Thursday, 22 February 2018

BN Terengganu Yakin Menang Besar

SHARE
MARANG: UMNO Terengganu melahirkan keyakinan tinggi untuk memperoleh sekurang-kurangnya majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata keyakinan itu berdasarkan sokongan rakyat Terengganu yang dilihat semakin bertambah kepada Barisan Nasional (BN) sejak kebelakangan ini.

Beliau berkata, hasil kaji selidik dilakukan beberapa ahli akademik yang dikeluarkan November tahun lalu mendapati 61 peratus rakyat negeri itu memberi pandangan positif terhadap kerajaan negeri pimpinan BN.

"Sebanyak 63 peratus pula percaya hala tuju kerajaan negeri diterajui BN berada pada landasan yang betul. Maka, tidak ada sebab untuk kita tidak peroleh lebih daripada dua pertiga dan mengulangi sejarah pada 2004 apabila kita menang 28-4.

"Malah, dengan keadaan sekarang, tak mustahil untuk kita catat 32-0 di Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 500 ahli Pergerakan Wanita UMNO Terengganu pada penutup Program 2P : Pemantapan dan Pengukuhan Wanita UMNO Negeri Terengganu 2018 di Auditorium Akademi Bomba Wakaf Tapai, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Terengganu, A Latiff Awang dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO negeri, Datuk Rohani Abdullah.

Ahmad Razif berkata, langkah kerajaan negeri memberi tumpuan pada tiga isu utama yang menjadi kebimbangan rakyat Terengganu iaitu peningkatan kos sara hidup, pekerjaan dan perumahan, membuatkan rakyat semakin sayangkan BN.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, UMNO Terengganu sudah mengemukakan cadangan senarai calon PRU-14 kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, berkata senarai calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikemukakan kepada Perdana Menteri itu sudah direstui dan dipilih oleh Ketua UMNO Bahagian.

"UMNO negeri sedang menunggu keputusan muktamad senarai calon untuk bertanding di lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi DUN," katanya.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers