Tuesday, 27 February 2018

Zulfadli, Chun Seang hadapi enam pertuduhan atur perlawanan

SHARE
SINGAPURA - Dua pemain badminton Malaysia masing-masing menghadapi enam pertuduhan mengatur perlawanan, yang kebanyakannya dilakukan pada 2013, kata pemerhati Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Jadadish Chandra.

Hari pertama pendengaran kes itu oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), yang melibatkan pemain perseorangan Zulfadli Zulkiffli, 25, dan Tan Chun Seang, 31, bermula di sini hari ini.


"Satu daripada perlawanan itu ialah Grand Prix Korea," kata Jadadish kepada pemberita selepas pendengaran itu.

Jadadish, yang juga anggota majlis BAM, adalah anggota utama jawatankuasa peraturan, disiplin dan integriti badan kebangsaan itu.

Beliau berkata, BWF mengetahui tentang aktiviti mengatur perlawanan melibatkan dua pemain itu berikutan laporan yang dibuat seorang pemain. - Bernama
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers