Tuesday, 27 March 2018

Elaun Khas Pesawah Naik Jika BN Menang PRU-14

SHARE
JERLUN 27 Mac - Kerajaan bercadang untuk memberi kenaikan khas elaun kepada golongan pesawah di seluruh negara dalam usaha menghargai jasa dan sumbangan mereka.

Berita gembira itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Majlis Pelancaran Bantuan Khas Pesawah Peringkat Kebangsaan di Pusat Pertumbuhan Desa Sungai Korok di sini hari ini.


Kata beliau, kerajaan sentiasa memberi pertimbangan istimewa kepada golongan tersebut sebagai menghargai jasa mereka.

“Pertimbangan istimewa ini saya nak buat satu tawaran istimewa kepada pesawah padi di seluruh negara. Seandainya , kerajaan Barisan Nasional (BN) diberi sokongan yang sepenuhnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada malam kemenangan itu saya akan umumkan kenaikan khas kepada elaun pesawah padi, malam itu juga.

“InsyaAllah rezeki tambahan menanti semua,” katanya.

Berucap lanjut kata Perdana Menteri, setakat ini pelbagai bantuan dan insentif disalurkan kepada golongan berkenaan termasuh subsidi padi yang berjumlah RM1.69 bilion bagi 2018 dan subsidi baja bernilai RM465 juta.

Pada majlis itu, Perdana Menteri melancarkan Bantuan Khas Pesawah Peringkat Kebangsaan yang memanfaatkan 325,518 pesawah seluruh negara termasuk pengusaha padi bukit di Sabah dan Sarawak yang akan menerima bantuan RM200 sebulan dalam tempoh tiga bulan sementara menunggu hasil tuaian.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz dan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man. - UTUSAN ONLINE

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers