Sunday, 18 February 2018

Azmin sedar kepentingan pelabur China - Mustapa

SHARE
KOTA BHARU: Pakatan Harapan (PH) kini mula menyedari kepentingan pelabur dari China ke Malaysia apabila dilihat mengalu-alukan kehadiran mereka ke negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata apa sahaja yang dilakukan oleh PH tidak konsisten dengan tindakan mereka.

"Kita semua tahu PH pakar pusingan 'U'...dulu mereka bantah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), tetapi pada masa yang sama mengakui ia bagus dan mahu melakukan pengubahsuaian.

"Sebelum ini mereka membantah pelabur China datang ke negara ini, Forest City di Johor, malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pun masih lagi menentang.

"Tapi kita tahu, Azmin dan Lim Guan Eng (Ketua Menteri Pulau Pinang) ke China bagi mempromosi pelabur datang melabur di negeri mereka," katanya pada sidang media sempena sambutan Tahun Baru Cina di Taman Kenangan, di sini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengalu-alukan kedatangan pelabur China ke negara ini.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Azmin itu menunjukkan dasar yang diamalkan kerajaan adalah betul manakala apa yang dilakukan PH dilihat tidak konsisten dan hanya mahu membangkitkan emosi rakyat negara ini.

"Pelabur datang dari seluruh dunia melabur di negara kita, bukan hanya China, tetapi Jerman, Amerika,

Jepun dan Korea.

"Pelaburan China di negara ini kecil sahaja berbanding negara jiran, Singapura dan beberapa negara lain," katanya.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers