Tuesday, 6 March 2018

Bayar Gaji Pembantu Rumah Melalui Akaun

SHARE
KUALA LUMPUR 6 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan akan mewajibkan majikan membayar gaji pembantu rumah secara kredit ke dalam akaun pekerja tersebut menerusi sistem e-wallet.

Ahmad Zahid berkata, perkara itu telah dipersetujui dan dibincangkan oleh Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri dan Kedutaan Indonesia.

“Mekanisme yang telah dibincangkan antaranya untuk mewajibkan pihak majikan membayar gaji tidak secara tunai tetapi terus kepada akaun pekerja berkenaan.

“Kita telah memulakan sistem contohnya e-wallet di mana pihak majikan wajib kreditkan jumlah gaji kepada akaun pekerja berkenaan,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE


"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers