Monday, 26 March 2018

Mahathir Setuju GST Takut Untuk Laksana

SHARE
GST yang menjadi kebisingan sesetengah pihak sebenarnya bukan perkara baharu apabila kerajaan telah mempertimbangkan pelaksanaannya sejak 1984 lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelaksanaannya tertangguh disebabkan tiada keberanian politik sehingga pentadbirannya mengambil langkah tersebut (laksana GST).

“Soal GST bukan soal baharu. Tahun 1984 lagi kerajaan ketika itu nak laksanakan GST tetapi tidak ada keberanian politik. Ia keputusan yang betul tetapi ada akibat politik.

“Kita sanggup menanggung akibatnya kerana ia langkah yang betul dan GST akan memberi kebaikan kepada rakyat dan negara dalam jangka masa panjang,” katanya dalam forum sempena pelancaran Laporan Tahunan Transformasi Negara 2017 di Pusat Pameran Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec).

Dalam perkembangan berkaitan, Najib menegaskan, kenaikan harga barang bukan semata-mata disebabkan GST kerana kerajaan mengecualikan 578 barangan termasuk barangan asas seperti beras, ayam, telur, ikan, daging, sayur, roti, buah-buahan, buku dan ubat-ubatan.

“Takkan harga ikan kembung naik kerana GST, sebab ikan tak ada GST. Banyak dakwaan tentang kenaikan harga barang tidak berasaskan fakta sebenar,” katanya.

Beliau berkata, fokus utama pentadbirannya ialah meringankan beban rakyat melalui pelbagai program termasuk projek transit aliran massa (MRT) dan bantuan bulanan kepada golongan nelayan, pekebun dan pesawah.

“Kita utamakan rakyat misalnya pengangkutan dimana sekarang ini setiap hari 1.3 juta rakyat menggunakan pengangkutan awam. MRT sahaja hampir 120,000 sehari yang guna dan jumlah ini akan terus meningkat.

“Golongan nelayan tiap-tiap bulan dapat RM300, pekebun kecil dan pesawah padi juga kita bantu. Menerusi BR1M, 7 juta rakyat dapat bantuan,” katanya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers