Sunday, 25 March 2018

Haji Hadi Hentam Mahathir

SHARE
Kenya­taan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 akan dimansuhkan jika Pakatan Harapan diketuai DAP menakluk Putrajaya, ditempelak oleh Presiden Pas.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, janji ditabur oleh Pengerusi Pakatan Harapan itu tidak mungkin ditunaikan kerana beliau adalah individu yang menguatkuasakan undang-undang itu demi kelangsungan politiknya.

Beliau berkata, AUKU di­perkenalkan bagi menyekat mahasiswa daripada terlibat aktif di dalam politik adalah tindakan kurang bijak dan tidak demokratik.

“Jika beliau kata ingin memansuhkan AUKU, kerat saja lidahnya kerana dia adalah individu yang menguatkuasakan undang-undang ini ketika menjadi Perdana Menteri.

“Jika kita halang mahasiswa selaku golongan bijak dan terpelajar daripada terlibat dalam politik, makanya akan tinggal orang tidak bijak sahaja yang akan berpolitik,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Sesi Dialog Bersama Presiden Pas sempena Konvensyen Mahasiswa Malaysia (KMM) 2018 di Stadium Majlis Perbandaran Serdang Jaya (MPSJ), dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, sejumlah 800,000 mahasiswa telah dikenal pasti sudah berdaftar dan layak untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

“Pas sentiasa mendekati golongan muda dan mengambil pelbagai inisiatif untuk menarik minat mereka terhadap perjuangan parti,” katanya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers