mengulas tindakan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR yang didakwa tidak akan mempertahankan kerusi Lembah Pantai disandangnya sejak 2008 pada PRU-14, sebaliknya berpindah ke kawasan lain yang dilihat lebih selamat.

Beliau berkata, perjuangan politik pakatan pembangkang jauh berbeza dengan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang banyak mendapat sokongan akar umbi, malah kita tidak akan lari ke mana-mana.

"Dulu ketika saya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, ada pihak tertentu cadangkan saya bertanding di tempat lebih selamat, tetapi saya kata jika mahukan tempat selamat lebih, baik saya tidak payah bertanding kecuali di kawasan Lembah Pantai yang saya perjuangkan begitu lama," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai keyakinannya untuk dicalonkan di kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU-14, Nong Chik berkata, ia terserah kepada kepimpinan parti, namun beliau melihat petanda jelas untuk bertanding di kerusi sama.

"Dalam tempoh empat lima tahun ini, saya meneruskan usaha lebih mendalam mendekati penduduk Lembah Pantai dan mempunyai keyakinan lebih besar berbanding dulu.

"Mungkin dulu saya tak ada masa sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan serahkan kepada pegawai, tetapi kali ini saya sendiri banyak turun padang dan ini juga beri satu keyakinan mendapat sokongan pengundi," katanya.

Pada PRU-13, Nurul Izzah menewaskan Nong Chik dengan majoriti 1,847 undi. Pada PRU 2008, Nurul Izzah merampas kerusi itu daripada tangan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Sokong Calon Dari BN Tidak Kira Parti

Sokong Calon Dari BN Tidak Kira Parti

KUANTAN: Semua pemimpin akar umbi perlu menjadi mata dan telinga kerajaan bagi membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang dijangka tidak lama lagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tanggung jawab setiap pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan JKKK Persekutuan (JKKP) menjadi perantara untuk menjelaskan program dan perancangan kerajaan untuk rakyat.

"Sepanjang lima tahun perjalanan politik, kini kita sudah berada di pusingan terakhir dan harus terus bernafas untuk sampai ke garisan penamat.

"Tanggungjawab kita adalah untuk menangkan mana-mana calon BN, tidak kira mereka (calon) itu daripada parti (komponen) mana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Sijil Tadbir Urus Desa Infra-UniKL Zon Timur di Bukit Gambang dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Seramai 600 peserta menerima sijil program berkenaan yang diperkenalkan khusus untuk pengerusi JKKK, JKKKP dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) bagi mempertingkatkan kewibawaan dan keupayaan pemimpin dalam menguruskan kampung atau komuniti mereka.

India, Pakistan berbalas bedilan

India, Pakistan berbalas bedilan

SRINAGAR, India: India dan Pakistan berbalas bedilan meriam di wilayah Kashmir yang dipertikai, sekali gus memaksa ratusan penduduk melarikan diri, dan menimbulkan persoalan mengenai gencatan senjata hampir 15 tahun antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, tidak jelas apa yang menyebabkan pertempuran di Garisan Kawalan (LoC) semalam yang memisahkan wilayah Himalaya yang sebahagian besarnya dihuni penduduk Islam itu.

Ketegangan di wilayah itu memuncak sejak awal bulan ini, susulan serangan ke atas kem tentera India di Kashmir yang mengorbankan enam askar.

India menuduh Pakistan sebagai dalang serangan berkenaan dan mahu negara jirannya itu menanggung akibat "perbuatan" itu.

Superintendan, Imtiaz Hussain, berkata bedilan tentera Pakistan mengenai kawasan Uri, menyebabkan ratusan penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Tentera India kemudian membalas bedilan, kali pertama senjata berat digunakan sejak gencatan senjata pada 2003.

Imtiaz berkata, pihak berkuasa Pakistan kemudian membuat pengumuman di sebuah masjid mengarahkan penduduk kampung di kawasan berhampiran LoC menyelamatkan diri mereka.

"Kira-kira 700 penduduk kini berlindung di sekolah di Uri," katanya. - Reuters
Agresif rebut peluang walaupun SL1M bantu

Agresif rebut peluang walaupun SL1M bantu

SERDANG: Graduan digalakkan untuk lebih aktif merebut peluang dan ruang pekerjaan yang disediakan oleh pelbagai agensi di negara ini.

Ketua Sekretariat Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M), Norashikin Ismail, berkata pihaknya berusaha menyediakan platform kerjaya, namun masih ramai graduan bersikap pasif.

Beliau berkata, sikap malas sesetengah graduan yang tidak mahu merebut peluang menyebabkan diri mereka sendiri gagal mendapatkan pekerjaan.

"Program Temuduga Terbuka SL1M ini yang terbesar pernah diadakan dan ia mencakupi skop pekerjaan yang lebih meluas.

"Maklum balas daripada orang ramai sangat menakjubkan, kira-kira 55,000 pengunjung membanjiri ekspo sepanjang dua hari ini.

"Selain tawaran pekerjaan, khidmat latihan industri program ini juga menyediakan pelbagai lagi perkhidmatan lain seperti bantuan mengemas kini resume. Justeru, tidak ada alasan untuk tidak merebut setiap peluang yang disediakan," katanya ketika ditemui pada Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

SL1M yang dianjurkan kali ini menawarkan lebih 15,000 tawaran pekerjaan dan latihan dengan 150 pempamer dari agensi kerajaan dan swasta.

Sementara itu, peserta temu duga SL1M, Syed Mohd Moharjir Syed Tahar, 30, tidak menjangka kunjungannya pada hari kedua program temu duga SL1M membuka pintu rezeki baginya.

Dia yang cacat pendengaran hadir ditemani kedua ibu bapanya.

"Ini kali pertama saya hadir untuk temu duga selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).

"Saya gementar dan takut, namun tidak mahu lepaskan peluang malah jika ada rezeki, saya tidak sabar untuk bekerja," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan kenaikan elaun bulanan SL1M daripada RM1,500 kepada RM2,000.

Program SL1M yang dilancarkan pada 1 Jun 2011, adalah program kebolehpasaran bertujuan membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.
Walau sakit tulang belakang, Azmin tetap kerja dari rumah

Walau sakit tulang belakang, Azmin tetap kerja dari rumah

KUALA LUMPUR, 25 Feb ― Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tetap meneruskan tugas sebagai menteri besar Selangor ketika sedang menerima rawatan akibat sakit tulang belakang.

“Dia tidak bercuti. Sedang bekerja dari rumah,” kata pembantunya Yin Shao Loong ketika dihubungi Malay Mail.

Pengarah komunikasi strategik itu bagaimanapun tidak menyatakan tempoh Azmin akan bekerja dari rumah dan menjangkakan ia tidak mengambil masa terlalu lama.

Tulang belakang timbalan presiden PKR itu cedera selepas mengangkat perabot berat awal minggi lalu dan kini sedang menjalani rawatan fisioterapi.

Yin dalam satu kenyataan media berkata puncanya kerana Azmin begitu teruja menimang cucu pertama, lalu dia mengemas rumah sendiri termasuk mengalih perabot berat.

New law brings hope to abused Tunisia women

New law brings hope to abused Tunisia women

TUNIS: After years of “manipulation” by her husband, mother of two Sameh is filing for divorce, thanks to a new Tunisian law broadening the definition of violence against women.
The law, passed in July, entered into force on February 1, finally providing Sameh with the tool she needs to divorce her husband who she says has been psychologically and financially abusing her.
For the past 15 years, Sameh, a teacher and 45-year-old mother of two teenage girls, has been forced to hand over her entire salary to her husband.
She told AFP it took her that long to realize that he had been “manipulating” her, but when she woke up to the reality she decided to act.
But since then, her husband has started provoking her, she said during a meeting at a help center for women victims of violence set up by the Tunisian Association of Democratic Women (AFTD).
“He wants to drive me crazy,” said Sameh, who declined to give her full name.
Her husband would whisper insults into her ear to try to make her snap in front of their teenage daughters.
Her eldest daughter has sensed the tensions and lately began to hurt herself by lacerating her skin.
“I am psychologically exhausted,” said Sameh, adding that she has been taking anti-depressants.
Sameh said she had tried to file for divorce two years ago but her husband refused, and she was afraid of being separated from her daughters and of ending up penniless out on the street.
“It’s very difficult to prove psychological abuse and even then, there was a risk it would not be accepted,” as a cause for divorce by the authorities, she said.
But the new law has changed all that for Sameh, and other victims of domestic abuse.
“When I heard about this law I said to myself, ‘This will bring me justice’,” she said, adding she would file for divorce on moral and financial grounds.
The law considerably widens the definition of unacceptable violence against women.
It recognizes physical, moral and sexual abuse as well as abuse in the form of financial exploitation.
“It is real progress... that could change lives,” said Ahlef Belhadj of the AFTD association.
She said the July law was the result of 25 years of campaigning by Tunisian human rights activists.
Tunisia is seen as a pioneer of women’s rights in the Arab world.
The North African country, birthplace of the Arab Spring protests that ousted several autocratic rulers, adopted a new constitution in 2014 which guarantees equality between men and women.
Article 21 of the constitution states: “All citizens, male and female, have equal rights and duties, and are equal before the law without any discrimination.”
A Personal Status Code adopted in 1956 abolished polygamy, by which a Muslim man can have up to four wives, and repudiation, or the man’s right to terminate a marriage unilaterally.
Nevertheless, in Tunisia one woman out of two has been the victim of abuse, according to official estimates.
“This is only the tip of the iceberg,” said Belhadj.
The new law is seen by many as a landmark step to protect women’s rights because it criminalizes sexual harassment in public places and the employment of children as domestic workers.
It also slaps fine on employers who pay women less than their male counterparts.
However, Belhadj said there is still a lot left to be done and that more funding needs to be allocated to carry it through.
“It’s not enough to pass laws, we must make sure of the conditions of their implementation.”
Human Rights Watch said the law stipulates the creation of shelters for women victims of violence but does not provide for a mechanism to fund them.
Meanwhile, Tunisia’s interior ministry has set up two units tasked with investigating violence against women.
Radhia Jerbi, president of the National Union of Tunisian Women, said the next steps were to spread the word about the new law across the country and to persuade skeptics.
“The problem is our mentality,” she said.
Yemen’s army foils attack by Houthi militia in Al-Jouf province

Yemen’s army foils attack by Houthi militia in Al-Jouf province

DUBAI: The Yemeni armed forces foiled a Houthi militia attack in the Ham Mountains of the Al-Muttoun district, west of Al-Jouf province ,on Sunday, Saudi state news agency SPA reported.
In a statement on the Yemeni armed forces official site “September 26,” a military source said that the fighting between the two sides resulted in the killing and wounding of several militants, as well as the destruction of a combat vehicle.
He added that the violent clashes continued in Al-Maslub directorate, within the same province, as the militia suffered losses of men and equipment and one of its members was captured.
In the Nahm district, east of Sanaa, Arab coalition fighters intensified their raids on positions of the Iran-backed Houthi militia amid ongoing battles.
Regime strikes in Syria enclave despite cease-fire call: Monitor

Regime strikes in Syria enclave despite cease-fire call: Monitor


DOUMA: New regime strikes hit the rebel enclave of Eastern Ghouta on Sunday despite a UN Security Council demand for a ceasefire to end one of the most ferocious assaults of Syria's civil war.
After days of diplomatic wrangling, the Security Council on Saturday adopted a resolution calling for a 30-day ceasefire in Syria "without delay", to allow for aid deliveries and medical evacuations.
The main rebel groups in Eastern Ghouta, where more than 500 people have died since the bombing campaign was launched a week ago, welcomed the UN vote and said they would abide by a ceasefire.
Rocket and artillery fire also hit at least three parts of Eastern Ghouta, including Douma on Sunday, Observatory chief Rami Abdel Rahman said.
A woman was killed in artillery fire on the town of Hammuriyeh, said Abdel Rahman, whose group uses a network of sources across Syria to monitor the country's conflict.
Abdel Rahman said there were also clashes in the south of Eastern Ghouta between regime forces and fighters from the Jaish al-Islam rebel group. Fighting in the area is frequent so it was not immediately clear if the clashes represented a change on the ground.
Eastern Ghouta, home to some 400,000 people, is surrounded by government-controlled territory and its residents are unwilling or unable to flee.
Iran, Syria to continue attacking "terrorists" in Damascus suburbs
Iran and Syria will continue attacks on Damascus suburbs held by "terrorists", but elsewhere respect the UN resolution across Syria to allow aid access and medical evacuation, the Iranian military chief of staff was quoted as saying on Sunday.
"We will adhere to the ceasefire resolution, Syria will also adhere. Parts of the suburbs of Damascus, which are held by the terrorists, are not covered by the ceasefire and clean-up (operations) will continue there," the semi-official news agency Tasnim quoted General Mohammad Baqeri as saying.
Rebel groups welcome ceasefire
The two main rebel groups controlling the enclave -- Jaish al-Islam and Faylaq al-Rahman -- welcomed the Security Council demand, but vowed to fight back in case of renewed attacks.
Jaish al-Islam said it was "committed to protecting humanitarian convoys" but warned it would "immediately respond to any violation".
Faylaq al-Rahman said in a statement: "We confirm our full commitment to the (UN) resolution... Nevertheless, we reserve the right to defend the civilians of Eastern Ghouta in case of renewed attacks."
UN diplomats say Saturday's Security Council resolution was watered down to ensure it was not vetoed by Russia, which has provided diplomatic and military support to Assad's regime.
Language specifying that the ceasefire would start 72 hours after adoption was scrapped, replaced by "without delay," and the term "immediate" was dropped in reference to aid deliveries and evacuations.
In another concession, the ceasefire will not apply to operations against Dash or Al-Qaeda, along with "individuals, groups, undertakings and entities" associated with the terror groups.
Syria's former Al-Qaeda affiliate is present in Eastern Ghouta and Assad's regime routinely describes all of its opponents as "terrorists".
UN Secretary General Antonio Guterres, who has described Eastern Ghouta under the bombardment as "hell on Earth," said the ceasefire must be "immediately" implemented.
Dozens killed or wounded in south Yemen suicide attacks: witnesses

Dozens killed or wounded in south Yemen suicide attacks: witnesses

ADEN: Dozens of people were killed or wounded in two suicide car bombings in the southern Yemeni port city of Aden on Saturday, witnesses and local medics said.
They said the attacks appeared to have targeted a camp used by anti-terrorism forces in south-western Aden.
Officials at the city's main Jumhouriya hospital said the bodies of five victims, most of them soldiers, had arrived at the facility, along with a number of injured people including civilians, but gave no precise figures.
Daesh has claimed responsibility for the attack in an area known as Gold Mohr in Aden's Tawahi district, where the force of the blast damaged civilian cars parked outside the camp and showered the street with debris.
It was the first attack of its kind since gunbattles erupted between southern separatists and the government of President Abd-Rabbu Mansour Hadi last month over control of the city.
Residents described two large explosions in the area, where a cloud of grey smoke rose over the area, while ambulances raced to evacuate the wounded.
Residents initially said one of the bombers targeted an office of the separatist Southern Transitional Council, but a member of the group said there was no attack on the building.
US welcomes Saudi-led coalition’s humanitarian efforts in Yemen

US welcomes Saudi-led coalition’s humanitarian efforts in Yemen

JEDDAH: The US on Saturday has welcomed the Saudi-led coalition’s humanitarian efforts in Yemen.
A statement from White House Press Secretary Sarah Huckabee Sanders said: “The coalition released a humanitarian operations plan on Jan. 22, 2018, and as part of that plan, it has agreed to transfer $930 million to United Nations agencies in support of the 2018 Yemen Humanitarian Response Plan by March 31. Four World Food Programme (WFP) mobile cranes funded by the United States have now begun offloading supplies at Yemen’s Hudaydah port.
“We appreciate the coalition’s willingness to contribute to Yemen’s reconstruction, including investment in key ports and transportation infrastructure, and to work with the United Nations, WFP, and NGOs to meet the needs of millions of desperate Yemeni people.”
“The United States stands ready to assist Saudi Arabia and the United Arab Emirates in accomplishing critical objectives, including expanding access to food and medicine for Yemenis suffering after nearly four years of civil war, and reiterates the continuing necessity for unfettered access for delivering humanitarian and commercial goods through all ports of entry,” the statement said.
“We urge the Houthis to work with the international community to ensure all essential supplies reach the millions in predominately Houthi-controlled areas who are in the greatest need. Alleviating these vital humanitarian needs and legitimate security concerns of countries in the region depends on a political settlement to the conflict, and therefore the US applauds the recent public commitments of several important parties to the conflict to renew diplomatic efforts and stands ready to support UN-led efforts to achieve peace.”
Rakyat Seronok Dengan BR1M Pembangkang Pening

Rakyat Seronok Dengan BR1M Pembangkang Pening

PEKAN, 25 Feb ― Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi asal usul pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berikutan terdapat pelbagai tohmahan daripada pihak pembangkang termasuk bertujuan membeli undi.

Bercakap di hadapan kira-kira 2,000 penerima, beliau berkata bantuan itu dicadangkan oleh Bank Negara Malaysia yang bukan bersifat kepartian politik dalam usaha membolehkan kaedah subsidi bersasar dilakukan.

“Subsidi ini (bersasar) adalah lebih baik daripada subsidi pukal yang banyak ketirisan. Sebagai contoh, mungkin mereka yang menerima subsidi ini menjualnya di sempadan.

“Keduanya, orang yang sepatutnya menerima subsidi secara relatifnya mendapat kurang berbanding orang yang tinggi kemampuan, contohnya Petrol RON95, orang berkereta besar mendapat manfaat lebih daripada mereka yang memandu Proton Saga atau Myvi,” katanya pada majlis pelancaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) peringkat kebangsaan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Lantaran itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi kerajaan, sudah sampai masanya untuk membuat perubahan dasar yang memberi manfaat besar kepada rakyat melalui pemberian BR1M.

Justeru, katanya BR1M dilaksanakan pada tahun 2012 dengan bantuan sebanyak RM500 yang memanfaatkan hampir 4.1 juta penerima sebelum dinaikkan kepada RM1,000 pada 2016 dan RM1,200 pada 2017.

“Janji kita lima tahun dahulu dalam manifesto Barisan Nasional (BN), kita akan naikkan BR1M kepada RM1,200 dan dalam jangka masa ini, janji telah ditepati. Kita tidak akan membuat janji kalau kita fikir tidak boleh ditunaikan.

“Saya takkan keluarkan kenyataan bahawa sesuatu manifesto itu kita kaji semula… ada orang buat kenyataan bukan nak tepati, nak kaji semula 60 peratus daripada manifesto. Apa guna manifesto yang mana janji kita takkan tunaikan,” kata perdana menteri.

Beliau berkata sehingga hari ini, kerajaan BN berjaya menunaikan 97.6 peratus janji dalam manifesto pada PRU lepas.

Najib berkata BR1M yang menjadi antara pertanyaan popular pengguna media sosial setiap kali beliau memuat naik pelbagai status di Facebook dan Twitter miliknya turut membantu merangsang ekonomi negara.

“Apabila sahaja kita dapat BR1M, kita gunakan untuk membeli barang-barang asas seperti beras, gula, susu dan pakaian sekolah… ini merangsang ekonomi domestik,” katanya.

Beliau turut menempelak pihak yang hanya pandai mengkritik pemberian BR1M tetapi tidak memberi sebarang cadangan berhubung kaedah lebih baik dalam menyampaikan subsidi.

Katanya pihaknya bersedia menimbang sebarang cadangan untuk dilaksanakan demi kepentingan rakyat dan negara.

“Kalau nak kata dedak atau ‘cash is king’, ini mengarut sebab zaman dia dahulu tidak buat, kita kerajaan yang prihatin terhadap kebajikan rakyat,” jelasnya.

Pengagihan BR1M 2018 yang melibatkan peruntukan sebanyak RM6.3 bilion untuk kira-kira tujuh juta penerima di seluruh negara akan dilakukan dalam tiga fasa.

Bayaran pertama BR1M akan dibayar mulai esok, manakala fasa kedua dan ketiga bakal dibuat pada Jun dan Ogos ini. ― Bernama


Read more at http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/br1m-bukan-untuk-beli-undi-pru-kata-najib#7jSUlgjRgFUqEied.99
Untung naik 60 peratus bukti Felda kukuh, kata Shahrir

Untung naik 60 peratus bukti Felda kukuh, kata Shahrir

JOHOR BARU, 25 Feb — Peningkatan keuntungan yang berjaya direkodkan oleh Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) tahun lepas membuktikan syarikat itu berada dalam kedudukan yang kukuh dan diurus dengan baik selari dengan peranan penubuhannya.

Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata keuntungan berkenaan telah memakbulkan impian setiap warga Felda yang memiliki pegangan saham dalam FGV, termasuk warga peneroka yang turut memiliki pegangan saham dalam entiti perniagaan berkenaan.

“Di sini kita dapat lihat terdapatnya perbezaan fungsi iaitu Felda sebagai agensi kerajaan manakala FGV pula entiti perniagaan yang memberi fokus mencari keuntungan dan membawa pulangan kepada pemegang sahamnya seperti Felda dan warga peneroka.

“Pengerusinya, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid serta ahli lembaganya berjaya mengembalikan peranan FGV sebagai entiti perniagaan menerusi peningkatan keuntungan direkodkan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Angkatan Tentera di sini semalam.

Shahrir juga menegaskan bahawa pegangan saham dalam syarikat berkenaan tidak merugikan mana-mana pihak seperti yang sering dilontarkan oleh pihak tertentu yang berniat untuk menjatuhkan FGV.

Menurutnya perkembangan positif itu diharap dapat terus diperkukuhkan dengan pelbagai usaha dan sokongan daripada kerajaan serta Felda, terutama dalam sektor perladangan.

“Mereka (pembangkang) hanya tahu mencari salah. Akhirnya FGV terus untung secara berterusan dan setiap tahun juga dapat bayar dividen dan saya yakin bahawa Felda sudah pulih kepada asal dan akan terus diperkasa,” tambahnya.

Semalam, FGV mengumumkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM417 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2017, iaitu peningkatan 60 peratus berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM260 juta pada 2016.

Dalam satu kenyataan, syarikat perladangan itu berkata peningkatan tersebut susulan prestasi lebih baik pada sektor perladangan serta logistik dan lain-lain (LO). — Bernama


Read more at http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/untung-naik-60-peratus-bukti-felda-kukuh-kata-shahrir#3dP7LHJ2yyiM7UjQ.99
PAS Bertanding Semua DUN Negeri Sembilan

PAS Bertanding Semua DUN Negeri Sembilan

SEREMBAN, 25 Feb ― PAS Negeri Sembilan akan bertanding bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya umum ke-14, kata Pesuruhjaya PAS negeri Mustaffa Daharun.

“Kita juga akan meletakkan sekurang-kurangnya 11 calon bukan Islam, yang akan bertanding atas tiket PAS, di kawasan yang majoritinya terdiri daripada bukan Melayu seperti DUN Temiang dan Lobak,” katanya kepada pemberita selepas majlis perisytiharan Gagasan Sejahtera dan pelancaran jentera pilihan raya PAS, di sini malam tadi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata parti itu akan melancarkan manifestonya pada 11 Mac ini, yang antaranya mengandungi Wawasan Induk Negara Sejahtera dan Dokumen Hijau yang menampilkan aspek dari segi ekonomi. ― Bernama

PPBM tak ada duit, Dr M hanya ‘berlakon’

PPBM tak ada duit, Dr M hanya ‘berlakon’

KANGAR, 24 Feb : Tindakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad meminta derma dan sumbangan orang ramai bagi membantu parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) hanya sebagai satu lakonan sahaja.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata PPBM sebenarnya tidak mempunyai masalah kewangan kerana yakin ada tokoh-tokoh perniagaan semasa zaman pemerintahan bekas perdana menteri itu akan tampil dan sanggup menaja parti itu pada PRU14 kali ini.

“Saya tahu siapa ‘Uncle’ yang selalu menaja sambutan ulang tahun kelahiran Dr Mahathir dengan kos RM1 juta hingga RM2 juta hampir saban tahun kerana masa berkuasa dulu dia (Dr Mahathir) beri mereka bermacam peluang sehingga menjadi jutawan.

”Jika Dr Mahathir hendak bertanding (PRU) kali ini, saya yakin mereka akan sokong dia,” katanya kepada pemberita selepas perasmian Seminar Agronita 2018 peringkat negeri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man di sini, hari ini.

Justeru, sebagai ‘orang lama’ dalam UMNO, katanya, beliau mengetahui ‘drama’ dan ‘temberang’ bekas perdana menteri selama 22 tahun itu.



Tajuddin, yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata Dr Mahathir boleh menipu rakyat dengan ‘lakonannya’ tetapi bukan dengan orang-orang lama dalam UMNO.

“Saya amat kasihan dengan rakyat yang mudah percayakan beliau,” katanya dan menambah Dr Mahathir juga boleh bertanding atas tiket DAP pada PRU14 tetapi beliau tidak akan mendapat sokongan orang Melayu.

Menyentuh soal bijirin ‘quinoa’ yang menjadi makanan diet Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya, pembangkang tiada modal sehingga makanan pun dijadikan modal politik mereka.

“……..apa masalahnya kalau dia (Najib) hendak makan. Sesiapa pun kalau mampu boleh makan jika ia baik untuk kesihatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tajuddin berkata pembukaan empat kawasan jelapang baharu iaitu di Kota Belud (Sabah), Batang Lupar (Sarawak), Rompin dan Pekan (Pahang) yang meliputi 19,000 hektar kawasan dijangka dapat memenuhi keperluan beras dalam negara menjelang 2020.

Katanya, kekurangan ketara ialah daging kerana 80 peratus masih bergantung kepada import yang bernilai kira-kira RM2 bilion setahun manakala import produk tenusu pula hampir RM4 bilion setahun.

Di PP, MCA turunkan banyak calon muda,muka baharu

Di PP, MCA turunkan banyak calon muda,muka baharu

GEORGE TOWN, 24 Feb : MCA Pulau Pinang telah menyenaraikan 14 calon untuk bertanding 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan empat kerusi Parlimen di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata majoriti calon MCA Pulau Pinang yang dikemukakan pada PRU14 adalah muka baharu dan golongan muda.

“Calon MCA kita dah siap semua, senarai dah disenarai pendek. Kita dah beri pada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Tunggulah pengumuman kelak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA Pulau Pinang, di sini hari ini.

Beliau berkata MCA dan Barisan Nasional (BN) berazam tinggi untuk merampas kembali kerusi-kerusi yang kalah pada pilihan raya umum yang lepas.

“Beri peluang kepada kerajaan BN dan MCA, sama-sama kita eratkan pasukan kita dan bangunkan negeri ini,” katanya. — BERNAMA

Google+ Followers