Monday, 26 March 2018

Bangsal sawah jadi 'port' tauke dadah

SHARE
KOTA BHARU: Tiga lelaki yang memiliki sepucuk pistol dan dadah disyaki pil kuda bernilai RM92,000 ditahan polis di sebuah bangsal di kawasan sawah padi di Kampung Bendang Keladi, Batu Gajah, Tanah Merah, pada Rabu lalu.

Serbuan itu dilakukan Unit Risikan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 Pengkalan Chepa bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah jam 1.20 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad, berkata semua suspek berusia antara 33 hingga 42 tahun cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan.

Beliau berkata, pemeriksaan menemui satu pucuk pistol jenis Revolver .38 dengan enam peluru hidup yang terselit di pinggang kanan seorang suspek.

"Pemeriksaan seterusnya menemui lima bungkusan plastik yang mengandungi sebanyak 9,200 biji disyaki pil kuda di bawah bangsal terbabit.

"Ujian saringan terhadap semua suspek juga positif Methaphetamine dan masing-masing mempunyai kesalahan rekod lampau antara tiga hingga 13 kes berkait dengan dadah dan jenayah lain," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini, hari ini.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers