Tuesday, 6 March 2018

Najib ucap tahniah kepada pelajar cemerlang STPM

SHARE
KUALA LUMPUR, 6 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan ucapan tahniah kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017.

“Kepada para pelajar yang terima keputusan cemerlang STPM hari ini, tahniah dan syabas saya ucapkan!,” kata Najib melalui akaun Twitternya merujuk kepada keputusan peperiksaan itu yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia Mohd Fauzi Mohd Kassim, calon sekolah boleh menyemak keputusan mereka di sekolah masing-masing mulai 12 tengah hari manakala calon persendirian akan memperolehnya melalui pos.

Keputusan tersebut turut boleh disemak melalui portal Majlis Peperiksaan Malaysia ‘http://www.mpm.edu.my.

Seramai 43,042 calon menduduki peperiksaan STPM 2017 di 700 pusat di seluruh negara.– Bernama
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers