Friday, 23 February 2018

Tariq Ramadan masih ditahan kes rogol aktivis, OKU

SHARE
PARIS, 23 Feb ― Pemikir Islam terkenal Tariq Ramadan yang kini disiasat kes merogol dua wanita terus ditahan di sini walau mendakwa sakit.

Ditahan sejak 2 Februari, peguam profesor Universiti Oxford itu mencabar perintah tahanan dengan alasan beliau sakit tetapi gagal, lapor AFP.

Sebuah mahkamah Perancis semalam menolak permohonan Tariq, 55, yang mendakwa mengalami masalah kesihatan yang tidak boleh dirawat di penjara.

Pemeriksaan kesihatan terhadapnya yang dibuat bawah arahan mahkamah mendapati beliau boleh dipenjara tanpa menjejas kesihatannya.

Namun, cucu pengasas Ikhawanul Muslimin Hassan Al-Banna mendakwa doktor memeriksa ringkas dan tidak mengakses rekod masalah kesihatannya.

Tariq, warga Switzerland yang dilantik penasihat Britain, enggan hadir di mahkamah rayuan di sini ketika permohonannya didengar.

Sarjana itu ditahan dalam proses siasatan terhadap dakwaan merogol, termasuk mualaf kurang upaya, di Paris pada 2012 dan Lyon pada 2009.

Beliau bagaimanapun menafikan tuduhan-tuduhan tersebut.

Dakwaan pertama dibuat oleh aktivis Henda Ayari, 41, yang mendedahkan serangan seks itu dalam buku pada 2016 tanpa menyebut nama Tariq.

Setelah muncul gelombang #MeToo (saya juga terbabit) susulan skandal penerbit Harvey Weinstein, wanita itu mendedahkan dakwaannya Oktober lalu.

Henda mendakwa diserang pemikir itu di sebuah hotel di Paris pada 2012.

Beberapa hari selepas itu, seorang wanita mualaf OKU yang berusia 45 tahun pula mendakwa dirogol di sebuah hotel di Lyon pada 2009.-Malay Mail
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers