Tuesday, 27 February 2018

Najib: Jumlah dagangan Malaysia-China sebanyak AS$96.3 bilion pada 2017

SHARE
KUALA LUMPUR - Jumlah dagangan dua hala antara Malaysia dan China tahun lepas kekal kukuh, sebanyak AS$96.3 bilion (RM376.63 bilion), walaupun ekonomi dunia tidak menentu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, kejayaan besar hasil hubungan dua hala ini termasuk kejayaan penubuhan Taman Perindustrian China-Malaysia Qinzhou dan Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan antara 2012 dan 2013.


"Kawasan pemula niaga Qinzhou seluas 7.87 kilometer persegi kini hampir siap dan setakat ini berjaya menarik 90 pelabur strategik utama, yang melabur sebanyak 90 bilion renminbi.

"Walaupun kadar penyertaan pelabur China lebih tinggi, 49 peratus daripada bahagian Pembangunan Induk dipegang oleh konsortium Malaysia iaitu milik bersama Rimbunan Hijau Group dan SP Setia Bhd.," kata Najib pada jamuan tengah hari Tahun Baru Kerjasama Dua Hala Malaysia-China di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, syarikat pertama yang beroperasi di taman perindustrian Kuantan, Alliance Steel (M) Sdn. Bhd. akan memulakan operasi menjelang suku kedua tahun ini, dengan pelaburan sebanyak RM5 bilion dan menawarkan 4,000 pekerjaan baharu. - Bernama
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers