Thursday, 22 February 2018

Legenda bola Kedah tidak menangkan PAS, kata Mahfuz

SHARE
PETALING JAYA, 22 Feb — Legenda bola sepak Kedah Muhamad Radhi Mat Din sendiri tidak mampu menang di Pokok Sena, kata penyandangnya.

Datuk Mahfuz Omar berkata rakyat di kawasan yang diwakilinya itu sejak 1999 mahu perubahan di peringkat nasional dan negeri, lapor Malaysiakini.

"Jadi sudah tentu apabila bercakap tentang peralihan kuasa mereka nampak [Pakatan] Harapan sebagai pihak yang boleh diberi kepercayaan," katanya.

Mahfuz berkata beliau menghormati sesiapa saja termasuk Radhi, selaku ikon bola sepak PAS yang diuar-uar sebagai calon di parlimen Pokok Sena.

Radhi, kapten Kedah yang menjulang Piala Malaysia dua kali, antara indvidu yang aktif dalam PAS. Beliau dikatakan mungkin dicalonkan di situ.

Bagaimanapun belum pasti Mahfuz, bekas naib presiden yang keluar PAS hujung tahun lalu, akan mempertahankan kerusi itu.

"Saya sendiri tidak tahu akan bertanding atau tidak, tetapi akan sokong calon daripada Harapan," katanya, yang tewas kerusi itu pada 2004.-Malay Mail


"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers