Khamis, 29 Mac 2018

CAMM Bakal Jana Pendapatan Sebanyak RM150 Juta Setahun

SHARE
 Datuk Seri Ab. Aziz Kaprawi
KUALA LUMPUR - Kerajaan dianggarkan mengutip hasil sebanyak RM117 juta hingga RM150 juta setahun bagi tempoh antara 2018 hingga 2020 selepas Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ditukarkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM).

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ab. Aziz Kaprawi berkata, kenaikan hasil didorong oleh peningkatan jumlah penerbangan dan jenis kapal terbang yang menggunakan ruang udara Malaysia selain permohonan lesen penerbangan. "Seramai 995 kakitangan asal DCA menerima opsyen pertukaran pelantikan dan empat orang menolak tawaran opsyen," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Jeff Ooi (DAP-Jelutong) yang bertanya apakah anggaran hasil tahunan yang dikutip selepas pertukaran
DCA kepada CAMM dan jumlah kakitangan selepas tamat penyerahan kertas opsyen. Tambah Ab. Aziz, DCA diubah kepada CAMM untuk menambah baik pengurusan penerbangan.

"Kita memerlukan sekurang-kurangnya 28 juruterbang tetapi kita hanya ada sembilan juruterbang ketika ini.
"DCA mengalami kekurangan juruterbang kerana menggunakan skim gaji Jabatan Perkhidmatan Awam yang mana gaji maksimum hanya RM20.000 berbanding RM40.000 di luar.
"Kita ingin memastikan bayaran ini relevan dengan perkembangan industri penerbangan selain memastikan kawal selia ruang udara kita dapat dikendali oleh kakitangan yang mencukupi dan
cekap," ujar beliau.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers