Wednesday, 7 March 2018

Lari Lepas Bersalin, Uri Bayi Jatuh Di Jalan

SHARE
KUALA LUMPUR, 7 Mac — Seorang wanita melahirkan bayi sendirian di tepi jalan di Jalan Tiong Nam 5, Chow Kit, di sini malam tadi.

Wanita itu dikatakan berlari selepas bersalin menyebabkan tali pusat dan uri bayi jatuh di atas jalan, lapor Harian Metro.

“Kerana panik, wanita itu bangun dan berlari sambil mendukung bayinya untuk meminta pertolongan," kata saksi kejadian dikenali sebagai Asri, 20.

“Saya lihat tali pusat dan uri pada bayi tertanggal dan jatuh di atas jalan”.

Menjerit kesakitan, wanita itu kemudian dibantu anggota polis yang menenangkannya sebelum dia dan bayi dibawa ambulans ke hospital.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers