Tuesday, 27 February 2018

Keropok Lekor Nasi Dagang Ke London

SHARE
KUALA TERENGGANU: Keropok lekor dan nasi dagang yang sinonim dengan Terengganu akan dieksport ke peringkat antarabangsa oleh syarikat milik negeri, Terengganu Kitchen Sdn Bhd.

"Sebagai langkah pertama, kami ytelah menerima tempahan sebanyak 20,000 pek nasi dagang dan keropok lekor ke London dan ia mendapat sambutan baik," kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad Razif berkata, nasi dagang dijual pada harga £4 (RM21) sebungkus, manakala keropok lekor pula pada harga £3.50 (RM19) sebungkus.

Beliau berkata demikian pada Ahad selepas merasmikan Chicken Cottage dan trak makanan Terengganu Kitchen pada Ekspo Terengganu 2018.

Beliau berharap untuk turut memperkenalkan ikan celup tepung, ikan singgang dan kek tempatan pada masa akan datang.

Tambahnya, negeri itu juga berharap untuk membuka sembilan cawangan Chicke Cottage di peringkat global secara berperingkat.

Enam daripada cawangan tersebut akan dibuka di Dubai dan setiap satu cawangan lagi dibuka di Algeria, Jerman dan United Kingdom.

Chicken Cottage dibuka kali pertama di London pada 1994 dan diperbadankan pada 2001.

Cabang pelaburan Terengganu iaitu Terengganu Inc Sdn Bhd membeli 70 peratus kepentingan dalam restoran yang menyajikan hidangan ayam halal pada tahun 2014 itu.

Ia mempunyai 121 cawangan di seluruh dunia.-mStar


"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers