Friday, 30 March 2018

Hampir 100% Inisatif Kerajaan Telah Tercapai

SHARE
KUALA LUMPUR 29 Mac - Sebanyak 99.4 peratus inisiatif kerajaan telah dicapai dalam tempoh lima tahun pelaksanaannya iaitu dari 2013 sehingga 28 Februari lalu dengan anggaran kos projek RM393.8 bi­lion.

Menurut Laporan Akujanji Ke­rajaan Persekutuan (AKP) 2013-2018, sebanyak 17 inisiatif dilakukan oleh kerajaan dengan 156 ini­siatif strategik.

Laporan itu berkata, dalam tempoh berkenaan, sebanyak 6,136 projek telah dilaksanakan.

“Daripada 17 inisiatif yang dilaksanakan, semuanya telah mencapai 100 peratus kecuali inisiatif memartabatkan Islam, menghormati kebebasan dan keharmonian agama yang mencapai 91.7 peratus,” menurut laporan tersebut.

AKP dilancarkan kerajaan pada 6 April 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Akujanji itu terdiri daripada 17 inisiatif dengan 156 inisiatif stra­tegik merentasi aspek kos sara hidup, rumah mampu milik, ke­selamatan dan ketenteraman awam, perkhidmatan kesihatan, in­frastruktur asas luar bandar serta kecemerlangan dalam agenda pembangunan sosioekonomi.

Projek-projek AKP memainkan peranan kritikal sebagai daya penggerak ke arah negara maju yang inklusif dan mapan.

AKP memberikan keutamaan kepada kualiti hidup dan ekonomi berteraskan rakyat.

Sinergi dan kolaborasi di setiap peringkat pelaksanaan melibatkan agensi peneraju dan agensi sokongan adalah penting bagi AKP untuk merealisasikan aspirasi Menepati Janji, Membawa Harapan yang menyeluruh dan memberi fokus utama kepada penyampaian hasil berimpak tinggi serta memberi nilai wang ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020.

Berdasarkan laporan AKP, Sabah menerima projek terbanyak untuk pelaksanaan inisiatif kerajaan dalam tempoh lima tahun dengan 1,058 projek dan nilai pelaburan RM22.4 bilion diikuti Sarawak iaitu 953 projek dengan RM29.26 bilion.-UTUSAN ONLINE

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers