Friday, 23 March 2018

Christie tetap hormati PKNP

SHARE
KUANTAN: Pemain tengah FELDA United, Christie Jayaseelan mengakui PKNP FC bukan lagi pasukan yang mudah ditewaskan menjelang pertemuan antara kedua-dua pasukan pada suku akhir Piala FA.

Pemain berasal dari Selangor itu berkata, pengalaman beraksi di Liga Super mencetus semangat lebih membara buat pasukan lawan untuk beraksi pada tahap terbaik.

"Kami tidak boleh memandang mudah keupayaan PKNP yang dilihat semakin matang apabila beraksi dalam Liga Super musim ini yang memberi lebih keyakinan.

"Segalanya dilihat seimbang dan kami perlu lebih komited untuk menyekat PKNP daripada mengecewakan kami," katanya.

Christie berkata, persembahan konsisten The Fighters dalam saingan Liga Perdana diharap membantu untuk meneruskan pencapaian itu dalam saingan Piala FA.

Katanya, persefahaman mantap memberi inspirasi terbaik untuk melakar kejayaan manis, sekali gus misi menjulang piala menjadi kenyataan.

"Tiada istilah perlawanan mudah kerana apabila berada dalam kelompok lapan pasukan terbaik, semua pasukan mampu melakar kemenangan.

"Oleh itu, fokus sepanjang perlawanan antara perkara utama yang perlu dilakukan untuk mengesahkan kejayaan buat FELDA United musim ini," kata pemain berusia 32 tahun itu.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers