Saturday, 31 March 2018

Syamsul Debat beri keterangan, polis terus siasat kes skandal isteri orang

Syamsul Debat beri keterangan, polis terus siasat kes skandal isteri orang

SEREMBAN, 31 Mac — Polis meneruskan siasatan kes dakwaan pendakwah bebas Syamsul Debat mengganggu isteri orang selepas selesai mengambil keterangan semua pihak.

Ketua polis Negri Sembilan berkata Syamsul sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negri Sembilan pagi kelmarin dan memberi kerjasama penuh, lapor Harian Metro.

“Polis sudah melengkapkan keterangan semua pihak iaitu Syamsul Debat, pengadu dan isteri pengadu yang berusia 39 tahun,” kata Datuk Noor Azam Jamaludin.

“Polis setakat ini masih meneruskan siasatan.”

Katanya kes akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya sama ada perlu dibawa ke mahkamah atau sebaliknya.

Laporan dibuat seorang lelaki berusia 51 tahun dari Johor mendakwa Syamsul, atau nama sebenar Syamsul Amri Ismail, 41, mengganggu isterinya.

Pengadu mendakwa Syamsul berkenalan dengan isterinya melalui Facebook dan menjadi bertambah rapat apabila berhubung melalui telefon, lapor portal itu.

Hubungan itu membawa kepada pertemuan di sebuah hotel di Seremban pada hujung Disember tahun lalu apabila penceramah itu meminta melakukan seks oral dan memberi isterinya sejumlah wang, dakwa pengadu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan kerana memikat isteri orang.

Personaliti televisyen itu yang baru pulang mengerjakan umrah membuat sidang media Isnin lalu menafikan dakwaan tersebut.

http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/syamsul-debat-beri-keterangan-polis-terus-siasat-kes-skandal-isteri-orang

Friday, 30 March 2018

Kelantan Tertinggi Memohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia

Kelantan Tertinggi Memohon Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia

Kelantan negeri tertinggi rakyatnya memohon untuk memiliki Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia (RMR1M), kata Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin.

Beliau berkata, berdasarkan statistik 2018, sebanyak 11,670 permohonan diterima dari negeri Kelantan dan sebanyak 7,155 permohonan diluluskan.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 6,240 unit RMR1M telah siap dibina dan 758 unit dalam proses pembinaan.

“Manakala 157 permohonan lagi sedang dalam peringkat dokumen perjanjian,” katanya ditemui pada Majlis Ramah Mesra Penerima RM1M dan penyerahan sijil kelayakan Subsidi di Kompleks Uthmaniyah Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan hari ini.

Di kawasan Parlimen Pasir Puteh sebanyak 1, 308 permohonan RMR1M diterima. Daripada jumlah itu 833 permohonan diluluskan dan 699 unit telah berjaya disiapkan,

Manakala 123 unit masih dalam proses pembinaan dan 11 permohonan dalam peringkat penyediaan dokumen perjanjian.

Sementara itu, 135 permohonan masih dalam senarai menunggu.

Mohamed Hasnan berkata, sebanyak RM449.24 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan RMR1M di seluruh Kelantan dan daripada jumlah itu sebanyak RM141.90 juta subsudi diberikan kepada pemohon yang layak.

Menurutnya, program RMR1M mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat menyebabkan jumlah permohonan melebihi peruntukan tahunan yang disediakan kerajaan pusat.

“Perkara ini secara tidak langsung telah menyebabkan terdapatnya permohonan yang memenuhi syarat-syarat kelayakan tidak dapat dilaksanakan pada tahun semasa. Terdapat 12, 401 permohonan yang masih dalam senarai menunggu di seluruh negara.

“Ianya akan diurus sebaik mungkin bagi mencapai aspirasi Kerajaan Persekutuan dan hasrat pucuk pimpinan negara untuk menyediakan kediaman yang selesa kepada rakyat dengan pemdekatan mampu milik serta sebahagiannya diberi subsudi oleh kerajaan,” katanya.-Hot Kelate
Sara Adik Sekolah Aida Jebat Belum Mahu Mendirikan Rumah Tangga

Sara Adik Sekolah Aida Jebat Belum Mahu Mendirikan Rumah Tangga

PETALING JAYA, 30 Mac — Penyanyi Ayda Jebat belum melihat masa sesuai untuk mendirikan rumah tangga walau kini dikaitkan dengan pelakon Redza Rosli.

Ayda, 26, berkata masih banyak perkara yang perlu difikirkan terutama tanggungjawab terhadap keluarga.

“Saya masih muda dan saya masih ada banyak komitmen yang perlu dibuat.

“Saya perlu jaga adik beradik saya. Walau mereka sudah besar, masih ada seorang yang bersekolah.

“Ibu juga masih dalam tanggungjawab saya,” katanya kepada ProjekMMO.

Penyanyi Bagaikan Pelangi menjawab kontroversi hubungannya kini yang semakin rapat dengan Redza.
🍰 Don't spend today worrying why yesterday was bad! There will be challenges and difficult times, don't try to avoid them, but let them mold you into a better person. Be strong, keep on trying and do your best to make better tomorrow. Work hard for what you want because it won't come to you without a fight. I believe you can achieve much in your life, wish you the best luck! Happy Birthday Handsome! The one that makes me laugh with lawak seram. Haha! Take all the best wishes on this special day and become a great man in life. 💪🎂💘 . Thanks a lot for taking out time for my birthday and for your thoughtful birthday gift. You’re sooo sweet! Manis. Hitam manis. Haha! Susahkan nak surprise kan saya? @redzarosli 😂😜🙏🏻 . #AydaJebat #RedzaRosli #HappyBirthdayAbangJambang #MarchBabies #TerpaksaGelakSebabSelaluTakLawak 🤣
A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Sambutan hari jadi Ayda 17 Mac lalu juga meriah apabila menerima kejutan dan hadiah daripada teman rapatnya itu.

Bintang Akademi Fantasia ini juga dilaporkan pernah berada di set penggambaran Redza sehingga menimbulkan kontroversi.

Mengulas dakwaan itu, Ayda berkata tiada apa yang perlu diperbesarkan selagi ia tidak mengganggu kualiti kerja masing-masing.

“Ia kontroversi dan publisiti murahan jika mahu perhatian begitu. Itu hal kecil yang saya tidak perlu ambil kisah.

“Asalkan saya gembira dan fokus pada kerja saya, maka ia tidak perlu diperbesarkan.

“Sebab itu saya diam dan tidak menjawab mengatakan saya tidak bersalah atau cemburu. Itu tidak penting,” katanya.

Ditanya status hubungannya dengan Redza buat masa ini, Ayda berkata: “Dia bukan teman masa lapang tetapi kawan.”
Balik pada SST? Harga lebih tinggi, kata pakar

Balik pada SST? Harga lebih tinggi, kata pakar

KUALA LUMPUR, 30 Mac —Mempercayai harga barangan akan turun jika Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan semula menggantikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah satu mitos.

Pengarah Hernancres Tax Consultancy Sdn Bhd, Desmond Anil, berkata bertentangan dengan kepercayaan popular itu, kesannya adalah sebaliknya.

“SST mempunyai kesan lata ke atas harga barangan berikutan perniagaan yang didaftarkan untuk SST akan mendapatkan semula cukai melalui kenaikan kos (perniagaan) dan ini akan menyebabkan harga tinggi,” katanya dalam temubual dengan Bernama.

Desmond menjelaskan ketidaktentuan dalam penetapan harga yang wujud daripada langkah ini hanya sebahagian kecil daripada kebimbangan yang lebih besar, yang termasuk perdagangan rentas sempadan dan harga pemindahan daripada transaksi antara syarikat.

“GST telah dilaksanakan secara menyeluruh sejak tiga tahun lepas dan dengan memansuhkannya, ia akan memberi impak yang besar kepada perdagangan yang sedang dijalankan,” katanya.

Dari aspek cukai, Desmond menekankan sistem sekarang sudah cukup baik, dengan struktur cukai menyediakan setara dan seimbang dan membawa kepada pewujudan jejak perniagaan.

“Kembali kepada SST mungkin satu langkah yang popular, tetapi berdasarkan ciri-ciri cukai dan asas yang membentuk GST, saya tidak melihat mana-mana sistem cukai yang boleh menjadi lebih baik,” katanya.

GST diperkenalkan pada 1 April, 2015 dengan kadar enam peratus menggantikan SST, yang ditetapkan dengan kadar 10 peratus.

Pada awal pelaksanaannya, kerajaan berkata GST perlu untuk mengurangkan impak daripada kejatuhan harga minyak, yang merosot kepada US$60 setong sebelum jatuh kepada US$30.28 pada awal 2016, terendah sejak krisis kewangan tahun 2007-2010.

Hari ini, harga minyak hampir kepada paras US$70 setong, dan ramai yang mempersoalkan keperluan GST memandangkan Petronas mencatat keuntungan bersih sebanyak RM45.4 bilion tahun lepas.

Syarikat minyak nasional itu dijangka membayar dividen RM19 bilion kepada kerajaan bagi 2018, lebih tinggi daripada RM16 bilion pada 2017.

Bagaimanapun, Desmond menegaskan persepsi GST sebagai pendapatan tambahan kerajaan apabila harga minyak rendah adalah tidak benar.

“Pemahaman umum mengenai GST sebagai perolehan kedua kerajaan apabila harga minyak rendah merupakan cara yang sempit untuk melihat perkara itu susulan cukai itu sendiri adalah cukai yang menyeluruh dan amat berasaskan kepada transaksi,” katanya.

GST adalah sistem cukai yang dilaksanakan secara menyeluruh mengikut perbelanjaan dan kerajaan telah mengecualikan pelbagai barangan isi rumah, import minyak dan gas serta perkhidmatan seperti pengurusan unit strata, pembinaan sekolah dan lain-lain.

Pelaksanaan GST merupakan antara sebab kerajaan dapat mengurangkan defisit fiskal negara daripada 6.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2009 kepada 3.1 peratus pada 2016.

Tahun lepas, perolehan hasil kutipan GST adalah sebanyak RM42 bilion. —Bernama

Adam Rosly diperintah bela diri tuduhan beri pernyataan palsu

Adam Rosly diperintah bela diri tuduhan beri pernyataan palsu

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah membela diri terhadap enam pertuduhan memberi pernya­taan palsu dan mengemukakan dokumen palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika siasatan berhubung dakwaan kemewahan luar biasa yang dimilikinya, tahun lalu.

Hakim Allaudeen Ismail membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan, yang telah memanggil 11 saksi semasa perbicaraan bermula 9 Jan lepas, berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Adam Rosly, di akhir kes pendakwaan.

“Mahkamah telah membaca, meneliti, mendengar dan menilai keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan secara maksima. Mahkamah memutuskan wujudnya kes prima facie terhadap kes pendakwaan,” katanya yang menetapkan 4 hingga 6 April untuk tertuduh membela diri,” katanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Akram Gharib manakala Adam Rosly diwakili peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Datuk Sulaiman Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Adam Rosly didakwa memberi pernyataan palsu kepada dua pegawai penyiasat SPRM ketika percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 (8) (c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pernyataan palsu itu adalah berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan, pendapatan, kenderaan mewah, rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang yang dibeli secara tunai, pinjaman wang RM200,000 daripada ibu mertua dan arwah neneknya serta pinjaman wang RM500,000 daripada along.

Bagi pertuduhan ketiga sehingga keenam, lelaki itu dituduh menggunakan suatu dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucer tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM mengikut Seksyen 89 akta yang sama.

Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu di Ibu Pejabat SPRM, Blok D6, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 9 pagi dan 12.15 tengah hari 10 Feb 2017, dan antara 9 pagi dan 2 petang, 22 Feb tahun sama.

Kesemua pertuduhan memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.– Bernama
Bukan Nak Cabar Sesiapa

Bukan Nak Cabar Sesiapa

KUALA LUMPUR: Sering memuat naik video nyanyian di laman sosial termasuk Instagram tanpa disangka membuka langkah pelakon, Zara Zya untuk mencuba nasib sebagai penyanyi.

Tampil dengan single pertama, Tiada Dendam yang akan diperkenalkan di pelbagai platform digital bermula esok, Zara berkata, kemunculan lagu pop balada itu bukan untuk bersaing dengan penyanyi sedia ada.

"Saya sekadar mencuba nasib dan mencari angin baharu dalam kerjaya. Tidak dinafikan, kebelakangan ini, ramai pelakon mengorak langkah dalam bidang nyanyian.

"Tiada salahnya saya membuat keputusan yang sama untuk menggembirakan peminat. Selama ini, ramai peminat berharap saya merakamkan lagu sendiri dan kemunculan Tiada Dendam memenuhi permintaan mereka," katanya.

Zara berkata, lagu yang dirakamkan pertengahan tahun lalu di sebuah studio di Selayang, Selangor itu berkisar mengenai hubungan cinta yang kandas di pertengahan jalan.

Namun, Zara menafikan lagu yang turut diperkenalkan menerusi Channel YouTube Life Records Malaysia, bermula Jumaat ini mempunyai kaitan dengan dirinya.

"Ia bukan kisah hidup saya. Lagu ini membawa mesej kepada pendengar supaya sentiasa positif apabila berdepan kegagalan dalam percintaan.

"Apa juga yang terjadi, kita mesti kuat kerana pasti ada hikmah di sebalik yang berlaku. Jangan ada dendam dan benci," katanya.

Pelakon drama Love You Mr Arrogant itu berkata, Tiada Dendam adalah ciptaan bersama Lieynur Liey dan Fauzi Aisunam, manakala lirik ditulis Iman Imran.

Zara kini masih melunaskan baki penggambaran drama Monalisa yang menggandingkannya bersama Nazim Othman dan Hafreez Adam. Penggambaran drama itu dijangka berakhir Mei ini.
Ronaldo rehat lawan Las Palmas

Ronaldo rehat lawan Las Palmas

MADRID: Penjaring terbanyak Real Madrid, Cristiano Ronaldo direhatkan pada aksi La Liga menentang Las Palmas esok bagi membolehkan dia berada dalam situasi terbaik menghadapi cabaran getir suku akhir Liga Juara-Juara menentang Juventus, Selasa depan.

Ronaldo yang kembali temui sentuhan penyudah berbisa selepas permulaan lembab di awal musim telah menjaringkan 18 gol tahun ini termasuk empat jaringan ketika menewaskan Girona 6-3 dalam perlawanan terakhir mereka.

Dia juga menjaringkan dua gol ketika membantu Portugal menewaskan Mesir 2-1, pada 21 Mac lalu dan tersenarai dalam kesebelasan ketika tewas kepada Belanda 3-0, Isnin lalu.

Real kini 15 mata di belakang pendahulu, Barcelona dan berada di tangga ketiga La Liga.

Akhbar harian Sepanyol, Marca berkata, Ronaldo bersetuju dengan pengurus, Zinedine Zidane untuk kekal di Madrid dan tidak turut serta ke Canary Islands yang mengambil masa dua jam setengah dengan kapal terbang.

Ronaldo, 33, menjaringkan gol dalam semua lapan perlawanan Liga Juara-Juara musim ini dan muncul penjaring terbanyak dengan 12 jaringan.

Dia diberi peluang untuk tidak beraksi dalam beberapa perlawanan liga terutamanya di tempat lawan dan direhatkan ketika Real menewaskan Leganes 2-1 dan ketika tewas 1-0 di Espanyol pada Februari lalu.

Ronaldo juga tidak beraksi dalam semua enam perlawanan Piala Raja.

Perlawanan Real menentang pendahulu Serie A, Juventus dalam aksi suku akhir adalah ulangan final Liga Juara-Juara 2017 yang dimenangi Real 4-1 dengan Ronaldo menjaringkan dua gol. -Reuters

Janji Pakatan Pembangkang Hanya Madu Beracun

Janji Pakatan Pembangkang Hanya Madu Beracun

Datuk Seri Najib Razak sekali lagi mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji kosong pembangkang yang diibaratkan sebagai ‘madu beracun’ yang hanya sedap didengar tetapi boleh memudaratkan masyarakat dan negara.

Perdana menteri berkata banyak pihak sedar apa yang dijanjikan mereka tidak akan mampu dilaksanakan.

“Jika segala janji hendak dilaksanakan, tidak hairanlah tujuan pembangkang bukan untuk menepati janji… Mereka ada satu tujuan iaitu keinginan kuat untuk menjadi pihak yang dapat menubuhkan kerajaan dan mempunyai kuasa,” katanya.

Berucap pada majlis penyerahan kunci unit kediaman Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Metropolitan Kepong di sini hari ini, Najib berkata apabila itu dijadikan matlamat, apa jua kaedah akan digunakan untuk mencapainya.

“Sebab itu perlu hati-hati dan jangan terima bulat-bulat apa sahaja yang dijanjikan pembangkang. Gunakan akal dan fikir sama ada itu dapat dilaksanakan mereka atau tidak,” tegasnya.

Najib seterusnya berkata janji pembangkang dalam manifesto Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14) mereka untuk memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan mengembalikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya akan menyebabkan negara kekurangan sekurang-kurangnya RM20 bilion setahun.

Kerajaan mengutip cukai GST berjumlah RM44 bilion pada 2017. GST mula dilaksana pada 1 April 2015 menggantikan SST.

Menurutnya, kekurangan seumpama itu boleh menjurus kepada pengurangan program untuk rakyat.

Najib, bagaimanapun, menegaskan kerajaan pimpinannya sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat.

Namun, katanya, ia tidak bermaksud kerajaan boleh melaksanakan dasar-dasar populis dan tidak bertanggungjawab hingga memberi kesan kepada ekonomi dan masa depan negara.
Mahathir dan Guan Eng Berpakat Bohongi Rakyat

Mahathir dan Guan Eng Berpakat Bohongi Rakyat

Acap kali Pakatan Haram membohongi rakyat dengan pekara yang tidak masuk akal demi simpati untuk hadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Usaha menanam pembohongan dalam kepala rakyat akan sia-sia malah akan mendapat balasan setimpal setelah dihukum dengan keputusan yang tidak sesekali memihak kepada pembohong.

Ini kerana rakyat lebih tahu menilai kebenaran kecuali sebahagian yang rela dilembukan dengan segala dakyah tidak benar.
Malam tadi ceramah politik oleh kepimpinan kanan Pakatan Haram diketuai DAP di Guar Chempedak negeri Kedah dipenuhi dengan pelbagai pembohongan malah penceramah Islam juga turut ketepikan api neraka walaupun tahu pembohongan pasti diazab.

Mereka sanggup membohongi rakyat dengan cerita-cerita rekaan semata-semata untuk menarik hadirin bertahan ketika berada ditempat ceramah supaya dapat kutip derma.

Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Haram membuat tuduhan yang tidak masuk akal seolah-olah cuba menanam rasa tidak percaya rakyat terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila mendakwa peti undi pos akan disorok dengan undi palsu bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

Tuduhan itu membuktikan parti yang bernaung dibawah Pakatan Haram sedang resah gelisah untuk hadapi kekuatan parti komponan Barisan Nasional pada PRU-14.

Kata Mahathir yang juga bapa pusingan-U negara, Sekarang ini ada undi pos dan ini adalah peluang sekali lagi hendak tipu. Peti undi itu akan disorok dengan undi palsu supaya Najib menang. Sebab itu kita nak pengundi keluar mengundi beramai-ramai supaya apabila kami menang dengan banyak, dia tak boleh sumbat undi palsu.

Manakala itu raja terowong yang menghadapi kes rasuah hingga ke Mahkamah juga membuat ucapan mengelirukan rakyat dengan dakwaan kerajaan Pusat sebagai melakukan pembohongan menerusi pemberian insentif sebanyak RM200 melalui Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

“Kerajaan Pusat tiru kerajaan Pulau Pinang apabila beri bayi lahir sebanyak RM200. Bezanya kerajaan pemberian yang kerajaan Pusat beri itu hanya boleh diambil ketika bayi berkenaan berusia 21 tahun sedangkan kerajaan Pulau Pinang beri secara serta-merta.
“Kalau kena tunggu 21 tahun baru boleh ambil RM200, tak payahlah. Biar kami jadi kerajaan, RM200 itu kami bayar sekarang juga,” katanya.

Apa yang diperkatakan Guan Eng itu jelas satu pembohongan kerana unit insentif dan agihan pendapatan ADAM50 boleh dikeluarkan ketika bayi tersebut mencapai usia 18 tahun dan bukannya 21 tahun.

Berbanding pemberian wang tunai yang akan habis pada bila-bila masa, pemberian unit amanah percuma menerusi ADAM50 sudah tentu lebih menarik kerana wang itu akan bertambah berdasarkan andaian kadar agihan pendapatan enam peratus setahun.

ADAM50 seperti pelabur yang melabur dalam mana-mana saham yang dijamin kerajaan, pelaburan itu akan dibayar dengan kiraan dividen dan sudah tentu memberi pertambahan kepada modal pelaburan itu.

Mahathir yang hampir ke angka 100 tahun pula tergamak dan tidak malu mengajar hadirin supaya percaya pembohongan, sepatutnya beliau mengajar supaya menerima dan percaya kepada kebenaran.

Jelas keterdesakan Pakatan Haram mengabaikan dosa pahala demi mempertahankan kerusi yang ada sebelum dihumbang kedalam tangki najis pada PRU-14.-HOT KELATE

Hampir 100% Inisatif Kerajaan Telah Tercapai

Hampir 100% Inisatif Kerajaan Telah Tercapai

KUALA LUMPUR 29 Mac - Sebanyak 99.4 peratus inisiatif kerajaan telah dicapai dalam tempoh lima tahun pelaksanaannya iaitu dari 2013 sehingga 28 Februari lalu dengan anggaran kos projek RM393.8 bi­lion.

Menurut Laporan Akujanji Ke­rajaan Persekutuan (AKP) 2013-2018, sebanyak 17 inisiatif dilakukan oleh kerajaan dengan 156 ini­siatif strategik.

Laporan itu berkata, dalam tempoh berkenaan, sebanyak 6,136 projek telah dilaksanakan.

“Daripada 17 inisiatif yang dilaksanakan, semuanya telah mencapai 100 peratus kecuali inisiatif memartabatkan Islam, menghormati kebebasan dan keharmonian agama yang mencapai 91.7 peratus,” menurut laporan tersebut.

AKP dilancarkan kerajaan pada 6 April 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Akujanji itu terdiri daripada 17 inisiatif dengan 156 inisiatif stra­tegik merentasi aspek kos sara hidup, rumah mampu milik, ke­selamatan dan ketenteraman awam, perkhidmatan kesihatan, in­frastruktur asas luar bandar serta kecemerlangan dalam agenda pembangunan sosioekonomi.

Projek-projek AKP memainkan peranan kritikal sebagai daya penggerak ke arah negara maju yang inklusif dan mapan.

AKP memberikan keutamaan kepada kualiti hidup dan ekonomi berteraskan rakyat.

Sinergi dan kolaborasi di setiap peringkat pelaksanaan melibatkan agensi peneraju dan agensi sokongan adalah penting bagi AKP untuk merealisasikan aspirasi Menepati Janji, Membawa Harapan yang menyeluruh dan memberi fokus utama kepada penyampaian hasil berimpak tinggi serta memberi nilai wang ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020.

Berdasarkan laporan AKP, Sabah menerima projek terbanyak untuk pelaksanaan inisiatif kerajaan dalam tempoh lima tahun dengan 1,058 projek dan nilai pelaburan RM22.4 bilion diikuti Sarawak iaitu 953 projek dengan RM29.26 bilion.-UTUSAN ONLINE

Thursday, 29 March 2018

Mahathir Sibuk Cabar Najib Debat, Masa Orang Cabar Dia , Dia Buat Pekak Badak

Mahathir Sibuk Cabar Najib Debat, Masa Orang Cabar Dia , Dia Buat Pekak Badak

PAKAR pusingan-U negara yang pernah memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun kini sibuk menunjukkan kemampuan dirinya dan sanggup berdebat dengan sesiapa sahaja termasuk PM Najib. dan Presiden PAS, Haji Hadi.

Mahathir yang berusia tidak jauh dengan angka 100 itu semakin LEMAH INGATAN,  kerana pada bulan Septembar 2010 Nurul Izzah mencabar untuk berdebat berhubung dakwaan Melayu akan hilang kuasa dan 'suara' sekiranya pakatan pembangkang mentadbir negara. Adakah Mahathir sahut cabaran anak Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai?. apa yang dia buat, kalau pinjam telinga BADAK..!!

Berhubung dakwaan itu Nurul Izzah menyifatkan Mahathir sebagai tidak bertanggungjawab apabila memainkan api perkauman dengan mendakwa orang Melayu akan hilang kuasa dan 'suara' sekiranya pakatan pembangkang mentadbir negara.

Pengasas pertubuhan bukan kerajaan, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard pernah mencabar Mahathir hadir sebagai panel bagi menjawab persoalan dan dakwaan yang timbul sewaktu pentadbiran Mahathir selama 22 tahun. Adakah Mahathir peduli?

Bekas Exco PAS Kelantan, Datuk Husam Musa sedia berdebat dengan Mahathir pada 2011, Ada Mahthir ambil tahu?

Selama 22 tahun sebagai ketua kerajaan negara ini Mahathir tidak pernah buka gelanggang untuk sesiapa berdebat dengan beliau.

Tetiba cabar pula Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Cabaran yang pernah dibuat kepada beliau, beliau buat pekat badak sahaja,' HIPOKRIT.
Berebut Tapak Gerai Warga Turki Ditetak

Berebut Tapak Gerai Warga Turki Ditetak

KUALA LUMPUR: Akibat berebut tapak gerai di Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, dekat sini, seorang peniaga kebab warga Turki cedera ditetak di tangan dan lebam di muka akibat ditumbuk selepas diserang lima lelaki tempatan dalam kejadian 9 malam tadi.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Sedat Surucu, 43, diserang lima lelaki yang mahu peniaga kebab itu berpindah keluar daripada tapak lot gerai itu biarpun kontrak sewaan berbaki dua bulan lagi.

Mangsa diserang adik ipar kepada pemilik tapak gerai berkenaan yang membawa empat rakannya bagi memaksa mangsa untuk berpindah lebih awal.

Isteri mangsa, Benazir Akhtar Ahmad Anuar, 34, berkata, ketika kejadian, beliau bersama suaminya, Sedat, sedang menjalankan perniagaan seperti biasa sebelum lima lelaki berkenaan datang ke gerai meminta mereka berpindah keluar malam itu juga.

"Kerana tidak mahu bergaduh, suami saya minta masa untuk berkemas, namun tiba-tiba salah seorang daripada lima lelaki berkenaan menumbuk mukanya.

"Terkejut dengan tindakan lelaki itu, suami yang memegang pisau pemotong kebab sepanjang 60 sentimeter lari ke belakang untuk menyorokkan pisau itu, namun ia diambil oleh salah seorang lelaki yang kemudian menetak bahagian atas lengan kirinya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Benazir, luka akibat tetakan dialami suaminya agak teruk berikutan terkena bahagian tulang dan memerlukan pembedahan kecil.

"Buat masa ini, suami saya ditahan di Pusat Perubatan Prince Court bagi menjalani pembedahan kecil untuk merawat luka tetakan yang agak dalam hingga kena bahagian tulang," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi mengesahkan menerima laporan kejadian dan pihaknya sudah menahan salah seorang daripada lima lelaki yang terbabit menyerang peniaga kebab warga Turki itu serta sedang mengesan empat lagi suspek kejadian berkenaan.
Ekonomi Negara Terus Berkembang

Ekonomi Negara Terus Berkembang

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ekonomi Malaysia akan terus berkembang pada tahap yang membanggakan berdasarkan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) yang menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi pada 2018 kepada antara 5.5 dan 6.0 peratus, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“@BNM_official menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi kita bagi 2018 kepada 5.5-6.0 peratus daripada 5.0-5.5, dan kadar inflasi keseluruhan dijangka pada purata antara 2.0 dan 3.0 peratus berbanding 3.0-3.5. insya-Allah, ekonomi kita akan terus berkembang pada tahap membanggakan,” katanya menerusi​​​​​​​laman Twitter beliau hari ini.

Pada 2017, ekonomi Malaysia berkembang pada 5.9 peratus.

Gabenor BNM, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata ​​​​berdasarkan prestasi kukuh yang berterusan, ekonomi Malaysia berpotensi untuk mencatat pertumbuhan melebihi enam peratus pada tahun ini.

“Pertumbuhan penggunaan swasta dijangka terus mampan, disokong oleh pertumbuhan dalam pekerjaan dan pendapatan yang berterusan, inflasi yang lebih rendah dan sentimen yang lebih baik,” katanya​​​​​​​ kepada editor kanan semasa taklimat sempena pengumuman Laporan Tahunan 2017 serta Laporan​​​​​​​ Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 bank pusat itu semalam.

Pertumbuhan pendapatan akan disokong oleh prestasi eksport yang kukuh dan pelbagai langkah oleh kerajaan yang berterusan, seperti pemindahan tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia, pengurangan cukai pendapatan individu dan pembayaran khas kepada semua penjawat awam dan pesara.

Muhammad berkata, sementara itu, pertumbuhan pelaburan swasta juga akan dikekalkan, disokong oleh perbelanjaan modal yang berterusan dan baharu dalam sektor pembuatan serta perkhidmatan, selain diperkukuhkan oleh sentimen perniagaan positif yang berlanjutan.– Bernama
Kerajaan Selangor Gagal Cabar SPR, Mahkamah Tolak Rayuan

Kerajaan Selangor Gagal Cabar SPR, Mahkamah Tolak Rayuan



PUTRAJAYA, 29 Mac: Kerajaan Selangor hari ini gagal untuk mencabar cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya di negeri itu selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan semakan kehakimannya.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Ahmadi Asnawi, Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil memutuskan bahawa notis dan syor untuk mengkaji semula persempadanan pilihan raya di negeri itu, tidak boleh dicabar melalui semakan kehakiman mengikut Aturan 53 Kaedah 2(4) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Hakim Ong yang membacakan penghakiman berkata panel hakim bersetuju dengan hujahan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Amarjeet Singh yang mewakili SPR bahawa sidang yang lebih sesuai bagi bantahan aduan tersebut adalah melalui inkuiri tempatan mengikut Seksyen 5 Jadual Ke-13.

“Oleh itu, kami berpandangan bahawa sebarang tindakan oleh SPR berhubung aduan yang dikemukakan tidak boleh dicabar bagi semakan kehakiman.

“Kami juga memutuskan bahawa walaupun dakwaan berhubung salah pembahagian kawasan dan manipulasi pilihan raya tidak dipertikaikan, Daftar Pemilih prinsipal adalah muktamad dan mengikat serta tidak boleh dicabar di mahkamah untuk semakan kehakiman mengikut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958, kata beliau.
Sidang Akhbar SEDIC Berhubung Geran NGO India ‘Dibatalkan’

Sidang Akhbar SEDIC Berhubung Geran NGO India ‘Dibatalkan’

ARTIKEL SEBELUM INI KUALA LUMPUR, 28 Mac: Satu sidang media khas berkaitan pemberian geran kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) India oleh Unit Pembangunan Sosioekonomi masyarakat India (SEDIC) Jabatan Perdana Menteri telah dibatalkan dalam tempoh masa 24 jam selepas nota liputan media diedarkan petang semalam.

The Malaysian Times (TMT) turut menerima turut jemputan untuk menghadiri sidang akhbar tersebut yang dijadualkan, esok 29 Mac, namun pada hari ini pejabat SEDIC telah menghantar satu lagi nota untuk memaklumkan sidang akhbar tersebut telah dibatalkan.

Tiada sebarang alasan diberikan berhubung pembatalan sidang media tersebut yang dikatakan berhubung ‘kontroversi’ yang timbul berkaitan penerimaan dana dan geran kepada NGO-NGO India di negara ini.

Dua hari lepas, akhbar harian Tamil, Makkal Osai turut menyiarkan senarai nama badan-badan bukan kerajaan serta pertubuhan yang menerima peruntukkan kewangan daripada SEDIC untuk menjalankan aktiviti di mana pendedahan tersebut telah menceruskan pelbagai kontroversi kerana ianya melibatkan nilai yang tinggi.

Malah pendedahan itu juga telah menjadi ‘viral’ di media sosial di mana pelbagai pihak mempersoalkan ‘hasil keberkesanan’ melalui pemberian peruntukkan itu.

Ketua Pengarah SEDIC Professor Datuk Dr. N. S. Rajendran masih mendiamkan diri berhubung isu tersebut manakala sidang akhbar yang diadualkan telah dibatalkan.

Pengumuman bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM230 juta kepada masyarakat India melalui pengagihan dana kepada badan-badan bukan kerajaan India ni negara ini dari tahun 2014 sehingga kini melalui SEDIC telah menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Malah wujud desakan yang kuat supaya kerajaan untuk mendedahkan semua senarai penerima demi menjaga nama baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang cukup komited dan iklhas untuk membantu menangani permasalahan masyarakat India di negara ini.

Laporan Bajet 2018 turut menyebut di bawah SEDIC, lebih RM230 juta telah diagihkan sejak 2014, memanfaatkan lebih 500,000 peserta kaum India.

Persoalannya siapakah mereka? Apakah program yang dilaksanakan selama ini? Di mana nilai prestasi mereka?

Jumlah yang diagihkan cukup tinggi, sekiranya segala dana yang diagihkan kepada badan-badan bukan kerajaan untuk menjalankan aktiviti khusus untuk meningkat sosio-ekonomi masyarakat India di negara sudah tentu hasilnya perlu dilihat.Persoalannya laporannya di mana?

Ketika pihak pembangkang membidas dan mengasak Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa untuk kaum India di negara, kenapa NGO-NGO yang menerima dana mendiamkan diri?

Mereka tidak perlu tampil untuk mempertahankan Perdana Menteri, tetapi sekurang-kurangnya menceritakan ‘kisah benar’ inisiatif yang telah dilakukan dibawah kerajaan pimpinan Najib dan menunjukkan hasilnya melalui segala aktiviti yang dirancang.-MalaysianTimes
Mahathir Tutup Skandal Forex, Skyhawk dan BMF Dengan Isu 1MDB

Mahathir Tutup Skandal Forex, Skyhawk dan BMF Dengan Isu 1MDB

SHAH ALAM: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat menyindir Tun Dr. Mahathir Mohamed supaya jangan membawa budaya ‘Me­layu mudah lupa’ dengan hanya memfokuskan kepada isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hingga lupa skandal Forex, Skyhawk, Bumiputera Malaysia Finance (BMF) dan isu lain.

Walaupun Abdul Hadi tidak menamakan kepada siapa sin­diran itu ditujukan tetapi dipercayai kenyataan Ahli Parlimen Marang berkenaan merujuk kepada Pengerusi Pakatan Harapan tersebut, kerana skandal Forex, Skyhawk dan BMF berlaku ketika era pemerintahan Dr. Mahathir selama 22 tahun.

“Dalam masalah 1MDB kita mesti bersandarkan kepada kehakiman yang adil, mestilah saksi yang adil, beriman, tidak rendah maruahnya. Orang tiada maruah tidak boleh jadi saksi dalam Islam. Apa yang berlaku hari ini ialah saksi media, media pula media sosial. Kita tak kenal siapa jadi terdedah kepada fitnah.
“Sebab itu kita mesti kendalikan dengan seadilnya, bukan sahaja 1MDB tetapi termasuklah Forex, Skyhawk, BMF, Tabung Haji (TH), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan sebagainya. Apa yang berlaku sekarang ini, kita membawakan budaya ‘Melayu mudah lupa’.

“Lebur (bongkar) 1MDB, yang dulu kita lupa semuanya, kita (rakyat) tidak lupa,” katanya menjawab soalan hadirin ketika sesi Dialog 2018 Bersama Anak Muda Gagasan Sejahtera, di sini hari ini.

Dr. Mahathir sebelum ini memberitahu Suruhanjaya Sia­satan Diraja (RCI) yang me­nyiasat kerugian urus niaga Forex bahawa beliau tidak mengetahui mengenai aktiviti itu yang telah menyebabkan negara kehilangan RM32 bi­lion, walaupun Gabenor Bank Negara pada ketika itu, Jaffar Hussein sudah memaklumkan kepadanya.

Berhubung skandal Skyhawk, Malaysia membuat pembelian 88 buah pesawat pejuang A-4 Skyhawk terpakai pada 1985 di bawah Program Pembangunan Istimewa Angkatan Tetap (Perista) tetapi hanya 44 buah sahaja dibawa balik dan selebihnya ditinggalkan di gurun Mojave Amerika Syarikat sehingga mengundang pelbagai kritikan.
Sementara dalam skandal BMF pula, berlaku suntikan dana secara mencurigakan berjumlah RM2.5 bilion kepada spekulator hartanah Hong Kong pada 1982 dan pegawai Bank Negara, Jalil Ibrahim yang ditugaskan menyiasat kes tersebut ditemukan mati dibunuh pada 19 Julai 1983.

Dalam pada itu, mengulas lanjut mengenai isu 1MDB, Pas kata Abdul Hadi, bukan mem­bela mereka yang bersalah tetapi mana-mana pihak yang dituduh atau dikaitkan mesti dinilai de­ngan seadil-adilnya, bukannya bertindak seperti orang me­nyembelih ayam daging, yang di­sembelih hingga licin satu reban.

“Orang yang dituduh dalam Islam dianggap tidak bersalah tetapi apa yang berlaku hari ini, bila dituduh sahaja, orang terus menghukum dia bersalah, ini pendekatan yang tidak betul dan atas sebab itu kita tidak boleh menyebar fitnah, kalau ada fitnah pun, kita kena cari jalan memurnikannya,” katanya.

- Utusan Online
Kandung 9 Bulan Boleh Tengok  Anak Luar Pagar

Kandung 9 Bulan Boleh Tengok Anak Luar Pagar

Ibu yang mana tidak sedih bila ada pihak yang cuba untuk memisahkan mereka dengan anaknya. Apabila dah dikandungkan 9 bulan kemudian terpaksa menanggung kesakitan saat melahirkan dan akhirnya dipisahkan dari ibunya.

Seorang ibu yang meluahkan perasaannya di laman Facebook selepas hanya boleh berjumpa dengan anaknya di luar pagar sekolah sahaja. Dia yang dikenali sebagai Nat Natrah berasa sangat sedih apabila sudah 7 bulan tidak bertemu anaknya, Aiden.
Dia juga mendakwa, tidak dapat melepaskan rasa rindunya yang hanya mampu melihat anaknya dan tak boleh peluk dan cium anaknya sendiri.

Jom ikuti luahan hati si ibu ini. Semoga menjadi pedoman buat kita semua.

Hinanya aku sebagai seorang ibu!!
Anak aku kandung 9bln & aku lahirkan sendiri sampai rasa nyawa nak putus sakit meneran Aku bela, bg susu badan aku sendiri. Aku dapat jumpa aiden kat luar pagar sekolah jer. Peluk pun xdapat apatah lagi cium anak.
Ya Allah.. tabahkanlah hati aku.

Kejamnya korang satu Family bersubahat & tanggung lah dosa2 pisahkan anak dgn ibu
Jawab lah akhirat esok. Nama je Manusia Tapi hati BUSUK. Btw misi mencari anak berjaya walaupun nak masuk 7bln xjumpa aiden, Alhamdulillah. Allah Maha Kaya. Aiden Nadhief Mohd Firdaus dah boleh sebut mummy. Nasib die masih kenal, apa lah nasib anak.

Aku sedaya upaya cuba tahan marah,sebak & menangis depan aiden tadi. Even air mata xbenti juga la. Korang Jgn ingat aku diam je selama ni. Aku xcari aiden? Tunggu la soon cuba anak korang aku buat mcm ni ? Xdak akai, Allah tu Maha Adil, ape korang buat korang akan merasa balik dlm Family korang, lambat atau cepat je.-MalaysianUpdate
CAMM Bakal Jana Pendapatan Sebanyak RM150 Juta Setahun

CAMM Bakal Jana Pendapatan Sebanyak RM150 Juta Setahun

 Datuk Seri Ab. Aziz Kaprawi
KUALA LUMPUR - Kerajaan dianggarkan mengutip hasil sebanyak RM117 juta hingga RM150 juta setahun bagi tempoh antara 2018 hingga 2020 selepas Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ditukarkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ab. Aziz Kaprawi berkata, kenaikan hasil didorong oleh peningkatan jumlah penerbangan dan jenis kapal terbang yang menggunakan ruang udara Malaysia selain permohonan lesen penerbangan. "Seramai 995 kakitangan asal DCA menerima opsyen pertukaran pelantikan dan empat orang menolak tawaran opsyen," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Jeff Ooi (DAP-Jelutong) yang bertanya apakah anggaran hasil tahunan yang dikutip selepas pertukaran
DCA kepada CAMM dan jumlah kakitangan selepas tamat penyerahan kertas opsyen. Tambah Ab. Aziz, DCA diubah kepada CAMM untuk menambah baik pengurusan penerbangan.

"Kita memerlukan sekurang-kurangnya 28 juruterbang tetapi kita hanya ada sembilan juruterbang ketika ini.
"DCA mengalami kekurangan juruterbang kerana menggunakan skim gaji Jabatan Perkhidmatan Awam yang mana gaji maksimum hanya RM20.000 berbanding RM40.000 di luar.
"Kita ingin memastikan bayaran ini relevan dengan perkembangan industri penerbangan selain memastikan kawal selia ruang udara kita dapat dikendali oleh kakitangan yang mencukupi dan
cekap," ujar beliau.
PJSR Catat Jualan RM26.2 Juta Sejak Dilancarkan

PJSR Catat Jualan RM26.2 Juta Sejak Dilancarkan

KUALA LUMPUR 28 MAC – Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) mencatatkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM26.2 juta sejak dilaksanakan mulai 20 Januari hingga 26 Mac lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, jumlah itu membabitkan pelaksanaan sebanyak 552 siri PJSR di seluruh negara.

Kata beliau, lebih 2.5 juta jumlah pengunjung PJSR dicatatkan sepanjang tempoh tersebut.

“Berdasarkan rekod kementerian, sambutan paling mengalakkan adalah di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

“Ini boleh dilihat menerusi rekod jualan yang dicatatkan iaitu di Kelantan sebanyak RM5.4 juta membabitkan 66 siri PJSR, Sabah (RM3.8 juta melibatkan 40 siri PJSR) dan Sarawak (RM1.93 juta melibatkan 37 siri),” katanya menjawab soalan Senator Datuk Abdullah Mat Yasim dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, hari ini.

Beliau meminta kerajaan menyatakan bilangan siri PJSR dilaksanakan dan nilai jualan yang dicatatkan. – UTUSAN ONLINE
Tembakau Kingkong Khayal Seperti Ganja

Tembakau Kingkong Khayal Seperti Ganja

Indonesia-Walaupun kesannya sama seperti ganja, bagaimanapun, peng­hisap tembakau Kingkong tidak boleh didakwa setakat ini kerana tembakau itu tidak termasuk dalam kategori dadah dalam un dang undang sedia ada Indonesia.

Ketua agensi narkotik polis Yogyakarta Andi Fairan berkata, pihaknya menemui tembakau berkenaan ketika menyerbu sebuah rumah di
Bantul, September lalu.

"Pengguna tembakau Kingkong mendapat kesan sama seperti menghisap ganja. Mereka khayal sama seperti penghisap ganja, tetapi tidak ada tindakan boleh diambil kerana tem bakau itu tidak didaftar kan sebagai dadah," ka tanya.

Mengulas mengenai ser buan di Bantul, Andi berkata, pihaknya menahan empat mahasiswa yang menghisaptembakau berkenaan.

"Mereka kelihatan khayal seperti orang menghisap ganja. Turut ditahan ialah seorang lelaki yang didakwa pengedar.

"Bagaimanapun, ujian air kencing yang dijalankan terhadap mereka mendapa ti mereka negatif ganja. Kami terpaksa membebas kan kelima lima lelaki itu," katanya.

Andi juga berkata, dia bimbang jika kegiatan menghisap tembakau King­kong itu merebak memandangkan harganya jauh lebih murah dari ganja.

"Mungkin pengguna tem bakau Kingkong bertambah jika usaha membendung ke giatan itu tidak dijalankan segera. Mungkin juga seka rang ramai yang menghisap nya kerana ia belum digolongkan sebagai dadah wa laupun kesannya sama dengan ganja," katanya. Agensi

Wednesday, 28 March 2018

Jangan salahkan GST semata-mata punca kos hidup tinggi

Jangan salahkan GST semata-mata punca kos hidup tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Kenaikan kos hidup tidak boleh disalahkan semata-mata hanya kepada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Muhammad Ibrahim.

“Ia hanya untuk mengalihkan tumpuan. Kadang-kadang GST tidak mempunyai kaitan dengannya,” katanya semasa ditanya mengenai persepsi umum bahawa kos hidup tinggi adalah disebabkan pelaksanaan cukai tersebut.

“Pendapatan rakyat perlu meningkat. Kita perlu meningkatkan produktiviti, tahap pendidikan dan kemahiran mereka. Kita perlukan industri kita meningkatkan rantaian nilai agar mereka boleh mewujudkan pekerjaan dengan bayaran gaji yang baik,” katanya pada taklimat bersama para Editor Kanan pada Selasa menjelang pengumuman Laporan Tahunan 2017 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2017 BNM pada hari ini.

Muhammad berkata masalah rakyat tidak boleh dilihat daripada hanya satu perspektif.

“Kerana jika pendapatan mereka tidak sebanyak yang sepatutnya, ia akan mencetuskan masalah lain. Isu rumah mampu milik adalah disebabkan oleh pendapatan rendah. Pendapatan tidak cukup untuk menampung peningkatan pantas harga rumah,” jelasnya.

Beliau berkata berdasarkan kepada pemerhatian bank pusat, perbelanjaan kumpulan golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) meningkat sebanyak enam peratus manakala gaji meningkat sebanyak 5.5 peratus.

“Jika kita benar-benar menjadi kaya, jenis pekerjaan yang kita wujudkan perlulah berkualiti. Kita tidak boleh mewujudkan pekerjaan yang hanya menarik pekerja asing,” katanya.– Bernama
Viral Tudung Logo Parti Politik, Untung Peniaga

Viral Tudung Logo Parti Politik, Untung Peniaga

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga tudung online memanfaatkan kesempatan terbaik di sebalik bahang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang mula dirasai untuk meningkatkan pendapatan menerusi jualan tudung bercorakkan logo parti politik.

Ternyata idea pemilik sebuah laman Facebook menggunakan nama Wanny Jibril membuahkan hasil apabila mula tular di media sosial.

Apatah lagi peniaga itu menggunakan model 'gadis manis' sehingga mendapat perhatian ramai netizen apabila terdapat kira-kira 2,000 tanda suka, 5,846 perkongsian dan hampir 3,400 komen pada pukul 11 malam ini, kira-kira hanya selepas sehari dimuat naik.

Rata-rata netizen yang memberi komen turut memuji langkah berkenaan yang disifatkan sebagai pemasaran bijak tepat dalam musim pilihan raya.

Namun ada juga usikan 'nakal' netizen yang menimbulkan 'persoalan' tentang ketiadaan tudung berlogo DAP sedangkan peniaga tersebut menawarkan pelbagai pilihan tudung lain mewakili parti UMNO, Puteri UMNO, PAN, Pas, PKR dan Barisan Nasional (BN).

Difahamkan tudung yang dikeluarkan oleh Chenta Watie Scarf Kuala Lumpur menerusi Siri Satin Bawal Edisi Terhad Pilihan Raya itu dijual pada harga RM59 sehelai dengan tempahan awal dibuka sehingga 14 April depan dengan masa penghantaran dibuat dalam tempoh tujuh hingga 10 hari bekerja.

- UTUSAN ONLINE
Datuk Boy Sindir Azmi Yusuf PPIM Ke?

Datuk Boy Sindir Azmi Yusuf PPIM Ke?

Semalam Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Yusuf Azmi secara rasmi mengumumkan tidak lagi bersama persatuan itu.

Tindakan itu diambil selepas beliau mendakwa terima pelbagai kecaman dan fitnah yang tidak boleh diterima dan memilih untuk meluangkan masa bersama keluarga yang selama ini banyak kali ditinggalkan demi berjuang membantu pengguna-pengguna Islam.

Sebentar tadi, Dato' Boy Iman juga telah memuatnaik status di laman rasmi Facebooknya yang didakwa berkait dengan perletakkan jawatan Yusuf Azmi. Menurut Boy Iman, doa orang yang teraniaya pasti Allah makbulkan dan dia juga berkata, "cukup-cukuplah jadi penunggang agama dan cukup-cukuplah gila publisiti."

Salam subuh & Selamat pagi! Doa orang teraniaya pasti Allah makbulkan, Yang batil bersifat sementara, Yang hak, yang benar pasti akan menjelma. Kau aniaya aku, kau fitnah aku, kau buat aku dan sekarang kau mendapat pembalasannya.

Orang kau sendiri yg buat kau, Bukan org luar. Kau bukak aib orang, Allah bukak aib kau. Cukup2 lah munafik, Cukup2 lah menjadi penunggang agama, Cukup2 lah gila publisiti, Cukup2 lah gila duit.

Perjuangan kau bukan lilahitaala. Semoga ia menjadi pengajaran bagi kau dan bg semua.

Jangan taksub dengan manusia kerana manusia itu bersifat lemah dan tidak sesempurna mana. Biar nampak "kotor" di luar tetapi "bersih" di dalam. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Salam perkenalan dari saya, Nama saya dbi.

http://www.malaysianupdate.com/2018/03/biar-nampak-kotor-di-luar-tetapi-bersih.html
Lagi 250 Ahli PKR Keluar Parti

Lagi 250 Ahli PKR Keluar Parti


LUMUT, 28 Mac: Seramai 250 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Pangkor dan Pasir Bogak yang ditubuhkan sejak 15 tahun di Pulau Pangkor itu mengumumkan keluar parti berkuat kuasa Ahad lalu selepas tidak berpuas hati dengan kepimpinan PKR Cabang Lumut.

Kesemua mereka meninggalkan parti itu dan menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baharu iaitu Pertubuhan Anbudamai bagi menyatakan sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).

Bekas Ketua Ranting PKR Pangkor, V.Subramaniam berkata kesemua anggota telah menyerahkan borang keluar parti di pejabat PKR Cabang Lumut, Ahad lalu selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan PKR dalam menjaga kebajikan masyarakat tempatan khususnya di Pulau Pangkor.

Subramaniam berkata mereka juga kecewa dengan tindakan kepimpinan PKR terutama anggota Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd. Hamid, yang jarang sekali turun ke Pulau Pangkor dan mengambil tahu mengenai masalah masyarakat setempat.

“Kami kecewa dan tersilap kerana memberi sokongan kepada dia (Imran) tetapi tidak menyokong calon tempatan iaitu Menteri Besar yang selalu membantu masyarakat di Pulau Pangkor.

“Kali terakhir kami menemuinya adalah pada Oktober tahun lalu, itu pun kerana terdapat kematian melibatkan masyarakat Pangkor di sini,” katanya pada sidang media di Pulau Pangkor di sini hari ini.

Subramaniam berkata pertubuhan tersebut yang diketuai bekas Ketua Ranting PKR Pasir Bogak, Shawal Hamid Pitchai Nagoor Samsu akan menyokong sesiapa sahaja calon BN yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau yang juga setiausaha pertubuhan tersebut berkata kesemua anggota pertubuhan tersebut akan membantu dan bekerjasama dengan jentera BN untuk memenangi kerusi di Dewan Undangan Negeri Pangkor.

“Kami akan berjumpa dengan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai beberapa perkara,” katanya.– Bernama
Wakil Rakyat Pembangkang Biadap

Wakil Rakyat Pembangkang Biadap

SHAH ALAM: EXCO kerajaan negeri, Amiruddin Shari dianggap biadap apabila mengeluarkan perkataan 'go to hell' kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ketika disoal mengenai status Stadium Shah Alam, semalam.

Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, berkata kata-kata kesat dan biadap itu tidak sepatutnya diluahkan pada sesi perbahasan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), terutama oleh seorang berstatus pemimpin kerajaan negeri.

"Saya melihat video ketegangan yang berlaku ketika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi membangkitkan isu mengenai Stadium Shah Alam.

"Perkataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin yang mewakili rakyat. Ia sangat biadap dan seharusnya beliau bercakap dalam nada yang profesional," katanya pada sidang media di Bangunan UMNO Shah Alam, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Penyelaras BN Parlimen Shah Alam berkata, sikap acuh tidak acuh Amiruddin juga mengecewakan harapan ribuan peminat pasukan The Red Giant yang mahu pasukan kesayangan beraksi di stadium berkenaan.

Perbahasan sidang DUN kelmarin menjadi kecoh apabila Amiruddin menuduh FAS mempolitikkan isu penggunaan Stadium Shah Alam untuk skuad bola sepak.

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan itu mendakwa BN sebagai dalang menggunakan FAS untuk menyerang kerajaan negeri, selain mendakwa kerajaan Selangor mempunyai pelan tersendiri untuk Stadium Shah Alam.

Sementara itu, Amiruddin tidak akan memohon maaf atau menarik balik kata-kata kesat yang dilemparkannya terhadap FAS.

Amiruddin ketika ditemui berkata, beliau tidak perlu berbuat demikian kerana mendakwa kepemimpinan persatuan itu sebelum ini bertindak 'kurang ajar' terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu mesyuarat pada Ogos 2016.

"Mereka (FAS) tidak pernah memohon maaf ketika bertindak keluar dari mesyuarat sehingga kini. Sepatutnya mereka lebih awal minta maaf kerana kurang ajar dengan kerajaan negeri," katanya.

Pada 29 Ogos 2016, sebahagian kepemimpinan FAS dilapor bertindak keluar daripada mesyuarat Exco persatuan itu yang dipengerusikan oleh Mohamed Azmin sebagai membantah tindakan Menteri Besar itu berhubung arahan pemberhentian Setiausaha Agung dan Bendahari FAS.

Dalam pada itu, Amiruddin berkata, kenyataan 'keras' beliau pada sidang DUN Selangor semalam bukan ditujukan kepada FAS secara keseluruhannya tetapi kepada individu tertinggi yang menerajui persatuan itu.
Dewan Rakyat lulus usul kajian semula persempadanan

Dewan Rakyat lulus usul kajian semula persempadanan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya bagi Semenanjung Malaysia yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pagi tadi.

Usul itu diluluskan Dewan Rakyat menerusi undi belah bahagi selepas dibahaskan 14 Ahli Parlimen membabitkan tujuh dari pihak kerajaan dan tujuh dari pembangkang.


Usul itu disokong dan digulung oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Perdana Menteri turut hadir menyaksikan proses undi belah bahagi dijalankan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika mengumumkan keputusan itu berkata sebanyak 80 Ahli Parlimen tidak bersetuju dengan usul berkenaan manakala 129 lagi bersetuju.

"Ahli Yang Berhormat. Oleh kerana tidak kurang daripada setengah daripada jumlah ahli majis ini mengundi bersetuju dengan usul nombor satu, maka usul ini disetujukan. Ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 10 pagi esok," katanya disambut sorakan Ahli Parlimen kerajaan.

Menerusi persempadanan semula itu, tiada pertambahan kerusi bagi kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi persempadanan itu, sekali gus menjadikan jumlah kerusi parlimen kekal 222 kerusi dan 587 kerusi bagi DUN.

Namun, menerusi laporan persempadanan yang diluluskan itu, sebanyak 12 nama kawasan Parlimen dipinda manakala 29 kawasan lagi membabitkan DUN.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika menggulung perbahasan usul itu berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengambil kira pelbagai perkara ketika menjalankan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Katanya, semua isu yang dibangkitkan Ahli Parlimen yang membahaskan usul berkenaan juga diambil perhatian SPR dan kerajaan berlapang dada serta terbuka untuk mendengar pandangan berkenaan.

Beliau berkata, SPR menerima representasi dikemukakan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kumpulan 100 pemilih berdaftar termasuk pergi ke kawasan pedalaman untuk mendapat penjelasan daripada pembantah.

"Terdapat syor yang dipersetujui dan tidak dipersetujui oleh kerajaan tetapi kerajaan tidak mengganggu atau mempengaruhi keputusan SPR.

"Sepanjang tempoh pendengaran awam kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya, SPR menerima 1,685 representasi sepanjang tempoh pameran pertama dan kedua.

"Secara keseluruhannya SPR mempertimbang semua bantahan merangkumi 36 peratus siasatan kawasan tempatan. Sebanyak 1,041 atau 62 peratus represantasi termasuk sokongan diterima untuk sokongan, 545 atau 32 peratus ditolak dan sebanyak 99 representasi atau enam peratus diterima dan ditolak.

"Kos keseluruhan dibelanjakan SPR untuk menjalankan kajian ini ialah RM5.4 juta membabitkan RM3.9 juta pada taun 2015 dan RM1.5 juta pada tahun 2016," katanya ketika menggulung perbahasan usul berkenaan.-Berita Harian
Senarai Cadangan Perubahan Nama Bagi 12 Kawasan Parlimen dan 28 DUN

Senarai Cadangan Perubahan Nama Bagi 12 Kawasan Parlimen dan 28 DUN

Berikut adalah senarai cadangan perubahan nama bagi 12 kawasann Parlimen:

Kedah
Nama Baru
1-P009 Alor Setar
Nama asal-Alor Star

Perak
Nama Baru
2-P.075 Bagan Datuk
Nama asal-Bagan Datok

Nama Baru
3-P076 Teluk Intan
Nama asal-Telok Intan

Selangor
Nama Baru

4-P.102 Bangi
Nama asal- Serdang

5-P-104 Subang
Nama lama-Kelana Jaya

6-P.105 Petaling Jaya
Nama asal-Petaling Jaya Selatan

7-P.106 Damansara
Nama lama- Petaling Jaya Utara

8-P..107 Sungai Buloh
Nama asal-Subang

Negeri Sembilan
Nama Baru
9-P.132 Port Dickson
Nama asal - Telok Kemang

Melaka
Nama Baru
10-P.137 Hang Tuah Jaya
Nama asal- Bukit Katil

Johor
Nama Baru
11-P.162 Iskandar Puteri
Nama asal- Gelang Patah

Nama Baru
12-P.165 Tanjung Piai
Nama asal-Tanjong Piai

Berikut adalah senarai syor perubahan nama bagi 28 kawasan DUN:

Kedah
Nama Baru
1-N.12 Suka Menanti
Nama asal-BakaR Bata

Kelantan
2-N16 Apam Putra
Nama asal-Bukit Tuku

Nama Baru
3-N.21 Pantai Irama
Nama asal- Perupok

Terengganu
4-N.10 Buluh Gading
Nama lama-Teluk Pasu

Perak
5.N. 13 Kuala Sepetang
Nama lama-Kuala Sapetang
6-N.38 Astaka
Nama lama-Sitiawan

Selangor
Nama Baru
7-N.16 Sungai Tua
Nama lama
Batu Cave

Nama Baru
8-N. Pandan Indah
Nama lama-Chempaka

Nama Baru
9-N.26 Sungai Ramal
Nama lama-Bangi

10-N.36 Bandar Utama
Nama lama-Damansara  Utama

Nama Baru
11-N.45 Bandar Baru Klang
Nama lama - Sungai Pinang

Nama Baru
12-N.48 Sentosa
Nama lama-Kota Alam Shah

Nama Baru
13-N.49 Sungai Kandis
Nama lama- Sri Andalas

Nama Baru
14-N.50 Kota Kemuning
Nama lama-Sri Muda

Nama Baru
15-N.52 Banting
Nama lama-Teluk Datuk

Negeri Sembilan
Nama Baru
16-N.24 Seremban Jaya
Nama lama-Senawang
Nama Baru
17- N.33 Sri Tanjung
Nama lama-Port Dickson

Melaka
Nama Baru
18-N.08 Machap Jaya
Nama lama-Machap

Nama Baru
19-N.15 Pengkalan Batu
Nama lama-Bachang

Nama Baru
20-N.17 Bukit Katil
Nama lama-Bukit Baru

Johor
Nama Baru
21-N.07 Bukit Kepong
Nama lama-Bukit Serampang

Nama Baru
22-N.08 Bukit Pasir
Nama lama-Jorak

Nama Baru
23-N.13 Simpang Jeram
Nama lama-Sungai Abong

Nama Baru
24-N.39 Tanjung Surat
Nama lama-Tanjong Surat

Nama Baru
25-N.44 Larkin
Nama lama-Tanjong Puteri

Nama Baru
26-N.46 Perling
Nama lama-Pengkalan Rinting

Nama Baru
27-N.49 Kota Iskandar
Nama lama-Nusa Jaya

Nama Baru
28-N.55 Pekan Nanas
Nama lama-Pekan Nenas












Bila Parlimen Dianggap Seperti Pasar BORONG, Undang-Undang Dibelakangkan

Bila Parlimen Dianggap Seperti Pasar BORONG, Undang-Undang Dibelakangkan


KUALA LUMPUR: Penggantungan tiga Ahli Parlimen DAP daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat mulai semalam, tidak akan ditarik balik kerana ia membabitkan kesalahan berat iaitu menghina Speaker dan Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata rayuan mereka supaya hukuman itu dimansuhkan juga tidak akan dilayan berikutan tindakan mereka jelas membelakangkan etika sebagai Ahli Dewan Rakyat.

Katanya, tindakan wakil rakyat terbabit yang terus mempertikai keputusan penggantungan itu hanya bermatlamat hendak menonjolkan imej pada mata penyokong kononnya mereka wakil rakyat yang berani.

"Tidak ada seorang YB (Yang Berhormat) pun yang patut buat begitu (menghina Speaker dan Dewan Rakyat) kerana pada pandangan masyarakat dalam demokrasi matang, tabiat seperti itu tidak layak menjadi YB (Yang Berhormat).

"Hormat kepada Speaker bukan bermakna menghormati individu, Pandikar Amin, tetapi kerusi itu (Speaker). YB terbabit adalah peguam terkemuka, mustahil mereka tidak membaca peraturan mesyuarat.

"Bagi saya, mereka sengaja buat begitu kerana mengutamakan agenda politik...bagi penyokong mereka, 'oh ya saya punya wakil rakyat ini berani'.

"Mereka hendak menang pilihan raya saja. Wakil rakyat yang beretika, sanggup kalah pilihan raya asalkan tidak melanggar etika sebagai Ahli YB.

"Kalau mereka tidak menghormati kerusi Speaker, bagaimana Speaker hendak menghormati orang yang melanggar peraturan mesyuarat," katanya selepas menghadiri Sambutan Hari Komanwel bertema 'Ke Arah Masa Depan Yang Sama' di Parlimen, hari ini.

Pandikar Amin semalam mengarahkan tiga Ahli Parlimen DAP, Nga Kor Meng (Taiping), Ngeh Koo Ham (Beruas) dan V Sivakumar (Batu Gajah), digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 10 hari mulai semalam susulan membuat kenyataan bersama, yang menghina Yang Dipertua dan Dewan Rakyat pada 7 Mac lalu

Ketiga-tiganya mendakwa Pandikar Amin menyalah guna kedudukan apabila menolak usul berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikemukakan di Dewan Rakyat. Mereka bertiga turut mendesak Pandikar Amin melepaskan jawatan.

Dengan hukuman itu, Kor Meng, Koo Ham dan Sivakumar, tidak boleh mengambil apa-apa bahagian dalam persidangan Dewan Rakyat, termasuk mengundi dalam usul persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Pandikar Amin turut menegaskan, ketiga-tiga wakil terbabit tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kesalahan dilakukan mereka amat jelas.

"Mereka sudah diberi surat untuk memohon maaf, tetapi mereka tidak meminta maaf, malah bertegas mahu membuat usul lagi," katanya.
Romelu Lukaku Menjaringkan Dua Gol Kalahkan Arab Saudi 4-0

Romelu Lukaku Menjaringkan Dua Gol Kalahkan Arab Saudi 4-0

BRUSSELS: Romelu Lukaku menjaringkan dua gol ketika membantu Belgium membelasah Arab Saudi 4-0 dalam aksi persahabatan awal pagi tadi sekaligus membolehkan jurulatih, Roberto Martinez menilai kemampuan barisan kesebelasan skuad Piala Dunia.

Belgium menguasai keseluruhan permainan dengan membolosi gawang lawan dua kali pada setiap babak perlawanan.

Penyerang Manchester United, Lukaku menjaringkan gol pada minit ke-13 selepas mendapat hantaran daripada Kevin De Bruyne yang sebelum itu merampas bola daripada kawalan pemain Arab Saudi.

Lukaku sekali lagi menyudahkan dengan cemerlang hasil gerakan Eden Hazard pada minit ke-39 dengan menolak bola ke sebelah kanan gawang lawan untuk kedudukan 2-0.

Belgium mengendurkan asakan pada babak kedua permainan namun Arab Saudi tetap gagal mengambil kesempatan. Belgium kemudiannya menjaringkan gol ketiga melalui gerakan solo menarik daripada pemain gantian Michy Batshuayi dari jarak dekat pada minit ke-76. Dua minit kemudian kelemahan benteng lawan sekali lagi dihukum dengan De Bruyne menjaringkan gol selepas melakukan hantaran satu dua dengan Lukaku.

Jurulatih Belgium, Martinez berkata, perlawanan itu memberinya gambaran awal kemampuan kesebelasan pemainnya sebelum pemilihan terakhir pada Mei depan dengan pemain tengah Roma, Radja Nainggolan dijangka tersenarai dalam kesebelasan utama.

Belgium membuka tirai Piala Dunia dengan menentang Panama pada 18 Jun dalam Kumpulan G. Turut berada dalam kumpulan itu ialah England dan Tunisia.

Kemampuan Arab Saudi tidak boleh diperkecilkan apabila mempamerkan tentangan terutamanya pada separuh masa pertama apabila Fahad Al-Muwallad kerap mencemaskan gawang tuan rumah yang dikawal Simon Mignolet dan hampir mendapat penalti pada separuh masa kedua. Bagaimanapun kelemahan benteng perlu diatasi dan ketepatan hantaran perlu dibaiki sebelum menentang Russia dalam perlawanan pertama Piala Dunia pada 14 Jun. Selain Arab Saudi, turut berada lama Kumpulan A ialah Uruguay dan Mesir. - Reuters
Sepanyol Memalukan Argentina 6-1

Sepanyol Memalukan Argentina 6-1

MADRID: Sepanyol memalukan Argentina 6-1 dalam aksi persahabatan awal pagi tadi tetapi jurulatih, Julen Lopetegui enggan pemainnya mengambil mudah cabaran pada Piala Dunia di Russia.

Kemenangan bergaya di Stadium Wanda Metropolitano itu yang dibantu hatrik Isco mengukuhkan lagi reputasi Sepanyol sebagai salah satu pasukan pilihan di Russia.

Diego Costa yang kembali menyertai kesebelasan utama buat kali pertama dalam lapan perlawanan antarabangsa menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-11 hasil rembatan dalam kotak penalti.

Isco kemudiannya menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-26 sebelum pemain Argentina, Nicolas Otamendi merapatkan jurang tujuh minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Babak kedua perlawanan menyaksikan penguasaan menyeluruh pasukan tuan rumah dengan jaringan Thiago Alcantara, pemain gantian Iago Aspas dan dua gol Isco melengkapkan malam derita Argentina yang beraksi tanpa Lionel Messi yang mengalami kecederaan.

"Saya sangat berpuas hati dengan kemenangan ke atas naib juara Piala Dunia lalu. Argentina adalah lawan yang memiliki sejarah fantastik. Apapun, itu semua tidak boleh dijadikan ukuran. Kami perlu memulakan perlawanan Piala Dunia dengan mata kosong dalam peringkat kumpulan," kata Lopetegui.

Kekalahan memalukan itu menimbulkan kebimbangan terhadap pertahanan Argentina dengan jurulatih, Jorge Sampaoli perlu mengatasinya dalam masa kurang tiga bulan sebelum Piala Dunia bermula.

"Saya bertanggung jawab di atas kekalahan ini," kata Sampaoli.

Beliau mungkin terlalu mengharapkan Messi yang terpaksa direhatkan akibat kecederaan hamstring.

"Leo berlatih bersama kami tetapi kakinya masih kurang selesa," katanya.

Sergio Aguero dan Angel Di Maria juga cedera tetapi masalah Argentina ialah kurang mencipta peluang sementara ketajaman penyudah pemain Sepanyol Costa, Isco dan Marco Asensio sukar dibendung.

Kemenangan itu juga bermakna Sepanyol telah menjaringkan gol dalam semua 18 perlawanan antarabangsa di bawah kendalian Lopetegui sekali gus rekod baru buat jurulatih Sepanyol. - Reuters
-Berita Harian

Tuesday, 27 March 2018

Bukan Kerana Tarian Seksi Ramai Sambut Najib di Kedah

Bukan Kerana Tarian Seksi Ramai Sambut Najib di Kedah

Sebagaimana dilaporkan berita atas talian ketika PM Najib bertemu masyarakat Siam di Kampung Chading Padang Terap Kedah beliau disambut baik oleh penduduk setempat.

Oleh kerana cemburu dengan kehadiran yang ramai, kuncu-kuncu pembangkang mula menyebarkan beberapa keping gambar kononya hadirin lebih sibuk bergambar dengan artis siam.

Gambaran yang diberikan kuncu-kuncu pembangkang seolah-olah kehadiran Najib tidak dihiraukan oleh masyarakat setempat, walhal gambar yang disebarkan bukan waktu PM Najib ada di situ.

Semasa ketibaan PM Najib masyarakat yang hadir/rakyat begitu teruja malah berebut-rebut untuk bersalaman.


Begitu juga keterujaan rakyat dengan MB Kedah yang akan menerajui kepimpinan negeri itu sekali lagi selepas kemenangan pada PRU-14.

Paling baghal sekali, apabila video tarian seksi masyarakat siam di sebarkan, kononya dengan adanya tarian seksi itu kehadiran rakyat sambut PM Najib bertambah ramai.



Walaupun terlalu banyak minum air kencing KUDA Mahathir, ia tidak sepatutnya dijadikan sebab ramainya sambutPM Najib, kerana masyarakat siam memang begitu. PM Najib juga tidak disambut dengan tarian itu.











Elaun Khas Pesawah Naik Jika BN Menang PRU-14

Elaun Khas Pesawah Naik Jika BN Menang PRU-14

JERLUN 27 Mac - Kerajaan bercadang untuk memberi kenaikan khas elaun kepada golongan pesawah di seluruh negara dalam usaha menghargai jasa dan sumbangan mereka.

Berita gembira itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Pelancaran Bantuan Khas Pesawah Peringkat Kebangsaan di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Korok di sini hari ini.


Kata beliau, kerajaan sentiasa memberi pertimbangan istimewa kepada golongan tersebut sebagai menghargai jasa mereka.

“Pertimbangan istimewa ini saya nak buat satu tawaran istimewa kepada pesawah padi di seluruh negara. Seandainya , kerajaan Barisan Nasional (BN) diberi sokongan yang sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada malam kemenangan itu saya akan umumkan kenaikan khas kepada elaun pesawah padi, malam itu juga.

“InsyaAllah rezeki tambahan menanti semua,” katanya.

Berucap lanjut kata Perdana Menteri, setakat ini pelbagai bantuan dan insentif disalurkan kepada golongan berkenaan termasuh subsidi padi yang berjumlah RM1.69 bilion bagi 2018 dan subsidi baja bernilai RM465 juta.

Pada majlis itu, Perdana Menteri melancarkan Bantuan Khas Pesawah Peringkat Kebangsaan yang memanfaatkan 325,518 pesawah seluruh negara termasuk pengusaha padi bukit di Sabah dan Sarawak yang akan menerima bantuan RM200 sebulan dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. - UTUSAN ONLINE

325,518 Pesawah Terima Bantuan RM200 Selama Tiga Bulan

325,518 Pesawah Terima Bantuan RM200 Selama Tiga Bulan

JERLUN 27 Mac - Seramai 325,518 pesawah seluruh negara termasuk pengusaha padi bukit di Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan RM200 sebulan dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian.

Daripada jumlah tersebut, 258,839 merupakah kalangan petani padi sawah sementara 66,679 adalah pengusaha padi bukit.

Lebih istimewa, Majlis Pelancaran Bantuan Khas Pesawah Peringkat Kebangsaan di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Korok di sini hari ini disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man.

Berucap pada majlis itu, Perdana Menteri berkata, sumbangan berkenaan sebagai menghargai jasa golongan berkenaan dalam meningkatkan sektor pertanian negara.

“Saya ingin tekankan pesawah padi merupakan satu golongan yang mesti kita hargai sumbangan mereka. Mesti fahami jerih payah dan keringat yang dicurahkan oleh mereka sebagai penanam padi kerana usaha untuk tanam padi adalah berlainan daripada pekerjaan lain,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, beliau memilih Kedah sebagai lokasi pelancaran bantuan tersebut sebagai

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober tahun lepas, Perdana Menteri mengumumkan bantuan berkenaan untuk meringankan beban pesawah dan pengusaha padi bukit sementara menunggu hasil tuaian mereka bagi penanaman padi bermula tahun ini. - UTUSAN ONLINE

Monday, 26 March 2018

Senator: IC palsu leluasa di hospital, rugi jutaan ringgit

Senator: IC palsu leluasa di hospital, rugi jutaan ringgit

KUALA LUMPUR, 26 Mac — Seorang senator hari ini berkata penggunaan kad pengenalan palsu oleh Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berlaku secara berleluasa yang menyebabkan kerajaan mengalami kerugian jutaan ringgit setiap tahun.

Senator Datuk Seri Khairudin Samad berkata kelonggaran kaedah pengesahan identiti yang digunakan di hospital kerajaan menyebabkan ramai PATI mengambil kesempatan menggunakan kad pengenalan palsu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dengan kos yang lebih murah di hospital kerajaan.

“Di hospital kerajaan, hanya perlu beri kad pengenalan, tulis nama dan tunggu nama dipanggil (untuk menerima rawatan), tiada ‘card reader’ (alat pembaca kad) untuk mengesahkan kesahihan kad pengenalan. Saya difahamkan kerajaan habis berjuta ringgit setahun untuk mereka (PATI) kerana mereka ada kad pengenalan palsu.

“Kita perlu ada satu kaedah bagaimana mahu selesaikan perkara ini. Tak apalah jika perlu beratur panjang sikit asalkan tidak menipu duit kita, duit pembayar cukai,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Negara, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan diharap dapat mengetatkan kaedah pengesahan identiti di hospital seperti penggunaan alat pembaca kad bagi mengelakkan mana-mana pihak menyalahgunakan kemudahan itu untuk kepentingan peribadi.

Selain itu, ia juga dapat mengekang pihak tertentu seperti sindiket pengeluaran dokumen pengenalan diri palsu daripada mengaut keuntungan. — Bernama
Bantuan Kerajaan Dihentikan Jika Pembangkang Perintah

Bantuan Kerajaan Dihentikan Jika Pembangkang Perintah

PADANG TERAP (Kedah), 26 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat tidak lagi dapat menikmati pelbagai bantuan yang disediakan oleh kerajaan selama ini jika pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negara.

Perdana Menteri Bank Dunia baru-baru ini telah mempersoalkan kemampuan pakatan pembangkang untuk memerintah dengan berkesan sekiranya mereka hendak menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) seperti dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mereka.

“Bank Dunia mempersoalkan kalau GST dihapuskan, akan berlaku kelompangan kewangan RM20 billion dalam akaun. Ini tidak disebut dalam manifesto itu kerana mereka cuba mengaburi mata rakyat dengan tidak menyebut tentang kekurangan ini,” katanya semasa berucap di majlis perjumpaan bersama Masyarakat Siam di Kampung Chanding di sini. hari ini

Menurutnya, tanpa hakikat ini dinyatakan, implikasinya kepada rakyat akan bererti bantuan-bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), pemberian khas kepada petani dan nelayan dan sebagainya akan dihentikan oleh pembangkang.

“Kalau masih tak cukup juga (untuk menampung kelompangan akaun ini), mereka mungkin akan menambahkan lagi cukai pendapatan persendirian sehingga empat ke lima peratus,” katanya.

Najib berkata di sebalik mempersoalkan kewibawaan pembangkang ini, Bank Dunia merupakan antara badan peringkat antarabangsa yang memberikan pengiktirafan dan keyakinan mereka tentang masa depan Malaysia jika kerajaan sekarang terus memerintah.

Menurutnya, badan-badan lain seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Forum Ekonomi Dunia (WEF), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan beberapa bank antarabangsa turut menzahirkan keyakinan mereka dengan keupayaan kerajaan sekarang melaksanakan transformasi dalam negara ini.

“Badan penarafan antarabangsa bertaraf dunia telah memberi pengiktirafan yang meyakinkan kepada Malaysia dan masa depan kita kerana kemampuan kita untuk melaksanakan transformasi,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata usaha kerajaan untuk membawa kaum minoriti seperti masyarakat keturunan Siam di negara ini untuk bersama-sama dalam arus perdana pembangunan negara akan diteruskan bagi meningkatkan mobiliti sosial mereka.

Menurutnya, selain telah berjaya membolehkan beberapa pelajar keturunan Siam mencatatkan keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), kerajaan akan membuka peluang lebih luas bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi awam.

“Ini sejajar dengan dasar kerajaan kita yang inklusif untuk melindungi masyarkat minoriti di negara ini seperti masyarakat Siam untuk terus bebas mengamalkan agama dan bertutur bahasa mereka,” katanya. — Bernama
Syamsul Nafikan Beliau Ada Hubungan Sulit Dengan Seorang Wanita

Syamsul Nafikan Beliau Ada Hubungan Sulit Dengan Seorang Wanita

SEREMBAN, 26 Mac — Personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail menafikan tuduhan yang mengaitkan beliau mempunyai hubungan sulit dengan seorang wanita seperti mana yang disiarkan media semalam.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Syamsul Debat, 41, melahirkan rasa terkejut selepas dihujani pelbagai pertanyaan daripada anggota keluarga sebaik saja pulang dari Tanah Suci Makkah, semalam.

“Saya tidak tahu (kandungan laporan polis itu), cuma saya berdasarkan laporan akhbar yang menyebut dan meletakkan gambar saya, merujuk kepada saya dan meletakkan biodata dan profil saya. Itu pada saya agak (tidak kena). Sebab itu saya panggil sidang media untuk penafian ini.

“Laporan akhbar tulis ada laporan polis dibuat di Johor Bahru dan kita pun tak tahu siapa, lelaki ke perempuan ke, (dan) orang yang buat tuduhan dan saya tak boleh kata apa cuma kalau tuduhan itu kata libat isteri orang, saya menafikan. Apa tuduhannya pun kita tak jelas,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan seorang pendakwah terkenal disiasat atas dakwaan terlibat skandal dan mengganggu isteri orang.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Noor Azam Jamaludin dipetik sebagai berkata, siasatan itu dilakukan selepas polis menerima laporan yang dibuat seorang pengadu di sebuah balai polis di Johor, baru-baru ini.

Syamsul Amri berkata beliau setakat ini belum pun dipanggil polis untuk memberi keterangan.

“Laporan media itu seolah-olah saya dah disoal siasat, jadi tidak tepatlah. Saya menafikan. Saya tak tahu apa punca tuduhan ini dan kenapa saya? saya kena bersihkan nama saya,” katanya.

Syamsul Amri berkata pihaknya turut mempertimbangkan tindakan undang-undang kepada media yang telah mengeluarkan kenyataan mengelirukan dalam kes terbabit.

“Saya mohon media berkenaan buat permohonan maaf kepada saya dan keluarga saya dan itu sewajarnya... dengan tahap sekarang ini, kita tak tahu apa laporan itu, (sama ada) betul ke tak betul ke hujung pangkal.

“Buat masa ini laporan polis dah dibuat dan saya sedia beri keterangan,” katanya. — Bernama
Akhbar Tamil ‘Makkal Osai’ dedah penerima peruntukkan SEDIC

Akhbar Tamil ‘Makkal Osai’ dedah penerima peruntukkan SEDIC

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Pengumuman bahawa kerajaan telah memperuntukkan RM230 juta kepada masyarakat India melalui pengagihan dana kepada badan-badan bukan kerajaan India di negara ini dari tahun 2014 sehingga kini melalui SEDIC telah menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Malah wujud desakan yang kuat supaya kerajaan untuk mendedahkan semua senarai penerima demi menjaga nama baik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang cukup komited dan ikhlas untuk membantu menangani permasalahan masyarakat India di negara ini.

Laporan Bajet 2018 turut menyebut di bawah Unit Pembangunan Sosio Ekonomi Masyarakat India (SEDIC), lebih RM230 juta telah diagihkan sejak 2014, memanfaatkan lebih 500,000 peserta kaum India.

Persoalannya siapakah mereka? Apakah program yang dilaksanakan selama ini? Di mana nilai prestasi mereka?

Jumlah yang diagihkan cukup tinggi, sekiranya segala dana yang diagihkan kepada badan-badan bukan kerajaan untuk menjalankan aktiviti khusus untuk meningkat sosio-ekonomi masyarakat India di negara sudah tentu hasilnya perlu dilihat.



Persoalannya laporannya di mana?

Ketika pihak pembangkang membidas dan mengasak Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa untuk kaum India di negara, kenapa NGO-NGO yang menerima dana mendiamkan diri?

Mereka tidak perlu tampil untuk mempertahankan Perdana Menteri, tetapi sekurang-kurangnya menceritakan ‘kisah benar’ inisiatif yang telah dilakukan dibawah kerajaan pimpinan Najib Tun Razak.

Ini kerana jumlah dana yang diagihkan cukup tinggi. Malah sejak dua hari lepas dua akhbar Tamil utama negara iaitu Malaysia Nanban dan Makkal Osai dalam siaran muka depan mereka, mendesak kerajaan khususnya pihak SEDIC untuk mendedahkan senarai penerima.

Malah isu yang sama turut dibangkitkan di Dewan Rakyat minggu lepas namun jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri S.K. Devamany tidak menjawab persoalan yang sebenar.

Akhbar Makkal Osai pula di siaran muka depannya hari ini telah mendedahkan senarai penerima SEDIC di mana akhbar itu menyebut senarai penerima akan diterbitkan secara berperingkat-peringkat.

Senarai yang didedahkan itu tidak dapat dipastikan sama ada melalui pihak pengurusan SEDIC ataupun melalui sumber yang dipercayai.

Apa yang pasti senarai tersebut telah menjadi satu topik yang hangat di mana jumlah yang diterima beberapa NGO cukup ‘tinggi’ nilainya dan tidak pasti program yang dilaksanakan.


Baru-baru ini dipetik berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited membantu Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) dilaksanakan tanpa rasuah, salah guna kuasa dan ketirisan agar pelan hala tuju itu memanfaatkan masyarakat India di negara ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad menegaskan bahawa SPRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tamak haloba yang mengkhianati tugas dan tanggungjawab dengan terlibat dalam gejala rasuah.

“Kerajaan pusat dan negeri telah membuat pelbagai dasar yang baik untuk kepentingan rakyat tetapi apa yang menjadi masalah apabila berlaku rasuah dan salah guna kuasa sehingga rakyat tidak merasai (manfaat) dan menikmatinya,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) bersama 150 NGO India di Ibu Pejabat SPRM baru-baru ini.

​​​​​​​Tahun lepas, Najib melancarkan MIB, satu dokumen rasmi kerajaan untuk pembangunan masyarakat India di negara ini untuk tempoh 10 tahun akan datang.

MIB bertujuan membantu dan membangunkan masyarakat India terutamanya golongan B40 (golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) secara menyeluruh dan inklusif untuk tempoh 10 tahun akan datang malah ia dihasilkan sejak Mei 2015.

Dzulkifli menyaran badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat India terus memberi sokongan kepada SPRM untuk melaksanakan tugas tanpa gerun dan gentar bagi memastikan hak dan kepentingan rakyat tidak dikhianati kerana rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu, Subramaniam yang juga Presiden MIC dipetik berkata IBR merupakan pendekatan yang baik untuk memastikan bantuan dana yang disalurkan kepada masyarakat India diuruskan dengan baik dan telus untuk memanfaatkan masyarakat India.

Beliau berkata SEDIC telah menyalurkan lebih RM230 juta yang diagihkan, antaranya kepada NGO dan institusi latihan, sejak 2014.

“Dengan ini, kita harus memastikan setiap ringgit yang disalurkan sampai kepada agenda terlibat dan memberi keberkesanan yang penuh,” katanya.

http://www.themalaysiantimes.com.my/semakin-panas-akhbar-tamil-makkal-osai-dedah-penerima-peruntukkan-sedic/

Google+ Followers