Isnin, 26 Mac 2018

Dr M tak layak jadi PM sekali lagi

SHARE


KOTA BHARU, 26 Mac: ‘Baggage’ atau ‘masalah” politik Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun menjadi perdana menteri dahulu merupakan faktor utama beliau tidak layak untuk memegang semula jawatan itu, kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Beliau berkata sebahagian besar masalah dalam pentadbiran negara ketika ini diwarisi daripada pentadbiran terdahulu terutama di bawah pemerintahan Dr Mahathir, lapor Bernama.

“Isu yang besar bagi kita pembangkang adalah ‘baggage’ politik Dr Mahathir selama beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun. Sebahagian besar masalah-masalah itu diwarisi kepimpinan UMNO selepas Dr Mahathir bersara.

“Jadi ‘baggage’ politik inilah merupakan faktor utama Dr Mahathir tidak layak untuk menjadi perdana menteri (sekali lagi),” kata Mohd Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan ketika ditemui pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, hari ini.

Beliau mengulas langkah Pakatan Harapan yang mempertahankan tindakan mereka mencalonkan Dr Mahathir sebagai perdana menteri pada usia 93 tahun.

Mohd Amar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika pentadbirannya pula terpaksa memikul kesilapan yang dilakukan oleh Dr Mahathir.

Mengulas lanjut, beliau berkata setiap individu mempunyai ‘waktu kemuncak’ masing-masing dan perlu berhenti apabila telah tiba waktunya.

“Orang main bola pun sampai umur 36 tahun sahaja, sebab dia memerlukan stamina yang kuat (untuk beraksi). Walaupun orang itu bijaksana tapi bila dah sampai peringkat umur tertentu, (prestasi) dia mula menurun).

“(Prestasi Dr Mahathir) mula menurun bila dia pecat Datuk Seri Anwar Ibrahim (sebagai timbalan perdana menteri) dan ia merupakan satu petanda bahawa dia sudah mula melakukan kesilapan demi kesilapan,” katanya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers