Friday, 23 March 2018

PH Tiada Mekanisme Rangsang Pertumbuhan Ekonomi – Ibrahim

SHARE
Tawaran Pakatan Harapan (PH) melalui manifestonya mengenai kesamarataan sosioekonomi dibimbangi mengancam hak bumiputera dan Melayu.

Justeru, Presiden Perkasa Datuk Dr. Ibrahim Ali mengingatkan, rakyat perlu bijak menilainya kerana janji itu tidak ubah seperti untuk menarik undi pelbagai kaum yang akhrnya menjadikan Melayu dan bumiputera tersepit.

“Perkasa ingin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia apatah lagi umat Melayu Islam dan semua kaum di negara kita meletakkan agenda negara bangsa.

“Parti-parti politik sepatutnya mengemukakan komitmen atau janji ke arah ini, bukan sentimen kaum bagi mendapat undi semata-mata.

“Apa yang Perkasa pertahankan ialah kita memusatkan keadilan sosioekonomi antara kaum,” katanya.

Ibrahim berkata, PH gagal menjelaskan secara terperinci mekanisme untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan kesaksamaan dalam memajukan ekonomi.

Katanya, penampilan PH itu berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai mekanisme untuk diyakinkan

“Manifesto PH adalah, merancak pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama, memajukan ekonomi rakyat sangat umum, tidak fokus.

“Macam BN, lepas tinggal Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan dasar Transformasi Nasional 2050 (T50) ada program-programnya,” katanya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers